
Jika mak-mak pernah makan Biskut Gery, biskut keping yang disalut dengan keju berkrim, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Biskut Gery yang pernah viral ini, mudah sangat nak buat, malah jimat kos berbanding beli di kedai. Rasanya yang lemak, manis, masin secukup rasa, boleh dibuat kudap-kudapan untuk anak-anak.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nerina Elli ini
“Try dahhh..Ala-ala Biskut Gery..mudah sangat, jimat kos. Bukan guna semua bahan-bahan ni, buat sikit-sikit.Bagi yang pertama kali buat ikut kuantiti di bawah.”
Bahan-Bahan:
Biskut ada gula
2 sudu Butter
3 sudu Susu Pekat
2 keping Cheese

Cara Membuat:
1. Panaskan butter, susu pekat dan cheese sampai cair. Guna api perlahan je.
2. Bila bahan dah cair. Kena cepat-cepat salut kat biskut ye.(Bahagian keping yang takde gula). Jika kering susah nak melekat nanti sebab tempoh bahan tu cair kejap je.
3. Celup terus biskut tu ke dalam bancuhan cheese berkenaan.Lagi cepat & cantik salut dia, tak perlu pakai sudu.
4. Sejukkan seketika biar salutan kering.
Dah berjaya buat, ulang lagi cara yang sama.
Info Ekstra!
Kalau nampak macam cheese tu pekat, letak sikit butter untuk cairkan ia. Sebab tu bila dah sejuk nampak berkilat-kilat lawa je tengok.
Siap!
Selamat Mencuba
Baca Lagi Disini: Bukan Kuih Lapis Tapi Puding Biskut Cream Cracker Sedap, Ini Resipinya!
MW: Sesekali mak-mak boleh cuba buat biskut salut cheese ala-ala Biskut Gery ni. Anak-anak pun mesti suka.
Sumber: Nerina Elli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Scone Resipi Paling Senang Dibuat, Jadi Macam Dijual Dekat Kafe!

Scone ni antara menu klasik cukup popular untuk hidangan minum petang bagi orang di Eropah. Jika pernah ke kafe di tanah tinggi Cameron Highlands banyak dijual scone ni. Rasanya memang cukup sedap dan tak jemu makan.
Mak-mak boleh cuba buat scone ni di rumah ikut resipi dan langkah satu persatu yang dikongsikan oleh Puan Norleen Mohid ini sebagai panduan;
“Scone Senang Dibuat.Okay hari ni Cik Leen kongsikan resipi paling senang nak dibuat sorang-sorang atau dengan anak-anak.Kejadiannya macam yang dijual kat cafe, tak tipu.”
Bahan-Bahan:
1 + 3/4 cawan tepung gandum
4 camca teh baking powder
1/4 cawan gula perang
Secubit garam
5 sudu makan mentega sejuk
* Ramas dan gaul semua bahan di atas sampai jadi macam serbuk roti kasar. Ya, guna tangan je.
1/2 cawan blackcurrant kering atau kismis
* Tambahkan dalam campuran bahan kering.
1/2 cawan susu
1/4 cawan krim masam (Saya guna yoghurt je)
* Sebatikan dan tuang ke dalam adunan tepung. Kacau lebih kurang saja sampai terbentuk doh.Untuk adunan ni, boleh dapat 8 skon comel.
Susun dalam dulang pembakar.
1 biji telur
1 sudu makan susu
*Gaul rata dan sapukan di atas skon. Rehatkan 10 minit.
Panaskan dulu oven pada suhu 200•C. 15 minit.
Cara Membuat:
1.Ayak tepung dan baking powder. Gaul ramas dengan butter, gula perang dan garam.

2.Sampai dapat tekstur macam ni. Masukkan buahan kering. Gaul rata.

3.Ini susu campur yoghurt.

4.Tuang dalam campuran bahan kering.

5.Kacau manja-manja guna sudu je.

6.Ketepikan sudu. Gaul guna tangan sampai dapat bentuk doh. Geli? Alahai dah siap karang basuhlah tangan tu. Kalau melekit sangat, letak sikit tepung pada tapak tangan.

7.Gini rupa dohnya. Ya, tak cun licin. Jangan risau.

8.Potong doh tu ikut saiz yang kita suka. Kalau nak besar-besar, potong 4 je.

9.Lepas tu kita susun ikut jarak sosial. Janganlah sampai 1 meter. Bila nak siap membakornya.
10.Sapu dengan campuran telur dan susu. Kalau takmo letak susu boleh je. Ni untuk kasi nampak cun berkilat, tak pucat. Rehatkan selama 10 minit. Masa ni dah boleh panaskan dulu oven.

11.Suhu oven 200•C ya. Panaskan dulu oven selama 15 minit. Lepas tu baru bakar skon anggaran 10-15 minit.Ikut mood oven masing-masing.

Ha gini rupanya lepas siap dibakar.
Ini contoh, bukan wajib ikut. Nak makan skon nya gitu je pun boleh je. Nak cicah sambal tumis pun jadi. Tak ada salahnya.

Kita tayang sikit rupa isi dalam skon tu ya.
Kejadian untuk sarapan pagi tadi. Alah lebih kurang macam kat setabak je.

Baca Lagi Di Sini: Japanese Fluffy Pancake Gebu Viral! Senang, Masak Atas Kuali Non Stick Je
MW: Senang je kan nak buat scone ni. Gaul-gaul dalam mangkuk je tak perlu guna mixer.Mudah. Ikut langkah yang dikongsikan ini satu persatu, gerenti jadi. Scone ni sedap makan dengan cream dan jem strawberi, tapi nak makan begitu saja pun boleh.
Sumber:Norleen Mohid
(Sumber: Best Scone Recipe from Allrecipes.com)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi Roti Ala Burger Korea Guna ‘Charcoal Powder’ Dapat 12 Biji

Memang unik roti burger warna hitam ala-ala Burger Korea. Rupanya adunan roti ni menggunakan ‘Charcoal Powder’ atau serbuk arang. Bila buat sendiri memang puas hati makan, boleh letak banyak-banyak topping. Resipi roti ala-ala Burger Korea yang dikongsikan oleh Puan Nor Asiah ini nampak menjadi sungguh, macam di restoran makanan segera yang kita selalu beli.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan;
Anak cakap tak pernah pun makan burger Korea. Malam tadi terus buat bun ala-ala Korea. Warna hitam saya guna charcoal powder. Firstime guna agak-agak ja..sebab tak pernah buat sebalum ni. Resepi saya pakai resepi yang selalu post. Ring saiz 4 inci beli kat shpoee taip ja ring burger.Doh yang ni saya buat berat 70gm.
Bahan-Bahan (Ayam Goreng):
Untuk 1 Ekor Ayam (Bahan Perapan)
1 biji telur
2 genggam tepung bestari
* campur kedua-dua bahan dan perap sekurang-kurangnya selama setengah jam.
Tepung kering
300gram tepung bestari
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
*Kacau sebati semuanya
Cara Membuat:
1. Gaul ayam yang telah diperap tadi ke dalam adunan tepung kering.
2. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga masak/ warna keemasan.

Bahan-Bahan (Roti)
Boleh dapat 12 biji roti
500 gram tepung roti
70 gram gula kastor
1 sudu besar yis kering
1 sudu besar susu tepung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil garam
50 gram marjerin atau butter
10 gram pelembut roti
280-300gram air sejuk
Charcoal powder secukupnya

Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan dalam “breadmaker’ kecuali garam, masuk selepas 5 minit uli dalam breadmaker.
2. Kemudian doh burger, anggaran 75-80gram. Guna ring saiz 4 inci.


3. Bakar pada suhu 170’c selama 20 minit. Bergantung pada oven masing-masing.

Siap! Selamat menncuba.

Info Ekstra!
- Boleh letak hiasan topping seperti kepingan cheese, salad, tomato, bawang, sos cili dan mayonis.

Siap! Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Resipi Burger Prosperity Ala McD SEDAP, Buat Sendiri Puas Hati Makan!
‘Korean Garlic Cheese Bread’ MUDAH, Guna Roti Burger Bakar Dalam Air Fryer
Mingguan Wanita :Menariknya buat ala burger korea ni. Roti warna hitam guna charcoal powder je. Puas hati bila buat sendiri.
Sumber: Nor Asiah
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
![]()
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah.(https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tok Yah Ajar Satu Persatu Cara Masak Pajeri Style Utara, Memang Sedap Terangkat!

Bagi yang suka makan pajeri boleh cuba resipi style Utara. Rahsia sedap tu terletak pada teknik masakan selain bahan-bahan yang segar. Ikut ja resipi dan cara masak yang dikongsi oleh Tok Yah. Nenek ni memang masak cara orang lama-lama kat Kedah. Selamat mencuba!
Resipi Pajeri Utara
Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih} dihiris
2 ulas bawang merah} dihiris
1 1/2 inci halia} dihiris
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji terung} dipotong
1 senduk kerisik
2 paket kecil serbuk kari daging cap O
1 cawan santan/ 1 kotak kecil
1 keping gula Melaka
segenggam udang kepal
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Baca sini
https://www.mingguanwanita.my/guna-air-mendidih-rahsia-cucur-bilis-rangup-di-luar-lembut-di-dalam/
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Ikut Cara Masak Macam Ni Baru Jadi!
Cara membuat:
1-Tumis bawang putih, bawang merah dan halia bersama bunga cengkih, bunga lawang serta kulit kayu manis sehingga naik bau. Pastikan bahan-bahan tumis jadi kuning keemasan. Ini rahsia nak bagi pajeri bau wangi sedap.

2-Sementara itu, gaul kerisik bersama rempah siap-siap, tujuan ni nak bagi rempah dan kerisik ‘mesra’. Kemudian, baru masukkan rempah kerisik bersama sedikit pati santan. Kacau sebati, tunggu sampai pecah minyak. Perlahankan api, takut rempah hangit. Pati santan tu Tok Yah boh sebab nak bagi rempah cepat pecah minyak. Ini pun salah satu rahsia pajeri sedap.

3-Lepas tu, masukkan gula & garam. Nak bagi pajeri rasa lemak-lemak manis, Tok Yah letak gula Melaka. Kemudian, baru masukkan terung. Perlahankan api, kacau sebati sebab nak bagi rempah dan terung ‘mesra’. Satu lagi rahsia nak bagi rempah masuk elok dalam terung dengan cara belah sedikit bahagian terung tapi jangan sampai terputus. Ini pun cara nak terung cepat empuk. Lepas tu, masukkan udang kepal. Gaul sebati.

4-Akhir sekali, masukkan lebihan santan tadi. Gaul sebati semua bahan, masak sampai kuah pekat. Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng. Confirm makan bertambah-tambah.

5-Selain terung, boleh juga gantikan dengan epal merah, buah gajus, rebung atau nanas. Resipinya sama sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

