Pengalaman mengandung bagi wanita memang berbeza-beza. Setiap kali kehamilan anak-anak pastinya mempunyai ceritanya yang tersendiri. Disahkan mengandung pun sudah cukup gembira, apatah lagi diberitahu bakal mengandung kembar walaupun selang 3 minggu tempoh mengandung tersebut.
Seorang ibu di Britain yang sebelum ini didapati mengandung sebanyak dua kali dalam tempoh selang tiga minggu selamat melahirkan bayi kembar, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Gabriella Christmas, 30 dari Townbridge, England berkata, dia teruja apabila mengetahui dirinya hamil, namun ujian imbasan yang dilakukan semasa kandungannya berusia lima minggu mendapati terdapat ‘bayang-bayang’ di dalam rahimnya.
Kehamilan Jarang Berlaku
Doktor kemudian memberitahu, bayang-bayang itu sebenarnya adalah seorang lagi bayi yang berada di dalam rahim Gabriella. Dia juga diberitahu bahawa kehamilan seperti itu jarang berlaku.
Gabriella hamil bayi keduanya yang dinamakan Ezra itu tiga minggu selepas mengandungkan bayi lelaki, Eduardo.
Kedua-dua mereka dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
“Pasangan kembar ini dilahirkan pada hari yang sama, namun merupakan dua kandungan berbeza dalam masa yang sama.
“Saya sangat bersyukur kedua-dua bayi dilahirkan sihat kerana saya bimbang Ezra perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana dia masih pramatang,” ujar Gabriella.
Kedua-dua bayi tersebut dilahirkan sihat dan kini berusia dua tahun.
Ads
Sebelum ini, seorang lagi wanita dari Townbridge iaitu Rebecca Roberts juga melahirkan anak kembar yang dikandung selang tiga minggu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Shima Anuar hamil anak ketiga. Tahniah buat Shima atau nama lengkapnya Noor Hashima Anuar, 31, yang telah berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.
Pelakon drama Suami Aku Pendosa itu juga menerusi hantaran di akaun rasmi Instagramnya berkongsi beberapa keping foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusannya adalah positif (hamil).
Shima Anuar Hamil Anak Ketiga
Usia kandungan yang kini mencecah usia sekitar dua bulan, Shima juga memohon maaf apabila terpaksa membuat keputusan membatalkan semua tawaran berlakon yang diterima.
Semuanya demi memikirkan keselamatan diri serta bayi di dalam kandungan.
“Doakan saya dan bayi supaya sihat, selamat dan dipermudahkan segala urusan.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa membatalkan semua tawaran berlakon yang diberikan kepada saya.
Doakan Yang Terbaik Untuk Semua
“Insya-Allah ada rezeki kita berjumpa lagi.
“Saya doakan yang terbaik untuk semua. Amin,” tulis Shima.
Ozlynn, Nabila Huda & Rakan Artis Doa Dipermudahkan Segala Urusan
Menerusi ruangan komen ramai rakan selebriti termasuklah Ozlynn Wati dan Nabila Huda turut mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Shima sepanjang kehamilan dan proses bersalin.
Malah Ozlynn juga sempat memberi tip dan nasihat mudah ‘lekat’.
“Alhamdulillah selalu bila jaga badan dan sihat dalaman ni insyaAllah senang lekat. Congrats babe!!” Ozlynn
“Bestnyaaaa ada baby lagi. congratulations sista. Semoga dipermudahkan segala urusan” Nabila Huda.
Untuk pengetahun sebelum ini Shima pernah berkongsi pengalamannya ketika bersalin secara pembedahan caesarean sebanyak dua kali ketika melahirkan anak sulung dan keduanya.
Mingguan Wanita: Doakan juga segalanya dipermudahkan buat Shima sepanjang kehamilan anak ketiga ini!
Patutlah orang kata guna tisu ni tak elok sangat! Kelam kabut tengok sesuatu yang tertumpah atau barang kotor, mesti anda terus tarik tisu. Lagi pun tisu sangat mudah di bawa ke mana-mana berbanding guna kain.
Tetapi anda perlu tahu, tidak semua benda boleh dibersihkan menggunakan tisu sebab hasilnya boleh merosakkan dan membuat barang yang disapu jadi lebih kotor. Jadi apa lima barang yang tidak boleh dicuci guna tisu? Jom, semak!
