Shah Alam banjir lagi, ramai resah paras air sungai klang melepasi tahap bahaya. Pengalaman buruk dilalui warga Shah Alam diuji banjir besar awal tahun ini masih menjadi igauan ngeri. Tidak setakat kerosakan harta benda tapi juga melibatkan kematian.
Sejak semalam hujan yang tidak berhenti meresahkan ramai warga Shah Alam. Dalam laporan terkini dari laman web rasmi public info banjir banyak sungai dilaporkan telah dinaiki air hingga paras bahaya.
Dilaporkan setakat jam 7.15 pagi tadi, paras air sungai Klang di Taman Sri Muda, Klang telah melebihi tahap BAHAYA dan trendnya air masih menaik berikutan hujan masih renyai-renyai.
Beginilah keadaan paras air sungai Klang yang sudah melepasi tahap bahaya sekitar jam 7.15 pagi tadiAir sudah mulai naik di kawasan perumahan sejak malam tadi berikutan hujan lebat
Tidak hanya Sg Klang tetapi banyak sungai-sungai lain sudah melepasi tahap bahaya di mana penduduk sudah mula mengangkat barangan ke tempat tinggi mulai malam tadi dan mengalihkan kenderaan di lokasi selamat.
Memetik Sinar Harian, hujan lebat di sekitar Klang, Shah Alam, Puchong dan Kajang sejak tengah malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air dan satu kejadian tanah runtuh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, antara kawasan yang dinaiki air adalah di Jalan Kampung Landasan Bukit Kuda dan Taman Sentosa, Klang; Kampung Sri Aman dan Putra Height Harmoni 1, Puchong; Taman Chi Liung, Teluk Pulai dan Taman Maznah.
“Air turut dikesan naik di Taman Pasir Mas, Jalan Seroja, Jalan Reko dan Taman Teknologi Kajang, Kajang; Bukit Lanchang, Taman Sri Muda dan Jalan Kebun, Shah Alam serta Kampung Sungai Pening dan Sungai Lalang, Semenyih,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ads
Norazam berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, menerima beberapa panggilan banjir pada jam 12.26 tengah malam.
“Seramai 130 pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat dengan aset logistik membabitkan 20 bot, empat lori, 10 utiliti dan lapan jentera digerakkan ke semua lokasi banjir dan tanah runtuh,” katanya.
Ramai rungsing dan risau dengan situasi ini kerana awal tahun lalu keadaan cukup burukKerosakan harta benda menjadi taruhan dalam banjir beginiPenduduk sudah mula dipindahkan dengan bantuan pihak berkuasa
Norazam berkata, sehingga jam 3.30 pagi, lebih 31 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.
“Tiga PPS berkenaan dibuka di Masjid Kampung Johan Setia, Bandar Bukit Tinggi 2 dan Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih,” katanya.
Beliau berkata, kenaikan air yang paling dalam dikesan di pada paras 0.6 meter di Jalan Landasan Kampung Bukit Kuda, Klang, manakala bacaan air terendah dikesan pada paras 0.3 meter di sekitar Taman Sri Muda, Jalan Kebun dan Kampung Bukit Lanchong.
“Kita turut memberi tumpuan kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) dan operasi pemindahan mangsa banjir masih dilaksanakan sehingga jam 4 pagi tadi.Kita turut mengesan trend air mula menurun di beberapa lokasi selepas hujan lebat mulai reda,” katanya.
Norazam berkata, anggota dan pegawai dari Balai Bomba Penyelamat Kajang turut membantu mengeluarkan empat mangsa dalam kejadian tamah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat, Taman Sri Jelok, Kajang.
“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” ujarnya.
Apabila menghantar mesej seringkali kita menggunakan emoji tertentu bagi meluahkan perasan. Namun siapa sangka di Arab Saudi dengan menghantar emoji ‘love’ rupanya ianya merupakan salah satu bentuk jenayah gangguan dan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.
Jenayah Gangguan
Seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ menerusi aplikasi WhatsApp boleh berdepan hukuman penjara.
Akhbar Okaz melaporkan pengirim emoji itu boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan denda 100,000 riyal (RM111,556) jika disabit bersalah seperti ditetapkan di bawah undang-undang di Riyadh.
