Setengah isteri segan dan malu bila mengaku suri rumah. Kenapa perlu malu nak cakap kerja hanya suri rumah. Itulah kerja sebaik-baiknya untuk keluarga.
Namun, ada juga orang berpandangan, belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya hanya duduk di rumah, uruskan keluarga. Rugi sahaja mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi.
Jangan beranggapan kerja suri rumah ini dipandang rendah dan tidak memberi apa-apa faedah atau keuntungan kepada keluarga. Ketahuilah, kerja seorang suri rumah lebih penat berbanding isteri yang ada pekerjaan tetap.
Sekurang-kurangnya bila isteri berada di tempat kerja, dia boleh melupakan seketika kerja-kerja rumah dan ada masa untuk keluar makan bersama kawan. Sedangkan suri rumah, 100 peratus kerjanya hanya di rumah, tak ada ruang dan masa untuk berehat sebab memikirkan kerja yang banyak perlu diuruskan.
Hanya suri rumah sahaja yang memahami. Walau bagaimanapun, suri rumah sekarang semakin bijak dan mampu juga menjana pendapatan sendiri. Seperti apa yang dikongsikan oleh Sariah Suhailah ini.
Kawan saya cakap, sekarang ni baru dia yakin nak cakap ‘Saya suri rumah.’ Selepas dah berniaga, dah ada duit sendiri, baru yakin nak sebut ‘suri rumah’.
Ads
Kenapa?
Kerana ada segelintir masyarakat kita yang pandang rendah pada suri rumah.
Baru je habis belajar, makcik bawang mula la jalankan tugas. Bila nak kerja? Nak kerja apa? Kerja kat mana?
Jadi, tanggapan kita ialah orang yang bertanya itu nak tahu kita ada duit atau tak. Kerja, ada duit. Tak kerja, tak ada duit. Walhal, ada yang hanya sekadar berbasa basi.
Yang ada duit ni, dipandang bagus. Padahal, ramai yang cukup bulan pun sesak nafas dek kerana habis membayar. Lepas la nak bayar kutu setahun buat beli pulut dakap. Huh!
Ads
Tapi, kita tak boleh nak tutup mulut orang. Yang boleh ialah, kita besarkan jiwa kita, ubah persepsi kita terhadap diri kita sendiri sebagai surirumah.
1. Suri Rumah Kerja Mulia Sebaik-baik perkhidmatan ialah berkhidmat untuk keluarga kita. Yang menilai kita bukan manusia. Allah saja dengan kita. Maka, kenapa kita rasa malu bila berkerja di rumah dengan hanya disaksikan Allah? Pasti, Allah tak pandang kosong. Dia akan pandang dengan penuh rahmat, penuh kasih sayang sebagaimana kita berkhidmat untuk suami dan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
2. Allah Nak Jaga Kita Dari Pandangan Manusia Bila bekerja, kita terdedah kepada mata-mata orang, lelaki dan perempuan. Tak semua kita sempurna menutup aurat dan tak semua kita boleh jaga kata-kata. Malah, tak semua kita boleh jaga hati kita.
Bila kita kurang bertemu orang, maka Allah sedang menjaga kita. Menjaga aurat kita, menjaga mata, lidah, telinga kita dan paling penting menjaga hati kita. Jadi, apa sebab kita nak malu dengan ‘title’ surirumah? Sedangkan Allah sedang melindungi kita.
3. Bagi Yang Bertanya Tentang Kerja Kita, Jawablah Dengan PenuhKesyukuran Di Hati
Ads
“Alhamdulillah, saya tak kerja. Saya suri rumah. Sepenuh masa.” Jawablah dengan senyuman kesyukuran, puas atas khidmat kita untuk insan yang kita sayang.
Tinggikan kesyukuran kita, maka akan tenggelam segala resah dan prasangka. Insya Allah.
Yang berpeluang nak jana pendapatan, silakan. Malah, dialu-alukan. Saidatina Khadijah r.a. juga peniaga ulung, memberi sebanyaknya untuk Islam.
Tapi, yang tak berpeluang, usah rendah diri. Allah sedang mengangkat darjat kita dari sisi berbeza. Aamiin.
Jangan risau tak ada duit pencen, kerana Allah nak bagi pencen di akhirat.
Sariah Suhailah Chik
Saya surirumah.
#bahagiasentiasa
#fastaqimsolution
MW: Tak perlu malu pun digelar suri rumah. Baik suri rumah sepenuh masa atau yang bekerja, masing-masing ada tanggunggunjawab untuk keluarga.
Setiap menantu tentunya mahukan mentua yang baik dan memahami, bukannya dicemuh. Ada juga mentua mulut laser dan tak jaga mulut. Segala yang menantu buat tak betul di matanya.
Bila rasa diri menantu tak betul, mulalah jaja aib dan bandingkan dengan anak menantu yang lain. Susah juga kalau mentua mulut laser dan mulut jahat. Inilah yang boleh buat menantu benci.
Walau bagaimana pun tak semua mentua bersikap demikian. Ada juga mentua yang memihak pada menantu. Janganlah diusik menantu sebab dia tahu perangai anak lelakinya.
Sedihnya, kalau mentua mulut laser, suami langsung tidak memahami, malah nak menangkan maknya. Inilah buat menantu makan hati.
Sebenarnya ada teknik ‘memaksa’ suami membantu isteri, caranya senang je. Cakap terus terang tak payah berlapik. Ramai isteri yang kecewa bila suami tak tolong buat kerja rumah dan jaga anak. Isteri dah puas bagi hint tapi suami tak faham juga. Jadi memang kena sound setepek baru suami faham.
