“Syurga Ita dah tak dak mak” hari ibu bertukar episod sedih, Anita Baharom kehilangan bonda tercinta. Kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri buat pelakon Anita Baharom sekeluarga bertukar sayu apabila bonda tercinta telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Syawal lalu.
Bukan itu saja, malah sambutan hari ibu yang jatuh pada 7 Mei lalu juga merupakan kehilangan terbesar buat diri Anita apabila ibu kandung kesayangan tidak lagi berada di sisi.
“Syurga Ita Dah Tak Dak Mak”
Menerusi luahan di akaun Instagramnya, Anita berkongsi perasaan hibanya.
“Syurga Ita dah tak dak Mak.
“Semoga Mak bahagia tenang di alam sana.
“Ita sayang Mak dunia akhirat.
“Kita jumpa di sana ya Mak.
“Semoga Mak dapat jumpa abah dan Ismadi.
“Kami rindu Mak.
“Al fatihah WIRMAH BINTI AMINAH BEE (16 dec 1948 – 6 may 2022),” kongsi Anita.
Pada Januari lalu, Anita telah kehilangan suami tercinta iaitu Ismadi Ismail, 50, yang disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam.
Selang beberapa bulan ibu Anita pula telah dijemput Ilahi, membuatkan Anita berasa begitu sedih.
“Allohummaghfirlaha warhamha wa’aafihi wa’fu ‘anha wa akrim nuzulaha wawassi’ mudkholaha waghsilha bil maa-i wats tsalji wal barod. Wa naqqihi minal khothooyaa kamaa naqqoitats tsaubal abyadho minad danas. Wa abdilha daaron khoiron min daarihi wa ahlan khoiron min ahlihi wa zaujan khoiron min zaujihi wa adkhilhul jannata wa a’idzha min ‘adzaabin qobri au min ‘adzaabin naar
Artinya: “Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah dia. Bebaskanlah dan maafkanlah dia. Luaskanlah kuburnya dan mandikanlah ia dengan air, salju dan embun. Sucikan ia dari seluruh kesalahan seperti dibersihkannya kain putih dari kotoran. Berikan ia rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Lalu masukkanlah ia ke dalam surga dan lindungilah ia dari cobaan kubur dan azab neraka”
Ads
“Semoga Mak Anita Ditempatkan Di Kalangan Orang Yang Solehah” Warganet
Menerusi ruangan komen, dibanjiri doa dari warganet buat arwah ibu kesayangan Anita.
Tarik diri dari Muafakat Nasional. Terbaru Ummi Nazeera menerusi akaun Instagramnya mengumumkan penarikan diri dari Muafakat Nasional iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Langkah Ummi itu disokong oleh para netizen, malah menerusi ruangan komen salah seorang pengikutnya menyatakan kesyukuran.
“Alhamdulillah, kami suka umi sebagai pelakon, jangan campur bidang lain, tambahan politik…… merosakkan karier. Anda aktres yg bijak” aishahmatakat
Tarik Diri Dari Muafakat Nasional
Ummi seperti mana dipetik menerusi akaun Instagramnya juga berterima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik dirinya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Setelah mengambil kira kegusaran dari peminat-peminat Ummi yang disayangi serta dari pihak-pihak berkepentingan, saya Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
“Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi.
“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” kongsi Ummi.
Sebelum ini pada 15 Disember lalu, Presiden Muafat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi bersama Jamal dan Datuk Seri Eizlan Yusof adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).
Mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan NGO berkenaan.
“Tahniah Anak Mama,” Sari Yanti Syukur Anak Raih Anugerah Kecemerlangan Akedemik. Tiada yang lebih membahagiakan bagi mak ayah apabila anak-anak berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang. Pantas masa berlalu, pelakon Sari Yanti,38 meluahkan rasa penuh kesyukuran apabila anak sulungnya meraih anugerah kecemerlangan akademik hari ini.
Sari Yanti Rai Kejayaan Anak
Aktres kecil molek siri popular Kisah Kaisara itu berkongsi foto di samping anak lelakinya, Barr Al-Aliy, 13, yang lengkap berpakain akademik iaitu jubah dan mortarboard.
