Suami nak cerai, isteri terus failkan tuntutan nafkah dan harta sepencarian di Mahkamah
Iyalah suami tengah angau dengan kekasih hati, memang sudah tak ada hati pada isteri dan anak-anak. Begitulah realitinya bila suami curang, muka isteri pun dia tak mahu pandang. Apa lagi hati isteri, lambat lagi dia nak jaga.
Suami Nak Cerai
Kongsi Puan Kheyr Hameed, bila artis buat laporan pihak ketiga dalam rumah tangga, ramailah sibuk nak juga “saman”.
Saman yang artis tu buat ialah untuk kes sivil untuk injunksi bagi menghalang pihak ketiga mengganggu artis tersebut sama ada secara bersemuka atau dalam talian. (U go girl, good job!)
Untuk isu pihak ketiga, ia adalah bawah kategori jenayah syariah (bagi muslim). Jadinya bukan istilah “saman” digunakan, ianya adalah pendakwaan yang akan dilakukan oleh pendakwa syarie.
Isteri Tak Payah Terhegeh
Prosedurnya? Bawa bahan bukti dan sebagainya serta buat laporan di pejabat agama islam daerah/negeri.
Tetapi untuk mendakwa pihak ketiga ianya agak mencabar kerana peruntukan yang ada, adalah sangat terhad dan spesifik.
Sebagai contoh, di Selangor terdapat tiga peruntukan melibatkan orang ketiga iaitu Seksyen 32, 33 dan 34 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.
Ads
Lebih Baik Move On
Peruntukan ini menetapkan,
“Mana-mana pihak yang memujuk lari suami atau isteri, mana-mana pihak menghalang suami isteri menjalankan tanggung jawab dan mana-mana pihak menghasut memujuk suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggung jawab dalam rumah tangga boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan”.
Dan tafsiran orang ketiga boleh juga melibatkan ahli dalam keluarga sendiri seperti ibu mentua, ipar duai dan sebagainya.
Apa yang dikatakan mencabar itu ialah bagaimana hendak buktikan kepada mahkamah bahawa pasangan anda adalah “dipujuk” atau ”dihasut” untuk lari atau abaikan tanggungjawab atau bercerai?
Antara saksi utama akan dipanggil ialah pasangan anda sendiri. Jadi jika disoal siasat, adakah anda rasa pasangan anda akan menyatakan “ya, dia yang hasut saya supaya bercerai.”
Atau “ya, dia yang pujuk saya tinggalkan isteri saya.” ?? Adakah mungkin mereka akan menganiaya ”skandal” mereka sendiri dengan mengatakan memang mereka tidak berniat tetapi dipujuk dan dihasut?
Selagi Boleh
Senang cerita, akal sudah diberi… Pilihan di tangan sendiri. Fahami maksud kehidupan suami isteri. Curang itu adalah pilihan.
Ads
Kalau tanya saya, saya lebih suka anda failkan tuntutan nafkah tertunggak dan harta sepencarian di mahkamah jika didapati dimadukan atau jika ingin diceraikan.
Suami nak ceraikan, tapi isteri beriya tak nak dan nak “saman” pihak ketiga. Move on sajalah. Cerai dan buat semua tuntutan yang boleh. Tak payah terhegeh-hegeh dah kalau suami nak ceraikan.
Notakaki: Kalau mak pak mertua hasut menantu untuk tinggalkan rumah dan abaikan tanggungjawab, silalah saman mak pak mertua.
Tapi drama melayu, selalunya mak pak mertua akan suruh anak lelaki kahwin lagi satu kalau mereka tak suka menantu. Anak lelaki konon terpaksa tapi kahwin juga. Kahkahkah.
Mingguan Wanita : Suami bila dia curang, itu memang pilihan dia. Bukan tercurang tanpa sengaja pun. Jadi jangan bebankan fikiran untuk saman orang ketiga, melainkan memang ada bukti kukuh suami kalian adalah mangsa keadaan.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Semalam laman sosial dibanjiri dengan kepingan gambar mak ayah Adam Raykal yang cukup menyedihkan sambil memeluk jenazah bayi yang sudah kaku dan di bahagian komen pula terselit komen kurang manis pasal pengasuh.
Ada yang bersyukur dapat pengasuh baik dan ada juga yang mula bimbang nak letak anak di rumah pengasuh dan taska. Ya, walaupun kes pengasuh dera bayi ini bukan kejadian pertama yang berlaku, namun rata-rata mak ayah cukup risau nak hantar anak kepada pengasuh.
