Suami selingkuh dengan ibu mentua, curahan hati isteri viral di media sosial. Sakit hati pada lelaki mungkin boleh terubat dengan masa. Tapi sakit hati pada ibu sendiri, sesuatu yang sukar diungkapkan.
Di Kota Serang, Banten Indonesia, viral luahan hati seorang anak, Norma Risma yang kecewa kerana dikhianati dua orang disayanginya iaitu suami dan ibu kandung sendiri. Dan lebih mengecewakan hubungan itu melibatkan hubungan intim keduanya.
Suami Selingkuh Dengan Ibu Mentua
Dia mencurahkan isi hati melalui akaun tik toknya yang mana mengatakan dia kecewa kerana suami dan ibu kandungnya telah berzina sekaligus mengkhianati dirinya dalam diam.
“Sampe sekarang aku masih ga nyangka kalo hubungan kamu sama perempuan yang udh ngelahirin aku itu masih berlanjut,” tulis NR di akun TikTok pribadinya.
Selepas kisah ini viral di media sosial, kes ini telah dibawa ke Pengadilan Agama Serang dan dari sini telah membongkar lebih banyak fakta mengenai hubungan intim suami dan ibu kandunganya sendiri seperti dilaporkan oleh Tribunnews.com.
Norma dan suami menikah pada 4 April 2021. Sebelum itu,dia sudah mendengar desas desus tentang hubungan bakal suami dan ibunya sendiri hingga hubungan ke ranjang tapi dia yakin keduanya telah berubah walau curiga itu tetap ada.
Ternyata dia silap kerana pernikahan dia dan suami hanya untuk lebih memudahkan suami dan ibunya bertemu lebih kerap. Dan selepas setahun menikah, cakap-cakap orang sekeliling bahawa suami dan ibunya ada hubungan semakin diperkatakan orang.
Norma juga akui rumahtangganya tidak harmonis kerana suaminya lebih banyak mengelak tetapi masa yang sama dilihat berbual mesra dengan seseorang di telefon. Dan mereka sering bergaduh setiap kali hal hubungan ibu kandung dan wanita lain disentuh.
Lebih membuat hatinya kecewa, orang kampung telah menangkap ibu dan suaminya yang sedang sedap berselingkuh di rumah mereka sendiri pada 16 November lalu.
Pada awalnya, orang kampung kedatangan ibunya hanya sekadar ziarah seorang ibu ke rumah anak menantu tapi ternyata pasangan ini berselingkuh ketika Norma keluar pergi bekerja di mana tinggal R dan ibunya saja di rumah itu.
Ads
Dan ketika diserbu keduanya dalam keadaan berbogel. R lari ke bilik air sementara ibu mentuanya longlai di atas katil kerana rahsia mereka sudah terbongkar. Selepas ditangkap, keduanya dihadapkan ke rumah ketua kampung dan suami mengakui sudah lama menjalin hubungan intim dengan mentua sendiri.
Selepas isu ini kecoh, Norma keluar dari rumah sewaannya itu dan menumpang rumah kawan. Suaminya datang ke rumah mereka membawa satu beg di mana dia seolah-olah memberi gambaran mahu bercerai. Dan mereka kembali bergaduh hingga Norma dipukul sebelum kes ini dilanjutkan ke polis dan mahkamah untuk perceraian. Bahkan dirinya akui trauma akibat dipukul.
Kisah cinta mereka juga bukan baru sebaliknya sebelum berkahwin, mereka mulai kenal dari SMA lagi dan menjalin hubungan cinta selama 5 tahun.
Tulis isteri yang malang ini, “lima tahun bukan waktu singkat. Kita bercinta dan kemudian berpisah sebelum menjalin hubungan kembali. Walau pernah dikhianati tapi aku memaafkannya kerana yakin kau akan berubah.
“Bahkan saat mendengar ijab dan kabulmu aku yakin kau akan berubah tapi ternyata aku salah. Salah kerana mempercayai kau dan ibu kandungku. Kerana dikhianti dua orang ini sakitnya terlalu pedih di hati,” tulisnya sambil berkongsi curahan-curahan kata berbaur sensual antara ibu kandung dan suami sendiri.