Sari Yanti meraikan kejayaan diraih anaknya dengan kata-kata positif menerusi hantaran ringkas di Instagram.
“Kejap je dah nak tingkatan 1. Dia dapat anugerah hari ni . Anugerah kecemerlangan Akedemik. Tahniah anak mama. Syukur Alhamdulillah.Rabbi Habli minassholihin,”
Barr Al-Aliy adalah anak Sari Yanti bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi Che Hussin. Selain Barr, pelakon Jenaka Kampung Kalut itu memiliki seorang lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Baasit Al-Haq, 12.
Selain Barr dan Baasit, Sari Yanti yang mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 21 bulan.
Doakan Kejayaan Di Dunia & Akhirat
Ramai yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan Barr Al-Aliy di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh. Tidak kurang juga ramai yang memuji kecomelan dan kecantikan Sari Yanti, ibarat ‘kakak dan adik’.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah buat Sariyanti atas kejayaan anak raih keputusan cemerlang dalam pelajaran. Semoga anak terus cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sedar tidak sedar sebenarnya ramai wanita yang melakukan kesalahan ketika pilih seluar dalam. Mereka lebih tertarik dengan rekaan, warna dan perincian pakaian dalam berbanding fungsi serta kualiti.
Kesilapan ini membuatkan bahagian punggung dan ‘aset’ berharga tidak dipelihara dan dilindungi dengan baik. Kami kongsikan tip untuk memilih seluar dalam yang tepat.
1. Menutupi Bahagian Punggung
Agar tubuh kelihatan kemas dan ‘terletak’, pilih seluar dalam yang mempunyai rekaan selesa dan dapat menampung bahagian punggung dengan baik. Untuk mengetahui seluar dalam itu sesuai, sarungkan ia dan tarik ke posisi yang selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan punggung. Jangan biarkan pita di bahagian pinggang dan perut berlipat.
2. Saiz Yang Betul
Pilih saiz seluar dalam yang tepat bersesuaian dengan bentuk tubuh anda serta keperluan. Jika bahagian pinggan seluar dalam bergulung, itu tandanya anda salah memilih saiz. Pinggang seluar dalam mestilah selesa dan tidak berlipat. Selain saiz yang tepat, anda juga mesti bijak membuat pilihan rekaan yang tepat untuk keperluan tubuh anda.
3. Material
Untuk mendapatkan keselesaan, anda perlu memilih material seluar dalam yang tepat. Terdapat beberapa kategori fabrik, antaranya kain kapas, lycra spandex dan nilon spandex. Setiap material ini mempunyai kelebihan tersendiri. Fabrik kain kapas menyerap peluh dan memberi keselesaan. Manakala jenis spandex pula memberi kebebasan dan regangan yang membantu kemasan tubuh.
4. Ganti Pakaian Dalam Ikut Keperluan
Seperti baju, seluar dalam juga perlu diganti mengikut keperluan. Jika seluar dalam sudah lusuh, jangan kedekut untuk membeli baru.Pastikan seluar dapat dalam keadaan baik dan dapat melindungi bahagian intim anda dengan sempurna. Jika anda hamil, beli seluar dalam khas agar lebih selesa.
5. Penjagaan
Sebaik-baiknya seluar dalam perlu dicuci menggunakan pencuci khas untuk pakaian dalam. Untuk menjaga bentuk, rekaan dan ketahanan seluar dalam, anda disaran mencuci produk dengan cucian tangan. Penggunaan mesin basuh menyebabkan rekaan dan bentuk seluar dalam rosak. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan membuatkan seluar dalam cepat lusuh dan hilang elastik.
6. Rekaan Tepat
Jika anda mahu tampak seksi, pilih rekaan yang mempunyai perincian seperti renda. Bagi anda yang inginkan pelindungan sempurna dan mempunyai gaya hidup aktif, pilih seluar dalam yang dapat menampung bahagian punggung dengan baik. Golongan yang gemar memakai seluar tetapi tidak mahu garis seluar dalam kelihatan, pilih rekaan berbentuk maxi atau seperti seluar pendek.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...