Bagi yang suka buat bakeri, mesti tertanya-tanya, apa beza antara sos butterscoth dengan sos karamel. Warnanya dan kepekatannya seakan sama. Kadang-kadang, kita sendiri boleh keliru dan merasakan ia dari bahan yang sama. Bezanya hanya sebutan sahaja.
Bukan begitu, nama pun dah tak sama, sudah tentu cara membuatnya pun tak sama. Beza untuk membuat kedua sos ini pun tidak sama.
Mungkin ada sesetengah mak-mak yang suka buat resipi bakeri kena tahu untuk membezakan antara sos butterscoth dengan karamel. Paling penting, info yang diberikan oleh Qui Ieja ini boleh memberi manfaat kepada semua.
Sos Butterscoth Dengan Sos Karamel Sama Tak Serupa
“Bagi yang belum tahu, ada ilmu yang ingin dikongsikan antara dua sos ini.
Kedua-duanya nampak macam sama tapi tak serupa. Nak tahu apa bezanya…
Ads
Sos Karamel
Ia menggunakan gula putih. Gula putih di-caramelized dulu, barulah masukkan butter dan whipping cream.
Sos Butterscoth
Ia menggunakan gula perang. Mentega dicaikan terlebih dahulu dan barulah dimasukkan gula perang. Tapi, ia tak perlu sampai caramelized. Kemudian, barulah masukkan whipping cream.
Kalau tengok kedua gambar ini, sos butterscoth warnanya lebih cerah sedikit berbanding sos karamel.
Petua Asli
Satu lagi, petua untuk pastikan kedua-dua sos ini asli adalah dengan tidak mencampurkan tepung dalam resipi membuatnya. Kepekatannya memang dihasilkan daripada whipping cream sahaja.
Moga bermanfaat.
Ads
#qiukitchen
MW: Nanti rasa beza keasliannya dengan tidak mencampurkan dengan tepung.
Hidangan berbentuk manisan atau pencuci mulut tentunya mempunyai peminat tersendiri. Manisan seperti pengat memang mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga. Sesuai untuk dimakan saat minum petang bersama keluarga.
Ini Dua Resipi Pengat Yang Mudah Dibuat, Cubalah!
PENGAT UBI KAYU BERSAGU
Bahan-Bahan:
300 gram ubi kayu
200 gram santan pekat
100 gram sagu mata ikan
1 liter air
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Cara Membuat:
Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul
Angkat dan sedia untuk dihidang.
PENGAT KELADI
Bahan-Bahan:
300 gram Keladi
1 liter air
200 gram santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
100 gram sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Cara Memasak:
Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
Masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada macam jenis kuih lepat. Kali ini apa kata kita cuba buat lepat tepung pulut berintikan kelapa parut. Lepat yang dibalut daun pisang ini, kita perlu kukus dulu sehingga masak.
Dah siap masak, bolehlah makan. Sedap kalau dimakan panas-panas.
Boleh cuba ikut resipi dan cara buat lepat oleh Siti Hadirah yang dikongsikannya melalui grup Kongsi Resepi Masakan di Facebook ini.
Resipi Lepat Tepung Pulut
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula putih
garam sikit
daun pisang (layurkan dulu kemudian potong ikut saiz yang kita nak)
minyak (untuk sapu pada daun pisang)
Bahan Inti
kelapa parut – sebiji
garam
gula
(campur kelapa parut dengan garam dan gula. Gaul sebati)
1-Gaul semua sekali gula merah, gula putih, air masak sekali sehingga larut. Tapis dan sejukkan.Selepas itu, masukkan tepung pulut dan garam ke dalam satu bekas. Air gula tadi campur dengan santan dan kacau sebati. Tuang ke dalamnya tepung sikit-sikit tau sebab adunan tepung ni lebih kurang macam kita nak buat buah melaka. Tak lembik dan tak keras sangat.
2-Ok dah siap adun tepung ambil daun pisang yang dah siap layur tadi. Sapu minyak sikit kemudian ambik 1 sudu besar adunan tepung dan letak kat tengah daun pisang. Tekan-tekan sikit kemudian ambil kelapa parut dan letak di tengah tepung. Kemudian boleh la balut.
3-Susun dalam pengukus cantik-cantik. Kukus lebih kurang 20-25 minit. Balut kena kemas takut nanti masa kukus daun pisang ternganga pulak.
Penyakit kronik seperti kanser sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang sesuai sewaktu dalam proses rawatan juga mampu membantu merawati penyakit ini.
Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.
“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu rasa buntu hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini. Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.”
Bahan-Bahan:
2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
sedikit gula tebu/ jus lemon
1 liter air
Cara Membuat:
1.Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
2.Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut citarasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.
Ibu Aizzat tak mampu lupakan tragedi anak mati dibuli, "bibirnya lebam. Bibir itulah juga saya pernah susu dan suapkan nasi.Tanyalah pada mana-mana ibu, jika...