Sakit hati kerana curang, isteri sanggup upah orang tamatkan riwayat suami. Tergamak sungguh seorang isteri mengupah tujuh lelaki dek kerana marah dan kecewa dengan sikap suami.
Benarlah, disebabkan perasaan marah seseorang sanggup bertindak di luar kewarasan fikiran. Mungkin begitulah yang dialami wanita ini hingga dia sanggup mengupah orang lain membunuh suaminya. Allahuakbar!
Sakit Hati Kerana Curang
Sayang sekali melihat mahligai perkahwinan berusia puluhan tahun musnah gara-gara perselingkuhan si suami.
Perkara yang lebih tragis terjadi selepas si isteri menghidu kisah kecurangan suaminya.
Menurut Tribunnews, gara-gara berang dengan suami curang, wanita bernama NW, 49 nekad mengupah tujuh lelaki untuk menamatkan riwayat suaminya, Khairul Amin, 54.
Isteri Sanggup Upah Orang
Lebih tragis, kematian pemilik restoran makanan padang itu berlaku di kediamannya sendiri pada 27 Oktober lalu.
Pada jam 11.40 malam, anak mereka menemui Khairul dalam keadaan cedera parah akibat ditikam. Dia ketika itu menjerit meminta tolong.
Susulan itu, anak mereka menghubungi NW dan memberitahu Khairul yang cedera parah diserang kumpulan samseng.
NW kemudian berpura-pura terkejut dan sedih dengan keadaan menimpa suaminya.
Tamatkan Riwayat Suami
Bagaimanapun perbuatan NW didedahkan polis. Polis Krawang mengatakan kematian Khairul adalah pembunuhan terancang yang mana si isteri adalah dalangnya.
Hasil penyiasatan polis, pasangan yang dikurniakan tiga orang cucu itu bahagia sehingga perselingkuhan Khairul terbongkar.
Apa yang meremukkan hati NW, Khairul rupanya memiliki beberapa orang lagi isteri muda.
Ads
Malah NW turut mendedahkan suaminya sering meminta wang dalam jumlah yang banyak selama ini untuk diserahkan kepada isteri-isterinya yang lain.
Ia berlarutan hingga duit simpanan daripada perniagaan mereka juga semakin susut.
Merancang Pembunuhan Suami
Menurut polis, bertitik tolak dari itu kemarahan wanita terbabit memuncak sehingga nekad bertindak merancang pembunuhan si suami pada September lalu NW.
Bukan sekali dua cubaan membunuh dilakukan, tetapi tiga kali.
Selepas dua kali gagal, percubaan kali ketiga menyaksikan riwayat Khairul berakhir.
Difahamkan, tujuh lelaki upahan berkenaan menerima Rp 30 juta (RM 8706.54) sebagai upah.
Mingguan Wanita : Benarlah ikut kata, binasa. Ikutkan hati, mati. Beginilah nasib seorang wanita apabila marahnya pada suami memakan diri sendiri. Semoga kisah ini membuat mak-mak tidak terlalu mengikut perasaan bila mengetahui suami curang.
Suami Kalau Nak Buat Sebarang Keputusan, Berbincang Dengan Isteri Dahulu Bukan Mak
Penting untuk suami berbincang dengan pasangan sebelum membuat sebarang keputusan. Ia amat penting dalam sesebuah hubungan yang sihat dan berfungsi. Ini dapat membantu mencegah konflik, memastikan kedua belah pihak merasa didengari dan dihargai, serta memungkinkan untuk bekerja sama dalam membuat keputusan yang baik bagi kedua belah pihak.
Jika suami ingin membuat keputusan yang melibatkan perubahan besar dalam hidupnya atau dalam hubungannya dengan isteri, berbicaralah terlebih dahulu dengan isteri. Ini boleh mencakupi keputusan tentang pekerjaan,kewangan, tempat tinggal, atau perubahan penting lainnya. Berbicara dengan isteri akan memberi kesempatan untuk berbicara tentang pandangannya, kekuatirannya, dan perasaannya terhadap keputusan tersebut.
Ini bukan bererti bahawa anda tidak boleh berbicara dengan orang tua atau anggota keluarga lainnya tentang keputusan anda, tetapi berbicara terlebih dahulu dengan pasangan anda adalah cara yang baik untuk memastikan bahawa keputusan tersebut sejalan dengan harapan dan keinginan anda suami isteri. Komunikasi yang baik dalam hubungan adalah kunci keberhasilan dan kebahagiaan bersama.
Berikut info yang dikongsikan oleh Dr Ben Fadhil Mohd Salleh. Moga membawa manfaat untuk semua pasangan suami isteri.
SENARIO BERCINTA
Bila kenal lelaki yang rapat dengan mak, dalam proses nak mengenali hati budi pasangan, anda akan nampak pasangan seorang yang:
1.Ambil berat tentang maknya.
2. Bagus! Sebab dia seorang yang bertanggungjawab
REALITI BILA SUDAH BERKAHWIN
Barulah tahu sikap sebenar suami yang terlalu manja dengan mak sampai balik kerja pun nak duduk bawah ketiak mak. Ini solusi perdamaian untuk kedua-dua belah pihak.
