Tegur jika buat kesilapan, Azhar Sulaiman berterima kasih pada isteri didik anak-anak. Bukan mudah bergelar ibu bapa, besar tanggung jawab yang harus dipikul.
Begitu jugalah dengan pelakon lelaki senior Azhar Sulaiman dalam membesarkan anak-anak. Namun Azhar sangat berterima kasih kepada isteri, Chempaka Emalin Pahamin kerana begitu bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak mereka menjadi insan berguna.
Tegur Jika Buat Kesilapan, Azhar Sulaiman Berterima Kasih Pada Isteri
Akui anak-anaknya kini sudah semakin dewasa, namun Azhar tetap menegur jika mereka lakukan kesilapan. Seperti yang diketahui ramai, anak daranya, Kasih Leona Iris, 20, sering mendapat perhatian netizen kerana berkongsi di media sosial termasuk berpakaian mencolok mata.
“Anak saya bukan kecil lagi. Sebagai ibu bapa, tentunya saya akan menegur.
“Namun, sukar sebenarnya jika Kasih Leona buat lagi walaupun sudah ditegur.
“Saya hanya berharap Kasih Leona dapat berfikir panjang dan lebih jauh. Setiap apa dilakukan beri impak terhadap keseluruhan.
“Bukan hanya Kasih Leona, tetapi saya, ibunya dan seisi keluarga,” kongsi Azhar seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Ads
Harap Anak Berubah
Azhar juga menerangkan tindakan meroran tidak sesuai untuk dipraktikkan sebagai memberi pengajaran kepada anak-anak.
“Nak rotan pun, mereka sudah besar. Saya hanya mampu berharap agar Kasih Leona berubah.
“Saya tak nampak anak-anak mahu mengikut jejak langkah saya menyertai industri seni. Kasih Leona bakal menjadi seorang peguam, namun, apa yang dilakukan hanya suka-suka dan proses membesar.
“Orang lain buat TikTok, Kasih Leona pun nak juga ikut ‘trending’ semasa. Anak saya sama seperti orang lain,” kongsinya lagi.
Sokong Dari Segi Kewangan
Sambungnya lagi, anak-nak kini sedang sibuk menyambung pelajaran.
Ads
“Kembar Kasih, Andika Rees Pahamin sudah bekerja, manakala Kasih Leona pula sambung belajar dalam bidang perundangan.
“Kakak mereka, Kasih Leia Ixora sudah habis belajar dan mahu menjadi ahli politik. Jadi, anak-anak memang ikut jejak langkah saya.
“Apapun, saya berterima kasih kepada isteri, Chempaka Emalin Pahamin kerana meletakkan usaha jitu bagi mendidik anak-anak jadi insan berguna.
“Saya hanya sokong dari segi kewangan,” akhirinya.
Hanya kerana kali kedua melahirkan anak perempuan seorang wanita mengalami kecederaan teruk apabila disimbah asid ke wajahnya ketika tidur oleh suami yang terdesak mahukan zuriat lelaki.
Jantina anak tak kiralah lelaki atau perempuan, bukannya boleh ditentukan sendiri. Semuanya atas kurniaan tuhan.Bersyukurlah memiliki anak, dikala masih ramai lagi pasangan suami isteri yang menantikan kelahiran cahaya mata sebagai penyeri didalam rumahtangga.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di New Delhi, India ini Farah Biwi, 25, mengalami lecuran teruk pada wajah, tangan dan perut akibat serangan suaminya Siraj Biwi, 32, yang melarikan diri selepas kejadian 7 Mac lalu itu yang secara ironinya, juga merupakan Hari Wanita Sedunia.
Insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati Siraj apabila Farah gagal melahirkan anak lelaki untuknya. Farah yang mengalami luka terbakar pada muka, tangan serta perut berkata dia sering didera suami sejak melahirkan anak pertama yang juga perempuan.Pasangan ini telah berkahwin selama lapan tahun.
Keluarga Mertua Tuntut Bayaran ‘Dowry’
Farah yang masih menerima rawatan berkata, suaminya menyerangnya kerana dia gagal melahirkan anak perempuan selain masih belum membayar sepenuhnya wang hantaran perkahwinannya.Keluarga mertua wanita malang itu turut juga menuntut bayaran ‘dowry’ dengan memaksa Farah meminta wang daripada ibu bapanya.
“Suami dan mentua bencikan saya seolah-olah sengaja cuma mahu melahirkan anak perempuan. Sejak setahun lalu keadaan lebih teruk dan saya sering didera.
“Suami juga kerap memaksa saya meminta wang daripada keluarga dan memukul saya jika enggan. Selepas melahirkan anak perempuan, saya didera jauh lebih teruk. Saya cuba bertahan dan bersabar selama ini kerana kerana memikirkan nasib anak-anak. Jika berpisah dengan suami, siapa akan menjaga kami bertiga?
“Namun sekarang tidak lagi. Saya tidak pernah menyangka dia sanggup menyimbah asid pada wajah saya. Saya tidak akan memaafkannya sampai bila-bila,” kata Farah.
Lelaki itu kini diburu polis kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan mencurah asid, lapor media tempatan.
