Berat sungguh ujian yang harus dilalui wanita ini apabila kehilangan 2 orang tersayang dalam masa terdekat iaitu ayah dan anak sulungnya. Lebih memilukan, bayangan mimpi yang dialami oleh anaknya bagaikan petanda akan turut ‘pergi’ buat selamanya.
“Arwah atuk selalu datang dalam mimpi Bulat dan panggil Bulat. Bulat sayang sangat pada atuk.”
Perkara itu sering diberitahu mangsa lemas, Putra Ahmad Danial Abdullah, 9, kepada ibunya, Nur Syafariena Fazuera Ishak, 28, sejak seminggu lalu.
Anak Rapat Dengan Arwah Baoa
Nur Syafariena Fazuera berkata, anak sulungnya itu yang mesra dipanggil Bulat sangat rapat dengan arwah bapanya, yang baru meninggal dunia Selasa lalu.
“Minggu lalu, saya kehilangan ayah, Ishak Ibrahim, 53, akibat penyakit kronik, hari ini saya kehilangan anak pula. Perasaan sedih itu tidak boleh digambarkan, tetapi saya reda dengan ujian Allah.
“Sepanjang minggu ini, Bulat cerita sering termimpi arwah atuk yang memanggilnya. Bulat memang rapat sangat dengan arwah ayah saya sejak kecil lagi.
Ads
“Saya tidak pernah sangka anak akan berjalan dan bermain sejauh lebih satu kilometer ke Sungai Skudai. Biasanya anak bermain di sekitar kawasan rumah kedai yang menjadi tempat tinggal kami di Jalan Jelawat, Kampung Baru Skudai, di sini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.
Terkejut ‘Pemergian’ Anak
Nur Syafariena Fazuera berkata, dia sedang menjaga anak perempuan berusia dua tahun pada 5 petang semalam dan masih terdengar suara arwah anaknya bermain bersama rakan berbangsa Cina yang dipanggil ‘kawan syurga’.
Menurutnya, budak lelaki itu adalah kawan baru anaknya selepas berpindah dari Senai, bulan lalu dan dia tidak tahu terdapat sungai di kawasan berkenaan.
Ads
“Saya berpesan kepada Bulat supaya bermain puas-puas sebelum sesi persekolahan bermula kerana apabila sekolah dibuka, Bulat perlu mengurangkan bermain dan fokus kepada pembelajaran.
“Memang terkejut dengan pemergian anak dan tidak sangka dia bermain sehingga tidak pulang lagi ke rumah.
“Sebelum ini dia ada bertanya, kalau Bulat meninggal dunia, ibu akan ikut Bulat sekali tak? Dia budak-budak lagi, jadi saya pujuk dia, mesti ibu ikut sebab ibu sayang Bulat,” katanya sambil mengesat air mata.
Lemas Di Sungai Skudai
Sementara itu, bapa tirinya, Mohd Hamdan Baharuddin, 36, berkata sebaik menyedari anaknya tidak ada di sekitar kawasan kediaman rumah kedai, dia segera mencari namun gagal menemui mangsa.
Ads
Katanya, selepas puas mencari, dia terus ke balai polis berhampiran dan dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak lemas di Sungai Skudai.
“Saya tidak tahu dia boleh berjalan sebegitu jauh. Saya cuba cari di merata tempat sehingga hilang punca dan terus ke balai polis berhampiran untuk bertanya.
“Sebaik dimaklumkan polis terdapat dua kanak-kanak lemas di Sungai Skudai, saya terus bergegas ke lokasi dan sangat sedih melihat jasadnya,” katanya.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Hmetro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hero Filem Darah Satria, Aman Shah telah kembali kerahmatullah pada usia 68 tahun.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga pelakon dan penyanyi yang popular pada era 80an, Aman Shah yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 petang tadi.
Hero Filem Darah Satria, Aman Shah Kembali Kerahmatullah
Seperti mana yang dimaklumkan oleh Setiausha Agung Seniman Hafiz Nafiah menerusi kiriman di aplikasi Whatsapp menerangkan khabar duka itu.
