Nampak simple sajakan, nak balik raya matikan segala punca elektrik, cabut tong gas dan sebagainya. Tapi bagi orang perempuan ini bila nak balik beraya di kampung dan tinggalkan rumah lama-lama, isterilah yang paling kalut. Sebab dia akan memastikan suami dan anak-anak lengkap serba serbi bila di kampung nanti.
Dan bila balik dari kampung, mak-mak juga nak pastikan segalanya sudah tersedia dengan baik. Tapi nak memastikan semua planning itu menjadi, mak-mak kena ada catatan penting. Pengetua Genius Aulad ini, Puan Ashikin Hashim ini dah buat siap-siap nota balik kampung untuk mak-mak.
Nak print pun boleh, nanti tanda saja siap-siap. Barulah mak bertenang. Dan sememangnya 25 ingatan ini amat membantu mak-mak bebas kalut.
25 Pesan Sebelum Balik Kampung/Tinggalkan Rumah
Sebelum balik kampung, ingat pesanan bersama ini. Semoga semuanya dapat diuruskan dengan mudah dan selamat.
1. Rancang perjalanan. Raya pertama di mana, raya kedua pergi mana dan seterusnya.
2. Kemas beg baju seawal mungkin supaya tidak kelam kabut dan tidak ada yang tertinggal.
3. Kemas rumah sebelum meninggalkan rumah. Sampah dibuang. Kalau tak nanti balik rumah, buka je pintu maka bau busuklah satu rumah.
4. Cabut semua plug dan switch off semua kecuali peti sejuk
5. Pastikan tiada baju yang tersidai di luar rumah.
6. Cek semua switch sekali lagi atau berkali-kali sebelum keluar rumah seperti switch aircond, lampu, kipas, water heater, iron.
7. Pastikan tiada pinggan mangkuk yang masih belum dibasuh di dalam sinki.
8. Pastikan tiada baki makanan atau minuman yang tinggal di dalam oven/microwave atau atas meja atau dalam periuk atau kuali.
9. Alatan mandi, make up jangan lupa bawa.
10. Bawa iron jika perlu. Siapa ada iron yang canggih seperti philips bawalah sebagai pemudah semua orang. InshaAllah baju raya tak terbakar.
11. Ada periuk Noxxa ke Russel Raylor ke, boleh lah bawa supaya memudahkan tugas didapur nanti. Kalau nak bawa….tak paksa.
12. Hanger. Jangan ambil hanger orang.
13. Bawalah toto dan bantal sendiri supaya tak berebut di kampung nanti. Pandai-pandailah kan.
14. Kenal pasti dobi 24 jam di kawasan kampung. Sediakan duit syiling secukupnya. Masuk dryer terus. Ampai kat kampung takkan cukup. Betul tak?
15. Butang baju Melayu, songkok, sampin, pin, brooch, stokin, anak tudung, charger, power bank – ini yang selalu lupa bawa.
16. Bawalah barang dapur tambahan – gula, minyak, beras. Sedekah kepada mak ayah kita.
17. Duit raya dan sampul raya – ini tak wajib. Tak ada paksaan. Bagi sebagai sedekah dapat pahala. Kan?
18. Top up siap Touch & Go. Ada Zink Card lagi senang. Auto top up. Tak perlu tambah nilai.
19. Isi minyak kereta, servis kereta, cek tayar, road tax mati ke tak?
20. Pastikan kesihatan ahli keluarga. Bawa ubatan seperti panadol, minyak angin, Essentials oil, bawa medical card, nombor agent takaful, pastikan klinik dan hospital terdekat.
21. Pastikan anak dan ahli keluarga yang lain cukup ketika berhenti di R&R.
22. Doa musafir. Niat jamak qasar. Tawakkal kepada Allah.
23. Pastikan pemandu mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Jika mengantuk silalah berhenti atau tukar pemandu.
24. Lupa pula satu lagi. Siap siaga unit ‘persenjataan’ anak-anak ketika anak-anak tantrum nanti. Ada snacks, air, buku cerita, games, toys dan lain-lain.
25. Aktifkan sistem ADT jika ada. Inform guard, jiran dan juga polis di kawasan perumahan sebelum pulang ke kampung.
Khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh Ashikin Hashim.
Selamat bercuti semua.
Hati-hati di jalan Raya.
