Buat pertama kali selepas 8 tahun, RichWorks Academy kembali ke Sabah dengan program eksklusif bertaraf tinggi dikenali sebagai 10X SME Bina Bisnes Berjaya – Road To Your 1st Million or 10 Million.
Program tersebut yang akan berlangsung di The Klagan Regency, Kota Kinabalu ini direka khusus untuk usahawan di Sabah, Sarawak dan Brunei, dan menyasarkan pemilik bisnes yang sudah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan namun masih belum mencapai RM1 juta jualan tahunan, ataupun mereka yang bersedia untuk melonjak ke tahap RM10 juta seterusnya.
Fokus Program: Solusi Nyata, Transformasi Drastik
Berbeza daripada seminar konvensional, 10X BBB Edisi Borneo menekankan solusi praktikal dan terbukti, bukan sekadar teori. Peserta akan dibimbing untuk menguasai beberapa elemen antaranya termasuklah menstruktur semula perniagaan agar tersusun & scalable, menyusun pelan mencapai RM1 juta ke RM10 juta.
Ads
Selain itu, ia bakal menerapkan Formula L.U.C.K yang digunakan oleh ratusan usahawan berjaya,merancang strategi pemasaran 2025 termasuk generative AI serta mempersiapkan kepimpinan & organisasi untuk fasa pertumbuhan lebih agresif.
Bersama Mentor Usahawan No. 1 Asia
Program akan dikendalikan sendiri oleh Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, pengasas RichWorks International yang telah membantu lebih 390 usahawan mencapai RM1 juta pertama dan membimbing lebih 2 juta peserta sejak 2008.
Reputasi beliau sebagai mentor yang berkaliber tinggi menjadikan 10X BBB sebagai satu program wajib hadir untuk usahawan yang serius mahu mengembangkan empayar perniagaan.
Belajar Dari Kisah Kejayaan Sebenar
Peserta turut berpeluang mendengar secara langsung kisah jatuh bangun usahawan sebenar dan bagaimana mereka bermula dari bawah, mengambil keputusan kritikal, membentuk sistem dan akhirnya mencipta hasil berjuta ringgit.
Ads
Peluang Tanpa Risiko – Tiket Hanya RM99!
Walaupun nilai sebenar program ini mencecah RM4,997, usahawan Borneo berpeluang menyertainya hanya dengan pelaburan serendah RM99 sahaja! Satu tawaran istimewa yang dibuka terhad untuk masa singkat.
Siapa Yang Patut Hadir?
Program ini sesuai untuk anda jika anda serius mahu membina bisnes berdaya saing dan tersusun. Selain itu, jika anda usahawan yang penat untuk buat sendiri, tiada sistem atau pasukan kukuh, bersedialah untuk diajar dan bertindak mengikut sistem yang terbukti berkesan.
Daftar Sekarang – Tempat Terhad
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftar segera sebelum tiket promosi ditutup dan tempat habis!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari www.bisnesberjaya.com untuk urusan pendaftaran dan pertanyaan.
Baharu sahaja didenda atas kesalahan cuba melakukan perbuatan tidak bermoral dengan “ábang wiring”, Cikgu Fadilah pula membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati apabila mendapati video seksnya tersebar.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah ketika mengesahkan menerima laporan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.
Wanita itu membuat laporan polis pada 24 Mei lalu.
“Wanita itu tidak berpuas hati apabila mendapati video seks dirinya tersebar dan polis turut membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut Superintendan Ashari Abu Samah lagi, pihak Polis sudah membuak pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik guru berkenaan dan ábang wiring namun tidak menjumpai video seks berkenaan yang dipercayai sudah dipadamkan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Tambahnya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
Terdahulu, juruelektrik yang dikenali ‘Abang Wiring’ atau nama sebenarnya Muhammad Hairul Ezuan Hamzah dan guru sebuah sekolah menengah, Nur Fadilah Zainal mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan persetubuhan haram di Mahkamah Tinggi Syariah Ayer Keroh.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar ke atas kedua-dua mereka yang berusia 31 tahun.
Dalam perkembangan lain, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman turut mengulas status Nur Fadilah dalam kerjaya perguruannya. Menurut beliau, guru terbabit kini ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan tidak dipindahkan ke sekolah lain.
Setiap perjalanan pasti lebih bermakna apabila disertai dengan pengalaman menjamu selera. Menerokai destinasi baharu bukan sahaja membuka mata terhadap keindahan alam dan budaya setempat, tetapi turut menjadi peluang istimewa untuk menyelami warisan kulinari yang unik dan penuh rasa.
Sabah, negeri di bawah bayu yang terkenal dengan keindahan semula jadi dan hospitaliti rakyatnya, turut menawarkan pelbagai pilihan makanan menarik untuk dinikmati oleh setiap pengunjung.
Apabila melancong ke Sabah, para pengunjung disarankan untuk mengetepikan rutin pemakanan harian dan berani mencuba hidangan tempatan yang mungkin tidak terdapat di tempat lain.
