Selebriti dan usahawan popular, Neelofa menerusi sidang medianya semalam mengakui hubungan dengan Pencetus Ummah Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail semakin pulih.
Akuinya lagi, seperti pasangan lain, hubungannya dengan Riz juga ada melalui tempoh salah faham dan ada dugaan tersendiri.
Neelofa & Riz Lalui Dugaan
Mengimbas kembali sebelum ini, hubungan Neelofa dan Riz mula menjadi perhatian pada akhir Disember lalu apabila adik-beradik Neelofa dilihat memuatnaik beberapa ‘quote’ sama mengenai warna sebenar seseorang.
Lebih menimbulkan tanda-tanya apabila mereka tidak lagi mengikuti Instagram pendakwah tersebut termasuk ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed.
Malah kisah mereka semakin hangat diperkatakan apabila ada individu mendakwa, Neelofa terkena minyak pengasih dan sudah menikah secara rahsia di Kelantan, selain memindahkan sejumlah wang ke akaun Haris. Bagaimanapun semua dakwaan itu dinafikan Neelofa beberapa hari selepas itu.
Hubungan Pulih Diselesaikan Secara Perbincangan
Neelofa juga akui semua itu sudah diselesaikan secara baik menerusi perbincangan.
“Sebenarnya macam ini, tipulah saya cakap dalam setiap perhubungan itu tiada turun naiknya. Kami juga lalui benda yang sama.
“Ada masanya ada salah faham, ada perkara yang mengganggu. Tetapi kami berdua berjaya mengatasi cabaran itu, menerusi komunikasi dan bantuan keluarga juga.
Ads
“Kami juga banyak berbincang dan alhamdulillah sekarang ini semakin baik dan positif,” ungkapnya.
Hubungan Keluarga Neelofa & Riz Semakin Baik
Neelofa juga menjawab pertanyaan media mengenai perhubungan Riz dengan keluarganya yang sebelum ini dilihat turut berantakan apabila adik-beradik Neelofa tidak lagi mengikuti Riz di media sosial.
“Ketika keadaan tegang baru-baru ini, kami beri masa untuk semua bertenang. Selepas itu saya dan Haris berbincang untuk cari penyelesaian terbaik.
“Kami kemudiannya pergi berjumpa kedua-dua buah keluarga untuk terangkan keadaan sebenar. Perlahan-lahan, semuanya makin baik, makin pulih.
“Kami tak paksa untuk semua orang faham dan terima, alhamdulillah ia membuahkan hasil yang positif.
Ads
“Bagi saya apa yang penting dalam situasi seperti ini adalah kami berdua. Alhamdulillah kami ada persefahaman yang baik dan ia membantu untuk memulihkan keadaan,” katanya.
Tarikh Perkahwinan, Bakal Beri Kenyataan Dalam Masa Terdekat
Neelofa juga turut menerangkan tentang tarikh perkahwinan mereka yang khabarnya akan dipercepatkan.
“Buat masa ini, saya pun sukar untuk menjelaskan dengan situasi semasa dan pelaksanaan kawalan pergerakan sebagainya.
“Insya-Allah selepas semuanya pasti nanti, saya akan beri kenyataan dalam masa terdekat,” hurainya.
Pada pertemuan secara maya yang sama, Neelofa telah melancarkan aplikasi TheNoor.
Ia adalah sebuah aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan. Selain itu, ia turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.
Selebriti yang juga bergelar pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berasa sangat bersyukur apabila hajatnya untuk menghadiahkan sebuah kereta buat kedua ibu bapanya, tercapai.
Ibu bapa merupakan orang yang paling berjasa dalam hidup kita. Mereka mendidik dan memberi perlindungan keapda kita. Sememangnya seorang anak wajib membalas jasa ibu bapa mereka.
Daiyan Trisha Hadiahkan Kenderaan Mewah Jenama Mercedes Benz
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Daiyan, 28, meluahkan hadiah kenderaan jenama Mercedes Benz itu merupakan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya pada November tahun lalu.
“Salah satu impian saya memang nak belikan kereta untuk ibu bapa saya dalam tempoh dua-tiga tahun akan datang.
“Alhamdulillah di sebalik pandemik Covid-19 yang melanda tahun lalu, Allah kurniakan pelbagai rezeki pada saya.
“Jadi saya fikir, buat apa tangguhkan kalau untuk ibu bapa. Inilah masa terbaik buat mereka gembira kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku akan datang,” tulisnya.
Daiyan Serahkan Kunci Kenderaan Kepada Ibu Bapanya
Menerusi hantaran sebuah rakaman video yang dikongsikan, Daiyan menyerahkan kunci kereta tersebut.
Malah reaksi kedua ibu bapanya yang terharu dengan kejutan tidak disangka itu juga mengundang rasa gembira juga buat warganet yang mengikuti akaun Instagram Daiyan.