Suami anak manja mak pun kena baca, isteri yang sabar pun kena fahami. Jadi, bila dua-dua dah faham situasi masing-masing, konflik takkan timbul. Tak perlulah nak sentap-sentap sangat dengan mentua tu.
WAHAI SUAMI, INI CARA YANG SEPATUTNYA:
*Kalau nak buat sebarang keputusan, bincanglah dengan isteri dan bukannya mak.
*Berenggang dengan mak tidak bermakna anda berpisah dengannya. Ini kerana anda sudah ada keluarga sendiri. Jagalah perasaan isteri.
*Setiap keputusan, berbincanglah dengan isteri bukan dengan mak. Jangan kecilkan hati mak tapi katakan itu keputusan keluarga bukannya keputusan anda sendiri.
*Jangan sesekali libatkan mak dalam sebarang perancangan. Cuma sekadar memberitahu saja. Sekurang-kurangnya mak tak rasa terpencil.
ISTERI CUBA FAHAMI SUAMI:
*Kena banyak bersabar dan berbincang. Kadang-kadang ada rasa sakit hati tetapi ingatkan suami supaya buat keputusan demi keluarga.
*Jika boleh, jadilah rakan baik mak mentua dan berkongsi perasaannya terhadap suami. Nasihat yang akan diberi kepada isteri adalah nasihat yang sama yang akan di beri pada suami.
*Guna perantaraan dengan suami dan mentua tetapi tidaklah memisahkan perasaan suami anda dengan maknya.
Sumber: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat
Selepas melalui episod paling mendebarkan, hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Hukuman ini dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd,.
Beliau didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan 3 dakwaan penggubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas perdana menteri ini dipenjarakan 10 tahun, masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta, penjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Datuk Seri Najib Razak diiringi para penyokongnya.
Hukuman Tujuh Pertuduhan Ke Atas Najib
Manakala tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Sejumlah 72 tahun hukuman penjara bagi kesemua sebutan pertuduhan. Namun, hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak, yang bermakna Najib hanya perlu dipenjarakan selama 12 tahun.
Ahli Parlimen Pekan ini juga dikecualikan dari hukuman sebat kerana umurnya.
Najib menjadi Perdana Menteri keenam dari 2009 hingga 2018, malah menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah, dibicarakan dan disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika memegang jawatan itu.
12 ahli keluarga ibu ayah Yana Samsudin Positif Covid-19. Berita yang dikongsi oleh ibu kepada dua cahaya mata ini begitu sedih.
12 Ahli Keluarga, Ibu Ayah Yana Samsudin Positif Covid-19
Seperti yang diluahkan menerusi entri di akaun Instagramnya, Yana menerangkan ibu dan ayahnya di Yong Peng, Johor juga dijangkiti. Walaupun berita tersebut memberi kegusaran di hati isteri kepada Fadzil Zahari ini namun dia kekal positif mengenangkan keluarga di kampung.
“Keputusan (ujian calitan) keluar hari ini. Semua ahli keluarga di Yong Peng, Johor positif Covid-19,” kongsi Yana di Instagram miliknya.
“Allah Maha Besar Maha Mengetahui segalanya. Mak, Abah dan semuanya, tolong kuat ya. Kami jauh,” tulisnya.
Mohon Doakan Kesejahteraan Buat Keluarga
Malah Yana juga akui dia cuba untuk kekal positif menerima berita yang tersebut dan memohon orang ramai agar terus mendoakan kesejahteraannya buat keluarganya.
“Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan. Insya-ALLAH kami semua akan kekal positif. semoga mereka kuat kat sana. Begitu jugak dengan mak dan abah mertua. Semoga sihat-sihat juga,” luahnya.
Mohon Doakan Kesejahteraan Buat Keluarga
Malah Yana juga akui dia cuba untuk kekal positif menerima berita yang tersebut dan memohon orang ramai agar terus mendoakan kesejahteraannya buat keluarganya.
“Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan. Insya-ALLAH kami semua akan kekal positif. semoga mereka kuat kat sana. Begitu jugak dengan mak dan abah mertua. Semoga sihat-sihat juga,” luahnya.
Yana pada masa yang sama juga menitipkan pesan agar masing-masing saling bertanya khabar mereka yang berada di sekeliling dalam keadaan pandemik yang tidak dijangka ini.
“Keadaan berjauhan dengan orang tua, kita faham sangat macam mana rasanya. Ibu bapa kita, bapa mertua, mak mertua atau pakcik makcik ada yang tinggal berdua sahaja atau berseorangan kat rumah.
“Jiran jiran rajinlah tanya khabar. Tolong-tolong tengok kan. Anda sendiri kena aktif update keadaan diri sendiri. Sejam sekali atau dua jam sekali kat group komuniti.
“Semoga kalian yang sedang menerima dugaan ini juga diberikan kekuatan dan di mudahkan segala urusan dunia akhirat,” pesan Yana ibu kepada Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Mingguan Wanita : Semoga ibu, ayah dan ahli keluarga Yana Samsudin diberi kesembuhan dari wabak Covid-19.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...