Pengacara dan pelakon sensasi Awal Ashaari berasa sangat bersyukur apabila bapanya Haji Ashaari telah lengkap menerima dos lengkap vaksin Covid-19.
Perkongsian menerusi entri di akaun Instagramnya semalam, Awal juga menyatakan bapanya tidak mengalami sebarang kesan dari dos pertama suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19.
Bapa Awal Ashaari Terima Dos Lengkap Vaksin
Malah bapanya yang akan meginjak usia 82 tahun bulan hadapan berasa gembira dengan hadiah yang diberikan oleh pihak kerajaan Malaysia.
“Untunglaaa ada orang tu dah complete vaksin dia.. nak pi mana tu? pi Mekah ke pi Europe? hahah
“Thanks @kkm and @officialmosti ! Alhamdulillah.
“Abah Kuat Tak Ada Kesan & Komplikasi”
“So far Abah kata dia rasa “Kuat” lepas 1st vaksin Pfizer haritu.. no side effect, no complications..
“Alhamdulillah.. He is turning 82 next month! ni kira hadiah harijadi yang paling best untuk Abah dari Kerajaan Malaysia.
Ads
“So buat yang ragu2 nak kasi parents diorang ambik Vaksin tu, Awal cadangkan cuba consult Doctor atau yang pakar, jangan baca whatsapp group atau tengok video video yang orang dok forward kat group tu semua. ntah betul ke tak pun kita tak tau.
“Ada Kawan Hilang Mak Bapak Sebab Covid”
“Saya ada kawan yang hilang mak bapak sebab Covid, sebab belum vaksin. So, either way pun ada risikonya..
“Doakan Hj Ashaari ok je lepas 2nd dose dia hari ni.. Inshallah,” luah Awal.
Rakan Artis& Peminat Doakan Yang Terbaik
Ads
Mingguan Wanita : Sama-samalah kita semua duduk rumah ya. Kita jaga kita dan doalah supaya Virus Covid-19 ini akan lenyap segera!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Setelah disahkan ada tanda Covid-19, apa yang perlu anda lakukan? Sebaiknya dengarlah arahan doktor demi keselamatan bersama kerana Covid-19 adalah pendemik. Ia mampu menjangkiti sesiapa sahaja.
Baru-baru ini, seorang lelaki yang ada tanda Covid-19 lari dan bermalam di sebuah dobi sebelum menyerah diri. Oleh itu, polis menasihati agar sesiapa sahaja yang ada tanda Covid-19 agar sentiasa mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jangan bertindak sesuka hati.
Lelaki Ada Tanda Covid Bermalam Di Sebuah Dobi
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang ada tanda COVID-19 dan menghilangkan diri ketika ditahan di Klinik Kesihatan Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam, semalam kembali semula ke klinik berkenaan pagi tadi.
Hasil pemeriksaan, lelaki berusia 54 tahun terbabit didapati tidur di sebuah kedai dobi di Seksyen 18, Shah Alam, bersama isterinya sebelum kembali semula ke klinik sekitar jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata lelaki berasal dari Bagan Serai, Perak itu juga sebelum ini turut dilaporkan menyertai himpunan tabligh di sebuah masjid di Sri Petaling, di sini, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Lelaki itu datang ke klinik berkenaan bersama isterinya namun mereka dilaporkan tiada di kawasan klinik selepas dimaklumkan lelaki itu perlu ditahan kerana mempunyai tanda COVID-19.
Laporan Polis
“Susulan itu, doktor di klinik kesihatan berkenaan kemudian membuat laporan polis selepas usaha menghubunginya tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
“Dengan ini, Polis Daerah Shah Alam, menasihatkan semua pihak untuk mendengar arahan pihak Kementerian Kesihatan dan tidak bertindak sesuka hati kerana boleh menyebabkan penyakit berkenaan berjangkit, …tolong beri kerjasama,” katanya.
Bukan Kes Pertama
Ini bukanlah kali pertama kes individu disyaki positif COVID-19 menghilangkan diri. Sebelum ini satu laporan polis turut dibuat Hospital Shah Alam, di mana satu keluarga yang baru pulang dari Korea Selatan, turut menghilangkan diri semasa pemeriksaan dilakukan, hujung bulan lalu.
Bagaimanapun, keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, kemudian dapat dikesan sebelum pihak hospital membawa mereka ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans.
