Ini dinamakan jodoh, sudah enam tahun berkongsi hidup, remaja 17 tahun ini akui bahagia kahwini nenek 71 tahun.
Usia bukan penghalang untuk cipta bahagia bersama pasangan. Sebaliknya cintai dan kasihilah pasangan sebaiknya kerana usia bukan segalanya. Malah setiap orang berhak untuk merasa bahagia.
Jika mak, ayah dikurniakan pasangan jauh lebih muda atau lebih tua, hargailah seadanya. Pedulikan kata-kata orang sekeliling, yang penting hati mak ayah dan pasangan. Betul tak?
Remaja 17 Tahun Bahagia Kahwini Nenek 71 Tahun
Seorang lelaki mendedahkan bahawa dia berumur 17 tahun apabila mengahwini isterinya yang ketika itu berusia 71 tahun dalam majlis perkahwinan yang berlangsung pada 2015, lapor akhbar New York Post semalam.
Lelaki yang dikenali sebagai Gary dan kini berumur 23 tahun itu menyiarkan kehidupannya bersama Almeda, 75 di akaun TikToknya.
Sudah enam tahun berkongsi hidup dan pasangan ini bahagia.
Abaikan Kata-Kata Orang
Ramai netizen meninggalkan pelbagai komen mengenai hubungan tersebut termasuk meminta Gary menjauhi orang yang menentang kebahagiaan dia dan isterinya.
Membalas komen peminat tersebut, Gary mengucapkan tahniah kepada mereka dan meluahkan kegembiraan apabila peminatnya mengikut kata hati serta memilih meneruskan percintaan tidak kira apa tanggapan orang lain.
“Tahniah juga kerana berani mempertahankan cinta kamu dan pasangan selain menampilkan siapa diri kamu sebenarnya yang memilih untuk mencintai sesiapa sahaja tanpa mengambil kira penerimaan orang luar.
“Kadangkala situasi menjadi sukar apabila keluarga tidak memberikan sokongan dan tidak turut bahagia bersama, namun anda perlu untuk menjauhi sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga atau sebaliknya,” kata seorang pengguna media sosial.
Sudah Enam Tahun Berkongsi Hidup
Pasangan itu berkahwin pada tahun 2015, dua minggu selepas kematian anak lelaki Almeda, Robert.
Almeda turut menjadi balu setelah 43 tahun berkahwin apabila suami pertamanya, Donald meninggal dunia pada tahun 2013 setelah tujuh bulan dirawat di hospital akibat komplikasi diabetes.
Ads
Setelah berkahwin, Gary dan Almeda berpindah ke rumah wanita itu dan tinggal bersama cucu lelakinya dengan seorang daripada mereka berumur tiga tahun lebih tua berbanding Gary. – Agensi
Mingguan Wanita : Bahagia atau tidak setelah kita memilih pasangan yang jauh lebih tua atau muda bergantung kepada diri kita sendiri. Tidak perlu ambil peduli kata-kata yang mengukur kebahagiaan kita hanya dari luaran semata.
Raut wajah yang manis, sejuk mata memandang, lontaran suara yang lemah lembut dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan ramai yang mengagumi wanita hebat, pendakwah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, 45 ini.
Disebalik kehebatannya, acuan didikan agama terutama pendidikan Al-Quran daripada keluarga menjadi teras utama yang membentuk diri pendakwah ini pada hari ini. Betapa peranan mak ayah dalam memberi penekanan pendidikan Al-Quran itu sangat penting dan perlu di terapkan dalam diri anak-anak semenjak mereka masih kecil.
Baru-baru ini, Ustazah Dr Norhafizah ada kongsikan betapa sejak kecil dirinya dan adik beradiknya dipanggil untuk membacakan Alquran secara bertaranum dihadapan ayahnya. Kebiasaan dan kecintaan rutin mendengar alunan ayat-ayat Quran yang dibacakan ini diteruskan pada cucu-cucu pula meskipun ayahnya dalam keadan sakit dan uzur.Bahkan bagi ustazah ia merupakan satu nikmat untuk sebuah keluarga.
