Suami adalah lelaki yang paling disayangi, dipercayai dan diharapkan dapat melindungi diri seorang wanita selepas berkahwin. Tugas itu dahulunya dipikul oleh ayah, akhirnya diserahkan pada insan yang bergelar suami untuk menjaga anak gadisnya.
Suami Sepatutnya Pembimbing
Tiap wanita tentunya mengimpikan hidup yang bahagia, punya suami yang menyayanginya sepenuh hati dan dapat membimbingnya ke jalan yang Allah. Namun, bukan semua mampu memiliki apa yang diimpikan.
Ikuti pengakuan daripada seorang wanita yang menggemarkan dirinya sebagai Ana. Berusia lewat 30-an dan memiliki empat orang anak. Mungkin kisah rumah tangga yang ingin dikongsikan ini sukar dipercayai. Namun itu adalah kisah yang benar-benar terjadi dalam hidupnya.
Foto hiasan.
Dikahwini Suami Sebagai Isteri Kedua
Aku berkenalan dengan suami ketika kami menghadiri satu kursus di antara jabatan kerajaan. Aku waktu itu sudah berusia lewat 20-an. Imejnya yang islamik membuatkan aku tertarik padanya walau pun aku tidak bertudung. Sepanjang kursus itu, dia yang sering menjadi imam solat dan mengetuai bacaan doa.
Sejak itu kami mula rapat dan bertukar-tukar telefon. Dari awal dia memberitahu bahawa dia duda anak tiga. Waktu itu aku dapat terima kerana dia jujur. Bahkan dia tak paksa untuk aku terima dia.
Dah jodoh, akhirnya kami diijabkabulkan sebagai suami isteri. Terus terang, dia memang suami yang baik. Rajin membantu kerja rumah. Cuma ada rahsia yang ku simpan kemas dan tak pernah ku ceritakan pada sesiapa pun.
Di sebalik imej islamiknya itu, dia memiliki hobi pelik iaitu suka menonton filem ‘dewasa’. Aku juga diminta untuk bermekap dan memakai pakaian tidur seksi setiap kali sebelum bersamanya di ranjang. Di awal perkahwinan, ku sangka mungkin mood pengantin baru. Rupanya itu adalah kemahuannya jika kami ingin bersama.
Pernah teruk aku dimarahi kerana enggan bermekap bila dia ingin bersamaku. Akhirnya nak tak nak, sebagai isteri aku akur. Selain itu, selepas kahwin, aku teringin nak pakai tudung tapi suami tak izinkan.
Katanya tunggu hingga aku lebih berusia. Hairan juga aku kerana sepatutnya dia bimbing aku untuk lebih baik. Tapi ini pula sebaliknya. Bahkan dia akan minta aku inaikan rambutku dengan warna perang. Tentu orang ingat aku yang tak berubah walau pun sudah berkahwin dengan lelaki yang baik, beriman. Hanya aku saja yang tahu kebenarannya.
Ads
Bertahun Pendam Rasa
Terus terang, aku tertekan dengan sikap suamiku itu. Apatah lagi aku rasakan bila bersamanya, dia akan membayangkan aku seperti wanita-wanita yang ditontonnya dalam filem dewasa itu. Tapi, apa dayaku sebagai isteri?
Kadangkala terlintas untuk aku berkongsi dengan ahli keluargaku, tapi aku rasa malu. Apatah lagi tentu ramai tak percaya bila melihatkan imej luarannya itu.
10 Tahun Bertahan
Selama 10 tahun aku menjalani kehidupan yang sebegitu. Aku sering berdoa agar suami akan berubah atau ditunjukkan jalan yang terbaik untukku.
Sehingga satu hari, suami meminta izinku untuk berkahwin lagi seorang. Yang memeranjatkan aku, wanita itu masih muda dan seksi orangnya. Rupanya suami berkenalan dengan wanita itu yang bekerja di sebuah hotel. Kalau dilihat, umpama mustahil suami memilih wanita begitu sebagai isteri.Tapi tidak bagiku kerana aku tahu selera pelik suamiku.
Ads
Saat itu, aku umpama dibukakan jalan untuk aku keluar dari rumah tangga yang tak membahagiakan itu. Aku tekad tuntut cerai kalau dia ingin mengahwini wanita itu. Dia yang sedang mabuk kepayang hanya bersetuju.
Dipendekkan cerita, suami melafazkan talak satu padaku dan aku mendapat hak penjagaan anak-anak. Aku lega dan reda walau pun bergelar janda. Aku rela hidup susah daripada terus hidup dalam tekanan.
Dihubungi Isteri Pertama
Tak tahu daripada mana dia mendapat nombor telefonku, aku dihubungi oleh bekas isteri pertama bekas suamiku. Rupanya dia bercerai dulu adalah disebabkan hal yang sama. Dia tak sanggup lagi berdepan dengan selera pelik suami. Aku juga diberitahu, rupanya isteri baru bekas suami itu bekas GRO. Aku hanya mampu terdiam.
