Kemalangan kereta. Tiada siapa dapat menjangkaunya. Kadang-kadang, kita rasa sudah memandu dengan penuh berhemah, tapi malang tak berbau ada pula yang ‘sondong’ dari belakang.
Jika kemalangan yang ringan-ringan dan hanya kereta yang mengalami kerosakan, ‘pejam mata’ untuk baikinya. Sebabnya, masih boleh buat tuntutan insuran untuk diselesaikan.
Jangan terkejut, kalau ada kemalangan, banyak kereta yang berhenti. Kalau ada yang tak tahu, mungkin menganggap untuk membantu. Tak kurang juga yang tahu, ada kerta berhenti sebab ada penarik kereta (longkai) yang memang sudah standby untuk menawarkan perkhidmatan yang ‘terbaik’ untuk baiki kereta yang rosak itu.
Ini ada pesanan dan tip berguna yang dikongsikan oleh Vortec apabila berlaku kemalangan. Kita sebagai pemandu atau mangsa jangan mudah tertipu. Kena hati-hati tentang tawaran daripada penarik kereta ini.
Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?
Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini la.
Jadi apa tindakan anda?
1. Jangan tandatangan dokumen tu.
2. Beritahu dia, saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200.
Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan).
Ads
Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat baiki. Kalau tak ada, boleh telefon insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.
Lepas tu, tibalah giliran anda pula untuk claim 10 peratus dari tokey bengkel.
Caranya, esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000, jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.
Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta.
Hati-hati juga, ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.
Dan hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je.
Pengalaman Sendiri
Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000.
Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku.
Ads
Telefon insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.
Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku.
TAHUKAH ANDA?
Korang tau tak kalau kta alami kemalangan, selain boleh claim repair, kita jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari.
Katalah kereta kita ada dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari.
Jadi, kita akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.
Mingguan Wanita : Kalau kereta masuk bengkel, jenuh kita cari kereta sewa. Satu hal nak bayar sewa kereta. Baru tahu boleh claim ye…
Kredit: Vortec info
Ads
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Assalamualaikum, kali ini saya terpanggil untuk bercerita tentang sesekali ajar anak masak di dapur. Mungkin ramai yang tahu bukannya mudah untuk ibu yang bekerjaya seperti saya dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Sebelum pergi kerja anak-anak akan sibuk bersiap ke sekolah, bila saya pulang kadang kala sudah malam dan mereka sedang menyiapkan kerja sekolah dan kemudian masuk tidur.
Pada hujung minggu dan hari cuti umum saja masa untuk saya dan anak-anak dapat luangkan masa lebih lama. Bukannya mudah untuk mengisi masa berkualiti bersama anak-anak. Apatah lagi anak saya yang sulung merupakan kembar perempuan jadi kedua-dua mereka sememangnya sangat rapat dengan saya. Bak kata orang ada ketika mereka mahu saya membawa mereka berjalan-jalan dan melakukan aktiviti bersama. Cuma ada masanya memang sempatlah kami lakukan aktiviti outdoor seperti berjogging, shopping dan menonton wayang. Tapi ada ketikanya dek kerana terlalu penat saya lebih suka berehat di rumah.
Masa di rumah mereka suka berborak-borak, tanya pelbagai soalan. Dan paling penting mereka suka bertanya tentang keseronokan saya bekerja sebagai seorang wartawan. Malah saya lihat ada ciri-ciri seorang wartawan pada anak kembar saya kerana mereka ni jenis yang banyak tanya. Dan kadangkala saya pula pening sebab banyak soalan yang dilontarkan kepada saya.
