‘Setiap Malam Saya, Ibu Solat Hajat’ Murid Tahun 1 Ini Kuarantin Covid-19

Sememangnya virus Covid-19 ini tak mengenal pangkat, usia mahupun harta. Anak tahun 1 ini, Aimy Zahra Nasuha perlu menjalani kuarantin di Pusat Kuanrantin Covid-19. Tak pernah sekali pun terleka untuk tak tunaikan solat hajat agar bebas dari virus itu.

Kisah Aimy yang berkesudahan dikuarantin di Intitut Pendidikan Guru Datuk Razali Ismail, Batu Rakit bermula apabila salah seorang guru yang mengajar di kelasnya disahkan positif Covid-19.

Dari situlah, lebih 50 murid tahun 1 dan 2 Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kemunting ini diarahkan menjalani kuarantin.

Sejak Jumaat lalu, Aimy dan ditemani ibu, Hasmida Hassan, 35 sudah berkampung di pusat kuarantin.

Solat Hajat Setiap Malam, Mohon Dijauhi Covid-19

Malah, setiap malam, Aimy dan ibunya tak pernah lupa bersolat hajat bersama. Mohon agar Allah menjauhkan virus Covid-19 dari dirinya.

InsyaAllah, saya bebas daripada Covid-19. Setiap malam saya dan ibu menunaikan solat hajat semoga dijauhi daripada penyakit ini.” Begitulah dalamnya pengharapan anak kecil seusia 7 tahun ini.

IKLAN

Debar di hati sukar untuk digambarkan. Bimbang sekali dengan keputusan yang bakal dicatat kelak. Jadi, amalan solat lima waktu dan solat hajat itulah penenang hati untuknya.

Doanya, bukan saja untuk diri malah rakan-rakan sekolah yang sama-sama dikuarantin dengannya. Moga Allah jauhkan mereka daripada pandemik ini.

Baca sini : Bersalam dengan pesakit Covid-19 tak dikira kontak rapat, hadamkan maksud betulnya

IKLAN

Masih Belum Tahu Keputusan Ujian Saringan Anak

Jika Aimy yang kecil itu pun rasa berdebar, inikan pula ibu yang melahirkan. Keputusan ujian saringan anaknya itulah yang paling dinanti-nanti.

Seandainya keputusannya positif, saya dan suami redha dengan apa yang berlaku.” ibu Aimy awal-awal dah pasrahkan hati padaNya.

Tak mahu salahkan sesiapa, dia menganggap ujian ini sebagai ketentuan Tuhan.

IKLAN

Biar pun hatinya sedih dan tahu betapa tak sabar anaknya itu mahu pulang ke rumah. Bertemu bapa, Saiful Jefri Sulong, 45 dan dua orang abang. Tetap, ibu ini tak pernah lupa mendoakan keselamatan anak perempuannya itu.

Dia sendiri belum mengetahui keputusan ujian pertama anaknya. Dan anaknya bakal menjalani ujian calitan kali kedua.

Kehadiran Covid-19 ini benar-benar menguji rakyat Malaysia. Bermacam emosi meledak disebabkannya. Semoga, kita semua diberikan ketenangan, kesabaran dan kekuatan untuk melawan virus ini.

MW : Mendoakan agar adik Aimy dan rakan-rakannya bebas daripada virus Covid-19. Amin.

Sumber/Foto : Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI