2 Rakan Serumah Jadi Mangsa Rogol & Samun Di Wangsa Maju, Lelaki Menyamar Jadi Penghantar Barang

Share

Wanita jadi mangsa rogol dan samun di Wangsa Maju, lelaki menyamar jadi penghantar barang. Empat wanita berdepan detik hitam apabila disamun dan seorang daripadanya dirogol dua kali oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai penghantar barang dalam kejadian di sebuah kediaman di Wangsa Maju, sekitar jam 12.40 tengah hari semalam.

Suspek berusia 26 tahun itu dikatakan memecah masuk rumah berkenaan sebelum mengikat, memukul serta mengurung kesemua mangsa di mana dua darinya menjadi mangsa rogol lelaki terlibat. Seorang darinya dirogol dua kali oleh suspek yang telah mengurung dan mengikat mereka di dalam bilik utama.

Lelaki yang bertindak samun dan rogol ini bagaimana pun ditemui mati selepas berlaku pergelutan dengan pihak polis ketika hendak diberkas dalam kejadian di sebuah kediaman di Wangsa Maju, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, suspek berusia 26 tahun itu cuba melarikan diri dengan menyerang anggota polis yang hendak memberkasnya.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pecah rumah di lokasi berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis bergegas ke lokasi dan memanggil penghuni rumah, namun tiada jawapan diterima. Lima minit kemudian, pintu dibuka oleh seorang lelaki sebelum polis memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan masuk untuk membuat pemeriksaan,” katanya dalam sidang media.

Fadil berkata, suspek yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan kes samun secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau pemotong daging dan cuba menetak anggota polis, menyebabkan berlaku pergelutan.

“Anggota polis berjaya mengelak sebelum suspek menumbuk muka dan menggigit tangan salah seorang daripada mereka. Dengan bantuan pengawal keselamatan, suspek akhirnya berjaya ditahan,” katanya.

Beliau berkata, selepas ditangkap, suspek mengadu sesak nafas dan bantuan kecemasan ambulans dipanggil ke lokasi tetapi pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba 40 minit kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

“Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini dan mendapati punca kematian masih dalam siasatan dan laporan makmal telah dipohon bagi mengenal pasti punca sebenar.

“Pemeriksaan forensik juga tidak menemui sebarang kecederaan nyata pada tubuh badan suspek,” katanya.

Dua dari empat wanita dirogol dalam kejadian samun ini dengan menyamar sebagai penghantar barang. Gambar sekadar hiasan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati semasa kejadian, empat wanita tempatan berada di dalam rumah berkenaan.

“Suspek mengikat tangan kesemua mangsa sebelum mengurung tiga daripadanya di bilik utama. Seorang lagi mangsa dibawa ke bilik kedua dan dirogol sebanyak dua kali termasuk di bilik mandi. Keempat-empat mangsa turut mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan, muka dan badan,” katanya.

Fadil berkata, dalam kejadian sama, suspek turut melarikan wang tunai RM200 serta kad ATM milik mangsa sebelum melakukan serangan tersebut.

Published by
Almaswa Haji Che Ros