Ajar Anak Masak
Baru-baru ini mereka ke rumah kakak saya dan belajar memasak. Sejak dari itu, mereka cukup teruja setiap kali saya ke dapur. Mereka mahu tolong lakukan kerja-kerja dapur. Memandangkan anak saya baru masuk usia 10 tahun, jadi saya agak takut untuk suruh mereka ke dapur. Banyak perkara yang tidak elok saya bayangkan akan berlaku. Tapi disebabkan mereka cukup teruja saya pun bagilah seorang potong bawang dan sorang lagi gunting sayur kacang panjang. Punyalah mereka teruja dan masing-masing buat kerja dengan tekun. Dalam hati saya tuhan saja yang tahu, janganlah benda yang tak elok berlaku.
Lega hati saya, cantik saja si kakak potong bawang dan adik dengan sayur kacang panjang. Si kakak pula sempat beritahu “mama nanti nak tolong gorerng ayam ya”, saya cakap perlahan-lahan kakak nanti mama ajar ya. Pada hari minggu lalu jadi siaplah Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kari Dal Ayam dan juga Acar Nenas sebagai menu tengahari kami sekeluarga.
Sambil makan sempat lagi si kakak dan adik beritahu pada papa dan adik lelaki mereka yang mereka pun membantu mama di dapur. Pengajaran yang dapat saya pelajari pada hari tersebut, dek kerana terlalu risau, sebenarnya anak-anak perempuan saya sudah boleh diharap dan saya sebagai ibu perlu mengajar mereka ke dapur. Mungkin disebabkan perasaan yang risau saya tidak pernah terlintas menyuruh anak-anak membantu saya terutama di dapur.
Bila difikirkan semula, saya sendiri sejak usia 8 tahun saya sudah membantu ibu di dapur, malah sudah pandai menggoreng telur. Selepas ini saya mahu buang rasa sangsi dan perlu mengajar anak-anak perempuan di usia muda cara-cara mereka berkemas rumah dan memasak. Bila anak kembar perempuan sibuk membuat kerja, adik lelaki mereka pun terikut-ikut sama suka berkemas. Bila masing-masing dalam rumah sudah tahu peranan dan tugas mereka, alhamdulillah mudah kerja saya. Sekarang ni lepas pulang ke rumah, sinki bersih, pinggan dan mangkuk semua sudah dicuci. Malah rumah juga sangat kemas. Syukur kerana anak-anak perempuan saya banyak menolong saya.
Jadi kepada golongan ibu di luar sana jangan risau untuk menyuruh anak membantu di rumah, dengan cara ini membantu mereka menguruskan kebersihan dan juga membentuk peribadi mereka yang lebih ke arah seorang yang pembersih. Di sini saya ingin kongsikan resipi Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah kami.
Nasi Tomato Mama Yatt
1 cawan beras basmathi
1 cawan air
2 helai daun pandan
4 sudu besar susu cair
1 biji tomato
4 sudu besar sos tomato
Garam
2 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Bahan Tumis
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 inci halia
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
Cara-Cara Memasak:
Mula-mua tumiskan bahan-bahan untuk menumis, masukkan tomato, sos tomato, susu cair, daun pandan dan garam. Bila sudah didih masukkan beras kacau rata. Pindahkan ke periuk nasi dan masukkan air dan biarkan hingga masak. Hidangkan.
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam (basuh, kunyitkan dan kemudian goreng)
Cili kisar
Bawang merah (kisar)
Hali (kisar)
Bawang putih (kisar)
Sos cili
Sos tomato
Cara-Cara Memasak:
1. Tumiskan cili kisar, kemudian masukkan bahan-bahan kisar tumis hingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan biarkan sebati kemudian masukkan ayam goreng.
3. Sedia untuk dihidangkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak rugi berbudi pada tanah. Lebih seronok bila tanaman mengeluarkan hasilnya malah boleh jadi hiasan landskap depan rumah pula. Macam tanam pokok kobis ni. Cantik sungguh, macam di taman bunga. Tak perlu kawasan tanah tinggi pun nak tanam kobis, 3 bulan dah boleh dapat hasilnya.
Jika mak-mak nak cuba tanam pokok kobis sendiri di rumah, boleh cuba semai biji benih kobis ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Rose Eima ini.
“Ini pengalaman saya tanam kobis. Saya tanam kobis mula 2014, pengalaman manis sebab setiap kali tanam pokoknya membuahkan hasil dan cantik dijadikan landskap depan rumah. Sampai ade bagi gelaran kak rose kobis. Biasa setiap tahun saya akan tanam sekali. Tahun ni baru semai benih.”
Semai Benih Kobis Cara Saya:
1.Masukkan tanah dalam pasu hingga separuh.
2.Kemudian letakkan benih kobis.
3.Selepas itu letak lapisan tanah nipis je atas benih kobis tu supaya waktu siram benihnya tak terkeluar.
4.Siram dah biarkan hingga benih bercambah.
Biasanya hari ke 5 dah keluar cambah benih. Baru semai saya letak banyak-banyak biji benih..tapi kalau dah besar 1 pokok 1 pasu. Inshaallah menjadi kalau betul cara penjagaannya.
Saya tanam dalam 3 bulan dah dapat hasil sebab kita berada di tanah rendah.
Info Ekstra!
Saya guna antiserangga organik dan baja tahi ayam. Kena selalu letak dalam 1 minggu sekali.
Kawasan Tanah rendah pun boleh tanam kobis.Tapi memang lebih sesuai tanam di tanah tinggi.Saya hanya stay di klang je kawasan panas, tak perlu tanah tinggi.
Saya pernah guna biji benih jenama serbajadi dan green world..dua-dua ok.
MW: Jadi bolehlah cuba tanam sendiri pokok kobis ni di rumah. Selain jimat belanja dapur tak perlu beli kobis, memang cantik untuk dijadikan landskap depan rumah juga.
Kuali atau periuk, kalau lama-lama guna memang akan muncul kerak kuali. Bahagian belakangnya tak payah cakap, hitam dan sakit mata pula bila nampak tergantung kat dapur.
Mungkin ada pelbagai cara untuk buang kerak kuali dan kembali putih. Antara pernah diguna pakai seperti menggunakan baking soda, sabun mandi dan sebagainya.
Kali ini sangat menarik, buang kerak kuali dengan menggunakan asam keping. Perkongsian daripada Puan Kalaivani Vj tentang petua untuk hilangkan kerak kuali atau peralatan dapur lain.
Penggunaan asam keping ini sesuai untuk perkakas dapur jenis keluli, perak, besi, tembaga dan sebagainya.
Caranya:
1. DIDIHKAN ASAM KEPING
Sediakan periuk besar dan boleh memuatkan perkakas untuk dicelupkan ke dalamnya nanti. Kemudian, masukkan asam keping sekitar 6-7 keping dan panaskan hingga mendidih.
Jika tiada asam keping, boleh gunakan asam jawa tapi, kesannya tidak sehebat asam keping.
2. AMBIL PERKAKAS YANG INGIN DIKILATKAN
Antara perkakas yang nak dikilatkan seperti periuk, kuali. yang ingin dikilatkan. Ambil perkakas tersebut dan celupkannya ke dalam periuk besar tadi.
3. RENDAMKAN
Rendam periuk atau bahan yang ingin dikilatkan tadi selama lebih kurang 2 minit. Kalau rajin, terbalikkan supaya semua permukaan dapat terendam dengan sempurna.
4. SENTAL
Setelah dikeluarkan dari air asam keping yang mendidih tadi, sentalkan menggunakan sabun. Boleh dengan Sabun Cap Buruh atau Axion.
5. BILAS SEPERTI BIASA
Akhir sekali, bilaskan dan keringkan seperti biasa. Hasilnya berkilat.
Mingguan Wanita : Kalau mak-mak yang belum cuba, bolehlah guna cara ini. Gerenti berkesan dan paling penting macam eli baru pula.
Sumber: Puan Kalaivani Vj
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...