Kuih karipap antara kuih ‘lejen’ kegemaran ramai. Biasanya nak buat inti yang sedap mudah, tapi nak buat kulitnya tu ramai mak-mak yang ‘failed’. Biasanya kalau tak kena cara kulitnya jadi liat dan keras.
Sebenarnya, ada cara untuk hasilkan kulit karipap yang rangup dan inti kentang yang sempurna rasanya.Mak-mak boleh cuba resipi dan langkah satu persatu yang dikongsikan oleh penjual karipap ini sendiri, Puan Eyda Fyda.
Berikut perkongsiannya;
“Memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post saya sebelum ni,saya dengan berbesar hati nak kongsi dengan kawan-kawan semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa.Aamin.
“Saya izinkan share dan selamat mencuba. Ingat, jangan share je tau, pastikan cuba buat,mana tau boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan macam saya.”
Bahan-Bahan:
(Kulit Karipap Rangup) :
1kg Tepung Gandum
1mangkuk/cawan kecil minyak masak
2 sudu majerin
Air bancuhan garam
Cara Membuat:
1.Panaskan 1cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2sudu majerin… panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.
2.Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.
3.Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4.Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye).
5.Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit.
6.Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar.
7.Doh yang telah siap diuli.
8.Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.
9.Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu.
Bahan-Bahan (Inti) :
Kentang didadu
Serbuk kari daging (saya suka guna rempah kari daging cap BABAS macam dalam gambar)
Cili kering dikisar bersama bawang besar,bawang putih dan udang kering
Air rebusan daging bersama daging yang telah direbus
Sedikit daun sup untuk bau yang sedap
Garam
Gula
Serbuk perasa (Terpulang samada nak guna ataupun tidak).
Cara Membuat:
1.Tumiskan lada kering,bawang besar,bawang putih dan udang kering yang telah dikisar.
2.Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan air rebusan daging… kacau rata.
4. Masukkan kentang yang telah didadu.
5.Masukkan daging cincang yang telah direbus.
6.Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
7.Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering. Kena rajin kacau ye.
8.Inti yang telah siap.
9.Tadaaa siap karipap kita.
Karipap yang telah siap digoreng dan sedia untuk dimakan.
Semoga Bermanfaat!
Jadi buat mak-mak yang nak sediakan hidangan minum petang buat anak-anak dan keluarga tu, bolehlah cuba resipi dan cara yang dikongsikan ini.Sedapnya makan karipap panas-panas!
Dizaman teknologi dihujung jari ni, apa sahaja yang dimuat naik di laman sosial cukup mudah disebarkan dan dikongsi dengan orang lain. Adakalanya sesuatu perkara yang disebarkan itu tidak dilihat secara keseluruhannya, sekali gus boleh menimbulkan salah faham dan persepsi yang negatif.
Baru-baru ini, Rozi Abdul Razak yang juga Pengurus kepada Dato Sri Siti Nurhaliza ada memuat naik video majlis perkahwinan salah seorang staf, Siti Nurhaliza Productions.
Namun perkara yang mencuri perhatian, ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyunting video tersebut dan hanya diambil sebahagian saja daripada video asal.
Perkongsian video tersebut menjadi viral, apabila ia seolah-olah menunjukkan pengantin perempuan tersebut menunjukkan riak wajah seolah-olah bimbang dan tidak senang dengan kehadiran penyanyi kesayangan negara Dato Sri Siti Nurhaliza hadir di majlis perkahwinannya.Sekaligus, membuatkan netizen memberikan komen-komen negatif kepada pengantin tersebut.
Namun hakikat sebenar situasi yang berlaku adalah sebaliknya. Berikut merupakan penjelasan oleh Rozi dalam menjelaskan salah faham dan situasi sebenar video tersebut.
Video ini dikatakan telah trending dan viral, diambil dari IG saya (walaupun tak dinyatakan kredit atau sumber video), saya yang upload.Dalam video tersebut saya ada cakap (walaupun tak berapa nak dengar) CF muka risau sebab biasa dia yang jaga boss.
Sesiapa yang viralkan video ini anda tidak bertanggungjawab dalam beberapa perkara dan telah membuatkan netizen memberikan komen-komen negatif kepada pengantin khususnya.