Untuk tenangkan hati mak ayah yang keluar mencari rezeki dan terpaksa serah anak kecil kepada orang luar, jemput baca pandangan Puan Intan Dzulkefli ini…
Tak Semua Pengasuh Jahat!
Selaku manusia normal, sesiapa pun akan rasa terkesan dengan berita kematian bayi Adam Rayqal yang memenuhi ruang newsfeed hari ini.
Saya mohon, semua ibubapa yang memilih untuk berhenti kerja & menjaga sendiri anak-anak, janganlah sampai hati untuk drop komen, di mana-mana berita tentang kematian Adam.
“Sebab macam nilah saya sanggup resign,” “Duit boleh cari, anak takde ganti,” “Jaga anak sendirilah lagi baik,” “Inilah sebabnya saya minta wife berhenti,”
Ia hanya menambahkan luka si ibu apabila membaca komen seperti ini. Astaghfirullah.
Saya pun pernah bekerja, hantar anak ke pengasuh. Percayalah, tiada ibu yang waras yang tidak sayangkan anaknya, sepanjang masa terkenangkan anak-anak. Janganlah sewenangnya disalahkan ibu yang bekerja seolah mereka semua lebih sayangkan duit, pangkat dari anak-anak. Kalaulah kita tahu dilema yang ditanggung ibu-ibu yang bekerja, kita takkan sanggup melemparkan kata-kata sedemikian buat mereka.
Bukan semua bekerja atas pilihan & minat, ada yang terpaksa bekerja atas tuntutan yang mendesak. Sekiranya kita belum diuji sedemikian, maka panjatkanlah syukur sebesarnya kepada Allah.
Janganlah dipersalahkan ibu & bapa anak kecil itu. Ingatlah setiap dari kata-kata kita akan diuji, apatah lagi jika datang dari hati yang merasa diri lebih baik dari ibubapa tersebut dalam menggalas amanah menjaga zuriat.
Begitu juga dengan pengasuh, bukan semuanya jahat, tidak ikhlas, masih ramai yang baik hati, ikhlas & sayangkan anak-anak asuhan seperti anak sendiri. Maka, janganlah dipukul rata semuanya.
Adalah lebih baik kita doakan yang baik-baik buat ibubapa yang kematian anak kesayangan mereka itu, apatah lagi dalam keadaan tidak disangka-sangka & menyayat hati.
Berbanding memaki, membawang & salah menyalahkan, kita sebenarnya ada pilihan yang lebih baik. Marilah kita panjatkan doa buat mereka.
DOA UNTUK JENAZAH KANAK-KANAK LELAKI
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا أَجْرَهُ
Ya Allah jadikanlah dia sebagai penolong kepada kedua ibubapanya, dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibubapanya. Dan beratkanlah timbangan amal keduanya dan penuhilah kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi ujian selepas kematiannya dan janganlah hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas pemergiannya.
Amiin amiin ya robbal ‘alamiin.
Semangat Buat Mak Ayah Adam Rayqal
Buat ibubapa Adam Rayqal, semoga diberikan ketabahan, kekuatan untuk menempuhi ujian ini. Bukan calang-calang insan yang dipilih Allah untuk menggalas dugaan seperti ini. Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.
Saya berharap semoga pesalah juga akan dihukum seadilnya di muka pengadilan & bertaubat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pasti mak ayah menghadapi masalah anak yang sukar untuk membuang air besar. Jangan pandang ringan masalah ini! Segera cari punca apa yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Menurut Pakar Pediatrik Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Khamini Ramanujam, masalah anak sukar membuang air besar boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
Untuk mengelakkan masalah sukar membuang air besar ini berlaku, kanak-kanak perlu mengambil makanan yang seimbang. Mereka perlu minum air yang mencukupi.
Selain itu pengambilan makanan serat tinggi seperti sayuran dan buah- buahan juga sangatlah penting.
Mereka juga harus mengurangkan pengambilan makanan telah diproses dan makanan yang tinggi gula. Kanak-kanak juga perlu membuat aktiviti-aktiviti fizikal dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sesetengah jenis ubatan seperti vitamin dan zat besi juga boleh menyebabkan sembelit.
Lebih Teruk Jika Ambil Makanan Berminyak Dan Pedas!
Jelas Dr Khamini lagi, semasa kanak-kanak diajar ‘toilet training’ boleh menyebabkan mereka sembelit kerana menahan diri untuk pergi ke tandas.
Dr Khamini Ramanujam, Pakar Pediatrik Hospital Gleneagles Pulau Pinang,
Ini akan menyebabkan kanak-kanak ini mengalami sindrom usus rengsa (irritable bowel syndrome) dan juga sembelit.