Berikut antara perkongsian Ustazah yang boleh kita jadikan panduan;
“Beliau seorang abah yang sangat bagi perhatian pada pendidikan Al-Quran buat keluarganya. Kami anak-anak menjadi saksi, mak dan abah sudah buat yang terbaik biiznillah.”
“Hinggalah saat sakit…abah tetap ingin dengar Al-Quran dibaca dan jadi satu kenikmatan baginya untuk mendengar Kalamullah itu…apatah lagi bila dibaca oleh anak cucunya.”
“Zaman kami anak-anak masa masih muda remaja, demikianlah kami dipanggil.. kami disuruh baca quran bertarannum sebab abah nak nikmati ayat-ayat itu….
“Sekarang zaman cucu-cucu pula. Seorang cucu akan dipanggil untuk baca…dan anak cucu yang lain dipanggil untuk sama-sama dengar. Benar…ia sangat nikmat untuk sebuah keluarga. Marilah kita teladani segala yang baik.”
“Alhamdulillah…@furqanfawwaz sedang perdengarkan pada atuk…atuk kepenatan dan uzur tapi nak rehat-rehat sambil dengar anak cucu baca Quran….@furqanfawwaz baca dengan qiraat.
MW: Alhamdulillah. Sebuah keluarga yang wajar dicontohi mengutamakan dan memuliakan bacaan suci Al-quran.Semoga menjadi ikutan kita dalam membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Mingguan Wanita mendoakan agar ayah kepada Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ini diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala hendaknya.
Hidup ini umpama api pelita yang mana bila-bila masa boleh terpadam bila tiba masanya. Jadi hargailah orang sekeliling terutamanya pasangan kita. Jika sayang luahkan, kalau marah, maafkanlah cepat-cepat. Bimbang masih ada kesempatan atau tidak buat kita.
Tanpa kita sedar, setiap hari kita menerima berita kematian di kalangan keluarga atau kawan-kawan terdekat. Tak kira tua atau muda, jika sampai ajalnya tiada satu alasan dapat diungkap.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefliini dan fahami sedalam-dalamnya:
Dua tiga hari ini, lalu lalang post announcement kematian pasangan dan appreciation post buat pasangan yang telah pulang ke rahmatullah.
Ada isteri yang kehilangan suami.
Ada suami yang kehilangan isteri.
Ada yang pergi secara mengejut.
Ada yang sampai kini masih mengesat air mata kerana menanggung rindu tak terucap.
Hari ini boleh jadi kita terkejut membaca berita teman kehilangan pasangan. Esok lusa mungkin orang lain pula terkejut membaca berita yang sama tentang kita.
Sama ada kita yang dipanggil pulang atau pasangan kita yang meninggal dunia.
Ada yang baru semalam kita lihat post mereka tersenyum mesra berdua. Keesokannya kita membaca berita kehilangan mereka pula.
Hidup Umpama Api Pelita, Bila-bila Terpadam
Begitulah singkatnya hidup ini. Seperti kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, ‘Nyawa kita ini, diumpamakan api pelita yang bila-bila masa sahaja boleh terpadam.’
Ramai sahabat, guru dan para ‘alim sudah dipanggil ‘pulang’, begitu juga dengan kita yang sedang menunggu ‘angka giliran’ masing-masing. Entah esok, entahkan lusa, entahkan sekejap lagi. Wallahu’alam.
Takkan lambat sesaat pun. Takkan tertangguh hanya kerana amal kita belum cukup, taubat kita belum sempat, pasangan kita terlalu sayang, anak kita masih kecil dan masih menyusu ataupun apa-apa alasan lain.
Mati tetap akan tiba. Tiada yang mengejut kerana semuanya telah tertakluk.
Bila-Bila Terpadam, Hargailah Orang Sekeliling
Oleh itu, hargailah insan sekeliling kita hari ini. Tak usah bertangguh bab melakukan kebaikan.
Kalau sayang, ucapkanlah sayang. Kalau rasa berdosa, pohonlah segera kemaafan. Kalau nak hadiahkan apa-apa, hadiahkanlah segera. Kalau nak buat apa-apa, buatlah jangan ditangguh lagi.
Peluklah. Ciumlah. Telefonlah.
