Wahai suami isteri, berhati-hatilah ketika upload content di media sosial. Bukan semua perkara boleh dijadikan content di media sosial. Lagi-lagi melibatkan content ‘unboxing isteri’ apatah lagi ‘unboxing by husband.
Ustaz Farid Rashidi mengulas akan isu yang sedang trending ketika ini isteri diunboxing oleh suami sendiri atau pun ‘Unboxing Isteri’ di Tik Tok. Istilah yang selalu digunakan apabila membeli barang.
Sedih, bila isteri itu dah jadi macam barang. Isteri pula, jangan lah terlalu ‘lurus’ hingga hilang malu. Sebenarnya, ada perkara yang tak perlu pun nak beritahu orang lain.
Muncul trend Unboxing by Husband di TikTok. Entahlah, rasa kecewa, sedih semua ada. Saya tak ada akaun Tiktok pun, tapi bila viral di FB jadi terbacalah apa yang viral di sana.
Katanya trend pasangan pengantin muda baru nikah kemudian di unboxing oleh suami sendiri. Yang rakam isteri sendiri pula tu. Aduhai.
Selalu istilah ni orang guna bila beli barang. Tapi ini suami sendiri buat kat isteri. Seolah-olah isteri diperlakukan semacam barang pula. Astaghfirullahal Azim.
Ads
Demi sebuah content, malu dan maruah diri diselak sesuka hati. Ya benar hubungan suami isteri itu halal, tapi halal bukan bererti boleh mempertontonkan aksi intim suami isteri sebegitu. Hatta di depan anak-anak sekali pun. Rahsia dan aib rumahtangga perlu disimpan rapi.
Tugas Suami Jaga Isteri Dan Maruah Diri
Tugas suami ialah menjaga isteri dan maruahnya, mendidik serta memberi pengajaran berguna agar menjadi pembantu terbaik saat pelayaran bahtera rumahtangga. Bukan mengajar sesuatu yang pelik bercanggah dengan syariat Islam serta menjatuhkan maruah diri sebegitu.
Ads
Hati-hati, semua itu akan diperhitungkan. Ingat, amanah itu berat. Jenuh nak menanggungnya. Dan hidup bukan sekadar untuk suka-suka setiap masa. Ada batasnya ya.
Bukan batas ubi kentang, tapi batas syariat Islam.
#UFR
Mingguan Wanita : Biar pun ada yang kata sekadar buka jarum peniti, perlu difahamkan konsep ‘unboxing’ itu sendiri yang dengan kata mudahnya selak, buka satu persatu. Jangan mudah terikut-ikut. Berhati-hatilah bila berkongsi di media sosial wahai suami isteri.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Siti Sarah selamat bersalin bayi lelaki, namun setakat ini dia belum sedarkan diri.
Ternyata berat ujian buat Siti Sarah dan suaminya, Shuib, dijangkiti Covid-19 ketika hamil adalah sesuatu yang sukar diterima oleh sesiapapun apatah lagi apabila kesihatan makin merosot.
Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak ke-empat yang juga bayi lelaki secara pembedahan kira-kira jam 5 petang tadi.
Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.
Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri
“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.
“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Stacy hamil 4 bulan, tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Stacy Anam dan suaminya Akim Ahmad yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 5. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 9.
Stacy Hamil 4 Bulan
Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri Stacy ketika menjadi tetamu jemputan program MeleTOP.
Penyanyi kelahiran Sabah itu berkongsi berita gembira dan menyatakan dirinya kini sedang hamil anak kedua dan kandungan sudah berusia empat bulan.
Pemilik nama sebenar Ummu Syaikhah Stacy Anam, 31 menerusi program MeleTOP menjawab soalan yang diajukan oleh hos, Elly Mazlein berkenaan dakwaan dirinya sedang hamil cahaya mata kedua.
Bukan mudah untuk mengekalkan usia perkahwinan sehingga usia 50 tahun. Selain faktor jangka hayat umur, kesetiaan pasangan juga sangat memainkan peranan penting dalam keharmonian rumahtangga.
Ordinan Ulang Tahun Perkahwinan Emas
Atas usaha ini, sebuah bandar di wilayah Mindanao, Filipina, meluluskan ordinan tempatan yang memberi ganjaran wang tunai berjumlah 50,000 peso (RM4,146) kepada pasangan yang berkahwin melebihi tempoh 50 tahun, lapor portal berita Coconuts.
Majlis Perbandaran Malaybalay meluluskan Ordinan Ulang Tahun Perkahwinan Emas bagi menggalakkan kesetiaan berterusan antara pasangan suami isteri serta perasaan menghormati kesucian ikrar perkahwinan.
“Ordinan ini merupakan pengiktirafan terhadap (pasangan berkahwin) bagi sumbangan mereka kepada masyarakat. Keluarga yang teguh berdiri merupakan asas bagi masyarakat kita,” kata Ahli Majlis Perbandaran, Niko Aldeguer di akaun Facebook miliknya.
Di bawah ordinan tersebut, hanya pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang menetap di bandar Malaybalay selama sekurang-kurangnya enam tahun layak untuk menerima insentif wang tunai itu.
Bagi perkahwinan poligami pula, hanya perkahwinan pertama yang berdaftar layak untuk menerima sumbangan itu.
Mingguan Wanita: Memang bukan mudah untuk mengekalkan usia perkahwinan hingga mencapai 50 tahun. Semoga inisiatif dan ganjaran ini dapat memberi inspirasi buat pasangan lain untuk kekal setia bersama-sama pasangan hingga ke akhir hayat.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...