Bawa anak-anak bersendirian ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah adakalanya merupakan satu cabaran. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka.
Bayangkan ketika berada di kaunter pembayaran pasaraya baru perasan tak bawa beg duit.Apatah lagi bila bawa anak-anak yang mula nak meragam dengan barang yang banyak, memang kalut dibuatnya! Hanya berjiwa mak-mak sahaja yang memahami keadaan ini.
‘Kerana Saya Seorang Ibu’
Baru-baru ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan laporan bahawa beliau telah membayar barang keperluan harian yang dibeli seorang wanita, di sebuah pasar raya.
Pada awalnya beliau enggan mengulas mengenai insiden yang didedahkan di media sosial itu.Namun, ketika ditanya mengenai perkara itu, pada satu majlis di sini, hari ini, Ardern dengan pantas menjawab: “Kerana saya seorang ibu”.
Ads
Bayar Barang Dibeli
Insiden itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter, Helen Burness yang juga rakan kepada wanita terbabit.
Kejadian berlaku selepas ibu kepada dua anak yang sedang beratur di kaunter bayaran di hadapan Ardern, menyedari bahawa beliau tidak membawa dompetnya.
“Ardern membayar barang yang dibeli rakan saya di sebuah pasar raya ketika beliau terlupa membawa dompetnya dan ketika itu, dua anaknya sedang menjerit.
Ads
“Insiden ini menyebabkan kita lebih menyayanginya (Ardern),” kata Burness di Twitter.
Ads
Perdana menteri berusia 38 tahun itu, melahirkan seorang perempuan Neve pada Jun lalu. Ardern menerima banyak pujian selepas kejayaannya mengendalikan serangan dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
MW: Murninya dan baiknya hati Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern ini. Sangat memahami situasi ‘kecemasan’ dan tak terjangka sebegini dan meletakkan dirinya sebagai sebagai seorang ibu juga.
Selain ibu, ayah dan adik-beradik, kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29 tentunya memberi kesan emosi kepada isteri, Hamiza dan anak sulungnya.
Biarpun dalam tempoh 20 hari kehilangan Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap, tidak banyak yang didengari tentang isteri Acap ini.
Ketika bercakap dengan pemberita, abang ipar Acap, Abdul Halim Mohamad Ramli, 41 memaklumkan isteri Acap enggan ditemubual sebelum ini kerana dirinya masih lagi terkejut dengan berita kehilangan suaminya.
Malah isteri Acap, peserta Gopeng Ultra Trail 2019 yang hilang ini tidak henti berzikir dan melakukan solat hajat sepanjang pencarian suaminya. Itulah usaha isteri bersama ahli keluarganya.
Sememangnya kehilangan juruteknologi makmal, Klinik Kesihatan Muar, Johor ini begitu misteri sekali. Sehingga hari ini, pencariannya masih diteruskan, walaupun belum ada tanda-tanda yang membolehkan Acap dikesan.
Dakwaan sesetengah netizen tentang rumah tangga pasangan ini yang dikatakan bermasalah, disangkal oleh abang iparnya.
Baginya, Hamiza dan Acap tiada masalah. Mereka pasangan yang saling mencintai. Jauh sekali seperti apa yang digambarkan oleh khabar angin tersebut.
“Bagi saya, mereka ini ‘loving couple’. Langsung tiada masalah, malah pada hari program larian itu diadakan mereka merancang ke taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) selepas tamat larian.”
“Namun, Acap tak dapat cuti panjang susulan cuti dibekukan berikutan isu Sungai Kim Kim di Johor. Jadi, tak dapatlah mereka ke sana.” tuturnya kepada pemberita.
Hubungan antara dua keluarga juga sangat rapat. Malah Acap kerap tinggal di rumah ibu mentuanya di Muar, biarpun dia ada rumah sendiri.
“Gerak hari adik saya kuat mengatakan tidak berlaku apa-apa pada suaminya. Kami mengharapkan sesuatu yang positif kelak.” sambungnya.
Ketika ini, isteri dan anak Acap berada di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor. Setiap hari bergilir dan berulang alik ke Gopeng untuk melakukan pencarian.
Abang ipar Acap juga terusik dengan dakwaan yang mengatakan Acap pernah beberapo kali hilang sebelum ini. Ianya tidak benar dan diharapkan berita itu tidak terus disebarnya.
Ianya amat mengganggu emosi keluarga.
