air rebusan mujarab

Air rebusan mujarab daripada ramuan herba dan semula jadi yang segar memang banyak khasiatnya. Namun tak ramai orang muda zaman sekarang berminat malah ada yang tidak tahu kaedah yang betul.Kalau nak tahu, lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, meransang otot dan banyak digunakan sebagai bahan menguatkan tenaga.

Pernah tak amalkan minum air halia, mandian air rebusan herba, urutan dan berlulur? Haaa… sebenarnya cara ini dapat menjadikan badan kita rasa lebih segar, tau! Kulit pun rasa lebih lembut dan dapat rasa perjalanan darah lebih lancar dan segar sebaik sahaja kita buat amalan-amalan ni.

Ada tiga petua terbaik untuk anda amal, jom semak…

1. Air halia

Bahan-bahan:

7 biji cengkih

7 batang serai

7 helai daun pandan

7 buku halia

1 cawan gula merah (boleh ditambah jika inginkan manis)

Cara-cara:

IKLAN

Rebus pada waktu malam kesemua bahan di atas selama satu jam dan biarkan ia ditutup. Keesokannya sebelum minum, panaskan lagi selama 20 minit. Boleh disimpan di dalam peti ais tetapi lebih baik jika diminum panas-panas. Baik untuk kesihatan dalaman tubuh badan.

2. Air mandian Rebusan Herba ( Wajib 7 bahan)

Bahan-bahan :

Daun serai wangi

Daun pandan

Halia

Daun limau purut

IKLAN

Kulit bawang putih

Sedikit kunyit hidup (ditumbuk)

Daun sirih

Cara-cara:

Rebus kesemua bahan diatas selama sejam. Tuangkan ke dalam bath up atau besen mandian. Lebih baik jika ada sauna sendiri di rumah. Mesti disiram bermula dari ubun-ubun kepala hingga ke kaki.

3. Lulur beras

Bahan-bahan :

IKLAN

Beras yang direndam 2 hari 2 malam

Kunyit hidup ditumbuk

Daun asam jawa/daun asam belimbing

Sedikit air mawar

Sehelai/2 helai daun pandan untuk pewangi

Cara-cara:

Kisarkan kesemua bahan di atas sehingga hancur. Buang airnya dan ambil mendapan/hampas bahan-bahan dikisar tadi. Kemudian, lulur dan scrub di badan atau muka spt bedak sejuk semalaman. Berkesan untuk puitihkan badan.

NOTA KAKI:

Petua 1,2 dan 3 ini boleh dicampur sedikit garam untuk menjadi pendinding diri.

Kalau boleh, amalkan petua ini sejak kecil untuk kesan yang luar biasa. Jadi anak-anak dara yang nak kekalkan kecantikan hingga tua, kena rajin. Tiada hasil tanpa usaha!