2 beradik rentung dalam kebakaran, cuba lari keluar namun terperangkap di sebalik pintu jerigi. Takdir yang tertulis buat dua beradik apabila meninggal dalam kebakaran di Jalan Simpang Tiga terperangkap di sebalik jerigi besi pagi tadi.
Usaha dua beradik, Nur Syaza Alfisya, 9, dan adik lelakinya berusia tujuh tahun, Muhammad Al Qayyum berlari keluar saat menyedari rumah terbakar tidak menjadi kenyataan apabila keduanya ditemui rentung.
2 Beradik Rentung Dalam Kebakaran
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi.
“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang termasuk Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Norazam berkata, semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa dipercayai cuba keluar berdasarkan keadaan mayat, namun pintu jeriji dalam keadaan terkunci.
Jelasnya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 6×24 meter persegi dengan 70 peratus terbakar.
Dalam pada itu, datuk kepada dua beradik syurga ini, Lokman Marni, berkata, dia redha dengan takdir yang tertulis namun sering kali mengingatkan anak-anak agar tidak mengunci pintu jerigi kerana bimbang sesautu terjadi tetapi akhirnya menjadi kenyataan.
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, Lokman berkata, dia pernah berpesan sebelum ini agar jangan kunci pintu jeriji.
Lokman Marni, 53, berkata ingatan tersebut diberikan kepada anak dan menantunya kerana bimbangkan seandainya berlaku perkara buruk.
“Saya selalu ingatkan agar pintu jeriji jangan dikunci kalau keluar ke mana-mana, risau kalau berlaku perkara tidak diingini.
“Tak sangka kejadian sebegini menimpa dua cucu saya, namun saya redha dengan apa yang berlaku, ALLAH lebih sayangkan kedua-dua cucu saya ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran pada Isnin.
Menurutnya, ketika kejadian anak dan menantunya keluar makan kira-kira jam 3 pagi.
Ads
“Saya difahamkan mereka keluar makan ketika kejadian, dapat tahu kejadian menerusi panggilan telefon daripada jiran.
“Anak saya tak dapat masuk sebab masa itu bomba sedang padam kebakaran,”ujarnya.
Dalam pada itu, Lokman mengakui dia amat sedih kehilangan dua cucunya yang ketika ini sedang menunggu kehadiran cucu ketiga tidak lama lagi.
“Anak saya sedang sarat mengandung lapan bulan, ujian ini amat berat untuk kami sekeluarga tempuhi.
“Kali terakhir saya bertemu mereka berdua ketika majlis hari lahir saya di Sungai Besar, Sabak Bernam pada 26 Disember lalu,” katanya.
Jelasnya, kedua-dua cucunya berkelakuan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu.
“Kedua-dua mereka memang manja dengan saya, tak ada sebarang perubahan pada tingkah laku mereka,” tambahnya lagi.
Ajal ketika jemput balik sekolah, perjalanan bapa berakhir tragedi depan mata anak. Pemergian yang cukup mulia di bulan Ramadan penuh baroqah. Perjalanan seorang bapa mengambil anak balik dari sekolah berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera setelah motosikal ditunggang digilis lori dalam kemalangan dekat Jalan Sungai Tua, Selayang di sini pada Rabu.
Ajal Ketika Ambil Dari Sekolah
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan sebelum itu diterima pihaknya kira-kira jam 6.11 petang berkaitan kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah lori dipandu lelaki berumur 39 tahun datang dari arah Sungai Tua.
“Setibanya di lokasi kejadian pemandu lori berkenaan mendakwa mendengar bunyi kuat di bahagian belakang lori sebelum memberhentikan lorinya.
Perjalanan Bapa Berakhir Tragedi Depan Mata Anak
“Pemandu kemudian mendapati terdapat sebuah motosikal di bahagian bawah lorinya itu,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, mangsa berumur 39 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.Pembonceng dipercayai anak mangsa berumur lapan tahun itu pula mengalami kecederaan di kepala dan tangan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat.
“Mangsa yang cedera dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pandemik Covid-19 boleh menjangkiti siapa saja, terbaru 10 anggota keluarga termasuk ibu dan ayah penyanyi popular Aiman Tino turut disahkan positif virus Covid-19.
