Wajah persis bidadari namun kulit mak aiii, berminyaknya. Ibaratnya apabila ditatang boleh menggoreng ikan. Wajah yang berminyak memang akan menjadikan penampilan anda kurang sempurna. Sebab itu kena usahakan rawat kulit berminyak.
Sekali pun disolek, pasti ada cacat celanya kerana kulit berminyak tak lut mekap. Bagaimana nak mengatasi masalah ini, kerana kulit berminyak memang bikin hidup kita jadi huru-hara. Jerawat pun mudah saja singgah. Amalkan dahulu tiga tip ini selama sebulan, ia membantu anda mengelakkan kulit daripada terus-menerus berminyak!
IKLAN
1. Hindari Pencuci Wajah Beralkohol
Sememangnya pencuci wajah yang mengandungi alkohol akan membuatkan kulit anda terasa bersih dan segar tatapi tahukah anda ianya hanyalah bersifat sementara. Semakin banyak minyak semulajadi dinyahkan dari kulit wajah maka semakin kuat kulit anda berkerja untuk mengeluarkan minyak sehingga membuatkan kulit anda semakin berminyak.
IKLAN
2. Jangan Terlalu Kerap Cuci Wajah
Memanglah setiap kali anda berasa tidak selasa dan rimas apabila kulit anda berminyak, anda akan mencucinya. Tetapi sebenarnya apabila anda terlalu kerap bersihkan wajah secara tidak langsung akan membuatkan minyak alami yang terdapat di lapisan kulit wajah akan terhakis seterusnya situasi yang sama akan berulang, iaitu kulit wajah anda akan bertambah berminyak.
IKLAN
3. Pilih Pelembap Berasaskan Air
Penyelesaian ketiga untuk mengurangkan minyak di wajah adalah dengan cara memilih pelembap wajah yang berasaskan air. Sama sekali elakkan krim pelembap yang mengandungi minyak kerana ianya akan membebankan masalah kulit anda. Ayuh, lakukan sekarang!
Rupanya disebalik wajah cerah dan bersih Noorkhiriah Ahmad Shafie,39 atau lebih dikenali khiriah hanya mengamalkan petua mudah garam dan ubat gigi untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih pada hidungnya.
Pelakon yang membawakan watak antagonis sebagai Aishah dalam Drama Nur ini, ada kongsikan video tutorial yang dimuat naik didalam laman instagramnya.Menariknya, Khiriah yang terkenal dengan sifat kelakar, menjadikan video tersebut cukup santai dan bersahaja.
Berikut antara kapsyen yang dimuatkan beserta video tersebut;
“Blackhead,whitehead semacam head dekat hidung hanya pakai garam dengan ubat gigi.Jangan tanya satu muka boleh ke tak, sebab koi (saya) tak penah buat. Hidung aje. Yang lain ikut dema la ye. Yang penting saya buat tak pedih dan tak rasa apa-apa pun.
“Sagat dengan penuh kasih sayang. Jangan lepas geram pula dekat hidung tu.Mahu luka.Selamat mencuba. Yang penting memang berkesan,jimat. Insya Allah ada hasilnya. Apa ubat gigi pun boleh digunakan, jadi tidak kisah la jenama apa sekalipun.”
Bahan-Bahan:
Garam Halus
Ubat Gigi
Cara Membuat:
1.Letak sedikit ubat gigi pada garam halus tersebut.
2.Gaul dan kacau rata campuran tersebut.
3.Sapukan dan gosok lembut pada bahagian hidung.
4.Kemudian, cuci muka seperti biasa.
Memang betul-betul jimat dan mudah, petua cantik yang dikongsikan oleh Khiriah ini. Dah nak raya ni, bukan kata baju, tudung, kasut dan handbag je nak lawa, muka pun mak-mak kenalah terjaga cantik! Barulah penampilan sempurna dari hujung rambut sampai hujung kaki!
Sementara itu, kalau nak rasa #BetulBetulRaya, datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 ini di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula jam 2.00pm – 2.00am. Ada pelbagai aktiviti #BetulBetulBest dan jualan barangan raya yang #BetulBetulViral daripada 50++ jenama online terkenal!
Bukan mudah bagi wanita untuk dapatkan kembali berat badan yang ideal selepas bersalin. Hanya melalui rutin amalan berpantang yang ‘ketat’ dan betul je, mampu mengembalikan berat barat seperti yang diidamkan. Jangan sambil lewa sewaktu tempoh berpantang, kerana waktu inilah tempoh pemulihan untuk kesihatan dalaman dan luaran bagi seorang wanita.
Mak-mak yang dalam tempoh berpantang mungkin boleh cuba rutin berpantang yang wanita ini amalkan sehingga berjaya mengurangkan hampir 36 kilo selepas habis tempoh berpantang.
Berikut antara yang dikongsikan oleh Puan Fit Ramlan atau lebih senang membahasakan diri’Acik’.
Cara Acik Berpantang:
Dulu sebelum bersalin pernah la berat 86kg. Lepas habis tempoh pantang berat maintain 50-52kg sampai la anak dah 1 tahun 10 bulan & mengandung lagi.
Bangun je tidur acik akan sarapan. Acik tak kan mandi awal-awal pagi melainkan ada appoitment mengurut badan. Urut badan seeloknya awal-awal pagi.Urat point je kalau kene tekan.
