Ads

3 Waktu Terbaik Bersenam Pada Bulan Puasa, Ini Bonus Untuk Turunkan Berat

bersenam

3 waktu terbaik bersenam pada bulan puasa, ini bonus untuk turunkan berat. Ya, puasa pun kena bersenam. Jangan jadikan alasan disebabkan kita puasa kita tak boleh bersenam dan tidak boleh nak aktif. Lagi satu, bersenam ini adalah bonus buat anda yang ingin turunkan berat badan.

3 Waktu Terbaik Bersenam Pada Bulan Puasa

Anda kena berpuasa dan teruskan bersenam untuk membakar lebih banyak lemak dan boleh turun berat badan masa bulan puasa. Cuma masa bulan Ramadan kita kena pilih masa yang betul dan senaman yang sesuai supaya anda tak dehydrated.

3 Waktu Terbaik Bersenam Pada Bulan Puasa, Ini Bonus Untuk Turunkan Berat

 

Kalau ikutkan tak ada pun waktu yang betul-betul spesifik untuk kita bersenam tetapi tiga waktu ini sesuai untuk anda buat terutama pada bulan puasa. Jemput baca perkongsian daripada Coach Pengurusan Berat Badan, Mira, yang mana dia sendiri sudah berjaya hilangkan berat badan 12 kilo.

Ads

Pertama, sebelum berbuka puasa.

Waktu ini badan kita masih kosong. Lagi banyak sebenarnya kalori yang terbakar cuma senaman itu jangan yang terlalu berat sebabnya korang belum berbuka lagi. Tenaga tak cukup lagi, limitkan masa tak lebih daripada 60 minit untuk bersenam, sebelum berbuka puasa.

Ads

Kedua, 2-3 jam selepas berbuka puasa.

Pastikan makanan yang anda makan itu betul-betul hadam dulu baru bersenam. Waktu ini anda boleh pilih nak senaman yang low intensity atau pun yang high intensity terpulang pada anda. Masa ini anda boleh buat apa-apa sahaja sebab anda sudah dapat energy daripada makanan yang anda makan.

Ads

Ini Bonus Untuk Turunkan Berat

3 Waktu Terbaik Bersenam Pada Bulan Puasa, Ini Bonus Untuk Turunkan Berat

Ketiga, selepas sahur.

Selepas sahur sudah dapat energy. Jadi anda boleh bersenam cuma selepas sahur kita galakkan buat senaman yang low intensity sahaja sebab anda baru nak mula puasa.

Jadi kalau anda buat yang high intensity pada pagi takut terganggu pula puasa anda. Mungkin juga anda dehydrated nak ke petang itu. Sekarang, antara tiga waktu bersenam ini, mana satu yang anda rasa terbaik untuk diri sendiri?

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Rendam Muka

Rendam Muka Dalam Air Sejuk, Bukan Hanya Kurangkan Mata Sembap Tapi...

Rendam muka dalam air sejuk, bukan hanya kurangkan mata sembap tapi reset emosi. Masih ramai yang pandang remeh dengan tip ini tetapi sebenarnya merendam muka dalam air sejuk waktu pagi banyak manfaat.