Malah Daiyan juga menjadi sumber inspirasi buat warganet. Pada usia yang agak muda, wanita ini sudah mampu menghadiahkan sesuatu yang cukup berharga buat kedua ibu bapa tercinta.
“Alhamdulillah dah sampai kat tangan papa dan mummy. Peluk ibu bapa anda, tunjukkan anda sayang mereka dan buat apa sahaja yang mampu untuk untuk balas jasa mereka.
“Takkan pernah cukup, tapi sekurang-kurangnya, kita cuba,” katanya.
Tragedi menimpa adik Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, terus mendapat perhatian apabila pagi ini, lima remaja perempuan bawah umur dijangka didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berhubung kes buli yang menggemparkan negara.
Kesemua remaja terbabit tiba di pekarangan mahkamah menaiki sebuah van diiringi polis sekitar jam 9.05 pagi. Remaja perempuan yang berusia di bawah 18 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan, berkaitan kesalahan menggunakan atau membuat sebarang perkataan atau komunikasi berbentuk ancaman, kesat atau penghinaan.
Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC), pihaknya telah meneliti kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memutuskan untuk mendakwa beberapa suspek berdasarkan keterangan yang ada. Namun begitu, prosiding inkues tetap akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina.
Tragedi ini bermula pada 16 Julai lalu, apabila Zara ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah. Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I, namun selepas sehari bertarung nyawa, Zara disahkan meninggal dunia pada 17 Julai.
Kisah duka ini bukan sekadar tentang kehilangan seorang anak, tetapi juga membuka mata masyarakat tentang isu buli di sekolah yang semakin membimbangkan. Bagi keluarga Zara, kesedihan ini masih segar, namun perjuangan menuntut keadilan untuk arwah kini menjadi tumpuan seluruh negara.
Bersyukur anak-anak kita dapat pinjaman buku teks, namun tidak semua bernasib baik apabila buku yang diterima rosak dan tidak dijaga dengan baik oleh pelajar tahun sebelumnya.
Sebagai mak, pasti anda tak senang duduk bila buku teks yang diterima dalam keadaan begitu. Mungkin perkongsian ibu ini dapat dijadikan contoh. Mungkin buku teks yang kurang elok dapat diberi nafas baru dan kelihatan seperti baru, Jadi tidak perlulah membazir membeli buku baru.
Buku Teks Terakhir Di Repair . Rezeki dapat buku teks barai tak ada kulit belakang, kulit depan pun dah koyak hampir separuh ️. . Buku Text BI Superminds ini buku teks paling mahal kalau nak beli baru. . Nak tukar lain cikgu kata tak ada stok. . Tapi tak mengapa, ummi boleh adjust punya . Beli manila kad, cari colour yang paling hampir dengan warna buku. Manila kad ni keras sikit dari manila kad biasa. Manila kad biasa harga RM 0.70 tetapi yang ini RM 2.30 sekeping.
Langkah demi langkah:
Langkah 1: Ok mula-mula kita potong ikut saiz buku.
Langkah 2: Lekatkan double sided tape di bahagian sisi tulang buku teks. Lekatkan kad manila yang telah dipotong tadi. Yeah jadi dah kulit buku. Takkan nak biar kosong gitu je nanti anak tak kenal itu buku apa. Nak tulis tajuk buku guna tangan hodoh pula nanti . Jom kita cantikkan buku teks ni.
Langkah 3: Google cari gambar kulit buku teks depan, belakang. Adjust edit size yang sesuai (sebab ada gambar saiz kecil, ada pula gambar pecah). Bila dah edit, kemudian printlah. Kalau malas nak google, malas nak edit boleh je pinjam buku teks kawan then fotostat warna.
Langkah 4: Tampal gambar kulit buku tu kemas-kemas. Guna gam stick / kalau guna gam cair nanti bertompok kertas.
Langkah 5: Guna self-adhesive sticker untuk balut kulit buku. Mula lekat dari tengah tulang buku (ikut jelah panduan pada kertas sticker tu). Part ini perlu kesabaran tinggi dan dibuat dengan lemah-lembut agar lekat smooth agar tak berkedut or ada bubble terperangkap.
Langkah 6:
Tadaaa siap dah. Nampak macam buku baru kan? oh ya, sticker kulit buku tu pilih jenis emboss lagi better dari jenis clear. Harga pun mahal sikit jugalah RM12 ada 10 pieces tapi takpelah sebab pegang pun sedap, grip dan tak licin.
[ update ] Bahagian dalam kulit buku pun kita tampal guna self-adhesive sticker. Barulah nampak macam laminate.Bahagian dalam antara kulit buku dan muka surat pun kita selotape juga agar lebih kukuh sebab bahagian kelepet tu anak akan buka tutup buku (guna selotape size kecil pun sudah memadai)
MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu mak-mak yang runsing tengok buku teks anak yang rosak. Kosnya tak mahal dan anda tak perlu membeli buku teks baru. Jadi boleh berjimat.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.