Bila anda dengar tagline ‘Pencetus Nafsu Sebenar Wanita’, apakah yang terbayang di fikiran anda? Menurut Pengasas MiraGold, Puan Dhamirah Daling tagline tersebut dipilih memberi simbolik tersendiri melambangkan emas sebagai pendamping setia wanita.
Selain itu, beliau berharap agar jenama MiraGold menjadi kedai emas nombor satu idaman wanita di Malaysia.
Nor Dhamirah binti Daling dan Mohd Zulatika bin Ghani
Wanita mana yang tidak terpikat dengan kemilauan perhiasan emas. Ia bukan sahaja berperanan sebagai perhiasan wanita, malah ia merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang terbaik yang kalis inflasi.
Minat dalam bidang perniagaan membuka ruang buat pasangan suami isteri, Nor Dhamirah binti Daling dan Mohd Zulatika bin Ghani membuka perniagaan berasaskan emas diberi nama MiraGold.
Meskipun kedua-duanya merupakan graduan lepasan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Ijazah Kejuruteraan Awam, pasangan suami isteri ini mempunyai sebab mengapa lari jauh dari bidang teknikal yang dipelajari di peringkat universiti.
Tidak hairanlah berkat minat dan sokongan antara satu sama lain mendorong pasangan ini menceburkan diri dalam perniagaan emas yang pastinya mempunyai cabaran dan risiko tersendiri.
Syarikat 100 peratus milik bumiputera ini mula bertapak pada tahun 2018 di Bandar Baru Uda, Johor sebelum beralih ke Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019. Nama MiraGold begitu dikenali di selatan tanahair dan mempunyai pelanggan tetap sehingga ke negara jiran iaitu Singapura.
Baharu sahaja melebarkan empayar perniagaan ke ibu kota Kuala Lumpur, MiraGold kini mempunyai cawangannya yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kedai Emas ini mula beroperasi pada 8 Mac 2024 lalu dimana ia menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk setiap pelanggan yang berkunjung ke cawangan terbaharunya di ibukota Kuala Lumpur.
MiraGold turut aktif dalam penjualan dalam talian dan live di sosial media seperti Facebook, Tiktok dan Instagram dan mengambil kesempatan sepenuhnya dari media sosial untuk mempromosikan produk mereka.
Jika andapenggemar barangan emas, pelbagai jenis rekaan ditawarkan dari kategori evergreen, moden dan juga unik antaranya koleksi rekaan ibu dan anak iaitu set Clover full gold, set Clover enamel, set Evergreen lipan dan set Oro Italia.
Pilihan Masa Kini
MiraGold turut menawarkan pembelian barangan perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan. Barangan kemas yang terdapat di MiraGold meliputi aksesori untuk dewasa dan kanak-kanak.
Hadiah Hari Raya
Sempena kedatangan Ramadan dan Syawal, MiraGold turut mengeluarkan kad raya edisi terhad yang istimewa untuk mengembalikan nostalgia Raya seperti dahulu yang menggunakan kad raya sebagai pengantaraan baik yang jauh mahupun yang dekat. Edisi terhad ini didatangkan dengan gold bar 1gm dan 0.25gm.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada orang pasang niat nak turunkan berat badan. Mungkin sebab kesihatan atau sudah datang kesedaran dalam dirinya yang dia perlu kurus dan langsing. Jadi, dia pun bersenam beria-ia. Siang malam buat rutin workout.
Makin giat bersenam, harapan nak turunkan berat tak juga menjadi. Bila berdiri atas penimbang, mungkin turun tapi jumlahnya tak padan dengan senaman siang malam bagai nak rak tu.
Akhirnya dia pun frust. Back to normal. Makan ikut dan. Tak kisahlah kalau badan naik pun. Bersenam pun tak gerak, jaga makan pun sama saja. Ada solusi sebenarnya.
Menerusi perkongsian Coach Yatie Nadzli, salah satu cara berkesan menjalani proses turun berat badan adalah melalui diet Eat Clean. Diet ini juga yang menjadi amalan pemakanan Catriona Ross.
“EAT CLEAN adalah perkara yg paling penting dalam Proses Turun Berat Badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN“.
“80% kejayaan turun berat adalah dari pemakanan. Lidah kita ini sebenarnya boleh direset semula.”Kata Coach yang mengendalikan program pemakanan sihat dan Eat Clean.”
Coach Yatie Nadzli
Faham Dulu Maksud Eat Clean, Baca Sampai Habis Syarat Dan Pantang Larangnya
√ Makan whole food bukan proses food. Maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. makan nasi bukan bihun, mee.
√ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
√ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
√ Makan 4-5 x sehari ikut keperluan kalori badan.
39 Tip Menu Makan Nasi Secara Eat Clean
MENU mesti seimbang dan mengikut portion yang betul.
Salmon grilled tanpa minyak, sayur rebus, nasi perang, sambal cili tanpa belacan
Nasi kat pinggang lain. Paling senang nak makan sayur, tak perlu masak
Ayam bakar dan ulam
Sup telur
Ikan rebus dan ulam. Nasi kat pinggang sebelah.
