Jika pernah kena Breast abcess atau lebih dikenali sebagai bengkak susu ni memang derita.Ia biasa dialami oleh mak-mak yang baru lepas bersalin dalam masih dalam berpantang. Jika tidak mendapatkan rawatan yang betul, boleh mengakibatkan susu tersumbat tersebut menjadi nanah dan terpaksa menjalani pembedahan. Meskipun ada urutan dan petua tradisional yang boleh diamalkan untuk menghilangkan bengkak susu ini, namun jika ia tidak surut lebih daripada 2 hari, mohon segera berjumpa doktor untuk melakukan rawatan susulan bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

Perkara ini yang dialami dan dikongsikan oleh pelakon Ezzaty Abdullah, 28 yang juga merupakan isteri kepada pelakon Azwan Kombos,32 didalam laman instagramnya baru-baru ini.

Kegembiraan mendapat cahaya mata pertama, Harum Dahlia, 3 bulan, pada 6 Disember lalu, Ezzaty diuji dengan dugaan kesakitan mengalami bengkak susu selama 3 minggu sehingga terpaksa melakukan pembedahan dan dimasukkan kedalam wad selama 5 hari pada penghujung Januari lepas.

Berikut antara yang dikongsikan didalam didalam instagram beliau;

3 Minggu Derita Bengkak Susu Sehingga Jadi Nanah & Terpaksa Dibedah, Sakitnya Allah Je Yang Tahu

IKLAN

“Breast abcess yang saya alami berpunca dari susu tersumbat dan menjadi bengkak susu. Kemudian bila dibiarkan lama ia menjadi nanah. Tak sama seperti bengkak susu biasa. Sakitnya berganda-ganda dari bengkak susu. Macam-macam cara saya cuba yang ade dalam google ‘cara atasi bengkak susu’ tapi semua tak berhasil.

“Nasihat dari bidan yang mengurut saya di kampung juga saya dah buat dan cuba tapi tetap gagal. Sampai saya dah bosan dan muak dengar orang suruh saya tuam air panas la, sejuk la, letak kobis la sebab semua tu tak jalan dah.”

“3 minggu saya menderita bengkak susu dan cuba cara-cara tradisional tu tapi semua nya sia-sia sampai lah saya terkena breast abcess. Kalau lah saya terus berjumpa doktor mesti perkara tu takkan berlaku. Banyak cara doktor boleh selamatkan kalau saya pergi jumpa doktor lebih awal.”

IKLAN

Terus Jumpa Doktor Jika Bengkak Tak Surut Lebih Dua Hari

“Nasihat saya kepada semua ibu-ibu diluar sana, pleaseee terus berjumpa doktor pakar kalau lebih dari dua hari bengkak susu tak surut. Bukan saya tak bagi dengar nasihat dan ikut cara orang tua-tua tapi saya dah alaminya. Bukan semua orang boleh surut bengkak dengan cara-cara tu. Kalau dah lebih dua hari tolong lah pergi jumpa doktor pakar. Jangan tangguh dan cuba lagi cara tradisional tu. Semua tu dah tak boleh pakai lagi.”

“Kalau boleh saya taknak ibu-ibu kena macam yang saya kena. Sakitnya Allah je yang tau. Derita pengalaman paling pahit dalam hidup saya dan ibu-ibu yang pernah lalui pembedahan breast abcess ni biarlah kami saja yang rasa ❤️✌? Post ini kerana terlalu ramai yang DM saya tanya tentang ni. Saya bukanlah pakar. Saya cuma bercakap melalui pengalaman saja. Boleh berjumpa doktor untuk tahu lebih lanjut.

IKLAN

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika mak-mak alami bengkak susu lebih daripada dua hari mohon lakukan pemeriksaan dengan doktor segera untuk elak jadi lebih teruk.

Sumber: Instagram Ezzaty Abdullah

Baca Disini: Perjuangan 28 Jam Bertarung Nyawa Di Bilik Bersalin, Pelakon Ezzaty Abdullah Selamat Lahir Anak Perempuan!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI