Anak 12 Tahun Dan 6 Bulan Meninggal Serentak, Ibu Masih Trauma Demam Bengkak Susu

Di sebalik tragedi kemalangan membabitkan seorang jururawat desa, Hajarul Aswad Mat Kar, 34 yang menaiki kenderaan Perodua Kancil dengan dua orang anak Nur Alya Nisrina, 12 tahun dan Muhammad Azam Tamim, 6 bulan ada cerita yang menyayat hati.

Biarpun ibu itu kini dilaporkan dalam keadaan semakin stabil. Kepedihan kehilangan dua permata hati serentak akibat pertembungan dengan sebuah pacuan empat roda tidak dapat menyembuhkan luka di dada.

Jalani Pembedahan Buang Darah Beku

MW cuba menghubungi suami mangsa, Azamin Setapa, 39 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kemalangan yang berlaku di Kilometer 57, Jalan Kota Bharu Gua Musang, di hadapan masjid Keroh, Kelantan yang berlaku pada 24 Oktober lalu.

Namun, ketika ini Azamin masih masih dalam kehibaan dan tidak mampu berkongsi apa-apa yang berkaitan kemalangan, memandangkan dia sendiri masih sukar mengawal emosinya.

Bapa saudaranya, Mohd Syukri Said, 57 tampil membantu kami, mewakili Azamin untuk menceritakan apa yang berlaku.

Ketika ini, Hajarul telah menunjukkan kesan positif apabila mula menggerakkan kaki dan tangan sejak 31 Oktober lalu.

Sebelum itu dia telah menjalani pembedahan untuk membuang darah beku pada 28hb Oktober. Kemudiannya pada 30hb Oktober, sekali lagi Hajarul menjalani pembedahan untuk pemasangan besi pada rahang bahagian atas mulutnya kerana terdapat kecederaan.

Manakala pada 31hb Oktober lalu, Hajarul menjalani dialisis bagi mencuci buah pinggang yang turut mengalami kecederaan. Ekoran daripada perkembangan yang positif, Hajarul telah dipindahkan daripada ICU (Unit Rawatan Rapi) Trauma ke wad ICU biasa.

Tiub yang dipasang di kepala untuk mengeluarkan darah beku juga telah dicabut pada 2hb November lalu.

IKLAN

Dia juga telah membuka mata biar pun tidak sedar sepenuhnya. Nampaknya keadaan Hajarul makin positif. Cuma baru-baru ini, dia demam disebabkan bengkak susu.”

Tentulah kehilangan ini amat memberi kesan pada suami isteri ini. Puas pasangan ini berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Sebenarnya, anak sulung pasangan ini, anak lelaki meninggal dunia selepas dilahirkan.

Kemudian, lahirlah anak kedua iaitu arwah Nur Alya Nisrini. Dan mereka menanti dekat 12 tahun untuk dapatkan arwah Azam Tamim pula.

Sungguh besar ujian Allah buat Azamin sekeluarga. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

Minta Azamin Redha Dan Ikhlas

Menurut sumber terdekat, pada hari kejadian, Hajarul keluar bersama dua orang anak untuk membeli barang keperluan. Sambil membeli barang, barangkali hendak bawa anak-anak meronda.

IKLAN

Siapa sangka, berlaku kemalangan. Iyalah, benda nak jadi,” cerita Mohd Syukri sedih.

Mohd Syukri, bapa saudara yang rapat dengan Azamin. Sejak hari pertama kejadian Azamin banyak berkongsi perasaan dengannya.

Tatkala berada di atas ambulans ketika membawa Hajarul dan anak-anak ke hospital, Azamin menghubungi bapa saudaranya itu.

Dia seperti hilang arah ketika itu dan memerlukan sokongan terutamanya daripada bapa saudaranya yang telah dianggap seperti bapanya sendiri.

Sebagai orang terdekat, dia banyak memberi sokongan pada Azamin dan meminta anak saudaranya itu redha dan ikhlas dengan segala yang berlaku.

IKLAN

Pihak hospital juga banyak membantu Azamin dengan memberi kaunseling untuk membantunya mengawal emosi seterusnya positif untuk meneruskan hidup demi isteri tercinta.

Ketika ini Hajarul masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kelantan.

Sebelum itu, Hajarul dirawat di Hospital Kuala Krai, dan dipindahkan ke HUSM pada 28 Oktober untuk rawatan dan pembedahan susulan.

Jalan Itu Kawasan ‘Panas’

Jarak Lokasi Kejadian dengan tempat tinggal mereka cuma 500 meter. Kata Mohd Syukri, jalan itu memang kawasan ‘panas’ kerana sering berlaku kemalangan.

Menurut penduduk setempat, lebih sepuluh kemalangan dah berlaku di situ sepanjang tahun ini. Laluan itu merupakan jalan besar atau jalan utama untuk pengguna yang berulang alik dari Kuala Krai ke Kota Bahru.

Foto : Koleksi Azamin Setapa

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI