Syamsul & Puteri Sarah setuju bercerai cara baik & aman, lafaz talak pada 18 April ini. Selepas menghadapi episod demi episod, pasangan suami isteri Syamsul Yusof dan Puteri Sarah setuju untuk bercerai secara aman pada 18 hb April ini.
Pagi ini, di Mahkamah Rendah Syariah telah menetapkan prosiding kes lafaz cerai pengarah, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah akan disebut pada 18 April ini.
Memetik laporan Sinar Harian, ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas berhubung status Jawatankuasa Pendamai (JKP), peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, 38, berkata, Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.
“Terima Kasih Abang, Nana Akan Jaga Buah Pinggang Ini Sebaik Mungkin”. Rasa bangga sebagai mak ayah dalam membesarkan anak-anak apabila adik beradik saling sayang menyayangi, rela membantu di kala susah dan sanggup berkorban di antara satu sama lain.
“Terima kasih abang sebab abang dermakan buah pinggang abang pada Nana. Nana akan jaga buah pinggang ini sebaik mungkin”
Demikian luahan hiba Maslyana Mohd Yusof, 34, yang lebih mesra disapa Nana selepas menerima buah pinggang yang didermakan abang kandung, Mohd Nazri, 37, melalui satu pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 April lalu.
Pesakit buah pinggang kronik tahap lima itu, kini seperti mendapatkan ‘kehidupan’ baharu dengan pengorbanan dan kasih sayang seorang abang yang tidak sanggup melihat adiknya menderita dan menjalani rawatan dialisis seumur hidupnya.
Lebih meruntun hati, niat murni Mohd Nazri yang mahu mendermakan buah pinggangnya kepada Nana tetap diteruskan selepas lelaki itu kembali pulih daripada menjalani pembedahan membuang tumor dalam jantungnya pada 2019.
Berkongsi kisahnya, Nana yang juga ibu tunggal kepada dua anak lelaki itu berkata, dia disahkan sebagai pesakit buah pinggang sejak Oktober 2017 ketika sedang hamil anak ketiganya.
Menurutnya, sebulan selepas itu, dia menjalani dialisis, namun bayinya meninggal dunia ketika kandungan berusia 21 minggu pada hari kedua dia menjalani rawatan berkenaan.
“Abang beritahu mahu mendermakan sebelah buah pinggangnya sejak 2018, demi masa depan saya dan anak. Jika saya menjalani pembedahan buah pinggang saya sudah tidak perlu menjalani dialisis dan dapat menjalani kehidupan normal.
“Kami kemudiannya menjalani beberapa prosedur dan pemeriksaan berkaitan dan dimaklumkan buah pinggang sepadan sepenuhnya seperti kembar seiras,” katanya yang menetap di Kampung Ladang Semabok, Melaka.
Bagaimanapun, dua beradik itu diuji apabila Mohd Nazri disahkan mempunyai tumor pada jantungnya sebelum lelaki itu menjalani pembedahan membuang tumor di Institut Jantung Negara (IJN).
Katanya, selepas kembali pulih, abangnya tetap meneruskan niat mendermakan buah pinggang sebelum mereka menjalani pemeriksaan semula.
“Kami dimaklumkan pembedahan itu juga berisiko antaranya risiko kematian tiga peratus, pendarahan dan ada juga yang buat transplan buah pinggang tetapi organ itu tidak berfungsi pada penerima.
“Tetapi abang tetap teruskan niat murni dia yang membuatkan saya terharu sangat. Alhamdulillah, setakat ini keadaan kami baik dan doktor beritahu pembedahan itu amat berjaya tetapi saya masih perlu makan ubat anti penolakan untuk kekalkan penerimaan badan pada buah pinggang itu,” kata Penolong Guru Tabika Perpaduan itu.
Katanya, dia anak bongsu daripada tiga beradik dan hubungan mereka sangat rapat, malah dia turut mengakui pengorbanan abang kesayangannya itu membawa sinar baru dalam hidupnya dan anak.
“Saya menitiskan air mata ketika membuang air kecil dengan banyak selepas pembedahan itu kerana sebelum ini urin saya hanya setitik dua saja.
“Bacaan ‘creatinine’ saya menurun daripada 1,000 ke 68 dan semua makanan sudah boleh dimakan tanpa rasa takut selain saya juga boleh minum air lebih kerana sebelum ini hanya boleh minum 500 mililiter sehari.
“Terima kasih abang, kini buah pinggang kiri abang berada di pinggang kanan saya. Rezeki saya dapat abang dan keluarga yang sangat baik,” katanya.
Sementara itu, Mohd Nazri berkata, hatinya luluh setiap kali melihat keadaan adiknya yang lemah selepas membuat rawatan dialisis, malah terpaksa mengehadkan pergerakan serta menahan keinginan untuk minum dan makan setiap hari.
“Adik melakukan dialisis tiga kali seminggu dan selepas itu dia berasa tidak sihat dan akan rehat atau tidur hingga esok pagi sehingga adik tiada masa bersama anaknya dan keluarga.
“Saya juga mula mencari dan membaca maklumat berkaitan transplan buah pinggang dan mulanya adik tak mahu mungkin dia bimbang keadaan saya.
