Dalam rumah tangga, tak kisahlah pasangan mak,ayah nak ikut acuan yang mana satu dalam melayari bahtera perkahwinan. Jika selesa serahkan segala tugas kepada isteri untuk uruskan anak dan rumah tangga serta isteri redha apa salahnya.
Begitu juga dengan mak,ayah yang sama-sama keluar mencari rezeki, apabila tiba di rumah masing-masing pukul tanggungjawab bersama untuk uruskan anak dan rumah tangga. Maksudnya saling bekerjasama.
Rumah tangga kita ikutlah cara kita. Tak jatuh maruah seorang suami apabila buat kerja rumah, suami pun nak pahala bahagikan isteri dengan memberi khidmat dalam rumah tangga.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami penjelasannya:
Tengah bersembang hal Ayah Long ke tu?
Allahu.
Saya tenang saja petang tadi tunggu isteri pulang kerja. Siap masakkan cucur pisang. Jaga anak-anak main buih belon luar rumah. Sebelum itu saya baru selesai basuh dan keringkan kain baju.
Isteri sampai terus duduk. Tersenyum sebab nampak cucur pisang. Ambil dan suap ke mulut.
Tak Jatuhkan Maruah Pun Buat Kerja Rumah
Saya jatuhkan maruah suami ke buat kerja rumah dan sediakan minum petang?
Ads
Oh, mestilah tidak. Saya pun nak cari pahala khidmat dalam rumah tangga.
Isteri dah bantu banyak urusan rumah juga. Dia kerja, saya pun kerja. Cuma saya ada di rumah awal, saya uruskanlah apa yang patut.
Itu pun tidak gais. Awak tahu ke hidup dia dan isteri macam mana? Biasalah orang dulu-dulu begitu. Suami kerja keras, demi sesuap nasi untuk rumah tangga dia. Isteri suri rumah sepenuh masa.
Ummi saya dulu pun sediakan semuanya untuk Abah. Sediakan air basuh tangan, temankan makan kalau pun ummi tak makan. Khidmat pada suami.
Sampai ke hari ini begitu. Itu ilmu yang mereka belajar dulu.
Ads
Sesuai atau tidak ilmu tu nak bawa ke zaman ini, itu pun tak ada siapa boleh putuskan.
Terpulang Kepada Rumah Tangga Masing-masing
Berbalik kepada persoalan hidup kita dalam rumah tangga bagaimana.
Yang saya pelik, berianya awak awak dekat luar nak marah ke Ayah Long.
Ewahh, awak dapat lelaki kaki judi ke nak marah macam tu? Jenis terbungkang tengok tv, tak bekerja, setiap hari minta duit beli rokok eh?
Tak kan? Kalau tak, bersyukurlah dulu.
Allah beri suami cukup sifat, baik, faham awak. Sekali sekala bercakaran tu biasalah. Rumah tangga kan?
Itulah.
#DoneIntoScene walau pun dah malam.
MW: Tak perlu dikecam cara Ayah Long yang tular baru-baru ini, mungkin itu caranya mengecap bahagia. Paling penting apa yang mak,ayah lakukan sekarang mampu membuatkan pasangan merasa bahagia atau tidak? Renung-renungkan.
Rupanya banyak kelebihan kalau si ayah rajin baca buku untuk anak, walau anak masih kecil kena mulakan.
Malah ada sesetengah mak ayah, tak suka belikan buku untuk anak sebab nampak anak cuma pandai rosakkan. Nak bacakan pun tak ada masa.
Hah, itu rugi. Cuba semak kebaikan baca buku pada anak, perkongsian saudara Najmi Nawani ini. Kalau rasa berat, mungkin boleh gilir-gilir dengan isteri. Yang penting anak suka dengar.
5 KEBAIKAN BACA BUKU SEBELUM ANAK TIDUR
Alhamdulillah Maryam Deen dah tidur. Jadi aku pun nak berkongsi satu lagi nota ringkas dan padat malam ini. Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.
1. Bantu kembangkan daya imaginasi
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.
2. Cipta saat-saat indah
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.
3. Kebolehan berbahasa akan lebih mantap
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
4. Merangsang otak anak
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
5. Pandai dalam akademik
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nampak mudah nak buat tetapi masih ramai kaum isteri yang gagal jaga 4 benda ini dalam rumah tangga yang dibina. Jadi jangan tanya kenapa rezeki masih tak berapa nak lekat dan masalah selalu bertandang kalau suami isteri langsung tak nak baiki sudut ini.
Kadang terlepas pandang sebab terlalu sibuk dengan urusan dunia dan mungkin langsung tak nampak jalan kenapa masalah selalu singgah. Bukan masalah rumah tangga saja, malah ujian anak-anak pun sama.
Andai ada yang selalu berfikir apa silap dalam hubungan, jemput baca perkongsian dari saudara Muhammad Ahmad ini…
2 hari ini isteri saya selalu cakap. Awak, saya risau dan takut bila dengar hadith fitnah akhir zaman ramai wanita akan ikut dajjal dan Nabi Muhammad s.a.w lihat ramai wanita dalam neraka. Antara dosa besar wanita adalah tidak taat suami. Aibkan suami.