Lazimnya setiap kali tibanya musim raya, kita akan bagi duit raya yang diisi dalam sampul sebagai satu sedekah dan tradisi turun temurun. Namun dilema yang selalu dihadapi bila duit raya dah ada, sampulnya pula yang tiada. Kalau nak beli sampul-sampul ni, boleh tahan juga harganya. Dapat percuma pula tak berapa berkenan pula dengan coraknya.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sampul duit raya sendiri je. Boleh pilih corak yang mana suka, lebih puas hati dan betul-betul jimat! Mana tak nya, dengan kos RM5 boleh dapat 120 keping sampul duit raya.Memang berbaloi-baloi.
Yang paling penting, ia unik dan tersendiri, lain daripada yang lain.Tak susah mana pun, ikut je langkah-langkah yang dikongsikan oleh Maznabilah Mahamed dibawah ini
Bahan-Bahan:
(12 Keping Sampul Duit)
1 gulung Kertas pembalut hadiah
Pisau
Gam
Cara Membuat:
1.Lipatkan kertas pembalut hadiah kepada 4 bahagian macam dalam gambar.
2.Kemudian potong dengan menggunakan pisau bahagian tersebut.
3.Setelah itu,lipat kepada 3 bahagian sama rata dan potong dengan pisau. Jadi 3 keping macam dalam gambar 3 x 4=12, jadi dapat 12 keping sampul raya untuk 1 gulung pembalut hadiah.Ngam-Ngam je tak membazir.
4.Lipatkan pula bahagian kanan dan bawah. Lipat kecil je macam dalam gambar. Kemudian,lipat macam gambar sebelah tu.
5.Potong sikit bahagian atas, lipat dan kemaskan ia untuk dijadikan penutup.
6.Kemudian, gam. Jangan letak gam banyak sangat nanti tak cantik.
Siap!
Tip Ekstra!
1.*Beli pembalut hadiah secara borong lebih murah berbanding beli satu-satu. 10 gulung anggaran harga dalam RM4-RM7.
2.Nak lagi cantik letak dolly paper. Ni kertas lain. Memang beli banyak corak. Dolly paper ni RM3 je 100 keping. Kat Mydin pun ada.
Selamat Mencuba!
Sementara tu kalau nak rasa #BetulBetulRaya, datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 ini di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula jam 2.00pm – 2.00am. Ada pelbagai aktiviti #BetulBetulBest dan jualan barangan raya yang #BetulBetulViral daripada 50++ jenama online terkenal tau!
Memetik laporan daripada The Malaysian Insight, Kerajaan Arab Saudi melarang jemaah haji dan umrah bergambar termasuk mengambil ‘selfie’ atau swafoto di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi demi memelihara kesucian dua masjid suci di Mekah dan Madinah itu dan menghormati jemaah lain yang beribadat.
Larangan itu dikeluarkan dalam pekeliling Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan diedarkan kepada semua negara melalui nota diplomatik pada bertarikh 12 November 2017.
“Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan larangan pengambilan gambar di dalam dua masjid suci dan serambinya dengan menggunakan (apa juga jenis kamera),” kata kenyataan itu, yang dilihat oleh The Malaysian Insight.
Kamera Dirampas
Jemaah yang melanggar larangan itu berdepan tindakan dirampas kamera mereka, jika perlu, tambah kenyataan itu.
Surat edaran yang dilihat oleh The Malaysian Insight adalah terjemahan ke dalam bahasa Indonesia dan dikeluarkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Muhammad Saleh Benten. Larangan yang sama juga dilaporkan oleh beberapa media di Indonesia hari ini.Pekeliling itu dikeluarkan bagi membolehkan pengendali haji dan umrah di seluruh dunia memaklumkan larangan tersebut kepada jemaah masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir yang dihubungi The Malaysian Insight memberitahu beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenai larangan tersebut.
“Saya perlu periksa semula dengan pegawai saya,” katanya.
Bagaimanapun Jamil bersetuju dengan arahan itu bagi menjaga keselesaan jemaah lain yang beribadat selain soal keselamatan tanah suci.
“Memang ambil gambar dalam masjid beri gangguan orang nak beribadat sebab ketika ada yang sedang tawaf, ada pula yang sedang selfie.ni bukan soal keselamatan sahaja, tetapi masalah mengganggu jemaah lain hendak solat,” katanya.
Sementara itu, agensi pengendali haji dan umrah di Malaysia yang dihubungi juga memberitahu belum ada sebarang maklumat mengenai larangan tersebut.
“Saya tidak ada maklumat. Sekiranya betul kita kena patuh semua arahan yang diberi kerana kita hendak menunaikan ibadat di sana jadi kena ikut peraturan ditetapkan,” kata Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, Md Daud Che Ngah.
“Sekiranya dapat arahan daripada kerajaan, kita akan ikut dan terangkan pada jemaah.”
Arab Saudi mengeluarkan larangan bergambar dalam dua masjid suci itu selepas ada jemaah yang menaikkan bendera negara mereka dan bergambar di koridor Masjidil Haram di Mekah, dengan alasan untuk kenang-kenangan dan tidak tahu ada larangan daripada berbuat demikian.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...