
Pelbagai ragam manusia dan kadang-kadang tak terjangkau dek akal. Benarlah kata orang, manusia terkadang sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi seperti yang dilakukan oleh wanita ini.
Gara-gara tidak mahu berpindah rumah, wanita ini nekad simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu. Tidak dapat bayangkan dia lalui hari-hari tinggal bersama jasad ibunya yang tidak bernyawa.
Tidak Mahu Berpindah
Segala kebenaran akhirnya terbongkar apabila pihak polis di Tokyo, Jepun menahan seorang wanita selepas menjumpai mayat ibunya yang disembunyikan dalam sebuah peti sejuk di sebuah apartment di Tokyo.
Suspek, Yumi Yoshino, 48, berkata, dia menemui ibunya meninggal dunia dan menyembunyikan dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu kerana ‘enggan berpindah’ dari rumahnya itu.
Baca Juga Di sini:
Tak Mampu RM500 Kos Pengebumian, 3 Hari Simpan Jenazah Anak Dalam Peti Mayat
Kerana Terlalu SAYANG, Bekukan Mayat Isteri Sehingga 50 Tahun, Harap ‘Dihidupkan’ Semula
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Wanita Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Sejak 10 Tahun
Polis berkata, pihaknya tidak menemui sebarang kecederaan selain waktu dan punca kematian wanita yang disimpan dalam peti sejuk terbabit.
Mayat itu dilaporkan dijumpai oleh seorang tukang cuci selepas Yoshino dihalau keluar kerana tidak mampu lagi membayar sewa apartment.
Tambah polis, mayat itu ditemui dalam keadaan membengkok dalam peti sejuk.
Yoshino telah ditangkap di sebuah hotel di bandar China berhampiran Tokyo pada Jumaat lalu. – Agensi
MW: Selama mana pun kebenaran cuba disembunyikan namun akhirnya terbongkar jua. Jika tidak mungkin lebih lama wanita ini akan menyimpan mayat ibunya.
Sumber: Sinar Harian/ Agensi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Almarhum Sultan Perak Minta Abah Kekal Jadi Mufti Hingga Akhir Hayat”

Pemergian ulama dan Mufti Perak Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria akibat positif Covid-19 merupakan kehilangan besar dan cukup memberi kesan buat umat Islam. Apatah lagi pandangan beliau berkaitan hukum hakam dan isu mengenai agama cukup dekat di hati orang ramai. 36 tahun menyumbang bakti sebagai Mufti Perak bukan tempoh yang sekejap. Beliau menyandang jawatan ini sehingga akhir hayat rupanya atas permintaan Almarhum Sultan Perak sebelum ini.
Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria pernah beberapa kali menyuarakan hasrat menamatkan perkhidmatan sebagai Mufti Perak untuk memberi peluang kepada orang lain sebagai pengganti.
Kekal Jawatan Mufti Hingga Akhir Hayat
Bagaimanapun, hasrat itu tidak mendapat perkenan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang berkehendak agar beliau kekal sebagai Mufti Perak sehingga akhir hayat.
Perkara itu dikongsi anak keempat Allahyarham Harussani, Naelah, 47, yang memberitahu bapanya pernah menceritakan bahawa baginda tidak bersetuju dengan keputusannya untuk bersara.
“Walaupun dah pencen wajib kira-kira 20 tahun lalu, kontrak abah masih disambung beberapa kali sampaikan abah kata sudah la tu Tuanku, bagi peluang pada orang lain pula, tetapi Tuanku tak setuju.
“Almarhum Sultan Azlan mahu abah kekal sebagai Mufti, bila ditanya sampai bila, Tuanku kata sampai mati,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Melayu Sungai Rapat di sini pada Isnin.