Mereka sekeluarga juga mengambil pendekatan mahu mengikut pesanan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri. Dalam misi mencari suami adiknya itu, pencarian mengikut kaedah Syariah itulah yang perlu dipatuhi.
“Memang itu yang sebenarnya terbuku di hati kami, sebab kita tidak mahu bercampur-campur (syirik). Antara sebab kami tak tinggal lama di lokasi kerana pada hari keempat ada pelbagai dakwaan, bomoh punya firasatlah.. kadang-kadang ia mengarut.”
“Itu pun salah satu sebab saya tidak mahu bersubahat benda itu.” maklumnya sambil mengucapkan rasa terima kasih kepada pasukan keselamatan dan rakyat Malaysia yang berusaha dalam pencarian Acap.
Semoga rakyat Malaysia terus mendoakan adik iparnya itu akan ditemui dalam keadaan selamat.
Lelaki ini, Solo Ambushmenjejak runner yang hilang Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau Acap secara bersendirian. Perkongsiannya mencari Acap ada yang disiarkan secara live di facebook fannya, dan ada juga mencari tanpa terlihat di mata netizen.
Sehingga satu lokasi pencarian iaitu di hutan, beliau mengesan suara ‘Di sini sini’. Sungguh, dia sendiri tidak sedar akan suara itu sehingga adiknya memaklumkan.
“Tentang suara ‘sini sini’, aku dengan selama kata.. eh suara saya kot. Mana ada suara orang lain tak dengar pun. Sebaik diperiksa semula di grup wasap, ramai yang memperkatakan tentang suara itu.”
Sehingga salah seorang rakan menghantar rakaman semula kepadanya.
“Kali pertama dengar macam suara aku.. tapi bila aku ulang-ulang dengar, aku sendiri terkejut. Itu bukan suara aku. Di tambah dengan panjangnya bunyi perkataan ‘sini sini’ menindah suara aku yang memanggil Acap.”
Sila dengar rakaman suara tersebut. Anda nilaikan sendiri dan komen secara berhemah.
Bagaimanapun, Solo Ambush tak lagi meneruskan penjejakan Acap namun beliau berkongsi marking ‘lokasi tepat pencarian Acap’ bagi membantu sukarelawan lain yang masih meneruskan misi itu.
Seperti yang diketahui ramai, pada malam live tersebut penjejakan aku hanya meliputi kawasan 1 dan kawasan 2 (setelah di teliti semula).
Lokasi tepat rumah lama dan suara ‘disini sini’ ada di peta. Sila rujuk gambar.
FAKTOR-FAKTOR KAWASAN TANDAAN DI BUAT BERDASARKAN ANALYSIS DI BAWAH:
1 .OH (ORANG HILANG) TELAH MELEPASI CP6 KUALA RAZILA DAN CP6 KANDU.
2. ADANYA SAKSI YANG NAMPAK BELIAU DI SELEPAS KANDU.
3. RAMAI PESERTA SESAT KETIKA EVENT, KEMUNGKINAN BESAR OH MENGGUNAKAN JALAN MELINTASI ATAS HIGHWAY KERANA MENYANGKAKAN IA LALUAN KE TAMAT, JIKA BERDASARKAN PETA KASAR, UNTUK 25KM PERLU MELALUI ATAS HIGHWAY.
4. ANGGARAN KADAR KELAJUAN LARIAN BELIAU.(TAMBAH WAKTU REHAT)
5. MAKLUMAT SIGNAL TELCO YANG MASIH WUJUD ‘PING’ KETIKA DI KAWASAN 1, 2, 3, 4, DAN 5.
6. PENAMPAKAN SECARA GHAIB.
7. SURVEY WAKTU SIANG DI KAWASAN ‘KERAS’.
8. SPOT SPOT KEMUNGKINAN TERSILAP ANGGARAN DARI PESERTA LARIAN.
Dukacita dimaklumkan kepada semua, Acap masih tidak dijumpai. Walaupun aku amat positif beliau akan di jumpai malam semalam.
Keadaanku yang amat keletihan yang baru balik dari Vietnam, memandu kereta direct selama 3 jam juga tidur yang kurang dari 3 jam selama dua hari sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan dan keupayaan stamina fizikal aku.
Aku amat sedih dan sebak pada ketika itu, aku mohon maaf kepada keluarga Acap kerana tidak dapat meneruskan pencarian di mana pencarian aku berakhir aku berbaring di sebelah kubur.
