Memang berbaloi jika tanam pokok lemon, setangkai boleh dapat 10 biji buah. Menjadi elok, besar dan subur sungguh pokok lemon ni. Mak-mak yang suka bercucuk tanam elok sangat tanam pokok lemon di rumah, sebab buah lemon jika dibeli boleh tahan mahal juga harganya.
Boleh ikut petua baja tanaman yang dikongsikan oleh Encik Faisal Hj Mustaffa ini sebagai panduan.
Alhamdulillah…rezeki luar biasa Allah bagi, setangkai lemon ada 10 biji kesemuanya.
Petua baja tanam kulit-kulit udang, tanam organ-organ ikan dan sekali sekala letak baja novatec premiumatau baja kopi(boleh beli dekat shopee). Kalau ada darah ikan pun saya siram, kalau ada air beras basuhan pertama pun saya siram (biarkan semalaman). Jangan putus asa dengan pokok, arwah mak ajar (Al-Fatihah).
Info Ekstra!
Pokok Lemon kena siram banyak air semasa sedang berbuah, bagi mengelakkan buah lemon pahit dan jus/airnya kurang.
Pokok Sawi antara sayuran berdaun hijau yang selalu kita gunakan dalam masakan. Baik untuk digoreng, dibuat sup dan dicampurkan dan mee. Seronok sungguh jika dapat tanam pokok sawi yang subur, berdaun lebar dan besar-besar di rumah. Jimat kos dan paling penting bebas racun dan di tanam secara semula jadi.
Jika mak-mak nak cuba tanam sendiri, pokok sawi gergasi ni, boleh cuba tanam ikut cara dan teknik yang dikongsikan oleh Mohd Shaifful ini sebagai rujukan.
Sawi Gergasi : Cara tanam mudah dan betul.
Daun separa tegak, bujur dan lebar berwarna hijau berminyak. Batang daun lebar dan tersusun rapat. Kutipan hasil 33 hari selepas di semai.
1. Proses Penyediaan tanah
Penyediaan tanah adalah sangat penting sama ada di tanah ataupun di dalam pasu Penggunaan pasu tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad.
Jenis tanah yang digunakan pula perlulah mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah: 2 kompos: 1 pasir. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini, penggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pasu tanaman sehingga ¾ paras pasu tanaman.
2. Semaian Biji Benih
Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat, sawi tidak menerima nutrien yang cukup dan menyebabkan sawi bersaiz kecil.
Teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur pada tapak semaian. Penanaman yang teratur akan membuatkan tanaman tumbuh secara seragam.
Siram secara perlahan, adalah lebih baik disiram menggunakan spray halus . Siram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang.
3. Penjarakkan atau Pemindahan sawi
Setelah 3 atau 4 hari, sawi akan bercambah. Sekiranya sawi telah mencapai saiz 3 inci ataupun memiliki 4 daun, penjarakkan atau penjarangan sawi perlu dilakukan di mana setiap pokok sawi perlulah mempunyai sedikit jarak iaitu 10cm diantara satu sama lain (jika di tanam dalam bekas yang besar).
Jika berminat untuk memiliki sawi yang bersaiz gergasi. Pindahkan anak pokok 1 pokok untuk 1 pasu.
Penjarangan atau pemindahan pokok dijalankan bagi memberikan ruang dan nutrien yang cukup pada tanaman sawi.
4. Pembajaan
Seterusnya, proses pembajaan sawi adalah cukup jika digunakan baja organik sama ada yang dibeli ataupun dibuat sendiri dari sisa dapur. Sekiranya membeli baja, pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi boleh dilakukan seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman.
Pemberian baja tersebut pada kadar 5 gram /1sudu teh sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Sebaiknya tidak terlalu rapat sehingga terkena batang pokok. Setelah membaja, pokok perlu disiram supaya baja lebih mudah diserap masuk ke dalam tanah dan diambil oleh akar pokok.
5. Kawalan Penyakit
Sayur sawi tidak dapat dielakkan dari gangguan penyakit dan juga perosak. Kawalan penyakit dan perosak juga adalah penting dalam tanaman sawi kerana perosak gemar dengan sayuran berdaun dan tanpa kawalan yang rapi, daun akan dimakan oleh perosak dengan cepat.
Adalah digalakkan untuk menggunakan kaedah secara biologi ataupun kawalan secara organik. Racun organik di sembur seminggu sekali.