“Penghantaran emoji itu adalah satu bentuk jenayah gangguan. Selain itu, penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian juga adalah kesalahan sama jika aduan difailkan oleh penerima,” menurut laporan itu memetik kenyataan Al Moataz Kutbi.
Tidak Boleh Guna Emoji ‘Love’ Sewenangnya
Menurutnya, pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh menyebabkan mereka berasa terganggu atau tidak selesa terutamanya apabila menggunakan emoji ‘love’.
Jelas Al Moataz lagi, gangguan boleh ditakrifkan melalui pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual dalam apa jua bentuk termasuk menggunakan teknologi moden.
“Ia termasuk emoji yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut budaya sesebuah masyarakat seperti emoji ‘love’ dan bunga ros,” tambahnya.
Difahamkan, denda yang dikenakan boleh mencecah 300,000 riyal (RM335,000) jika pesalah melakukan kesalahan berulang.
Mingguan Wanita: Tak sangka pula hantar emoji ‘love’ boleh jadi salah satu bentuk jenayah gangguan. Siap dikenakan hukuman denda dan penjara di Arab Saudi.
Siapa sangka rezeki sepasang kakak kembar mendapat adik lelaki kembar hanya selepas 20 tahun menanti. Meriah sungguh dapat adik beradik kembar ni.
Yuliyani dan adiknya merupakan kembar seiras dan mereka dilahirkan pada Oktober 2001.Pada September 2021, mereka menyambut kelahiran adik lelaki yang juga merupakan kembar, namun tidak seiras.
Kelahiran itu menjadikan perbezaan Yuliyani dengan adik kembarnya adalah 20 tahun, namun itu tidak menghalang mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang akrab.
“Tidak sangka kami akan menerima adik kembar 20 tahun kemudian, namun itukan rezeki dari Allah SWT, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Berkongsi Gambar Di TikTok
Yuliyani turut memuat naik gambar dan video bersama adik kembarnya dalam akaun Tiktok serta meraih perhatian banyak pengguna media sosial itu.
Sehingga semalam, video itu ditonton lebih lima juta pengguna TikTok dan mendapat ‘like’ lebih 300,000.
Selain itu, Yuliyani turut menerima pelbagai komen yang mendoakan mereka menjadi keluarga bahagia dan diberi kesihatan yang baik.
Terima Hati Terbuka
Gadis itu memberitahu, mereka mulanya terkejut apabila ibunya memberitahu hamil lagi, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana memang sudah lama menginginkan adik.
“Kegembiraan kami berganda apabila mengetahui ibu hamil kembar dan pada masa yang sama bimbang kerana usia ibu sudah 40 tahun.
“Namun, semuanya berjalan lancar sehingga ibu selamat melahirkan adik kembar kami dan keadaan mereka juga sihat,” ujarnya.
Kini, Yuliyani dan kembarnya turut membantu ibu mereka menjaga adik kembarnya.
Tawan gunung Kinabalu, usia 41 tahun bukan halangan Sherry Ibrahim cipta kenangan manis. Ternyata umur bukanlah halangan buat pelakon, Sherry Ibrahim mengukir kenangan manis selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 7 Julai lalu.
Tawan Gunung Kinabalu, Usia 41 Tahun Bukan Halangan Sherry Ibrahim Cipta Kenangan Manis
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim memuat naik beberapa keping gambar kenangan perjalanan sepanjang pendakian.
“7 Julai 2024, syukur alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya.
“Sampai (puncak) sebelum matahari terbit dan berpeluang melihat pelangi yang indah selepas hujan,” tulisnya.
Sherry sempat merakam keindahan pelangi. Panorama tersebut turut dipaparkan dalam salah satu gambar yang dimuat naik.
Menurut Sherry, pendakian gunung tersebut bukan hanya sekadar menguji ketahanan fizikal namun ia juga menguji mentalnya.
“Perjalanan ke puncak lebih dari sekadar pendakian fizikal, ia juga adalah ujian ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong saya mengatasi had fizikal dan mental,” luah Sherry berkenaan pengalamannya mendaki gunung tertinggi antara Himalaya dan New Guinea itu.
Selain menguji ketahanan mentalnya, Sherry juga berkongsi perjalanan selama dua hari satu malam itu memberikan peluang untuknya mengenali kenalan baharu.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.