Pesanan suami yang juga seorang ayah ini ringkas sahaja. Namun, mendalam maksudnya. Benarlah kata Hilmi Jailani ini, bila ibu marah anak, bukan anak saja yang kena tempiasnya, ayah pun akan terasa sama.
Kalaulah waktu itu ayah sedang santai berehat di ruang tamu, bila tiba-tiba isteri marah-marah anak, ayah pun terasa sama. Siap bangkit dan sudahkan kerja rumah isteri yang terbengkalai.
Sungguh lah inilah yang seorang suami mithali akan rasakan.
Ini Jadi Bila Ibu Marah Anak
Wahai Anak-anak, Jangan Buat Ibumu Marah-marah
Janganlah buat ibumu marah-marah. Ketahuilah tatkala kamu dimarahi, ada si bapa yang bingkas berdiri dari tidur. Dahinya berkerut penuh kerisauan. Keringat peluh mula membanjir ke serata muka.
Ads
Lantas,
Yang belum cuci pinggan terus ke dapur.
Yang belum angkat kain terus meluru ke ampaian.
Yang tengah mandi segera mengunci pintu.
Yang tengah menyanyi terus berselawat.
Begini anak-anak.
Marah ibumu itu boleh berjangkit. Sesaat dia marah kamu, kesalahan bapak tahun lepas akan dikenangnya.
Pelik bukan?
Ads
Tenang. Abah dulu pun tak tahu, sehinggalah atuk kamu bagitahu.
Sekarang ingat! Kita kena bekerjasama. Korang jaga ibu, bapak selamat dan kita semua akan hidup bahagia.
Faham anak-anak?
Ads
MW : Faham kan? Sebab itu suami jangan biar anak buat isteri marah, dahsyat sungguh kesannya nanti.
Biasanya mak ayah mudah terpengaruh dengan iklan produk untuk bagi anak bijak. Mulalah beli dan bagi anak makan dengan harapan ia boleh membantu.
Tak salah pun untuk mencuba dengan produk yang dijual supaya anak bijak. Tapi, sedar tak, ia tidak akan membantu kalau mak ayah terlebih dahulu jadi bijak.
Bukan bermakna, tak perlu ‘support’ produk yang dijual untuk jadikan anak bijak. Itu mungkin sekadar usaha mak ayah yang begitu ‘insecure’ dengan anak-anak.
Perkongsian daripada Noor Afidah ini ada betulnya. Bila kita sebagai mak ayah tak insecure tentang anak-anak, macam-macam yang kita usaha dan lakukan termasuklah mencuba pelbagai produk untuk anak-anak supaya kelak jadi anak yang pandai.
Dalam pada kita hendak menjadikan anak merasa selamat atau ‘secure’, kadang-kadang kita tidak sedar betapa ‘insecure’nya kita sebagai mak ayah.
Kita takut anak lambat berjalan.
Takut anak lambat bercakap.
Takut anak tidak pandai berkawan.
Takut anak lambat membaca.
Takut anak tidak menjadi ‘top’ dalam kelas.
Takut anak ketinggalan.
Takut anak tidak mendapat anugerah.
Takut anak tidak dapat masuk asrama penuh.
Takut anak itu..takut ini…kerana mak ayah sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak.
Ramai yang suka mengambil kesempatan atas sifat ‘insecure’ mak ayah dengan menjual produk-produk yang tidak bermanfaat untuk anak.
Untuk melahirkan anak yang ‘bijak’, mak ayah terlebih dahulu perlu menjadi bijak.
Bijak Bukan Ada Ijazah Tertinggi
Bijak bukan bermaksud memiliki ijazah peringkat tertinggi, tetapi bijak menilai apakah yang diperlukan untuk membantu perkembangan anak dan apakah yang tidak perlu tetapi hanya mengambil kesempatan atas kurang bijaknya mak ayah.
Apabila pakar psikologi Anthony De Casper menjalankan eksperimen yang membuktikan bahawa bayi dalam perut dapat mengecam suara ibunya, maka berbondong-bondonglah individu yang cuba mencipta sesuatu dari dapatan kajian tersebut.
Adakah mereka benar-benar faham dan kaji dengan lebih mendalam dapatan kajian tersebut?
Tidak.
Mereka berminat kerana mereka dapat mengaut keuntungan daripada mak ayah yang rasa ‘insecure’ dan juga mak ayah yang FOMO mengikut istilah sekarang.
Hasilnya adalah produk yang dinamakan ‘Pregaphone’ .
Ia seakan-akan stetoskop besar untuk diletakkan pada perut ibu mengandung agar ibu dapat berkomunikasi dengan bayi dalam perut.
Tujuan ‘Pregaphone’ ini adalah untuk menjadikan anak bijak dari dalam perut lagi kerana mendengar suara ibu.
Maka ‘hingar-bingar’lah dunia anak yang belum dilahirkan itu dengan stimulasi yang berlebih-lebihan tetapi tidak perlu, semata-mata kerana ibu takut ketinggalan sekiranya tidak memiliki produk ‘viral’ yang dikatakan berdasarkan kajian pakar.
Sedangkan kajian itu tidak ada kaitan dengan ‘intelligence’.
Kajian itu juga mengambil kira faktor ketenangan bayi dalam perut.
Tidak Akan Terhasil Dengan Produk
Anak yang bijak, pandai membaca, mendengar kata, taat, anak yang solat, anak yang tidak kencing malam, anak yang soleh, anak yang ‘yadayada’ tidak akan terhasil hanya dengan menggunakan satu produk.
Tidak ada satu produk yang dapat menyelesaikan SEMUA cabaran ibubapa dengan anak-anak.
Jika sesuatu produk itu ‘is too good to be true’, maka ‘it IS too good to be true’.