“Malah ibu dan kakak juga berbelah bahagi dengan hasrat itu kerana ia berisiko tetapi selepas dipujuk mereka menerimanya,” katanya.
Penolong pengurus sumber manusia itu berkata, tiada apa yang melegakannya apabila pembedahan berjalan dilakukan dan mengakui ia dilakukan atas kasih sayang seorang abang kerana Allah SWT.
“Kami tiga beradik memang rapat, ayah kami sudah meninggal dunia sejak saya berusia empat tahun dan kami memang selalu bersama jadi saya mahu buat sesuatu untuk adik supaya dia kembali sihat.
“Saya bersyukur pembedahan berjalan lancar dan awal daripada jangkaan kerana sebelum ini saya diberitahu saluran arteri (di bahagian buah pinggang) agak pendek dan mungkin mengambil lebih sedikit masa. Kami kini dalam proses pulih,” katanya.
Mingguan Wanita: Mulianya hati abang, sanggup berkorban demi masa depan dan kesihatan adik tersayang. Semoga adik beradik ini terus diberikan kesihatan yang baik.
YB Yeo Bee Yin kongsi kos bina satu bilik darjah RM1.8 juta, ibu dedah keadaan kelas anak macam permukaan bulan.
Rasa seperti sukar dipercayai namun satu perkongsian dari Ahli Parlimen Puchong, YB Yeo Bee Yin ketika Perbahasan Bajet 2023 Kementerian Pendidikan semalam memperlihatkan kos pembinaan satu bilik darjah mencecah RM1.8juta. Menyamai harga rumah mewah di kota besar, katanya.
Susulan perkongsiannya itu, seorang ibu di twitter atas nama @frzhanna berkongsi keadaan sekolah anaknya yang seperti permukaan bulan. Berlekuk. Sebahagian ditampal simen namun tidak kemas.
Ya, ia boleh melibatkan isu keselamatan anak belajar di mana bahaya jika keadaan lekuk itu mengakibatkan kaki pelajar terpelecok dan sebagainya.
Dan ada pengguna twitter berkongsi, permukaan lekuk itu seperti jalan Muadzam- Rompin di mana rekahan simennya.
Walau harga sebuah bilik darjah itu dilihat seperti tidak realistik namun semasa membahaskan mengenai peruntukkan Projek Pembangunan Semula Bangunan Daif dan Pembinaan Sekolah Baru dengan jumlah perbelanjaan lebih daripada RM 900 juta, YB Yeo mengharapkan isu pendidikan diberi perhatian selain menggesa kementerian untuk mengkaji semula proses pelantikan kontraktor untuk pembinaan dan penyelenggaraan sekolah bersama dengan kementerian kerja raya.
Dalam ucapannya, kata YB Yeo, “dari pelbagai lawatan sekolah di parlimen Puchongnya, dirinya mendapati bahawa terdapat banyak sekolah yang telah daif, kemudahan tidak mencukupi. Tiada padang, dewan, makmal dan lain-lain dan ada juga kelas tidak cukup kerana jumlah pelajar semakin meningkat.
“Kebanyakan mereka telah buat permohonan untuk memperbaiki situasi, tetapi permohonan sentiasa ditolak oleh KPM dengan alasan tiada peruntukkan.
“Masa yang sama, ramai ahli parlimen telah dan akan menggesa kerajaan untuk menambah peruntukkan untuk penyelenggaraan dan pembinaan bangunan sekolah.
Walau bagaimanapun, hanya menambah peruntukkan adalah tidak mencukupi, kerajaan harus meningkatkan keberkesanan perbelanjaan.
YB Yeo turut memaklumkan, dari maklumat diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kos pembinaan untuk beberapa sekolah baru adalah seperti berikut: Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, 36 bilik darjah – RM 74 juta, Sekolah Kebangsaan Setia Alam (2) 30 bilik darjah – RM 54 juta, Sekolah Kebangsaan Paya Dusun, Terengganu, 24 bilik darjah – RM 55 juta dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dudong, Sibu Sarawak, 42 bilik darjah – RM 110 juta.
“Jika kita kira dari segi purata, kos pembinaan satu bilik darjah adalah diantara RM 1.8 – 2.6 juta. Untuk meletakkan perspektif, kos pembinaan peruta satu bilik darjah adalah sama dengan harga satu condo mewah atau semi-D di bandar ataupun satu banglo besar di luar bandar.
“Keberkesanan perbelanjaan ini adalah sangat rendah. Adakah modus operandi yang sama juga digunakan untuk penyelenggaraan sekolah?
Dan di akhirnya, Yb Yeo menegaskan hal ini bukan isu politik, kerana isu ini telah dibangkitkan dulu dan berlaku juga apabila pihak pembangkang menjadi kerajaan, ini isu pendidikan.
Dan menggesa kementerian untuk mengkaji semula proses pelantikan kontraktor untuk pembinaan dan penyelenggaraan sekolah bersama dengan kementerian kerja raya.
Bukan senang melupakan bila suami cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jangan terlalu banyak melepaskan tanggungjawab pada isteri, risau dia rasa suami macam tak wujud. Kadang isteri tak meluah, tetapi dia banyak memendam dan sampai satu tahap akan meletup!