√ Mengkaji kedudukan Acap berdasarkan maklumat, checkpoint, register, telco signal coverage, anggaran speed kelajuan, maklumat orang kampung dan beberapa ketua SAR serta penampakan mistik dan jelajah mistik yang aku buat sendiri.
√ Selama dua malam aku membuat homework dan aku kenal pasti kawasan yang kemungkinan tinggi Acap hilang. Aku bahagian kawasan itu sebanyak 5 bahagian.
√ Peta telah aku hafal untuk memudahkan pergerakan aku sendiri di dalam malam gelap gelita. Semalam Ku hanya sempat mencari 1 daripada 5 bahagian yang telah aku marking. Lokasi tepat aku terpaksa dirahsiakan untuk mengelak pejejakan Acap secara solo aku di ganggu.
√ Terima kasih kepada individu yang memberi maklumat dari pengalaman SAR mereka sebelum ini. Kerjasama mereka amat baik.
√ Aku sedikit lewat kerana driving, jalan jem daaa…
√ Sepanjang trek di sini aku lalui, kecuali batu putih, ada beberapa kawasan yang kuat auranya, sehingga wujudnya penampakan bayang hitam di hadapan mata kira-kira 10 meter di hadapan selama 2 saat pada waktu petang tersebut. Spontan aku berkata ‘haaa jangan lari…tolong bagitau di mana Acap‘.. Bayang tersebut hilang begitu saja.
√ Berakhir di kawasan yang telah aku spot kemungkinan wujudnya Acap. Agak mengejutkan, laluan masuk ke trek itu tersembunyi dan hanya kelihatan setelah 10 meter melalui semak samun.
√ Aku sampai awal, live di mulakan. pencarian di mulakan. Jumpa rumah. Masuk, cari dan keluar.
Melalui laluan kepala sawit.
Melalui lauan hutan, masuk hutan. Di sini lah terdengarnya bunyi ‘di sini sini’.
√ Wujudnya makhluk halus yang bermain di atas pokok. Di panggil turun , tidak mahunya.
Cuba berinteraksi pula tidak sudi atau entah lah.
Apa-apa pun ingin aku ucapkan jutaan terima kasih yang menyokong juga yang mendoakan.
Hingga sekarang aku masih berdoa semoga Acap di jumpai.
Moga bermanfaat.
Sebaknya baca catatan abang kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau lebih mesra dengan panggilan Acap ini.
Bila mana, Acap tak lagi dapat ucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ kepada abangnya, Denny seperti sebelum-sebelum ini.
Sejak 23 Mac lalu, Acap yang dilaporkan hilang di Gua Tempurung tak dapat dikesan.
Sehingga hari ini juga, bukan saja ahli keluarga malah orang ramai masih ternanti-nanti perkembangan terkini pencarian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 ini. Yang masih lagi belum ditemukan sebarang petunjuk terbaru.
Semakin sebak bila abang Acap, Mohd Zahiruddin menulis status ini. “Adik Ashraf hari ini tak wish birthday abang pun.. lupa la tu.”
“Kat mana pun adik sekarang, abang harap adik jaga diri yer.. Balik cepat ok.”
Hari ini sudah masuk hari ke-25 Acap gagal dikesan. Biarpun demikian, misi pencarian dari pihak bomba dan PDRM masih diteruskan di kawasan terakhir dan sekitar Acap kelihatan.
Cuma sejak semalam, abang Acap atau lebih mesra dengan panggilan Denny Lang membuat laporan polis agar orang ramai mahupun sukarelawan menghentikan pencarian Acap,
Dalam kenyataan yang diberikan pada pemberita, Denny juga meminta agar sebarang spekulasi dan berita yang tidak benar berkenaan kehilangan adiknya turut dihentikan.
Bagaimana pun, di dalam facebooknya itu, Denny turut memaklumkan mahu terus menyambung ukhwah bersama sukarelawan yang mencari adiknya di sepanjang berkampung di Gopeng.
“Antara misi carian meredah di sepanjang laluan sungao. Mana-mana Agensi, Group atau Individu yang telah bersama-sama dalam misi carian, sudilah kirimkan saya sekeping gambar sebagai bukti ukhwafillah bersama kita di sini.”
“Allah jualah yang mampu membalas jasa kalian.”
MW : Sentiasa mendoakan agar Acap dapat ditemui semula dengan selamat. Amin..
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.