Urutan Badan Berperingkat
Untuk urut badan biasanya acik akan ambil 3 hari lepas bsalin,3 hari selepas 2 minggu bersalin, 3 hari selepas habis pantang (penutup pantang). Acik cuma urut biasa je.. tak buat sengkak di awal urut. Sengkak hanya dibuat selepas habis tempoh pantang. Sebab sengkak awal-awal boleh menyebabkan pendarahan (rahim masih membengkak) dan boleh menyebabkan jahitan tertetas / terbuka (sebab sengkak ni dia tarik kulit-kulit perut kite ke atas sekali..menegang terus kulit jahitan tu..ngeri)
Minum Ubat Periuk & Manjakani Serapat
Tak buat sengkak awal-awal takut rahim tak kecut? Memang tak kan kecut pun kalau sengkak..Sebab dia naikkan je. Tapi kalau dah masih bengkak dan kembang, sama je dia akan melorot balik. Macam pakai seluar tak de getah pinggang tu.So minum je Ubat Periuk + Manjakani Serapat tu. 1-2 minggu cantik, kecut elok dah rahim tu. Tapi manjakani hanya boleh diambil lepas baby tak de kuning ye. Macam Ubat Periuk yang kite minum ni boleh ambil time baby kuning sebab 100% herba & tak panas.
Mandi Sauna 44 hari Berpantang
Setiap hari selama 44 hari tu acik akan mandi sauna. Macam mana caranya? Rebus je Mandian Serom & wapkan badan. Buat dalam 20-45 minit setiap hari. (Acik ada share cara2 DIY sebelum ni). Lepastu minum Ubat Periuk. Pernah la jadi epmom, so lepas je mandi wap ni & minum air ubat periuk acik akan mengepam. Hasilnya 2 3 4 kali ganda hasilnya daripada pam waktu biasa. Tp ingat ye, kalau buat mandi sauna ni kite kene minum air banyak. Sebab kite dah berpeluh super banyak dalam tempoh bersauna.
Pakai Param & Ubat Barut
Lepas sejukkan badan & pam baru la acik mandi. Mandi ni mandi air suam dari leher ke kaki. Kepala & muka jirus air paip je. Sebab kalau tak kepala pening, muka cepat tua & rambut cepat gugur. Dah bersih bdn, sental 1 badan dengan Param. Sedap je badan pakai param ni. Lepas tu sental Ubat Barut kat perut. Buat macam scrub.
Bertungku, Berbengkung & Berpilis
Agak-agak dah kering sikit, suami akan tungku satu badan. Dari bahu sampai ke tapak kaki. Lepas siap tungku, acik akan berbengkung. Berbengkung ni kite kena ikat dari bawah ke atas. Bukan atas ke bawah. Tujuan pakai bengkung ni bukan sekadar kurus & kempiskan perut tapi untuk support abdomen kita terutama rahim. Sebab tu kena ikat dari bawah ke atas.Acik guna bengkung jawa. Lepas tu baru la acik akan pakai Pilis kat dahi tu. Ikat rambut tinggi-tinggi sampai tegang kulit muka tu. Ikat rambut ketat-ketat guna smpai 3 4 getah rambut.
Lepas selesai semua ni baru la acik makan. Acik tak kan makan selagi tak berbengkung. Sambil-sambil makan ni, acik akan pijak besi panas untuk hangatkan tapak kaki. Sedap sangat badan.
So ni la rutin setiap hari yang acik akan buat tanpa gagal. Nampak simple tapi leceh. Leceh tapi kesannya mantap.
Mereka yang berpantang ni wajahnya tak dimamah usia. Maksudnya tua la juga tapi tak la tua sebelum usia. Kulit akan kemerah-merahan, aliran darah baik, rahim solid tubuh badan padat.
Baju merah ni mak acik. Acik banyak belajar bab-bab pantang ni dari mak. Mak nak masuk 50an dah. Mak la yang kata, nak cantik, nak sihat berpantang la.Kalau orang kata pantang tu tak perlu, biar la.Pilihan masing-masing.Mak acik tak de kencing manis / darah tinggi. Kita orang adik beradik masih boleh share saiz baju.
Jika nak rambut berbau wangi dan berkesan dalam mengatasi masalah kelemumur boleh cuba petua mudah guna daun limau purut.Mudah sangat caranya malah menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur je.
Bukan apa, kadangkala penat bertukar macam-macam jenis syampu dan boleh tahan harganya namun hasilnya tetap sama, apa kata cuba petua lama guna daun limau purut ini pula.
Bahan Diperlukan:
10 helai daun limau purut
Air Secukupnya
Cara Membuat:
1. Ambil daun limau purut, cuci bersih dan kisar bersama dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.
2.Kalau rajin boleh je tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
3.Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan letakkan di kepala.
4.Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
5.Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye. Bilas sehingga bersih.
Mingguan Wanita:Tak salah mencuba petua lama yang terbukti berkesan ini. Guna pes daun limau purut bukan sahaja ramuan semulajadi yang boleh wangikan rambut malah boleh atasi masalah kelemumur juga.
Suami kalau nak menggembirakan hati isteri, tak perlu pun beri hadiah yang mahal-mahal. Ketahuilah wahai para suami, dengan sedikit kudrat yang anda sumbangkan mampu membuatkan si isteri tidur dengan hati berbunga-bunga.