Makanan di Sabah bukan sekadar mengenyangkan, malah mencerminkan kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat majmuk yang mendiami negeri ini daripada suku kaum Kadazan-Dusun, Bajau, Murut hinggalah komuniti Cina dan pelbagai lagi.
Sabah sememangnya terkenal sebagai syurga makanan laut segar, lazat dan berpatutan. Dari pasar basah hinggalah ke restoran bertaraf tinggi, pilihan hasil laut yang ditawarkan pasti membuatkan sesiapa sahaja rambang mata.
Namun begitu, pengalaman kulinari di Sabah tidak terhenti setakat itu. Setiap kawasan mempunyai juadah tersendiri yang mencerminkan gaya hidup dan tradisi masyarakat setempat.
⦁ Mi Ngiu Chap (Mi sup daging)
Jika nasi lemak sinonim dengan sarapan di Semenanjung Malaysia, mi ngiu chap pula merupakan kegemaran penduduk Sabah, terutamanya di kawasan Pantai Barat seperti Kota Kinabalu.
Hidangan ini terdiri daripada mi kuning atau bihun yang dihidangkan dalam sup daging lembu yang kaya dengan rempah ratus dan dimasak perlahan sehingga daging menjadi empuk dan beraroma.
Pelbagai bahagian lembu digunakan termasuk bebola daging, perut, lidah, dan organ dalaman menjadikannya sajian yang unik dan bertekstur pelbagai. Jangan lupa menikmatinya bersama cili padi potong, pelengkap wajib bagi warga tempatan.
Bagi penduduk tempatan Sabah, menikmati semangkuk mi ikan segar yang masih panas bukan sekadar satu hidangan, ia merupakan satu pengalaman yang memuaskan dan menenangkan. Sama ada anda memilih versi kon lau (mi kering disalut dengan kicap) atau yang disajikan bersama sup beraroma, mi ikan di Sabah mempunyai keistimewaan tersendiri. Kedudukan geografi negeri ini yang dikelilingi laut membolehkan hanya ikan paling segar dan berkualiti tinggi digunakan, menghasilkan rasa yang manis, lembut dan penuh keenakan.
Sup yang mengiringi hidangan ini juga pelbagai dan mampu memenuhi cita rasa berbeza daripada kuah ham choi (sawi masin) yang klasik, kepada pilihan tomato, asam pedas, hinggalah tom yam laksa yang berempah. Tidak hairanlah mi ikan menjadi kegemaran ramai dan mudah didapati di seluruh Sabah. Malah, kedai-kedai popular sering kali dipenuhi pelanggan yang sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk hidangan yang berbaloi.
⦁ Kepak Ayam Panggang
Kepak ayam panggang mungkin kedengaran seperti hidangan ringkas dan lazimnya dijadikan sebagai menu tambahan pembuka selera. Tetapi percayalah pada warga Sabah yang menganggap kepak ayam panggang sebagai hidangan utama.
Kepak ayam panggang diperap dengan ramuan istimewa mengikut citarasa Sabahan, disalut secara sekata dan dibakar hingga sempurna untuk mendapatkan rasa salai yang memikat. Walaupun banyak penjaja menjualnya di sekitar bandar, tahukah kamu bahawa tempat yang terbaik dan popular terletak di pekan Kundasang.
Menikmati kepak ayam panggang yang baru dibakar pada ketinggian 1,900 meter dari aras laut sambil ditiup udara gunung yang sejuk memberikan suasana nyaman untuk menikmati hidangan ini. Jika anda berkunjung ke Kundasang, singgahlah ke gerai seperti Ayam Madu Wak Ali, Grill Chicken Wing Kundasang Café dan Girik BBQ di Restoran Selera Kebun Soboroong.
⦁ Jagung Bakar
Jika anda melawat kawasan utara Sabah, seperti Kudat, Pitas dan Kota Marudu, jangan lupa singgah di gerai tepi jalan Kampung Mengaris yang terletak sepanjang laluan Kota Belud – Kudat. Lokasi ini cukup terkenal sebagai tempat persinggahan untuk membeli hasil tani dan kraftangan tempatan.
Peniaga biasanya akan menggantung jagung segar dan jagung bakar di gerai mereka. Terdapat dua jenis jagung yang ditanam dan dijual di sini iaitu jagung manis dan jagung pulut. Jagung ini dibakar di atas kayu api sehingga bahagian luarnya terbakar kehitaman. Jagung bakar menjadi kegemaran ramai kerana rasanya manis dan aroma yang memikat, enak dimakan ketika masih panas!
⦁ Lokan Bakar & Puding Kelapa
Hanya 30 minit dari Kota Kinabalu, terletaknya kawasan wajib singgah yang sering menjadi tumpuan pelancong dan warga tempatan — Jalan Sulaman, lebih mesra dikenali sebagai Salut, Tuaran. Apa yang menarik di sini? Sudah tentu dua tarikan utama: lokan bakar dan puding kelapa sejuk!
