Bila bab mencari barang, selalunya serahnya pada isteri. Mak-mak ni selalunya barang terselit celah mana pun boleh jumpa. Siapa sangka gurauan isteri, ‘misteri’ kehilangan AirPod suami rupanya betul.
Jika suka pakai AirPod lebih-lebih lagi sebelum tidur ada baiknya lebih berhati-hati.Siapa sangka sukar bernafas dan kerap tersedak ketika minum rupanya tertelan sebiji airpod.
Sukar Bernafas & Kerap Tersedak
Seorang lelaki yang bangun tidur dalam keadaan sukar bernafas, terkejut apabila diberitahu puncanya; AirPod.Brad Gauthier, 38, sedar ada yang tidak kena apabila dia kerap tersedak ketika minum pada pagi Selasa lalu.
Walaupun berasa tidak selesa sepanjang hari, Gauthier tidak mengesyaki apa-apa dan meneruskan kerja seharian seperti biasa.
Gurauan Isteri Benar
Namun ketika dia tercari-cari salah satu AirPod miliknya, gurauan isterinya membuatkan dia semakin tidak sedap hati dan membuat keputusan ke hospital.
Ads
“Isteri membantu saya mencari AirPod berkenaan dan berjenaka, ‘mungkin awak sudah tertelannya’,” katanya seperti dipetik dalam portal Metro UK.
Jalani Pembedahan Endoskopi
X-ray yang dijalankan kemudian membuktikan kata-kata isterinya bukan sekadar gurauan.Gauthier bagaimanapun sangat beruntung kerana AirPod itu tidak berada dalam kedudukan yang menghalang laluan oksigen atau menyebabkan kerosakan organ serius.
Ads
Dia yang terpaksa menjalani pembedahan endoskopi untuk mengeluarkan AirPod berkenaan, percaya dia tertelan fon telinga itu semasa tidur.
“Saya memakai fon telinga kerana anak saya yang berusia enam bulan mudah terjaga. Entah bagaimana saya tertidur dengan fon itu.
“Tetapi bagaimana ia boleh masuk ke dalam mulut, saya sendiri tidak tahu,” katanya.
MW:Macam-macam hal. Telahan isteri selalunya benar belaka. Malah jika barang hilang atau tersembunyi selalunya, isteri memang mudah jumpa. Bagi yang selalu pakai AirPod lebih-lebih lagi semasa tidur, semoga lebih berhati-hatilah iya.
Penyanyi Azian Mazwan Sapuwan berkongsi berita sedih pemergian anak keempatnya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
“Innalillahiwainna ilaihirojiu’n.. Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yang beriman.
“Ya Allah.. kuatkan aku..”
Anak Azian Pernah Terbabit Dalam Kemalangan
Sebelum ini, difahamkan Allahyarham pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 22 November lalu. Dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan.
Ketika itu, ibunya enggan mengulas lanjut berkenaan kemalangan yang dihadapi anaknya, dan meminta orang ramai mendoakan proses rawatan anaknya berjalan lancar.
Suami Azian, Mohammad Ahrar Zulkarnain juga pernah berkongsi di facebook memaklumkan keadaan anaknya ketika itu.
Kongsinya, sejak dimasukkan ke hospital dan selepas dibius, bagi memulihkan hati dan limpanya, anaknya dalam keadaan koma.
Rakan Artis Turut Rasa Sebak..
Rakan-rakan artis turut berduka dan merasai kehilangan permata hati Azian Mazwan ini. Masing-masing mendoakan agar penyanyi Rumah Kecil Tiang Seribu ini tabah menghadapi ujian Ilahi.
Azian Mazwan juga mempunyai enam orang anak yang lain, Mohammad Ashraf, Nur Athirah Hanim, Mohammad Azrail, Mohammad Amil, Mohammad Adib dan Anastasia Ayra.
MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Azian Mazwan Sapuwan, semoga roh Mohammad Aqil Zulkarnain ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Minat setiap orang berbeza dan tak sama. Ada yang suka bercucuk tanam malah sanggup ‘berhabis’ berpuluh ribu untuk mengumpul koleksi pokok kesayangan. Apatah lagi jika ia pokok yang jenis unik, istimewa dan sukar didapati.
Pastinya rasa sedih, ralat dan terkilan rasa hati apabila pokok yang dijaga sepenuh hati, hilang dicuri begitu sahaja. Apatah lagi ia Pokok Monstera kesayangan yang bernilai hampir RM50,000 dan telah dijaga lebih 3 tahun.