Ini bagi saya tidak adil kepada pengantin iaitu Siti Fairuz @cteafairuz yang kami panggil CF. Video ini trending di youtube dan dipanjang-panjangkan ke sosial media, dan hanya diambil sebahagian saja daripada video asal.
1. CF adalah colleague saya dan staff @ctdk. Dia lebih maklum hal mengenai @ctdk, dia menjaga @ctdk selama ini dan tidak timbul soal-mengapa ajak @ctdk? Pengantin tak jadi tumpuan, pengantin tak laku, pengantin cuak! Ada yang kata, lain kali jangan ajak @ctdk dan sebagainya.
Anda harus tahu, @cteafairuz menunjukkan reaksi risau kerana walaupun dia pengantin, dia masih rasa tanggungjawab sebagai tuan rumah, sebagai staff kepada @ctdk dan tentunya dia mahu memastikan @ctdk dapat menjamu selera dengan selesa. Tidak timbul soal tak suka, tak senang dengan kehadiran @ctdk kerana anda tidak tahu, betapa besar harapan @cteafairuz untuk @ctdk hadir ke majlis beliau.
2. Sebagai orang yang menularkan video ini, dengan caption seolah-olah mempermainkan pengantin, anda tidak menerangkan siapakah pengantin, apakah hubungan pengantin dengan @ctdk atau sekurang-kurangnya menyatakan sumber video agar orang yang menonton, dapat gambaran sebenar. Apa yang anda buat telah menyebabkan, macam-macam komen yang ‘memalukan’ serta menjatuhkan air muka pengantin.
3. Saya rasa bertanggungjawab menjelaskan ini kerana video tersebut saya yang upload dan saya sendiri berkata bahawa CF risau sebab selalunya dia yang menjaga boss atau @ctdk.
4. Satu hari yang menggembirakan pengantin menjadi satu momen yang memalukan dengan apa yang anda sudah lakukan.
5. Saya tujukan kepada semua admin youtube dan media sosial yang telah mengambil sebahagian video dari IG saya dan membiarkan netizen memberikan komen yang sangat negatif untuk dibaca.
Mingguan Wanita mengharapkan agar penjelasan oleh Pengurus Siti ini, menjernihkan segala salah faham yang berlaku.Semoga kita tidak mudah membuat andaian sendiri dan menilai sesuatu perkara tanpa melihat keseluruhan situasi yang sebenarnya.
Peringatan ini khusus untuk pemandu motosikal baik lelaki mahupun wanita. Andai suami mak-mak pun memandu motosikal untuk ke tempat kerja atau ke mana saja, mintalah berhati-hati kerana ada individu tak bertanggungjawab memasang jerat tali pancing di laluan motosikal.
Cerita benar inilah yang dilalui penunggang motosikal, Afiq Izwan apabila dirinya benar-benar tersangkut jerat tali pancing yang dipasang di laluan motosikal dekat kawasan Gombak.
Kejadian yang dialami pada 17 September 2018 sekitar jam 6.30 petang.
“Perhatian kepada penduduk GOMBAK especially yang guna susur masuk dari DUKE untuk masuk ke taman perumahan koperasi fasa 1 dan taman rowther.”
“Ada manusia yang tak berhati perut telah memasang jerat dekat selekoh (refer gambar di atas). Bagi orang yang tak tahu, ni adalah tali pancing yang permukaan dia sangat kasar.”
“Biasanya orang guna tali ni untuk menyamun budak motor yang lalu dekat laluan motor (Tol) Sebab tu ramai mat motor takut nak guna laluan motor bila malam. Sebab ni lah!”
“Pedih weh! Sedangkan pakai helmet dan bawak slow pun boleh sampai koyak helmet.”
“Okay cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet tambah pulak bawak laju. Tak terkehel ke leher dia? Nampak macam remeh kan? Tapi yang remeh tu yang bahaya sebenarnya.”
So reminder pada semua orang penduduk Gombak untuk hati-hati bila lalu kawasan ni terutama bila malam.
Afiq kongsikan kisahnya ini agar penunggang motosikal terutama penduduk Gombak boleh alert dengan perbuatan khianat manusia tak bertanggungjawab ini.
Sampaikan pesan ini pada suami mak-mak yang ‘rider’ ke tempat kerja ya. Moga perjalanan suami mak-mak dilindungiNya ketika keluar mencari rezeki.
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!