Ya, ia terlalu pedih untuk dirinya menerima penghianatan terbesar ini. Dan pasangan ini telah sah bercerai 12 Disember lalu.
Semalam tular pasal kisah lima beranak di Taman Melur yang tinggal di dalam rumah yang dipenuhi sampah.
Keadaan luar rumah yang tidak terurus dan dipenuhi sampah sehingga mendatangkan bau busuk memberi pelbagai reaksi tidak senang kepada jiran sekeliling.
Dalam rumah yang disewa keluarga itu juga sangat menyedihkan apabila memikirkan tiga beradik yang berusia dua, lima dan lapan tahun terpaksa menggadai nyawa dalam keadaan kotor itu.
Lagi menyedihkan, hanya berbekalkan tilam lusuh yang dihampar di ruang tamu dipenuhi sisa sampah dan pakaian tidak dibasuh menjadi tempat mereka beristirehat setiap hari.
Malah di setiap tiga bilik rumah itu juga tidak terurus dan ruangan dapur pula dipenuhi pakaian, pinggan mangkuk serta periuk yang tidak dibasuh. Menurut penghuninya, ada sebab mereka terpaksa tinggal dalam keadaan begitu.
Betulkan Sikap Suka Hidup Dalam Rumah Bersepah
Agak pelik kenapa ada sesetengah isteri berperangai macam itu. Rupanya dalam dunia ini ada juga perempuan yang pemalas dan tidak suka mengemas!
Inilah yang patut dibetulkan. Sebenarnya dalam kehidupan berumah tangga, isteri kena pandai curi masa untuk mengemas dan memasak. Bukan masakan yang hebat-hebat, cukup sekadar mengalas perut anak beranak. Tetapi sayangnya ada segelintir suami langsung tak nak bantu isteri. Paling mudah, sekurang-kurangnya salah seorang sudi cuci pinggan mangkuk.
Apa lagi soal nak mengemas satu rumah. Ini memerlukan peranan kedua belah pihak. Isteri masak, suami jaga anak. Mudah! Sebenarnya betul tak ada masa atau jenis biasa hidup dalam keadaan rumah kotor? Hanya tuan empunya diri ada jawapan.
Sudahnya keadaan rumah tetap begitu juga. Apabila ditegur, dia melenting dan merajuk.
Tolong sedar, isteri orang lain juga ada yang bekerja dan penat tetapi mereka ada masa untuk mengurus rumah dan menjaganya supaya bersih sentiasa. Jadi kenapa rumah masih jadi macam tongkang pecah?
Dalam kehidupan laki bini, saiz rumah ukan ukuran tetapi kebersihan akan membezakan segalanya. Ramai yang impikan ketenangan di dalam rumah setelah penat berada di luar tetapi tidak semua kita yang berpeluang untuk mengecapinya.
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asy’ari r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir AlhamduliLlah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan AlhamduliLlah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Solah itu adalah cahaya. Sadaqah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan (memelihara) dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)
Pendek kata, biar kita susah, miskin, rumah buruk, janji bersih dan kemas walaupun rumah buruk. Sekurang-kurangnya kita selesa tinggal di rumah kita. Walaupun kita susah bukan alasan untuk kita malas mengemas rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kurus tanpa jalan singkat, Fasha Sandha dedah tak makan nasi 2 minggu & workout. Sememangnya bukanlah satu perkara mudah untuk menurunkan berat badan apatah lagi tidak menggunakan jalan singkat untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman.
Lumrah wanita yang melahirkan anak, mereka akan risau tentang berat badan akan naik mendadak selepas itu. Masing-masing akan berhempas-pulas melakukan pelbagai cara, baik senaman, pengambilan makanan sihat dan sebagainya.
Hal yang sama sebenarnya turut dialami oleh pelakon terkenal, Fasha Sandha. Dirinya menyatakan genetik keluarganya yang memiliki tubuh agak besar antara punca sedikit bermasalah untuk mendapatkan kembali berat ideal seperti sebelumnya.