Sumber: Berita Harian
MW: Sebagaimana anda berasa risau ada petanda Covid-19 dan terus ke hospital. Sebaiknya setelah disahkan, anda perlu mendengar arahan daripada pihak doktor dan hospital demi kesejahteraan bersama. Jangan pentingkan diri hingga mengabaikan kesihatan orang lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Syahdu suami pergi selepas tiga hari isteri tamat pantang. Beratnya ujian wanita yang dikenali dengan panggilan Jue Azur ini.
Kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung harap, sementelah perkahwinan baru saja setahun jagung pasti saja cukup menguji.
Lebih menyedihkan sang suami pergi di saat pasangan ini bahagia menerima cahaya mata pada Februari lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kenyataan yang memilukan ini.
Menunggu Kepulangan Yang Tak Pernah Pulang
Perkongsian Jue Azur di akaun Tiktok meraih pelbagai reaksi netizen. Ramai yang mendoakan wanita ini terus kuat berdepan dengan takdir ini.
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp#fypシ♬ suara asli – musicstory._
Malahan tak kurang juga yang turut sama berkongsi kisah yang sama yakni kehilangan suami di saat mengandung dan baru mendirikan rumah tangga.
Ternyata kesakitan dan kesedihan yang dialami ini turut dikongsi oleh wanita-wanita yang senasib dengannya. Rata-rata antara mereka mendoakan agara Jue Azura terus kuat dan menyatakan dia tidak keseorangan.
Selepas Tiga Hari Isteri Pantang
Punca pemergian suami Jue Azur bagaimanapun tidak dijelaskan namun terdapat beberapa komen daripada sahabat dan juga saudara arwah yang menyatakan dia pergi kerana terkena buatan orang.
Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat dipastikan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan dalam masa yang sama Jue Azur terus kuat menghadapi ujian ini.
Kalau sudah jodoh tak ke mana. Biarpun beza jarak usia, kalau sudah dinamakan jodoh akhirnya menikah juga.
Seorang nenek di Jakarta sanggup tolak lima pinangan lelaki lain dan nenek ini pilih untuk menikah dengan suami berusia 47 tahun lebih muda.
Sanggup Tolak Lima Pinangan Lelaki
Jakarta: Perbezaan usia 47 tahun tidak menghalang seorang nenek dan seorang pemuda disatukan di Kampung Slahung, wilayah Ponorogo di Jawa Timur, semalam.
Malah, Yainem, 76, sanggup menolak lima pinangan lelaki lain dan memilih suaminya, Jamhar Ali Nursahid yang berusia 29 tahun.
Tribunnews melaporkan, walaupun usia Yainem sebaya dengan ibu bapa Jamhar, namun itu tidak menjadi hal untuk menyatukan cinta mereka.
Nenek Bahagia Pilih Menikah Suami 47 Tahun Lebih Muda
Perkahwinan mereka berlangsung di kediaman Yainem dan kelihatan wanita itu bahagia menceritakan pertemuan mereka.
Akui wanita itu, dia bertemu dengan suaminya di Pasar Slahung dan sebulan kemudian kedua-dua mengaku tertarik dengan diri masing-masing.
“Tetapi saya ada tanya dia disebabkan dia masih muda,” katanya.
Yainem berkata, bagaimanapun Jamhar mengatakan perbezaan usia yang jauh tidak menjadi masalah untuk mereka disatukan.
Kedua-duanya kemudian memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka ke jinjang pelamin.
Sementara itu, Jamhar mengakui dia ikhlas mencintai Yainem dan isterinya itu mampu memberi ketenangan buat dirinya.
“Saya tidak peduli kritikan dan sindiran orang mengenai rumah tangga kami, kerana saya yakin dan sangat yakin dengan Yainem, “ katanya.
Lima Kali Tolak Lamaran Lelaki Lain
Sebelum dilamar Jambar, Yainem sudah beberapa kali menolak lamaran lima lelaki lain.
Ketua Pejabat Urusan Agama Slahung, Tajul Mujahidin berkata, Yainem menolak beberapa kali lamaran lelaki lain berikutan mereka sebaya dengan usia wanita itu.
Yainem yang tinggal bersendirian selepas suaminya meninggal dunia tidak mempunyai anak.
MW: Jodoh tak mengenal usia, walaupun jauh beza usia tetapi ianya tak menghalang pasangan ini untuk mencintai satu sama lain. Semoga nenek ini dan pasangannya bahagia hingga ke akhir nyawa. Insyallah.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.