Kekal Jawatan Mufti Hingga Akhir Hayat
Naelah berkata, mungkin kerana itu adalah permohonan Almarhum Sultan Azlan Shah, maka Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga memperkenankan untuk bapanya terus menyambung jawatan dan kekal mufti sehinggalah ke akhir hayatnya.
“Kami anak-anak ada juga berbincang dengan Timbalan Mufti kerana keadaan abah ketika itu yang sudah berapa sihat dan tidak mampu menggalas tugas.
“Tetapi mungkin itu sudah permohonan dan pesanan Tuanku Sultan (Almarhum), jadi sehingga kini memang tiada apa-apa arahan dari pihak istana,” katanya.
Menurutnya, Sultan Nazrin juga membenarkan bapanya menjalankan kerja dan tugas rasmi dari rumah saja.
“Jadi pada ketika itu, untuk surat yang penting mereka semua masih datang hantar ke rumah dan masih datang untuk bertanya pendapat abah,” katanya.
Selain itu, katanya, Sultan Nazrin sendiri mungkin sudah menganggap bapanya seperti bapa angkat dan sangat menyayangi arwah.
Sultan Nazrin Mencemar Duli Berjumpa Seminggu Sebelum Raya
“Jadi dari tahun sebelum Tuanku Sultan Nazrin berkahwin dengan Permaisuri Tuanku Zara Salim, baginda memang setiap tahun tidak pernah ketinggalan datang ke rumah pada hari raya sehingga pada kali terakhir dua tahun sebelum negara dilanda Covid-19,” katanya.
Anak bongsu Mufti Perak, Datuk Ahmad Wafi pula berkata, kali terakhir Tuanku Sultan Nazrin mencemar duli datang pada hari Jumaat seminggu sebelum raya.
“Selepas solat Jumaat, Tuanku singgah sebentar untuk berjumpa dengan abah dan mengatakan dia memang rindu hendak berjumpa dengan abah tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Tuanku apabila setiap kali berjumpa dengan abah semasa zaman sebelum Covid-19 mesti akan peluk dan cium,” katanya.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Harussani selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya petang semalam.
Harussani, 82, dilantik sebagai Mufti Perak bermula 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.
Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. Beliau pernah mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah 2008 selain Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Islam yang membawa gelaran Doktor pada 2010.
Baca Lagi Di Sini:
Kenangan Gambar Raya Terakhir, Mak Ayah & Adik Meninggal Akibat COVID-19
MW: Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Alfatihah.
Sumber: Hmetro, Sinar Harian
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
![]()
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
9 Perkara Asas Mesti Kena Buat, Kalau Nak Kek ‘Menjadi’, Sedap & Elok Kejadiannya

Beria cari resipi, menyukat, menimbang, mengadun segala macam, hasilnya tak jadi seperti apa yang dibayangkan. Kek jadi bantat, atau kurang menjadi, rasanya pula tak sedap seperti yang diharapkan. Sebenarnya, ada 9 perkara asas yang mak-mak ‘wajib’ lakukan kalau nak kek ‘menjadi’, dibakar sempurna dan sedap rasanya .
1.Resipi Kena Tepat
Ini paling penting. Kek sememangnya agak sensitif jika tidak kena dengan gabungan dan sukatannya. Jadi resipi yang anda dapat kenalah tepat. Petua paling senang untuk anda ikuti adalah melihat jenis resipinya. Jika ia menggunakan gram, maka timbanglah mengikut gram. Begitu juga dengan menggunakan sukatan cawan. Jangan cuba mencongak sendiri, bimbang sukatannya salah. Bila salah kek pasti tak menjadi.
2.Kena Ayak
Jangan malas atau cuba nak buat eksperimen sendiri dengan resipi kek. Bahan-bahan kering membuat kek haruslah diayak terlebih dahulu. Tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat hendaklah diayak bersama-sama. Ini bagi memastikan kek lebih gebu dan ringan serta lebih sekata. Malah cara ini juga mengelakkan kek rasa pahit kerana soda yang tidak sekata.
3.Ikut Aturan
Ikutlah aturan yang diberikan di dalam resipi satu persatu. Kaup dan balikkan adunan ketika bahan kering dimasukkan. Paling penting adalah mengacau adunan dengan satu arah sahaja. Malah adunan janganlah sentiasa dikacau. Ini bagi mengelakkan kek yang agak mampat dan tidak gebu. Cukuplah sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
4.Loyang Dilenser
Loyang perlulah dilenser dan disalutkan dengan mentega terlebih dahulu supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Jika suka anda boleh juga menggunakan kertas aluminium untuk memudahkan kek di tanggalkan daripada loyang.
5.Panaskan Ketuhar
Bukan sekadar suka-suka tetapi ketuhar anda haruslah dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek ke dalam ketuhar. Sebaiknya panaskan seketika dalam anggaran 15 minit sebelum memasukkan kek. Ini bagi memastikan kek yang tersedia tidak bertindak balas dan rosak dengan suhu. Jadi kena panaskan.