Saya diam lama. Dalam kereta saya pegang tangan isteri. Saya sayang awak kerana Allah. saya sentiasa maafkan awak, saya redha awak. saya banyak kurang sebagai seorang suami, banyak susahkan awak. Awak baik sangat jaga saya. Banyak perkara lagi saya tidak tunai tanggungjawab sebagai seorang suami.
Pesanan Seorang Suami
Saya pesan kat isteri dan ini mungkin semua pembaca boleh cakna.
1. Jagalah solat awal waktu, lagi 5 minit nak masuk waktu kena bersiap.
2. Habis azan terus solat.
3. Jaga aurat. Nak jemur baju diluar rumah pun kena tutup aurat.
4. Banyakkan sedekah, jaga kebersihan diri, jangan tinggal tahajjud dan dhuha.
Jika awak buat semua ini dan suami redha terhadap awak. Allah janji pilihlah pintu syurga mana yang awak mahu. Senangkan isteri nak masuk syurga.
Tuan puan. Berkasih sayanglah kerana Allah s.w.t. Carilah redha Allah dalam hubungan suami isteri. Berusahalah untuk jadi suami isteri yang lebih baik dari semalam. Bahagia itu mahal, apa guna jika sebuah perkahwinan itu buatkan kita tidak bahagia.
Para suami didiklah isteri kearah agama yang sempurna. Berlemah lembutlah terhadap mereka. Jagalah perasaan mereka. Hargailah mereka.
Moga Allah beri bahagia kepada kita semua dalam keredhaannya. Moga Allah mudahkan perjalanan kita untuk menuju ke syurga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Window shopping umpama terapi kurangkan stres dan ceriakan emosi, mak-mak saja yang faham. Window shopping, atau aktiviti melihat-lihat barangan di kedai tanpa niat membeli, telah menjadi satu aktiviti yang digemari oleh ramai orang.
Bagi sesetengah individu, window shopping bukan sekadar aktiviti santai tetapi juga satu bentuk terapi yang mampu mengurangkan stres dan menceriakan emosi. Banyak sebenarnya manfaat window shopping ini terutamanya kepada emosi dan mental terutama pada golongan mak-mak.
Berikut window shopping
Mengurangkan Stres
Window shopping memberikan peluang kepada individu untuk keluar dari rutin harian yang membosankan dan menekan. Meluangkan masa di pusat membeli-belah atau kedai-kedai boleh membantu mengalihkan perhatian daripada masalah harian dan memberikan ruang untuk berehat seketika. Aktiviti ini membolehkan minda berehat dan melepaskan tekanan yang terbina.
Menceriakan Emosi
Melihat barangan yang cantik dan menarik boleh meningkatkan mood dan memberikan rasa gembira. Warna-warna ceria, reka bentuk yang menarik, dan suasana pusat membeli-belah yang meriah boleh mempengaruhi emosi dengan cara yang positif. Aktiviti ini juga boleh menjadi satu bentuk escapism yang membawa kegembiraan sementara.
Menginspirasikan Kreativiti
Window shopping memberikan peluang untuk melihat trend terkini dalam fesyen, dekorasi rumah, dan pelbagai produk lain. Ini boleh memberikan inspirasi kepada individu untuk mencuba gaya baru atau mengubah suai ruang peribadi mereka. Inspirasi baru ini boleh memberikan rasa kepuasan dan kegembiraan.
Interaksi Sosial
Aktiviti window shopping sering dilakukan bersama rakan-rakan atau keluarga. Ini membolehkan interaksi sosial yang penting untuk kesejahteraan emosi. Berbual dan ketawa bersama orang tersayang sambil melihat barangan boleh memperkukuhkan hubungan dan mengurangkan rasa kesepian.
Mak-mak Saja Yang Faham
Tip untuk Window Shopping yang Berkesan
Tetapkan Had Masa
Meluangkan masa yang terlalu lama untuk window shopping boleh menjadi meletihkan. Tetapkan had masa yang munasabah supaya anda boleh menikmati aktiviti ini tanpa merasa penat.
Fokus pada Kegembiraan
Jangan terlalu serius semasa window shopping. Nikmati setiap detik dan fokus pada perkara yang membuat anda gembira. Lihat barangan yang menarik minat anda dan biarkan imaginasi anda berfungsi.
Berjalan-jalan di Pelbagai Tempat
Jangan hanya tertumpu pada satu pusat membeli-belah atau satu jenis kedai. Cuba jelajahi pelbagai tempat untuk mendapatkan pengalaman yang lebih pelbagai dan menarik.
Jangan Terbawa-bawa
Walaupun window shopping tidak melibatkan pembelian, kadang-kadang kita mungkin tergoda untuk membeli sesuatu. Ingatlah tujuan asal anda adalah untuk bersantai dan mengurangkan stres, jadi elakkan daripada terbawa-bawa dengan keinginan untuk membeli.
Window shopping boleh menjadi satu bentuk terapi yang efektif untuk mengurangkan stres dan menceriakan emosi. Ia memberikan peluang untuk berehat, mendapatkan inspirasi, dan berinteraksi dengan orang lain dalam suasana yang santai.
Walaupun aktiviti ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang, manfaatnya terhadap kesejahteraan mental dan emosi tidak boleh dipandang ringan. Jadi, lain kali apabila anda merasa tertekan atau sedih, cuba luangkan masa untuk window shopping dan rasai sendiri kesannya yang positif.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.