Bayangkan lokan segar dari paya bakau, dibakar atas bara arang sampai cangkerangnya terbuka sendiri… isi dalamnya lembut, berjus, dan manis. Tambahkan perahan limau nipis dan sedikit pencicah cili — fuhh, kombinasi yang cukup sempurna!
Lepas makan yang berasap-asap, sejukkan tekak dengan puding kelapa yang diperbuat daripada susu dan air kelapa segar. Di dalam cawan atau tempurung kelapa asli, teksturnya halus dan rasanya ringan — memang menyegarkan! Nak cuba sesuatu yang luar biasa? Pesan kelapa bakar — air kelapa suam beraroma unik, dibakar bersama tempurungnya hingga kehitaman. Minuman tradisional yang dipercayai baik untuk kesihatan!
Jadi kalau anda memandu ke utara dari Kota Kinabalu, jangan lupa singgah di Salut. Serius, anda takkan menyesal!
Nasi Kuning
Kalau anda ke Pantai Timur Sabah, satu benda yang wajib cuba ialah nasi kuning! Hidangan ni ibarat “nasi lemak versi Sabah” — tapi dengan sentuhan tersendiri. Biasanya dihidang waktu sarapan atau tengah hari, dan paling best, selalunya dah sedia atas meja. Duduk je, boleh terus makan!
Apa yang buat nasi ni istimewa? Nasinya dimasak dengan kunyit dan dibungkus cantik dalam daun pisang. Bau dia? Fuhh, naik selera terus! Selalunya dihidang dengan ayam goreng berempah atau ikan tongkol, siap dengan telur rebus dan sambal pedas yang ‘kick’. Simple, sedap, dan yang penting — murah serta mengenyangkan!
Untuk maklumat lanjut mengenai Sabah, layari www.sabahtourism.com.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pemergian Sufea Adela Maslihaizan, 21, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam satu kemalangan tragik di Gerik, Perak, telah meruntun hati ramai.
Namun dalam duka yang mendalam, keluarga Allahyarhamah tabah menerima ujian ini dengan redha dan penuh kasih sayang, sambil berkongsi kisah cita-cita murni seorang anak yang mahu menjadi ustazah sejak kecil.
Menurut ibunya, Zabidah Ibrahim, 49, arwah merupakan anak ketiga daripada empat beradik, dan sejak kecil sangat meminati subjek Pendidikan Islam serta Bahasa Arab. Malah, Sufea memilih untuk melanjutkan pelajaran di sekolah agama sejak Tingkatan 1 lagi.
“Dia belajar di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jertih dan kemudian sambung Tingkatan 6 di SMKA Nurul Ittifaq. Dari kecil dia memang berangan nak jadi ustazah,” ujar Zabidah dengan nada sebak.
Arwah juga sering mendapat keputusan cemerlang dalam subjek-subjek agama dan dikenali sebagai anak yang lembut tutur kata, rajin dan sangat menjaga adab terhadap ibu bapa serta ahli keluarga.
Allahyarhamah Sufea merupakan anak ketiga pasangan Maslihaizan Yahya dan Zabidah Ibrahim mempunyai tiga bersaudara yang turut mempunyai cita-cita bergelar pendidik. Kakak sulungnya kini merupakan seorang guru Bahasa Inggeris. Kakak keduanya pula sedang menunggu penempatan sebagai guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Allahyarhamah Sufea bercita-cita menjadi ustazah manakala adik bongsunya pula baru tamat SPM dan berhasrat menyambung cita-cita arwah kakaknya.
Nenek arwah sempat memberi pesanan yang menyentuh hati kepada ahli keluarga:
“Baca al-Quran selalu, sebab hanya itu yang boleh tolong kita nanti. Kalau pagi sibuk, baca surah Al-Ikhlas tiga kali pun cukup.”
Adik bongsu arwah, Alia Hanani, 18, turut berjanji akan menyambung cita-cita kakaknya menjadi guru agama. Kini dia sedang menunggu tawaran sambung belajar setelah menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah.
Arwah sangat rapat dengan dua sahabatnya, Nik Amni Nadiah dan Nor Erika Elysha, yang juga menjadi mangsa dalam kemalangan itu. Mereka bertiga bukan sahaja rakan sekampus, malah rakan sebilik dan sahabat setia sejak sekolah menengah.
“Adela sempat beli tiga bungkus roti untuk dikongsi dengan kawan-kawannya sebelum kelas esoknya. Itulah dia, selalu fikir orang lain dulu,” kata ibunya.
Arwah juga sangat teruja membantu kakaknya Nur Izzati, 26, yang bakal melangsungkan perkahwinan pada September ini.
“Dia janji nak buat bunga telur sendiri masa cuti semester nanti. Sayangnya, semua tinggal kenangan,” kata Izzati penuh sayu mengakhiri perbualan.
Sebuah rumah perlindungan wanita, Baitus Solehah mendedahkan kes gadis mengandung tanpa nikah yang agak luar biasa.Bukan sekali tapi lapan kali dan hampir kesemua kehamilannya melibatkan lelaki berbeza selepas individu berkenaan mendapatkan perlindungan ketika kehamilan kelapannya.