“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni hiburan tanah air popular Aman Shah bin Abu Kassim telah kembali kerahmatullah pada jam 2.15 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur di usia 68 tahun.
“Beliau dilahirkan pada tahun 1954 di Johor Bahru, beliau merupakan pelakon & penyanyi sejak 1979 dan mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI pada tahun 1980 hingga 1987.
“Antara filem lakonan beliau adalah Darah Satria, Azura, Aku Bukan Gila dan banyak lagi drama-drama lakonan beliau.
“Jenazah beliau kini berada di IJN untuk urusan postmortem dan akan dibawa terus ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai Cheras untuk disolatkan dan dijangka dikebumikan ditanah Perkuburan Alam Damai pada malam ini.
“Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Barisan Exco Seniman Malaysia mengucapkan Takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian Ini,” tulis Hafiz Nafiah.
Tawaran pemeriksaan percuma kenderaan di Puspakom sempena Tahun Baru Cina, boleh menang hadiah lagi. Cuti perayaan ini, pasti dipenuhi jutaan kenderaan yang akan pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.
Sudah pastilah bila perjalanan jauh, aspek kenderaan perlu diambil kira agar tidak mengalami kerosakan di tengah perjalanan.
Dalam memastikan kenderaan selamat di jalan raya, Puspakom melancarkan kempen Pemeriksaan Secara Percuma mulai hari ini di lima lokasi terpilih.
Tawaran Pemeriksaan Percuma Kenderaan Di Puspakom Sempena Tahun Baru Cina
Lebih menarik, sepanjang kempen bermula hari ini sehingga 20 Januari akan datang, pelangan berpeluang menang hadiah lumayan bila membuat pemeriksaan di Puspakom.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
NO
TEMPAT
TARIKH
MASA
1
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
12 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
2
Lotus’s cawangan Kepong
14 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
3
Wisma DRB-HICOM
16 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
4
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak
17 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
5
Lebuh Ayer Keroh, Melaka (Berdekatan pintu gerbang, Ayer Keroh)
19 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Tahniah buat penyanyi kelahiran Negeri Sembilan, Suki Low, 35, dikurniakan anugerah kebesaran sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Berita gembira ini dikongsikan mereka menerusi Instagram, hari ini.
Menjengah laman Instagram milik Suki, penyanyi tersebut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan terhadap Tuanku Muhriz atas kurniaan ini.
“Patik menjunjung kasih Tuanku, Tunku Ampuan Besar dan kerabat diraja Negeri Sembilan yang memberi kepercayaan, sokongan dan kurniaan kepada patik sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
“Kurniaan ini patik terima dengan amanah dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.
“Berkatlah Yang di-Pertuan Besar. Daulat Tuanku,” tulisnya.
Malah juara program realiti One In A Million musim pertama itu turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Jeremy Chong yang sentiasa mendukung dan merestui kerjayanya.
Majlis penganugerahan tersebut telah berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan itu telah berlangsung penuh adat istiadat kerabat diraja Negeri Sembilan. Suki manis mengenakan baju kurung hitam dan berselendang di bahu mengikuti tema busana tradisional untuk upacara majlis rasmi.
“Dan seluruh keluarga Diraja Negeri Sembilan khususnya Tuanku Muhriz dan Tunku Zain yang sentiasa menyokong perjalanan muzik saya,” tulisnya yang turut melahirkan kesyukuran.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendahului senarai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir baru-baru ini.
Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 28 penerima, Darjah Tuanku Muhriz (DTM) (empat), Darjah Pekerti Terpilih (DPT) (25) dan Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) (73).
Sementara itu, tiga individu dikurniakan Setiawan Tuanku Muhriz (STM), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) (130), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (227), Bentara Tuanku Muhriz (BTM) (19) dan Pingat Khidmat Lama (PKL) (14).
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini hari ini bagi sesi pertama manakala sesi kedua pada 20 Jan dan sesi ketiga pada 25 Jan.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...