10 Anggota Keluarga Aiman Tino Termasuk Ibu, Ayah Disahkan Positif Covid-19
Seperti mana yang dipetik menerusi Kosmo! ONLINE, ayah Aiman Tino iaitu Yusri Ishak memaklumkan 10 anggota keluarga termasuk dirinya dan isteri, Hazelina Mat Jalil disahkan positif Covid-19 sejak 10 hari lalu.
Menurut Yusri lagi, isteri dan lima anak mereka menjalani kuarantin di rumah mereka yang terletak di Kuala Kubu Bharu manakala anak sulungnya dan suami serta anak mereka yang berusia sebulan lebih menjalani kuarantin secara berasing di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Yusri juga memberitahu, dia dah tujuh beranak akan tamat kuarantin hari ini. Malah Yusri juga reda dengan ujian yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
“Simptom kami alami seperti demam, batuk dan sakit tekak. Cuma yang teruk sedikit sekarang isteri sebab dia mengalami asma. Keadaan beransur pulih tapi saya nak ingatkan, Covid-19 bukan benda main-main.
“Tolong jaga diri semua sebab selagi belum berlaku kepada kalian dan orang tersayang, kalian ingat benda ini tak serius,” ungkapnya.
Difahamkan Aiman tidak dijangkiti ini kerana penyanyi itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan menetap di Kuala Lumpur.
Yusri juga menerangkan dia tidak tahu punca dijangkiti namun selepas pulang mengambil suntikan dos pertama vaksin dirinya demam.
“Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat ujian calitan dan keputusan positif untuk kebanyakan daripada kami.
“Menantu saya yang positif di Shah Alam dah selesai dua dos dan dia memang sihat sahaja. Betullah, kalau nak bebas dari semua ini, dapatkan suntikan vaksin,” sambung Yusri.
Sumber : Kosmo! Online Sumber Foto : Instagram Aiman Tino & Instagram Hazelina
Mingguan Wanita: Semoga semua ahli keluarga Aiman Tino diberikan kesembuhan dan dijauhkan wabak COvid-19.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kasihan sebenarnya pada ‘rider’ atau tetamu yang terima lokasi kurang tepat dari tuan rumah. Itu yang jadi tercari-cari, kadang sesat sampai ke tempat lain. Rupanya, tuan rumah tersalah hantar lokasi kediaman.
Musim-musim PKPB ini, ramai sebenarnya yang buat belian online. Agar memudahkan ‘rider’ yang akan hantar makanan atau belian anda itu, meh! belajar cara hantar lokasi melalui aplikasi whatsApp dengan betul.
Kongsi Wan Chu, “Saya nak share cara-cara yang betul untuk send location melalui aplikasi WhatsApp pada tetamu atau food rider. Area Meru (Klang) ni ramai yang tinggal di rumah-rumah lot sama ada sewa atau buat sendiri.
Tapi cara ni terpakai juga untuk yang tinggal di taman-taman perumahan. Sebabnya di Meru ni apa yang unik, setiap jalan ada 3 ke 4 Taman dengan nama yang sama. Taman Meru Damai sahaja dah ada 5.
So agak sukar bagi tamu-tamu luar Meru untuk cari. Dan lebih haruuu bila tuan rumah cakap hantar lokasi je mesti salah juga.”
Ini Cara Betul Hantar Lokasi Melalui Aplikasi WhatsApp
Buka WhatsApp
Tekan simbol klip kertas
Pilih location
Tengok kat ‘send your current location’
Nampak ada tulis dalam meter (contoh : Accurate to 20 meters)
Perhatikan nombor itu berubah
Bawa telefon anda ke pintu depan rumah (bukan Di dapur rumah ye)
Halakan telefon anda ke jalan raya terhampir dengan pintu rumah
Biarkan meter itu berubah sehingga menjadi 3@4 meter sahaja (terhampir dengan tempat anda berdiri)
√ Jangan guna share your live location.. Alamatnya memang tak kan sampai la tamu/rider.
√ Pastikan anda send current location tu jika anda mahukan tamu/rider jumpa anda di situ. Kalau rumah, pastikan anda balik dulu dan ikut steps di atas. √ Kalau di luar pun sama juga langkah-langkah nya.
Disclaimer :
Teknik-teknik ini adalah paling mudah dan paling tepat pernah saya guna. Jika tuan-tuan tahu teknik lain yang mudah boleh share sama-sam ya.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.