Tips makan kat luar. Ambil ikan masak lemak tanpa kuah. Tanpa sambal belacan.
Sup ikan merah
Ikan jaket bakar
Sambal gesek salmon
Sambal gesek salmon
Sambal gesek ikan kembung
Salmon grilled tanpa minyak
Sambal gesek lagi. perghhh
Kerabu ayam
Sup tauhu
Ikan singgang
Jangan Makan Semua Jenis Makanan Di Bawah Semasa Program Eat Clean
Semua makanan bergoreng
Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
Semua jenis air manis
Processed food Nugget, Hotdog
Fast food KFC MCD PIZZA
Semua jenis sos dan kicap
Kerepek, kekacang yang bersalut
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yang selama ini jadi makanan ruji kita.
Eat Clean Mengempiskan Perut
√ Ya sangat betul! selama ni puas buat senaman dan makan macam-macam ubat kurus untuk kempis perut tapi tak berkesan?
√ Semua berbalik pada makanan kita. Minuman kita.
√ Jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
√ Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
Sumber/Foto : Facebook Page Coach Yatie Nadzli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dari kecil, kerjaya sebagai wartawan atau media tidak pernah terlintas di fikiran. Maklumlah pelajar aliran Ekonomi sepertiku lebih tertarik dengan perkembangan melibatkan kewangan.
Malah sejak di bangku sekolah, aku sebenarnya bercita-cita menjadi pakar ekonomi. Ha!Ha! Tapi lain pula jadinya.
Namun begitu di satu sisi yang lain, rupanya baruku sedar diri ini gemar juga berkarya. Kata orang, dalam hati ada taman. Jiwang giler. Usai tamat pengajian, aku bergelar wartawan. Rutin kerja memang padat, aku perlu bergerak aktif dan berfikir di luar kotak.
Masa bujang dulu okaylah tapi bila sudah berkahwin dan punya anak, aku perlu bijak bahagi masa.
Walau sesibuk manapun, aku pastikan anak-anak dan suami tidak terabai. Bukan senang menjadi ibu bekerjaya, memang kena banyak berkorban.
Habis kerja, bekejar pulang ke rumah. Walaupun penat sangat menempuh jam. Aku tetap gagahkan diri demi keluarga. Ketika sampai di kawasan perumahan, aku sudah mengambil mood.
Senyum lebar sendirian (mesti driver lain ingat aku gila) dan buang jauh-jauh masalah kerja yang menyesak fikiran.
Suara Anak-anak Bergema Satu Rumah
Baru sahaja parking kereta, suara anak-anak sudah bergema satu rumah. Yang sorang minta susu, yang bongsu nak dukung, anak sulung pula mahu disuap makan.
Manakala anak kedua merengek minta mainan. Aku yang vouge tadi di pejabat dengan dress potongan princess terus jadi serabai. Hu! Hu!
Belum sempat melepaskan lelah, sudah diserbu anak-anak. Aku simpan letih dan lelah, aku layan kerenah anak-anak.
Kadang-kadang rasa macam nak tongkat mata dengan mancis tatkala menemani anak-anak menyiapkan kerja sekolah, maklumlah mamanya dah mengantuk sangat.
Bila anak-anak sudah tidur, giliran suami pula tagih perhatian. Time-time tu lah dia nak air kopi panas. Hasrat nak berehat terbantut, penuhi pula permintaan encik suami.
Naik ke bilik konon nak baca buku, sudahnya terbongkang. Sedar-sedar jam sudah jam 2 pagi, ini yang sering terjadi. Apa lagi kelam kabut bangun tunaikan solat Isyak.
Di sebalik kekalutan dan kesempitan ruang ini, aku tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk suami dan anak-anak.
Seharian anak di sekolah, di rumah pengasuh jadi sudah tentu mereka dahagakan perhatian dan kasih sayang. Jadi kepada ibu bekerjaya di luar sana, bertabahlah ye.
Walau Terkear-kejar, Mesti Cium Dan Peluk Anak-Anak
Rutin aku sejak dulu, walau terkejar-kejar macam mana pun mesti cium dan peluk anak-anak waktu pagi ketika mereka keluar rumah dan cium mereka ketika kita pulang ke rumah.
Biar anak pergi sekolah atau ke rumah pengasuh dengan kehangatan kasih sayang. Biar mereka rindu-rindukan ciuman dan pelukan kita.
Percayalah sentuhan dan kasih sayang inilah yang membuatkan anak-anak ‘dekat’ dengan kita. Walaupun kini anak sulung aku sudah tujuh tahun, dia masih manja, masih mahu dicium (kadang geli hati juga pasal dia lelaki).
Ciuman rindu inilah yang mengikat kami sekeluarga. Jangan lupa juga cium tangan suami sebelum keluar bekerja, cium-cium yang lain tidak perlulah aku huraikan! 🙂
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...