Siapa sangka wanita ini memang hebat dan memiliki kekuatan yang luar biasa hebatnya, apatah lagi dengan selamba membuktikan mampu melakukan aksi angkat berat hampir 200kg.Bukan semua orang mampu lakukan.
Reaksi Spontan Orang Ramai
Seorang wanita yang melakukan aksi angkat berat 192.78 kilogram (kg) menjadi tular di media sosial disebabkan pelbagai reaksi spontan orang ramai di gimnasium terhadap pencapaiannya yang mengagumkan itu, lapor akhbar Daily Mail, semalam.
Sherein Abdelhady, 25, dari negeri New Jersey merakam percubaan pertamanya untuk mengangkat beban yang sangat berat itu bulan lalu. Dia memutuskan untuk berkongsi rakaman itu di TikTok dimana ia menjadi tular.
“Angkat berat 192.78 kg adalah hebat, tetapi melihat reaksi semua orang adalah lebih mendebarkan,” tulisnya pada pada video tersebut.
Menerusi klip yang ditonton lebih 28 juta kali itu, wanita yang merupakan seorang ahli terapi fizikal dan memiliki jenama pakaian sukan sendiri itu dilihat melakukan aksi angkat berat itu ketika diperhatikan rakan-rakannya dan pengunjung di gimnasium tersebut.
Ramai lelaki malah menghentikan senaman mereka untuk melihat aksi wanita itu. Jisim itu lebih berat daripada jisim sebuah motosikal, seekor gorila atau empat beg simen.
“Mengangkat jisim seberat itu adalah momen yang paling tidak dapat dilupakan. Saya benar-benar fokus dan tidak sedar sesiapa yang sedang menonton.
“Ia bukan perkara biasa untuk melihat seorang wanita mengangkat berat sebanyak itu setiap hari di gimnasium,” jelas Sherein kepada agensi berita Jam Press baru-baru ini.
Kak Yatie kongsi resipi yang senang faham, mudah orang ikut.” Memang tiada rahsia kerana dirinya ingin pengikutnya dapat merasai keenakan makanan apabila memasak mengikut resepi yang dikongsikan.
Jelas Nurhayati Zainol Abidin atau lebih dikenali dengan Kak Yatie @yatiekitchen, setiap kali berkongsi resipi di media sosial, dirinya sememangnya berkongsi resipi seikhlas hati agar mudah difahami dan orang boleh ikut.
Resipi yang mudah difahami, jelas dan gerenti jadi membuatkan ramai pengguna media sosial terutamanya Instagram sentiasa mengikuti setiap satu resepi masakan dan makanan yang dikongsikan Kak Yatie. Sesungguhnya, nama @yatiekitchen sangat popular yang kini memiliki 833K pengikut dan menjadi rujukan mak-mak untuk mencari resipi.
“Macam mana saya masak dan makan masakan saya, macam itulah saya mahu follower-follower saya merasai benda yang sama, saya pastikan apa yang saya kongsi dan tulis difahami, jelas dan mudah diikuti supaya hasilnya sama.
“Tiada “rahsia” di setiap perkongsian kerana bagi saya ilmu yang Allah kurniakan adalah ilmu yang tidak boleh dijual beli dan ilmu itu tidak kita bawa ke sana.
“Ikhlaskan diri dalam menulis supaya kita rasa dekat dengan yang membacanya,” jelas Yatie yang hampir 20 tahun berkhidmat di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sebagai Assistant Manager, Customer Care.
Sesungguhnya minat Yatie dalam bidang masakan tidak terbatas, walaupun dirinya mempunyai kerjaya tetap tetapi memasak adalah “jiwa”. Malahan Yatie akui suka memasak sejak berusia 10 tahun lagi.
“Saya suka menjamu keluarga, saudara-mara dan sahabat-sahabat saya kalau mereka datang di rumah. Bagi saya “homecook is the best”. Saya juga rasa, kerjaya adalah “career” saya, tetapi memasak adalah “passion” saya,”ungkapnya satu-persatu yang kini berusia 43 tahun.
Dibesarkan dalam kehidupan yang sederhana dan tidak mewah, perkara tersebut tetap membuatkan Yatie merasa bahagia dengan kehidupannya tika itu.
“Masa kecil, saya lihat mak mencari rezeki dengan berniaga makanan dengan membuka gerai depan rumah dengan menjual mee bandung Johor. Dalam masa yang sama, mak bekerja sambilan menebar roti canai dan mengambil tempahan biskut batang buruk.
“Dari situlah saya lihat kekuatan mak untuk membesarkan kami. Abah pula seorang askar , jadi abah banyak outstation. Mak dan abah rajin memasak.
“Abah dan mak mempunyai cara mereka sendiri bila memasak. Ilmu, resipi dan tip masakan yang mereka berikan, saya kongsikan juga kepada follower saya.
“Saya percaya selagi ilmu yang kita kongsikan digunapakai selagi itulah pahala mereka dapat seperti air sungai yang mengalir. Insyallah, mak dan abah adalah idola saya dalam bidang masakan,” ceritanya panjang lebar.
Satu perkara yang tidak mungkin Yatie lupakan adalah ketika dirinya berumur 17 tahun, dia pernah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kulinari. Namun disebabkan desakan hidup ketika itu, dia terpaksa melupakan hasrat untuk sambung belajar, dan bekerja sambilan untuk menyara keluarga.
“Saya memang bercita-cita nak pakai baju dan topi “chef” tapi tak apalah jadi chef di rumah pun boleh. Pengalaman itulah memberi kekuatan untuk saya terus kuat untuk mengejar impian.
“Akhirnya tercapai jugak bukan jadi seorang “chef “ tapi jadi seorang “Cook” dengan terbitnya buku resipi saya sendiri. Saya sangat bersyukur,”luahnya sebak.
Sedari awal, Yatie sememangnya mempunyai misi untuk menerbitkan lima buah Buku Resipi. Perjuangannya bermula dari tahun 2018, di mana Buku Resipi Edisi pertama diterbitkan. Kemudian diikuti Edisi 2 (2019), Edisi 3 (2020) dan Edisi 4 (2021).
“Insyaallah pada tahun ini (2022), saya akan menerbitkan Buku Resipi dan Tips Masakan Edisi yang ke-5,” katanya yang berpegang pada falsafah hidup, “Jadilah diri anda sendiri tanpa meniru sesiapa, tidak hipokrit , just be yourself.”
Setiap orang mempunyai motivasi tersendiri, setiap kali “down”. Bagi Yatie, setiap kali ditimpa masalah dirinya akan ke dapur sebagai terapi.
“Saya rasa memasak adalah “terapi”, terapi yang dapat mengeluarkan unsur-unsur negatif dalam badan dan saya kembali kuat.
“Jangan jadikan setiap satu masalah yang kita hadapi sebagai satu masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Ketahuilah setiap masalah pasti ada jalannya.
“Buatlah keputusan yang bijak, jangan bertindak negatif yang merugikan diri sendiri. Siapa lagi yang menjaga hati kita, susah tentu kita sendiri. No one cares, jadi sayanglah diri sendiri ya,” kata Yati lagi.
Diakui di sebalik populariti yang dikecapi Yatie, kadang-kadang timbul juga komen dan kecaman dari pengikut atau netizen. Tetapi dirinya bersyukur masih mampu mengawal situasi yang berlaku.
“So far alhamdullillah, tak adalah teruk sangat. Ada yang komen ohh banyaknya minyak, tak sihatlah bila berkongsi resipi di akaun media sosial. Bagi saya itu biasa, kita terima dengan positif. Memang sangat mencabar media sosial sekarang ini.
“Untuk elakkan perkara yang tak diingini, buatlah posting yang tidak mengundang kecaman. Agak-agak posting itu akan dikecam, batalkan hasrat untuk post posting tersebut,” jelasnya lagi.
Sebelum mengakhiri perbualan, Yatie turut menerangkan bahawa wanita perlu menjadi dan memberi inspirasi buat wanita lain kerana jiwa wanita ini sangat-sangat lembut, sensitif, manja, kuat, tabah , kadang-kadang “tersentap” jugak jika dijentik dan dicabar.
“Bagi saya semua wanita diluar sana kuat dan tabah , mereka lihat pengalaman hidup orang lain yang berjaya dan menjadikan orang itu sebagai inspirasi supaya dia boleh terus kuat melalui dugaan hidup.
“Secara tidak langsung mereka berdikari ,mereka menjadikan wanita-wanita yang berjaya ini sebagai idola mereka. Mereka bukan “meniru” tetapi mereka mahu yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka. Hanya “wanita” yang memahami perasaan seorang “wanita”,”akhirinya panjang lebar.
Pencapaian: 1. Setiap Edisi Buku Resipi YatieKitchen terjual lebih daripada 10,000 nashkah. 2. Berjaya mendapatkan Hak Intelek ( Copyrights ) untuk branding YatieKitchen. 3. Dilantik sebagai Duta Adabi , La Gourmet Since 2018 & Love Earth 2021 4. Berjaya naikkan billboard YatieKitchen sendiri tanpa sebarang tajaan.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Sentiasa berdoa miliki bayi perempuan. Pelakon Elfira Loy yang kini sedang sarat hamil anak kedua sememangnya berharap dikurniakan anak perempuan selepas mendapat cahaya mata sulung lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf.
Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini dalam doanya juga tidak pernah lekang memiliki anak perempuan.
Ternyata impian Elfira untuk miliki anak perempuan untuk kehamilan kedua ini dimakbulkan Allah apabila dia berkongsi berita tersebut di Instagram. Ternyata doanya selama ini Allah dengar.