Bagi ibu kepada tiga cahaya mat aini juga untuk kurus sebenarnya tiada jalan pintas. Tiada istilah cara kuruskan badan dalam seminggu atau dalam masa sebulan.
Dengan mengamalkan workout dan tak sentuh nasi 2 minggu berat badannya sedikit menurun.
Berkongsi kisahnya yang gigih menurunkan berat badan, isteri kesayangan Aidil Aziz itu menjelaskan badannya mudah turun dan naik. Dek kerana itu ada masanya nampak langsing dan kadangkala kelihatan sedikit berisi.
Fasha juga berkongsi kejayaannya mencapai berat badan ideal mengikut kadar Indeks Jisim Tubuh (BMI). Usaha tersebut membuahkan hasil apabila empunya diri berjaya menurunkan sebanyak 3.8 kilogram (kg) dalam tempoh dua minggu.
“Alhamdulillah tak makan nasi dua minggu dan hari-hari workout. Berat turun 3.8kg. Keseronokan itu macam turun 38kg.
“Oh ya, jika mengikut ketinggian, saya tidak overweight mahupun obesiti. BMI saya kategori normal, tetapi saya mahu runcing lagi untuk pengambaran watak yang berat disember nanti. Doakan saya ya.
“Saya tak pilih cara itu (jalan pintas), jadi saya terpaksa bergelut dan terseksa sedikit. Jujur cakap, saya miliki genetik besar. Jadi, mental harus kuat jika mahu kurus. Doakan saya road to 60kg berjaya.
“Jurulatih peribadi saya cakap, saya patut berbangga. Sebab pernah mengandung lima kali (dua kali keguguran) dan pernah melahirkan secara pembedahan tiga kali, tetapi BMI masih normal,” ujarnya.
“Semoga Impian Terlaksa” Warganet
Ramai yang kagum dengan semangat Fasha untuk menurunkan berat badan.
Ada caranya untuk buat sendiri kulit popia yang lembut. Malah bila perap semalaman dohnya, tekstur lebih licin dan cantik.
Bukan apa, lebih berbaloi dan puas hati sebenarnya bila buat sendiri. Berbanding kulit popiah goreng yang boleh dibeli dan ada dijual di pasaran, kulit popia basah ni kena buat sendiri. Sebelum diletak inti seperti udang kering, sengkuang dan lobak merah serta dicicah dengan sos pekat.
Boleh cuba buat sendiri Kulit Popia di rumah ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Rabiatul Adawiyah Binti Samsudin ini yang dibuat niaga.
Siapa suka makan kulit popia? Kulit ni boleh buat popia basah, goreng, samosa, murtabak dan macam-macam kegunaan.Ini saya buat untuk berniaga. Kalau bulan puasa biasa 15kg ke atas. Kadang-kadang sampai cecah 60kg sehari.Waktu puasa boleh cuba buat untuk berbuka.
Saya versi selet saja tak gosok atas kuali dan tak guna putih telur dan cuka. Alhamdulillah masih lembut sangat.
Bahan-Bahan:
Tepung gandum sekilo (apa-apa cap pun boleh)
Air 600ml-900ml (anggaran saja)
Garam
Cara Membuat:
1.Bancuh semua bahan macam nak buat cucur tapi air dikurangkan. Bancuhan tak terlampau cair dan tak terlalu pekat.
2.Perap 2 jam. Kalau nak tekstur lebih licin dan cantik simpan dalam peti sejuk bawah lebih 4jam-8jam atau semalaman. Tutup bekas dengan aluminium foil/plastik wrapping untuk elak permukaan atas tepung keras. Kulit pun rangup dan tak liat.
3.Selet atas kuali pan nonstick/ kuali popia.
Tip:
-Guna api kecil saja. Jika selet tepung tak melekat tanda api terlampau panas. Jika selet dan tak boleh tarik dan melekat tanda kuali belum panas.
– Gosok kuali dengan tepung dan sedikit minyak yang dioles pada kain bersih.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.