Kerana kita tidak tahu esok masih adakah untuk kita ataupun dia.
MW: Jangan alpa dalam mengejar dunia, seimbangkan kedua-duanya agar cukup bekalan kita di sana bila dijemput pergi. Entah esok ataupun lusa, pasti akan tiba masanya.
Setiap orang ujian hidupnya berbeza. Begitu juga rezeki malah jodoh setiapnya telah tuhan tentukan untuk diri setiap orang. Tak lebih dan tak berkurang sedikitpun.
Seandainya, seseorang sedang diuji hidupnya. Bersimpatilah dengan cara yang matang untuk menyampaikan perasaan itu. Berhentilah Mentertawakan Rumahtangga, Jodoh, Pernikahan & Penceraian Orang.
Ingatan dari Dzuriasikim Dzulkefli agar berhati-hati dalam penulisan di media sosial. Lagi-lagi melibatkan ujian hidup orang lain. Baik soal rumahtangga, jodoh, pernikahan mahupun penceraian yang sedang mereka lalui.
Berhentilah Mentertawakan Rumahtangga, Jodoh, Penceraian Orang
Berhentilah dari mentertawakan rumahtangga orang, jodoh orang, pernikahan orang, perceraian orang. Berhenti juga dari dijadikan bahan penulisan dan ”mengumpulkan” banyak kata-kata tidak baik (sama-sama mentertawakan) perihal orang lain.
1. Seandainya kita sedang punya pasangan pada saat ini, syukuri lah. Jika kamu sedang memiliki maka hargailah ia dengan sebaik mungkin. Jangan sampai kamu kehilangannya nanti. 2. Semua pasangan di dunia ini hanyalah bersifat pinjaman. Apa yang kita sedang lihat berlaku kepada orang lain, boleh berlaku kepada kita sendiri. Boleh jadi nanti. Boleh jadi esok. Mudah sangat bagi Allah untuk mengubah hati sesiapa pun, termasuk hati mu sendiri.
Ujian Datang Kerana Kelalaian Kecil Sendiri
3. Kadang ujian datang kepada kita, hanya kerana kelalaian kecil yang pernah kita lakukan. Membuat jenaka tentang orang, menjadikan kisah hidup orang lain sebagai tulisan lawak. Padahal banyak perkara yang kita tidak tahu. Penilaian kita hanya dari apa yang kita baca dan ia tidak semestinya benar. 4. Seorang isteri memang sebaiknya manja dengan suami. Menjadi manja dengan pasangan bukanlah suatu hal yang bodoh. Suami sukakan isteri yang bijak, manja tetapi bertempat. Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah perbuatan yang sangat baik. Tidak ada yang lucu tentang itu. Isteri yang baik adalah isteri yang membahagiakan dan tenang apabila dipandang.
5. Jodoh, ajal dan maut, semuanya adalah ketentuan Allah. 6. Jangan pernah takut kehilangan orang. Kalau kita sudah berikan yang terbaik (semampu mungkin), bukan kita yang kehilangan mereka. Tetapi mereka yang kehilangan kamu. Teruskan menjadi seorang yang baik. Jadi “ex” yang baik. 7. Selalu ingatkan diri. Semua di dunia hanyalah pinjaman. Tidak ada yang abadi melainkan Allah. Dan ketidakabadian itu sendiri. 8. Hati-hati dengan penulisan. Bisa jadi ia menjadi timbangan yang membantu mu ke Syurga Allah.
Usah Mentertawakan Ujian Rumahtangga Orang, Doa Yang Baik-baik
9. Setiap kali membaca tentang ujian rumahtangga orang lain, segera berdoa agar kita dijauhkan dari hal yang tidak baik. Belajar memperbaiki diri dan bukan menghukumi. Kita semua tidak sempurna. 10. Satu hal yang lelaki harus tahu, bukan kekayaan yang menjadi buruan wanita matang. Tetapi keikhlasan, keperibadian yang baik, keimanan. Tidak juga berharap kepada kesetiaan, cukuplah dengan kejujuran dan keikhlasan. Tidak langsung memandang kepada rupa, yang penting hati yang mulia. Wang boleh dicari, asal dia rajin berusaha.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...