Rupanya nak buat tapai pulut yang sedap, manis berair elok menjadi kena jemur dulu ragi. Tapai Pulut salah satu manisan tradisonal yang menjadi kegemaran ramai. Selalu disediakan ketika Hari Raya, jamuan kenduri kendara dan sebagainya. Namun tak semua orang pandai buat tapai ni kalau salah caranya memang tak menjadi. Apatah lagi bila cuba buat pertama kali.
Buat mak-mak penggemar Tapai Pulut dan nak cuba buat sendiri di rumah boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Lind Razak ini. Barulah tapainya menjadi, manis leting dan berair.
TAPAI PULUT MANIS
Memang nikmat bila dimakan sejuk-sejuk.
Bahan-Bahan:
1kg beras pulut
1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
Bekas dadih/daun getah/daun pisang. (saya guna bekas dadih)
Cara Membuat:
1.Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2 jam.
2.Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.
Ads
3.Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik.. (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
4.Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap.
5.Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk)
6.Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut)
8.Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
9.Susunkan ke dalam bekas sesuai. (saya letak dalam tong toyogo)
10.Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari.Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.
11.Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ni sedap makan sejuk sejuk.
Mingguan Wanita: Buat mak-mak yang suka makan tapai pulut dan nak belajar buat sendiri buat cuba resipi serta tip yang dikongsikan ini. Pastikan jemur dulu ragi, barulah tapai sedap manis berair elok menjadi.
Memang payah nak jumpa apam balik yang betul-betul ikut cita rasa tekak sendiri. Selalunya yang dijual, tepungnya terlalu tebal dan isi jagung, kacang dan gulanya sikit sangat.Buat mak-mak yang suka makan apam balik, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Letak jagung penuh meleleh, kacang tabur ikut citarasa sendiri, puas hati makan.
Boleh cuba perkongsian resipi Apam Balik oleh Puan Raihan Mahat ini;
“2 hari layan apam balik.Bila buat sendiri nak letak jagung sampai meleleh pun boleh.Nak tebal ke nak nipis ke pun bolehhhhh.Kalau yang nak buat esok lusa, ni saya edit letak resepi sekali ok.”
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan Tabur:
Kacang tanah (Saya beli yang dah siap kat pasaraya. Aritu beli sebab buat kuih makmur dengan cheese tart magnum tu)
Jagung manis dalam tin (beli kat eco murah uols RM2.10)
Gula
Marjerin
Cara Membuat:
1.Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
2.Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
3.Sapu margerin dipermukaan non stick pan. Buat ade-ada je sapu tu. Tak yah banyak-banyak. Tuangkan dalam 2 senduk dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita. Aggitew.
4.Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula. Pastu kacang then jagung. Masa dah angkat sapu lak majerin.
5.Masa nak potong tu lalukan pisau kat air. Ok siap. 1 adunan resepi ni ley dapat dalam 4 keping.
Makesure sape dah tengok resepi ni, buat iya esok. Hahahaa. Pastu letak gambar kat komen kat bawah.
(Kalau nak letak pulut itam pon boleh, nak letak jagung saje pun boleh. Kita yang buat dia khennnn).
MW: Senang je rupanya mak-mak nak buat apam balik sendiri di rumah. Tak perlu beli kat pasar malam dah. Yang bestnya, kita boleh tentukan sendiri nak tebal atau nipis, letak inti atau bahan tabur banyak-banyak pun boleh.. ikut citarasa sendiri.
Sedapnya telur masin bila dinikmati dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mudah je sebenarnya mak-mak nak buat sendiri telur masin di rumah. Sedia maklum, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Berikut perkongsian daripada Raja Amanina sebagai panduan;
“Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih (Orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)”.
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.
Serbuk kunyit antara salah satu bahan masakan yang penting di dapur.Jika selama ini mak-mak hanya beli je serbuk kunyit, apa kata kali ni cuba buat sendiri.Pasti lebih menjimatkan, tanpa pewarna tambahan dan terjamin kebersihannya.
Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Sumaiyah Abdullah, cara hasilkan sendiri serbuk kunyit semulajadi di rumah yang boleh dijadikan panduan;
“Sharing last sebelum hari raya, saya nak share macam mana nak buat homemade serbuk kunyit dekat rumah.”
Kunyit yang terbaik untuk dituai adalah kunyit yang berusia 7-10 bulan. Kalau nak tahu kunyit dah betul-betul matang, batang dan daun kunyit start mengering. Kunyit yang telah dituai harus diproses dalam tempoh 2-3 hari.
2. Kemudian cuci bersih kunyit tadi. Saya guna berus gigi je. Buang akar sekali tau.
3. Dah cuci bersih, keringkan dan biarkan selama 1 hari. Boleh skip kalau nak cepat.
4. Kunyit tidak boleh dikeringkan begitu saja. Kunyit perlu direbus atau dikukus terlebih dahulu.
Tujuannya adalah untuk;
1. Melembutkan kunyit supaya proses pengeringan menjadi lebih cepat.
2. Menghilang kan bau tanah.
3. Mencantik kan warna.
4. Membunuh kuman atau bakteria bahaya dalam tanah yang melekat pada kunyit.
Tempoh merebus atau kukus paling ideal adalah selama 30-45 minit.
5. Ini rupa kunyit setelah dikukus. Jangan terlebih rebus atau kukus pulak. Warna kunyit boleh berubah.
6. Kemudian kunyit tadi dihiris nipis-nipis. Siap untuk dikeringkan.
Tips menjemur;
1. Elakkan direct cahaya matahari. Seeloknya bawah pokok atau bawah bumbung rumah.
2. Keringkan lebih kurang 7-10 hari. Bergantung kepada cuaca. Kalau cuaca panas terik, lagi cepat kering.
7. Inilah hasilnya selepas 5 hari dikeringkan.
8. Kemudian masukkan kunyit tadi ke dalam pengisar kering. Ulang mengisar beberapa kali sehingga tekstur serbuk kunyit betul-betul halus.
9. Inilah hasilnya. Cantik gitu. Hahaha, masuk angkut bakul sendiri.
10. Cari botol cantik-cantik, kemudian refill. Done, sedia untuk memasak. Selamat mencuba.
Mudah je kan, jadi selepas ni mak-mak bolehlah buat serbuk kunyit sendiri, tak perlu beli lagi dah malah terjamin kebersihannya.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...