6.Sediakan Air Kukusan
Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya tutup kukusan dengan kain bersih. Ini bagi memastikan wap tidak akan menitis diatas kek. Anda boleh juga menutup loyang kek dengan aluminium foil.
7.Uji Kek
Untuk menguji samada kek telah masak ataupun tidak, sama seperti tip lain, gunakan lidi atau garfu untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk di bahagian tengah kek secara menyerong. Jika sudu licin dan tiada sebarang kesan, itu bermakna kek telah pun masak.
8.Jangan Buka Ketuhar
Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu ketuhar atau penutup kukusan pada tempoh 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek terbantut. Jadi, jangan sesekali membukanya.
9.Biar Kek Sejuk
Selepas kek masak, sebaiknya biarkan sejuk seketika. Jangan sesekali mengeluarkan kek daripada loyang selepas dikeluarkan daripada ketuhar. Ini penting. Beri masa kepada kek untuk sesuai dengan suhu bilik.
Info Ekstra!
* Pastikan pilih bahan yang baru, segar dan bermutu, terutamanya telur dan tepung.
* Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega.
* Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehaja.
* Tambahkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil mengacau selama 3 hingga 4 minit untuk setiap butir telur.
* Tepung harus dimasukkan secara berperingkat, sedikit demi sedikit.
* Kacau adunan dengan gerakan satu arah sahaja supaya menghasilkan kek yang ringan dan gebu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terjatuh Bilik Air. Dikejarkan Ke Hospital Melaka Enot Patah Kaki Kanan, Tempurung Lutut Retak

Terjatuh bilik air. Dikejarkan ke Hospital Melaka Enot patah kaki kanan & tempurung lutut retak. Semoga pelakon enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 44, diberikan kesembuhan.
Terbaru pelakon itu telah dikejarkan ke Hospital Melaka akibat tidak boleh berjalan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya.
Kejadian berlaku pada petang Isnin dan sahabatnya iaitu Shiera juga turut memohon doa orang ramai agar cepat sembuh.

Terjatuh Bilik Air
Seperti mana yang dipetik menerusi Mstar, enot menerangkan kaki kanannya patah selain tempurung lututnya retak. Pemeriksaan doktor juga turut mendapati tulang belakangnya turut mempunyai masalah.
Pada awalnya Enot merasakan kesan jatuh itu tidak serius tetapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula terasa sakit pada bahagian tulang belakang.
Pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai masalah dan separuh kaki kanannya disimen.
“Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang sebab saya memang ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada bahagian yang patah,” sambungnya.
Jatuh Bilik Air Perkara Biasa
Enot yang kini menetap di Melaka turut memberitahu jatuh bilik air adalah perkara biasa bagi dirinya.
“Saya dan kejadian jatuh bilik air ini dah biasa berlaku, cuma kali ini kesannya agak teruk sikit sebab terkena pada bahagian lutut.
“Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan sakit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans,” sambung Enot.
Menerusi Instagram Stories juga Enot turut berkongsi video dia menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Selepas dirawat saya sendiri minta untuk balik rumah lebih senang duduk berehat di rumah. Jika sakit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu melakukan pembedahan,” katanya.

Tanda Pengenalan Tempat Baru
“Saya sengaja pindah Melaka nak rasa persekitaran baru. Kata orang tak salah kalau kita berhijrah jika tempat lama itu dah rasa tak best.
“Walaupun tinggal di Melaka, saya masih tetap berlakon. Kalau ada tawaran tiada masalah untuk ke Kuala Lumpur bukan jatuh sangat.
“Mungkin kejadian jatuh ini sebagai tanda pengenalan di tempat baru,” katanya.

Baca Disini : ‘Nanti Cucu 20 Tahun, Aku 62..’ Lagi Dua Bulan Enot Bakal Bergelar Nenek Muda
Dulu Tanggung Bekas Suami, Kini Enot Berjuang Lawan Kanser Usus
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber : Mstar Online
Sumber Foto : Instagram Enot
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