“Abang saya tak larat sangat, abang tolong mandikan anak. Saya nak masak”. Dengan cara berterus terang begini, suami faham dan jelas dengan mesej yang disampaikan isteri. Ramai isteri yang suka berlapik seperti memerli suami, menghempas barang sebagai protes dan sebagainya.
Dah tak payah nak buang masa tunjuk perasaan. Cakap je terus terang, apa akibatnya kalau suami tak tolong. Cakap juga pada suami, saya pun penat. Tanggung jawab urus rumah tangga dan anak-anak, kena buat sama-sama.
Cuma satu nak pesan, jangan cakap masa emosional nanti bergaduh besar jadinya. Masa keadaan tenang, luahkan ketidakpuasan hati pada suami. Niatkan dalam hati, sesi luahan ini demi kebaikan bersama. Bukan nak kondem suami tapi kadang suami suka ambil mudah perasaan isteri.
Terus Terang & Susun Strategi
Isteri pun kena ada strategi kalau nak suami hargai. Ikuti perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation menerusi kolum Nota UntuK Isteri, majalah Mingguan Wanita edisi Mei 2020.
Anda boleh menjadi isteri yang sangat dihargai apabila suami tidak boleh hidup tanpa anda. Jika ada peluang, sesekali cubalah hidup berjauhan sikit daripada suami. Contohnya masa berpantang atau kursus di luar kawasan. Jika selama ini suami rasa semua senang dan mudah sebab anda menguruskan dengan baik pasti dia rasa kosong bila anda tidak ada.
Kini tidak dinafikan memang ramai isteri bekerja. Isteri yang dikagumi suami adalah isteri yang menjaga adab apabila berada di luar rumah dan masih berfungsi seperti isteri konvensional di rumah.
Memang tak mudah nak buat, tapi kalau nak jadi isteri yang luar biasa jaga makan pakai suami dengan baik. Suami yang terbiasa dengan layanan superb isteri akan sentiasa merindui momen ini.
Cakap Pada Suami Apa Yang Isteri Mahu
Jangan hanya mengharap suami faham dan menjadi suami yang baik. Isteri kena cakap bagaimana cara menjadi suami yang baik. Bagitahu suami apa yang isteri mahukan dalam rumah tangga. Cakap terus terang, apa yang suami kena buat dan apa perkara yang tak boleh buat.
Semoga perkongsian ini dapat mengelakkan salah faham suami isteri dalam rumah tangga. Niatkan yang baik, insya-Allah yang datang pun baik-baik. Amin.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekarang ini nak merapatkan hubungan antara suami isteri, kawan malah saudara-mara dah jadi mudah dengan adanya kemudahan WhatsApp. Senang kiranya nak berhubung. Tapi jadi sakit hati bila cuma bluetick atau seen tanpa respons yang kita dapat, setelah puas menaip panjang-panjang.
Kerana, ada sesetengah orang itu, amat payah nak jawab mesej orang lain. Beruntung lah sangat kalau dia beri respons tanda suka atau emoji. Sebenarnya menjawab respons mesej pun boleh memberi bahagia kepada orang lain.
Hadamkan pesanan Hafsah Mardhiah ini. Satu ingatan yang kadangkala tanpa sengaja kita terbuat, sibuk barangkali hingga terlupa mahu membalas mesej. Sudahnya, di pihak yang menghantar ingatkan kita tak sudi melayannya. Sudah.. jadi satu kes jauh hati pula.
Kes 1:
Seorang isteri excited bercerita dia dipuji oleh bos. Hasil kerjanya membawa pulangan lumayan pada syarikat. Kawan-kawan semua ucap tahniah. Panjang lebar menaip wasap bercerita pada suami. Tapi suami hadiahkan bluetick. Mungkin sedang sibuk.
Kes 2:
Seorang ibu bertanya khabar anaknya di universiti. Panjang lebar mak bertanya lepaskan rindu, sepatah dijawab. Tapi mak tak jemu. Masih lagi teruja nak bagi nasihat untuk anak yang disayangi. Suruh belajar elok-elok. Jaga diri. Panjang lebar mak menaip penuh perasaan. Akhirnya si anak hanya hadiahkan bluetick. Bosan mungkin.
Kes 3:
Seorang leader excited menyiapkan bahan untuk bantu team. Berhari-hari makan minggu bersengkang mata nak siapkan. Dalam kesibukan yang teramat, selit juga masa sebab fikir nak bantu team grow. Excited share kat group wasap hasilnya. Tapi krik krik. Ramai seen tanpa sebarang respond. Ala bluetick juga.
Nampak persamaan?
Energy receive, energy return. Tu cycle nya.
Ya kita boleh bercakap soal ikhlas. Tapi kita manusia biasa. Jauh untuk sampai tingkat ikhlas. Kita juga boleh bercakap soal sangka baik. Tapi tetap hati tergores.
Lama-lama energy akan drain disedut tanpa dikembalikan. Lama-lama hati akan jadi tawar. Berulang kali rawat hati. Sabar, beri lagi. Sabar beri lagi.
Let’s appreciate each other. Raikan semua orang di sekitar kita. Especially orang yang rapat dengan kita.
Tak susah pun. Hanya ambil masa 2 saat untuk beri sedikit respond Thanks Baik Noted Best! Susah ke? Kalau sibuk sangat la tu. Bagitau apa yang anda sedang sibukkan supaya orang tak kecewa menunggu.
Kita pun sedih kan kalau selalu dapat bluetick. Apatah lagi dari kawan or orang yang kita sayang. Kan?
#IngatanUntukDiri #HargaiYangTersayang
MW :Kalau pun malas nak menaip, tekan je butang voice note pada WhatsApp tu. Boleh je cakap terus.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...