3 Jenis Pokok Monstera Hilang Dicuri
Perkongsian kehilangan 3 jenis Pokok Monstera akibat dicuri di depan rumah daripada Puan Rus Majida Hassan baru-baru ini mengundang simpati daripada orang ramai. Apatah lagi nilainya besar dan jenis pokoknya unik.
Minta pertolongan semua untuk share dan war-warkan di semua group dan media social. 3 pokok kesayangan saya yang bernilai RM50,000 telah hilang dicuri petang semalam di Kuala Terengganu.
Pokok yang hilang adalah seperti yang tertera dalam gambar: 1) Monstera Albo Marble (daun putih hijau besar berlubang-lubang) 2) Monstera Aurea Marble (daun kuning hijau besar berlubang-lubang) 3) Monstera Albo Halfmoon ( daun sebelah hijau sebelah putih)
Buat Laporan Polis
Laporan polis telah dibuat dan saya amat memerlukan pertolongan sekiranya, ada sesiapa yang mengenali saudara/jiran/rakan yang tiba-tiba ada menanam pokok ini di rumah atau terjumpa posting di mana-mana platform untuk menjual pokok sebegini, sila segera maklumkan kepada saya.
Saya amat mengenali pokok saya berikutan corak khas dan saiz pokok tersebut tidak dimiliki oleh orang lain. Pokok ini tiada dijual di nurseri biasa dan saiz pokok yang dicuri sangat sukar didapati.
Tolong bantu saya untuk dapatkan semula pokok-pokok ini dan agar saya dapat membawa si pencuri ke muka pengadilan.
3 Tahun Bela Pokok
Ralat sungguh ralat kerana pokok-pokok ini saya dah bela selama hampir 3 tahun dan mencapai saiz yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini membuatkan pokok-pokok ini mudah untuk dicam sekiranya dijumpai.
Terima kasih kepada semua yang sejak petang semalam sehingga ke saat ini bertubi-tubi membantu saya untuk menjejak pokok-pokok ini dan memberikan kata-kata semangat buat saya. Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku.
Sekiranya ada yang dah terbeli pokok ni, saya takkan minta semula pokok ni. Saya cuma nak dapatkan detail si penjual (nama, no telefon, no acc bank, lokasi) supaya dapat membantu siasatan polis. Harap dapat berlaku jujur dengan saya.
Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya seperti sedia kala atau saya tidak akan memaafkan anda dunia akhirat dan berdoa agar anda menerima balasan yang setimpal dunia akhirat. Saya juga doakan pokok tersebut tidak akan hidup subur di tangan anda, sungguh saya tidak redha dengan perbuatan anda yang menceroboh kawasan rumah dan mencuri pokok-pokok kesayangan saya. Bertaubatlah!
Mingguan Wanita :Terkilan dan sedihnya rasa hati, pokok yang dijaga sepenuh hati hilang dicuri. Semoga pokok monstera yang hilang tersebut dapat dijumpai dan pencuri dapat dibawa ke muka pengadilan.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Menjadi impian mak ayah agar anak-anak berjaya dalam pelajaran, memasuki universiti dan menyambung peringkat tertinggi. Nmun siapa sangka, anak-anak boleh masuk universiti dengan lebih cepat, seawal usia 13 tahun meskipun hanya belajar di rumah.
Sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat yang tidak menghantar kesemua 10 anak mereka ke sekolah formal berjaya menjadikan mereka bergelar pelajar universiti ketika berusia 13 tahun, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Pakar Pembelajaran Di Rumah
Kit Harding dan isterinya, Monalisa, bahkan turut mencipta nama sebagai pakar pembelajaran di rumah selepas anak-anak mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat sekolah dan universiti sebelum berusia 18 tahun.
Anak sulung pasangan itu, Hannah, 34, menjadi pakar matematik selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Auburn, Montgomery ketika berusia 17 tahun.
Kit dan Monalisa turut membesarkan ‘peguam termuda’, iaitu anak keenam mereka, Seth, 20, yang menerima kelayakan menerusi peperiksaan universiti dan profesional pada usia 19 tahun.
Anak Bukan Genius
Menurut Monalisa, anak-anaknya bukanlah genius, namun menegaskan bahawa kejayaan itu dicapai daripada keberkesanan pembelajaran dari rumah serta usaha keras mereka sendiri.
“Asas pembelajaran di rumah adalah amat berkesan dan sesiapa sahaja boleh melakukannya.
“Apabila anda membesarkan anak-anak dalam persekitaran di mana persekolahan di rumah dan kerja keras adalah normal, apabila mereka membesar, mereka secara semula jadi akan menyesuaikan diri dengan perkara itu,” katanya.
Pasangan itu turut mengembara ke beberapa buah negara untuk berkongsi pengalaman mereka dengan ibu bapa lain.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...