Kecantikan

3 Langkah Alami Rawat Kulit Berminyak Dalam 30 Hari

Share

Wajah persis bidadari namun kulit mak aiii, berminyaknya. Ibaratnya apabila ditatang boleh menggoreng ikan. Wajah yang berminyak memang akan menjadikan penampilan anda kurang sempurna. Sebab itu kena usahakan rawat kulit berminyak.

Sekali pun disolek, pasti ada cacat celanya kerana kulit berminyak tak lut mekap. Bagaimana nak mengatasi masalah ini, kerana kulit berminyak memang bikin hidup kita jadi huru-hara. Jerawat pun mudah saja singgah. Amalkan dahulu tiga tip ini selama sebulan, ia membantu anda mengelakkan kulit daripada terus-menerus berminyak!

1. Hindari Pencuci Wajah Beralkohol

Sememangnya pencuci wajah yang mengandungi alkohol akan membuatkan kulit anda terasa bersih dan segar tatapi tahukah anda ianya hanyalah bersifat sementara. Semakin banyak minyak semulajadi dinyahkan dari kulit wajah maka semakin kuat kulit anda berkerja untuk mengeluarkan minyak sehingga membuatkan kulit anda semakin berminyak.

2. Jangan Terlalu Kerap Cuci Wajah

Memanglah setiap kali anda berasa tidak selasa dan rimas apabila kulit anda berminyak, anda akan mencucinya. Tetapi sebenarnya apabila anda terlalu kerap bersihkan wajah secara tidak langsung akan membuatkan  minyak alami yang terdapat di lapisan kulit wajah akan terhakis seterusnya situasi yang sama akan berulang, iaitu kulit wajah anda akan bertambah berminyak.

3. Pilih Pelembap Berasaskan Air

Penyelesaian ketiga untuk mengurangkan minyak di wajah adalah dengan cara memilih pelembap wajah yang berasaskan air. Sama sekali elakkan krim pelembap yang mengandungi minyak kerana ianya akan membebankan masalah kulit anda. Ayuh, lakukan sekarang!

IKLAN