6. Penuaian
Sayur sawi boleh dituai dalam masa 33 hari atau 35 hari selepas pemindahan anak pokok. Sawi dipotong pada bahagian batang paling bawah dan akar boleh dibiarkan sehingga menjadi reput dalam tanah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba tanam pokok sawi sendiri di rumah, ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Segar, boleh terus petik dan masak di dapur.
Cantik betul hiasan dalaman rumah pusaka yang terletak di Kuala Pilah ini. Dari luar rumah, memang nampak biasa-biasa saja. Tapi bila masuk saja ke dalam rumah, mata tu macam terpukau dengan konsep farmhouse yang pemilik hasilkan di kediaman kampung nya.
Paling buat anda jadi kagum bila rata-rata perabot dan hiasan dalaman rumah itu, pemiliknya, Norpadilah Binti Afandi buat sendiri. Dan hasil kerja tangannya penuh berseni sekali.
Antaranya kerusi, meja makan, meja konsol. Malah cangkuk pada dinding pun dibuat dari besi periuk yang tertanggal. Kreatif ke tak kreatif tu.
Bak kata Norpadilah, ‘tak bernilai di mata orang lain’ tapi cukup bernilai di matanya. Begitulah, kalau dah berseni kan. Nampak kayu tepi jalan pun boleh jadi hiasan cantik.
Menerusi perkongsiannya, rumah tempat kelahirannya ini cuma diubahsuai hiasan dalamannya sahaja. Kekangan kos membuatkan wanita ini tidak dapat membaik pulih struktur asal rumahnya.
Biarpun cuma ubah hiasan dalaman, hasilnya tetap menarik dan selesa sekali di pandangan mata. Moga kisahnya menjadi inspirasi untuk kita memasang impian membina rumah cantik untuk kediaman sendiri.
“Rumah pusaka, asalnya separa batu dan separa kayu.. rumah kelahiran saya. Berpuluh tahun usianya. Mula reput dimakan anai-anai.
Sepuluh tahun lepas, dikurniakan sedikit rezeki untuk baik pulih dinding yang mulai mereput. Alhamdulillah dapat naikkan dinding batu. Tapi bajet yang ada tak memberi ruang buat merubah design dan rupa bentuk rumah asal. Cukup sekadar selesa dengan dinding yang baru.
Penyangkut dari penutup periuk terpakai.
Dari situ, berdikit-dikit memasang impian dan mula belajar untuk ber’diy’ menggunakan sepenuhnya kayu/papan terpakai serta bahan buangan yang sudah tidak bernilai dimata orang lain. Beransur-ansur biarpun menelan masa bertahun, melakar dan merealisasikan ‘kampunghouse’.
Dalam lautan dekorasi terkini, gah dan mewah, saya cukup sekadar merasa bahagia dan berbangga dengan hasil usaha yang tak sepertinya. Bahagia yang sungguh sederhana.
Masih belum selesai lagi kerja-kerja DIY. Doakan saya ada rezeki untuk menukar cat luar rumah dalam masa terdekat.
Ramai yang tanya macam mana lantai berkilat, saya guna sabun cap buruh yang warna kuning… rendam air panas…. guna untuk cuci lantai atau mengemop. InsyaAllah….lama2 kilat.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
Jika ada ruang dan kawasan depan rumah, daripada terbiar kosong dan dipenuhi rumput boleh hias sendiri dan jadikan laman yang cantik. Bukan apa bila buat laman sendiri, walaupun simple terasa kepuasannya, berbanding upah orang. Malah lebih jimat berganda. Boleh jadikan inspirasi guna deck tiles ini.
Boleh hias laman kecil sendiri guna deck tiles seperti yang dikongsikan oleh Syukri Shahabuddin ini.
Haritu saya ada tanya pasal deck tiles. Terima kasih yang memberi panduan. Walaupun hasil tak sempurna, tapi memadai lah untuk saya yang langsung tak ada pengalaman. Mungkin kalau ambil pro jadi lagi baik tapi sekadar nak rasa kepuasan buat sendiri. Kalau tahan lama alhamdulillah, tak tahan lama nak buat macam mane.
Mingguan Wanita: Jika di rumah ada laman kecil atau balkoni, boleh DIY hias sendiri guna deck tiles ni. Memang cantik dan boleh dijadikan inspirasi. Malah satu kepuasan bila buat sendiri dan jimat banyak kos.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.