Menurutnya, jika ditanya tentang jantina anak kedua dia akan menjawab tidak kisah. Namun ahli keluarga dan rakan terdekat sememangnya tahu dirinya terlalu inginkan anak perempuan.
“Sejak Rayyan Lahir lagi, saya doa zuriat, saya nak girl tapi saya tak tahu Allah nak bagi bila. Jadi dua tahun saya doa saya nak girl. Kalau boleh tak nak tahu sampai dia keluar.
“Tapi @sarancak lah actualu buat saya macam percayalah dengan apa Allah nak bagi.
“Dia ckp, Allah kau kan baik, Allah mesti bagi kau girl, sebenarnya waktu itu saya menangis macam tulah kenapalah tak percaya je yang Allah Maha baik kalau tu yang terbaik mesti Allah bagi.
“Jadi kemudian itu, bila temujanji doktor, terus tanya doktor jantina bayi dan minta tulis pada kertas.
“Bagi pada keluarga dan kawan-kawan dulu, sebab saya masih takut,” ujarnya yang begitu inginkan anak perempuan.
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya juga, Elfira tidak mampu mengungkap dengan kata-kata apabila doanya untuk miliki bayi perempuan bakal tercapai.
Pelakon drama Tentang Bulan The Series itu sempat berkongsi momen di Instagram majlis sambutan hari lahir ke-26 adik perempuannya yang juga seorang aktres, Ezlisa Loy. Adik dan rakan-rakan Elfira turut membuat kejutan dedahkan jantina bayi yang dikandung oleh Elfira.
“Kakcik : ” You have the worst baby gender reveal’s reaction ever 😂 ” haha.
“k kakcik , k .
“i was nervous , i wasn’t ready.
“i know i should accept whether its a boy or a girl.
“but deep inside , i cannot lie.
“i’ve been praying for a girl.
“MashaAllah.
“Allah tu sangat baik dengan El
“Allah izinkan.
“Syukur , Syukur Alhamdulillah” ungkap Elfira
Pada majlis itu, Elfira dilihat seseolah masih belum bersedia untuk mendedahkan jantina anak keduanya. Namun, permintaannya itu tidak diendahkan oleh rakan-rakannya.
Akhirnya Elfira memuat naik perkongsian berkenaan jantina anak dalam kandungannya. Walaupun tidak berterus terang namun ramai yang meneka bayi yang dikandung adalah perempuan.
Mingguan Wanita: Seronoknya bakal dapat sepasang anak. Apapun kami doakan yang terbaik buat Elfira, semoga dipermudahkan segala urusan semasa proses melahirkan bayi kedua nanti.
“Kami berserah pada Allah apa yang terbaik.” Jahidah sudah lama bertahan. Jelas adik Jahidah di akaun TikToknya. Ternyata buat masa sekarang, keluarga mereka menyerahkan segalanya pada Allah.
Bertahan hingga ke tahap ini iaitu sehingga melahirkan anaknya Nufail, bukan satu tempoh yang singkat. Jika telah tiba masanya dan itu adalah yang terbaik untuk Jahidah, mereka redha.
Keluarga kepada wanita yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, kini buntu selepas keadaan wanita itu tidak menentu selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu.
Menurut adiknya, Fauziah Nordin, 40, doktor menghubunginya beberapa kali untuk memaklumkan keadaan Jahidah yang memerlukan proses bantuan pernafasan (CPR).
Menurutnya, kakaknya itu selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari pada 6 Mac lalu dan dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.
“Kali ke berapa doktor panggil lagi nak explain (terangkan) mengenai kakak. Dengan keadaan kakak macam tu, badan makin lemah. Risiko jantung berhenti.
“Kalau terjadi keadaan lagi teruk, kami pun tak mengharapkan macam tu. Perlukan persetujuan waris untuk buat CPR. Tapi keadaan itu akan menyeksakan dia. Dia memang terlantar, banyak kesakitan yang dia lalui selama hampir setahun,” katanya yang berkongsi luahan perasaannya mengenai keadaan Jahidah di Facebook (FB).
Fauziah yang menjaga anak kakaknya, J Eshan Nufail melahirkan rasa sebak dan risau memikirkan keadaan Jahidah memandangkan wanita itu tidak boleh meluahkan kesakitannya akibat berada dalam keadaan koma.
“Ya Allah, memang saya tak nak lagi seksa kakak tapi bila fikir Nufail, sebak rasa. Tak henti mengalir air mata.
“Saya selalu fikir positif sebab mahu sedapkan hati yang kakak akan sembuh. Tapi bila fikirkan keadaan dia, sampai bila dia macam itu, hidup hanya di katil, otak rosak kekal, mungkin kalau saya di tempat kak Jahidah pun saya akan minta redakan untuk pergi. Apa yang harus aku buat ya Allah,” luahnya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.