jerawat

Jerawat di badan juga menjadi salah satu masalah besar kalau tidak di rawat, tambah pula kaum perempuan.

Walaupun orag lain tak nampak sangat masalah jerawat yang naik di sekitar tubuh badan, ini akan menjejaskan kecantikan serta penampilan.

Nak tahu macam mana nak hilangkan? Ok, jom ketahui punca jerawat dan cara mengatasinya.

Punca

Perubahan hormon seperti ketika datang haid dan hamil menjadi salah satu faktor yang mendorong terjadinya jerawat.

1. Keturunan
2. Penggunaan pil perancang, ubat steroid dan Vitamin B12.
3. Produk yang tidak sesuai.
4. Pakaian terlalu ketat dan material pakaian yang tidak menyerap peluh.
5. Stres dan gangguan emosi juga mendorong kepada pertumbuhan jerawat.
6. Pencemaran antara punca jerawat pada tubuh.
7. Tidak menjaga kebersihan tubuh.

Cara Atasi

Lulur Putih Telur + Timun

Ads

Bahan-bahan

Telur ayam kampung – ambil bahagian putih sahaja
Timun – dipotong kecil

Cara membuat:

1. Kisar timun kemudian campurkan dengan putih telur.
2. Kacau sehingga sebati, kemudian oles pada bahagian yang ditumbuhi jerawat.
3. Biarkan lulur kering, cuci dengan air suam.

Tip

Bagi mendapatkan hasil terbaik, mandi menggunakan sabun antibakteria. Kemudian barulah oles lulur. Lakukan petua ini dua kali seminggu, jerawat akan kering dan tidak meninggalkan parut.

Ads

Gula Pasir + Yogurt

Bahan-bahan:

Gula pasir
Yogurt original

Cara membuat:

1. Gaulkan dua bahan ini, kemudian oles pada tubuh secara perlahan-lahan.
2. Biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam.

Ads

Info

Kombinasi bahan ini bukan sahaja merawat jerawat malah ia membantu menjadikan kulit badan licin, halus dan cerah.

Khasiat Lendir Lidah Buaya

Bahan yang diperlukan:
Lidah buaya – potong kepada dua bahagian, ambil lendirnya

Cara rawatan:

1. Sapukan lendir lidah buaya pada bahagian berjerawat, biarkan kering.
2. Kemudian bilas dengan air bersih. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut.

Info:

Jangan sampai terkena bahagian daun lidah buaya kerana boleh menyebabkan kulit menjadi gatal atau miang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI