Bila sudah berkahwin, pasanganlah orang yang paling dekat dan terbaik dalam meminta dan memberi nasihat. Tak kiralah suami mahu pun isteri, sebab masing-masinglah orang yang tahu dan memahami apa yang dialami oleh pasangan. Boleh kata susah senang bersama.
Walau bagaimanapun, ada juga pasangan terutamanya suami merasakan nasihat isteri ini tidak ‘sesuai’ dan lebih suka mendengar nasihat daripada orang yang tidak ada kena mengena. Bukan bermaksud, sahabat atau orang yang dikenali itu tidak boleh dipercayai ye!
Sebenarnya, nasihat isterilah yang patut suami dengar dan apa yang dikatakan itu adalah dari hati. Seperti apa yang dikongsikan oleh Liyana AuraRich ini, suami lebih suka dengar nasihat orang lain. Walhal isterilah orang yang paling dipercayai dan paling dekat dengan suami. Kena ingat tu…
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
Ads
Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan suami. Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !
Buruk baik diri suami, isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini confirm!
Isteri Penasihat Terbaik
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.
Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita !
Ads
Tidak ada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Malah, tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekali pun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Paling Ikhlas
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Ads
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam.
MW: Betul tu, isterilah orang yang tepat nak beri nasihat. Walaupun kadang-kadang suami kena ‘tadah’ telinga dengar bebelan tu. Tapi itulah yang sebenar-benarnya.
Jangan hanya memuji kejayaan, mak ayah kena lihat juga nilai diri anak sama ada mereka seorang yang rajin, mudah mendengar kata atau menghormati orang tua.
Nilai diri anak adalah lebih hebat daripada segalanya. Hargai dan sayangilah diri anak-anak seadanya.
Jangan Hanya Memuji Kejayaan
Kongsi Mohd Fhais Salim, pada anak jangan hanya memuji pada,
– kepandaian
– kehebatan
– kejayaan
– kekuatan
– kepetahan
Mak Ayah Kena Lihat Juga Nilai Diri Anak
Dia semata-mata. Tetapi lihat juga pada,
– kerajinan
– peramah
– tolak ansur
– budi bahasa
– ketekunan
– usaha
Sesungguhnya itulah nilai sebenar anak kita.
Nilai Anak Sebaiknya
Yang kita nampak dan puji selalu itu adalah result yang tercipta daripada nilai.
Risau, jika kita asyik puji pada result lama-kelamaan anak kita akan terpedaya.
Anak akan jadi attention seeker!
Puji result anak akan jadi taksub pada pujian tapi jika kita puji nilai, anak akan rasa dirinya sangat bernilai.
Nilai diri = self esteem
Self esteem yang tinggi akan buat anak jadi sangat pandai menghargai diri sendiri.
Pengorbanan dan kasih sayang seorang mak tu memang tak berbalas dan tak ternilai.Selagi ‘syurga’ kita ada di dunia ini,sayanginya, hargailah dia dan berusahalah berbakti padanya. Ini kerana apabila seorang mak itu telah kembali kepada pencipta Nya, maka akan hilanglah satu RAHMAT yang ada. Hatta setiap tutur katanya, air tangan, susuk tubuh malah bau mak pun akan menjadi satu kenangan dan kerinduan yang tak bertepi.
Chef selebriti Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail,62 atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, diketahui cukup rapat dan mesra dalam menjaga ibunya Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang lanjut usia.
Dalam satu perkongsian Chef Wan di Instagram cukup menyentuh hati ramai. Menyedarkan tanggungjawab dan peluang seorang anak untuk berbakti pada emak tersayang yang telah meningkat usia. Apatah lagi membayangkan suatu masa, jalinan hubungan rapat mak dan anak tersebut akan kehilangan apabila tiba masa dipanggil pencipta.
Berikut perkongsian tersebut;
“Dah tua ini semua mula kering dan gelebeh. Tak usah kata emak…kita sendiri pun dah mengelebeh! Its the law of gravity! Putih gebu kulit emak ni.”
“Beruntung saya semasa hidup boleh saya jaga makanan minum ibu saya mau pun sapu-sapukan cream mositurisor ini for her.”
“Satu hari entah berapa kali saya peluk dan cium ibu saya these days. Pagi kena cium…lepas makan kena dakap to put her to bed for a nap mau pun to put her to sleep.”
“I am sure esok bila emak tak ada lagi mesti saya merinduinya amat sangat.”
“Each time i kissed her i kept cium dahi dia lama supaya my brain can register bau ibu saya ini.Saya takut kehilangan bau itu.”
“Bila esok ibu tak ada lagi harap-harap saya masih boleh bau ibu saya ini sesekali untuk mengubati rindu saya nanti.”
“Dah sapu-sapu cream……emak sempat nak joget tu…kita layan aja lah…Janji dia senyum dan gembira.”
“It must be devastating to see our parent di hari tua sakit, tak ber upaya dan sentiasa susah dan berlinangan dengan air mata.”
“Children who neglect their own parent dan aniaya kan ibu dan bapa sendiri hidup mereka tak kan selamat.Di akhirat nanti Allah balas kan mereka dgn azab di Neraka nanti.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, berusahalah berbakti dan hargai mak sementara masih ada. Kerana kerinduan kehilangan orang tersayang tiada bertepi.
Baca Lagi Di Sini:
Mak Ayah Sila Contohi Kesabaran Chef Wan Jaga Ibunya, Cik Ani Yang Dah Lanjut Usia
Mak Suka Mee Rebus Udang, Chef Wan ‘Belanja’ Resipi Ini, Siap Kongsi Tip Buat Kuah Jadi Lebih Sedap!
Sumber: _chefwan58
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan hari-hari mak-mak basuh kain guna mesin basuh automatik. Tapi tak ramai mak-mak yang tahu hampir kesemua fungsi butang yang ada pada mesin basuh kita kan. Tip yang dikongsikan Mommy Daily ini sangat bermanfaat untuk mak-mak
Inilah Fungsi Butang Soak/Tub Cleaning Pada Mesin Basuh
Pernah tak mak-mak membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?
Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mak-mak jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang bekerja setiap kali membasuh.
Cara Nak Basuh Mesin Basuh
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
1.Tekan ON 2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START. 3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mak-mak letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh.
Basuh Mesin Setiap 2 Bulan Sebab..
Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8 tahun diguna tiba-tiba stop.
Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.
Sebab selama 8 tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.