Masalah ini jadi lebih teruk apabila mereka makan makanan yang terlalu berminyak atau pedas.
Selain itu, stres dan masalah emosi juga boleh menyumbang terhadap sindrom usus rengsa.
Sesetengah kanak-kanak memerlukan ubat untuk melembutkan najis untuk membantu masalah sembelit.
Adakah Boleh Menyebabkan Komplikasi Lain?
Masalah sembelit boleh menyebabkan kesakitan semasa membuang air besar. Kanak-kanak ini boleh mendapat ‘anal fissure’ dan penyakit buasir.
Mereka juga mengalami masalah sakit perut yang boleh menggangu aktiviti harian. Selain itu, mereka tiada selera makan.
Masalah sembelit juga menyebabkan terjadinya ‘kencing kotor’ atau urinary tract infection terutamanya di kalangan kanak-kanak perempuan.
Apa Akan Terjadi Jika Susu Formula Sering Ditukar Ganti?
Tidak ada apa gejala-gejala yang berlaku jika sering bertukar ganti susu formula. Sesetengah kanak-kanak tidak suka rasa susu dan pengambilannya boleh berkurang.
Pemakanan Yang Sesuai Untuk Anak Yang Sering Mengalami Sembelit
Kanak-kanak harus mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayuran, buah-buahan, roti ataupun biskut whole grain.
Mereka juga harus mengurangkan pengambilan makanan yang diproses, tinggi gula dan kanji. Air juga harus diambil secukupnya setiap hari.
Makanan yang baik adalah seperti:
Buah-buahan seperti betik, pisang, buah beri, epal
Sayur-sayuran seperti sayuran hijau, lobak merah, labu, brokoli dan kacang buncis.
Yogurt
Roti serat/whole meal bread
Bijirin
Bagaimana Untuk Mengelakkan Sembelit Berlaku?
Makan makanan yang seimbang dan berserat tinggi
Minum air secukupnya
Menetapkan rutin tandas yang kerap
Amalkan cara hidup yang sihat dengan membuat aktiviti fizikal setiap hari.
Aishah dimarahi cerita pengalaman ‘isteri yang beli beras’, luahan penyanyi Aishah baru-baru ini sempena ulang tahun kelahirannya mendapat reaksi yang kurang enak malah dia juga akui menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram.
Seperti mana yang dikongsi sebelum ini menerusi akaun rasmi Instagramnya, Aishah begitu gembira menerima seutas gelang daripada anak-anak, Armand Azhari dan Azhad Ahlami.
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ itu mencurahkan isi hatinya tentang perkahwinannya sebelum ini. Luahan Aishah yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 3 Januari lalu juga telah menyentuh hati para pengikutnya di Instagram.
Terang Aishah dia bukan saja dia tidak pernah dimanjakan dengan bingkisan hadiah semasa bergelar isteri. Bahkan dia memikul tanggungjawab yang lebih besar.
“Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah..
“Seumur hidup sayalah isteri yang membeli beras.
“ALLAH bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present from Armand.
Aishah Dimarahi Cerita Pengalaman ‘Isteri Yang Beli Beras’
Dek kerana perkongsian tersebut, terbaru Aishah menyatakan dia dimarahi. Malah dia juga tidak menyangka pengalaman realiti yang dilalui dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan ramai yang tidak berpuas hati.
“Hadoiii marah betul setengah orang bila saya menceritakan pengalaman saya sebagai ‘isteri yang beli beras.
“Relax, saya sebut itu kerana itu betul-betul terjadi, dan bagi saya ia tak aib apa pun.
Realiti Pengalaman
“Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai juga kaum wanita lain.
“Hari saya terima hadiah dari anak-anak saya, Saya sangat teruja, bukan saja kerana pemberian itu tetapi yg paling utama Allah SWT.
“Tarbiah saya direct. Kenapa? Kerana Allah SWT.
“Mengajar saya yang bila kita buat baik, dan lebih dari tanggungjawab kita, Allah .akan balas dengan berbagai cara dan melalui orang lain.
Anggap Amal Jariah
“So chill, tak payah nak nak bertubi-bertubi DM saya nak maki hamun saya. Saya tulis dlm IG saya, saya tak cari wartawan untuk bercerita hal itu pun.
“Kalau tak suka tak payah follow atau skip je cerita saya ok. Tak pernah menyesal pun dengan pengalaman itu, dianggap sebagai amal jariah dan sedekah,” kongsi Aishah.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...