1. Cermin mata
Mahal macam mana pun harga cermin mata, kalau sekali anda bersihkan habuk guna tisu memang boleh calar. Tambah pula, lensa cermin mata zaman sekarang mempunyai lapisan yang cepat tergores jika di lap dengan tisu. Nak selamat, lap saja guna kain yang disediakan khusus untuk cermin mata anda.
2. Perabot Kayu
Debu dan tisu sama-sama memiliki tekstur kasar. Kalau anda guna tisu buat lap perabot kayu, risiko besar lapisan kayu cepat tercalar. Lebih selamat anda buang habuk dengan cara lap guna kain basah (cairan pembersih kayu) atau paling senang guna saja bulu ayam, khas untuk bersihkan debu.
3. Skrin Televisyen, Komputer & Telefon
Tekstur tisu yang kasar akan calarkan permukaan skrin dengan mudah kalau anda guna tisu untuk sapu habuk. Sebenarnya anda boleh gunakan kain microfiber jika skrin kotor dan tambahkan sedikit alkohol agar lebih bersih.
4. Karpet
Selalu kalau air tumpah atas karpet, laju tangan capai tisu yang ada dalam poket atau atas meja semata nak lap. Tapi adakah anda kesannya karpet anda bertambah kotor dan nampak buruk. Menggunakan tisu untuk membersihkan noda pada karpet. Mestilah tisu yang diguna untuk sapu akan hancur sebab permukaan karpet sangat kasar.
5. Baju Hitam
Kalau pakaian kotor sekali pun jangan cuba lap guna tisu. Jika anda menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran yang tertumpah pada pakaian dengan warna gelap, terutama hitam dan biru gelap, serpihan tisu akan tertinggal pada pakaian. Pernah terbasuh baju sekali dengan tisu dalam mesin basuh? Nampak tak kesan pada pakaian, satu baju akan dipenuhi tisu yang hancur. Jadi, cuba elakkan guna tisu untuk lap pada pakaian warna gelap, ya!
Sekarang anda sudah tahu keburukan menggunakan tisu untuk membersihkan beberapa barang tidak boleh dipandang remeh. Selepas ini, jangan fikir nak cepat ya. Kena jaga betul-betul barang yang berharga yang dimiliki, bukan senang nak dapat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Ditembak secara tidak sengaja’. Itulah alasan mudah yang diberikan oleh tentera rejim zionis atas atas pembunuhan sukarelawan perubatan Palestin,Razan Al Najjar baru-baru ini. Kematian wanita ini mendapat liputan yang meluas apabila ramai yang mengecam tindakan kejam yang dilakukan tentera zionis serta menimbulkan kemarahan umat Islam kerana paramedik tidak seharusnya menjadi sasaran perang.Ribuan orang turut menghadiri majlis pengebumian Razan di Gaza pada Sabtu lalu.
Tentera Israel, semalam berkata siasatan awal mengenai pembunuhan sukarelawan Palestin ketika bantahan di sempadan Gaza menunjukkan mangsa ditembak secara tidak sengaja.
Pegawai kesihatan Gaza dan saksi berkata, tentera rejim Zionis menembak mati Razan al-Najjar, 21, sukarelawan perubatan, ketika beliau berlari ke arah pagar sempadan di bandar Khan Younis dalam usaha menyelamatkan penunjuk perasaan Jumaat lalu.
Tentera rejim berkata, pejuang Palestin menyerang anggotanya di sepanjang sempadan dengan tembakan dan bom tangan.
“Siasatan awal berhubung kejadian itu sebilangan kecil peluru dilepaskan dan tiada tembakan sengaja disasarkan secara terus ke arahnya,” menurut sebahagian kenyataan ringkas dikeluarkan tentera Israel.
Siasatan diteruskan, menurut kenyataan, dan hasilnya akan diteliti komander kanan dan diserahkan kepada pendakwa raya tentera untuk pertimbangan.
Ribuan menghadiri majlis pengebumian al-Najr di Gaza Sabtu lalu, termasuk sebahagian yang pernah dirawatnya ketika cedera pada bantahan sebelum itu.
Pasukan perubatan Gaza berkata, tentera Israel membunuh 120 penduduk Palestin ketika bantahan setiap Jumaat dilancarkan pada 30 Mac lalu di Semenanjung Gaza.
Damailah Razan Al Najjar, pergimu pada bulan Ramadan yang mulia dengan niat ikhlas membantu rakyat Palestin. Semoga wanita berani ini ditempatkan dikalangan para syuhada’ dan golongan salehin.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.