Untuk melahirkan anak yang ‘bijak’, ibubapa perlu terlebih dahulu menjadi bijak.
Mingguan Wanita : Ada mak ayah sanggup berhabisan beratus atau beribu ringgit untuk anak jadi bijak. Sedangkan bijak bukan hanya dapat keputusan hebat dalam peperiksaan tapi bijak dalam semua hal.
‘Sampai masanya nanti, kita tinggal sendiri.’ Semua yang anak buat hari ini tinggal kenangan saja. Sekarang ini hargai setiap saat yang mak, ayah dapat kutip bersama anak-anak yang masih kecil.
Setelah mereka meningkat usia, memasuki usia remaja anak-anak menjadi semakin jauh dengan mak,ayah. Saat itu anak-anak mula berdikari dan melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada mak dan ayah.
Oleh sebab itu, hargai setiap momen ketika anak-anak masih kecil sepertimana yang dikongsikan oleh Ustaz Firdaus Mokhtar ini:
Hari inilah anak-anak hendak panjat badan kita pun. Malah, hari inilah anak-anak nak minta kita buatkan susu. Hari inilah anak-anak nak minta kita masakkan nasi dan suapkan makan.
Di samping itu, hari inilah anak-anak nak seronok menari-nari tengok kita balik kerja. Hari ini lah anak-anak nak berlari ke pintu bila kita sampai ke rumah. Dan hari ini lah anak-anak nak kita main kejar kejar dengan dia.
Hari ini juga mereka akan percaya semua kata-kata kita tanpa sikit pun ragu. Serta, hari ini lah mereka nak bertanya soalan yang tak putus, itu dan ini, biar pun soalan berulang-ulang kali.
Iya, semuanya hari ini. Saat mereka masih lagi kecil dan meletak sepenuhnya kehidupan dengan kita.
Sampai masanya nanti, kita tinggal sendiri. Semua yang anak-anak buat hari ini cuma tinggal kenangan. Suara, ketawa, pergerakan, menangis, berkejar kejar dan segalanya tentang mereka hanya bermain di ingatan kita.
Kawan-kawan,
Hiduplah kita dengan kehidupan hari ini. Cari bahagia yang kita ada saat ini. Selagi boleh bermain dengan anak-anak, mainlah.
Diajak berlari dan berlumba, buatlah. Diminta dimanja sekejap, layanlah. Anak-anak minta dimandikan, buatlah. Entah sampai bila kita punya peluang nak buat semua tu.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Banyak juga masa tak guna dengan anak-anak. Kakak pun kejap je dah besar. Allahu.
Mingguan Wanita : Ketika anak masih kecil, manjakanlah anak-anak dan curahkan kasih sayang sepenuhnya kerana mereka adalah amanah dari AllahSWT.
‘Bonding’ dengan keluarga dan anak-anak bukan sekadar bawa mereka keluar berjalan-jalan di hujung minggu atau bercuti bersama-sama di tempat-tempat menarik. Ada cara lain untuk rapatkan hubungan dengan anak-anak.
Kadang-kadang, mak ayah yang sibuk bekerja sampai tiada masa untuk ‘bondding’, berbual atau bergurau senda dengan anak-anak. Keluar pagi, pulang malam. Bila balik rumah, mak ayah dah tak larat, buat apa yang termampu dan langsung tak sempat nak berborak dengan anak. Sedihnya bila ingatkan keadaan ini.
Kalau nak balas balik masa yang tidak dapat bersama anak-anak ini, hanyalah tunggu cuti yang panjang, bonding dengan keluarga bersama. Tapi adakah ini sudah memadai.
Sebagai mak ayah, ambillah masa seketika untuk bonding dengan anak. Tak perlu nak planning untuk bercuti bersama tapi cukup dengan keluar makan, berjalan di taman. Dengan syarat hanya bersama seorang anak.
Inilah yang dikongsikan oleh Mohd Yazid Ismail tentang bonding dia bersama setiap anak. Ada hari special bagi setiap anaknya.
Setiap tahun saya akan buat special bonding session dengan anak-anak secara one by one. Jalan-jalan berdua. Atau sekadar dinner berdua. Kadang dua kali setahun setiap orang.
Hari ni saya buat bonding session dengan Saeed, umur 5 tahun. Bawa jalan-jalan, naik komuter lepas tu tukar naik MRT.
Sesi bonding ada giliran untuk setiap anak. Semua tak sabar tunggu giliran masing-masing.
Sebelum giliran Saeed hari ni, saya buat sesi dengan Dhia, lepas tu Fina. Bawa keluar mengopi dan makan kek waktu malam.
Saya memang buat sesi macam ni dengan anak-anak sejak anak sulung (Bashir) kecil lagi. Sekarang Bashir dah 14 tahun.
Bagus sesi macam ni. Anak-anak boleh buat luahan perasaan one by one. Borak lama-lama tanpa gap, macam-macam cerita keluar. Macam bercerita dengan kawan.
Happy diorang.
Bagi Motivasi & Nasihat
Anak rasa dirinya special, dihargai, dan ada orang yang sedia mendengar luahan perasaan yang lama terpendam. Kalau anak bawah umur 7 tahun macam Saeed ni, ia akan jadi sesi bertanya beribu-ribu soalan. Bersedialah goreng jawapan.
Sesi bonding juga saya gunakan untuk bagi motivasi dan nasihat yang spesifik untuk setiap anak. Masing-masing ada perangai dan masalah yang berbeza, maka nasihat pun berbeza tak sama dengan adik beradik yang lain.
Saya pun rasa bahagia dapat keluar berdua macam ni. Rasa macam me time. Tenang je.
Mingguan Wanita : Jangan nak ada me time untuk diri sendiri je. Bonding dengan anak pun satu perkara yang cukup membahagiakan.