Betulkan.. senarai ini memang nampak betapa besarnya peranan mak-mak. Biar pun kalut, tugas mak-mak itulah yang paling mulia.
Sumber/Foto : Ashikin Hashim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siapa tak sayang anak ye!. Merekalah pewaris dan harta yang tidak ternilai. Namum, dek terlalu sayang, ada mak ayah yang terlalu manjakan dan ikut apa saja kehendak anak. Kalau masih kecil, kita anggap itu biasa. Tapi kalau dah terlalu manjakan anak sampai dah besar, ia boleh beri kesan pada anak-anak itu sendiri. Mak ayah juga yang susah nanti.
Manja Ada Batasnya
Mak ayah perlu tahu anak-anak yang berusia enam tahun ke bawah sedang mengalami tumbesaran otak yang paling pesat. Dikatakan:
90 peratus daripada bahagian otak dibina sewaktu enam tahun yang pertama. Ia ini merangkumi komponen-komponen yang sangat berkait rapat dengan EQ atau Emotional Quotient. Selebihnya 10 peratus mula dibina dari umur 7 tahun sehinggalah umur 20-an; dan ini adalah pertumbuhan IQ.
Tak salah nak manjakan anak tapi kena ada batas-batasnya seperti:
Tahu apa yang boleh dan tidak boleh.
Masih menghormati semua pihak
Ibu bapa tidak hanya menuruti kehendak anak.
Maksud Manja
Jangan fikir manja ini adalah dijaga dengan mengikut apa sahaja yang diminta oleh anak. Sedangkan manja ini ada banyak peringkat seperti:
- Bayi baru lahir yang perlukan belaian kasih sayang sebab dia memerlukan perhatian yang tinggi dengan dakapan kasih sayang dan dia tidak boleh terus berdikari.
- Berumur 1 tahun ke atas – Inilah masa kritikal untuk mak ayah cipta ikatan dengan anak-anak. Ajar anak dengan cara makan di meja, masukkan baju kotor dalam bakul, keluar berjalan tidak semestinya perlu belikan permainan dan sebagainya.
Anak Lelaki dan Perempuan Sama
Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Kononnya, anak perempuan diajar untuk ke dapur supaya pandai memasak. Sedangkan anak lelaki hanya duduk di depan tv sahaja.
Menurut Steve Biddulph, penulis buku Raising Boys dan Raising Girls, anak perempuan lebih cepat matang daripada anak lelaki. Kematangan ini berlaku kerana hormon estrogen (hormon dalam badan perempuan) membantu menghubungkan kedua-dua belah otak kanan dan kiri pada peringkat yang lebih cepat berbanding anak lelaki).
Kerja Rutin
Tidak salah mak ayah melatih anak-anak melakukan kerja rumah pada usia muda. Ia dianggap satu rutin praktis yang sangat bagus dan akan membantu anak-anak menjadi lebih berdikari pada masa akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam-macam hal trend sekarang ini, namun trend yang satu ini betul-betul mengejutkan. Bila mana ada isteri tolak guna duit suami dengan alasan nak jadi wanita berdikari. Tak nak susahkan suami katanya.
Membaca catatan Nurul Kasmadillawati Zakaria ini memang ada banyak benarnya. Bila mana sesetengah isteri terlalu bertindak melulu. Budaya ikut-ikutan ini sebenarnya lebih banyak bahaya dari baiknya.
Jangan Guna Duit Suami
Acik tak faham dengan kegilaan trend sekarang: “jangan guna duit suami.”
Nak jadi independent woman tak salah. Yang tak berapa betul ialah independent woman datang sekali dengan pakej bengap. Isteri-isteri, dalam Islam kan dah diajar kewajipan suami untuk memberi nafkah.
Kalau ada masa lapang, cuba baca apa yang dimaksudkan dengan nafkah dalam islam. Rajinkan membaca cari ilmu. Jangan asyik dok membawang & tengok drama TV3 saja tahunya.
Kalau kita tak pow duit suami, siapa lagi? Sifir acik mudah je. Kalau suami mampu, acik minta suami belikan. Kalau benda tu acik tau membebankan suami atau di luar kemampuan suami, acik kumpul duit sendiri untuk beli.
Atau bagi masa kat suami untuk kumpul duit. Kadang-kadang kalau acik kemaruk sangat nak benda tu, beli guna duit acik dulu lepas tu suami bayar semula sikit-sikit tiap bulan.
Habiskan Duit Suami Biar Tak Mampu Buka ‘Cawangan’ Lain
Dalam rumah tangga memang kena ada give & take. Tapi jangan sampai hak kita, kita sendiri tolak semata-mata nak nampak moden & up to date.
Acik pernah terbaca satu ayat. Agak kelakar tapi macam ada betulnya. Nak tau apa ayat dia: “habiskan duit suami supaya dia sedar diri yang dia tak mampu nak buka cawangan lain.”
Betul lah tu. Kalau kita isteri moden pilih untuk tak guna duit suami, hutang-piutang kita bayar sendiri, utitiliti kita bayar, belanja diri sendiri & shopping pakai duit sendiri, suami akan ada duit berkepuk. Bila banyak duit mulalah rasa mampu nak cari madu untuk kita.
Lesson of the day?
Sumber/foto : Nurul Kasmadillawati Zakaria
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah lama bertahan dan bila hati sudah tak serasi, maka mak,ayah berpisahlah jika tu yang terbaik. Bukan mudah mempertahankan hubungan bila salah seorang tiada lagi hati, jadi noktahkan saja yang terbaik.
Sememangnya bukan untuk menggalakkan mak,ayah untuk berpisah tetapi jika tiada manisnya rumah tangga, maka akurlah dengan perpisahan. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam apa yang cuba disampaikan.
Bila hati sudah tak serasi, jiwa sudah tak sehaluan dan akal sudah tak sefahaman…
Maka berpisahlah dengan baik…
Adakalanya kita perlu letak satu noktah untuk sesuatu perkara itu di mana kita tak boleh paksa lagi diri dan hati untuk meneruskan sesuatu yang sudah tak boleh untuk diteruskan…
Sudah tak mampu lagi hendak bersabar, dah tak mampu lagi nak hadap dan sudah tak mampu lagi nak hidup bersama…
Bila Hati Sudah Tak Serasi
Asyik bergaduh, asyik bertengkar, asyik berperang…
Duduk berbincang dan capai satu persetujuan bersama iaitu berpisah merupakan jalan yang terbaik untuk hubungan itu…
Jangan menyimpan pasangan dengan tujuan untuk menyeksa dirinya… Kalau sudah tak mampu bagi dia bahagia, maka jangan buat dia derita…
Mudah…
Bagi kerjasama, hadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan… Bila hakim tanya, jawab baik-baik dan lafazkan seperti yang diminta…
Lepas keluar mahkamah, maafkan diri masing-masing tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak… Then boleh mulakan hidup masing-masing…
Maka Berpisahlah Jika Itu Yang Terbaik
Nak kembali buat perangai bujang, boleh dah… Nak berkahwin dengan skandal, pun boleh dah…
Kalau berkawan dengan siapa-siapa pun, tak dipanggil curang dah… Nak buat apa yang tak boleh buat ketika dalam alam perkahwinan, semua sudah boleh buat dah sekarang…
Kita tak menipu siapa-siapa, kita tak aniaya sesiapa, kita tak abai siapa-siapa… Hanya kita dan diri kita sahaja…
Baca Juga Di sini:
Rumah Tangga BUKAN Acara Lumba Lari, Harus BERSAMA Bukan Bersungguh Atasi Pasangan Sendiri
Bukan Tak Boleh Berpisah, Tetapi Kita Masih Meletakkan Harapan Pada Pasangan
Ibu Ini Terpaksa Melangkah Walaupun Sewaktu Berpisah, Masih Baru Habis Pantang
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Bukan Galakan Tapi Jika Berpisah Jalan Terbaik
Posting ini bukan menggalakkan perpisahan, tapi sekiranya rumah tangga itu dah tak boleh diselamatkan, dah tak nampak arah tujuan, dah tak ada kebaikan untuk diteruskan, maka berpisahlah dengan cara yang baik…
Bagi kerjasama untuk hadir melafazkan talak di mahkamah… Banyak kes digantung tak bertali di mahkamah sebab bila tarikh sebutan kes dibaca, pasangan tak nak hadir…
Bila tak hadir, proses berpisah tak boleh dilaksanakan… Dan ada pihak yang terseksa dengan situasi begini…
MW: Sudah tentu tiada siapa pun antara mak, ayah yang inginkan perpisahan berlaku. Namun jika itu suratan, kita sebagai hamba-Nya perlu akur. Berpisahlah secara baik dan tiada dendam.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI