Selamat bernikah 5 November lalu, pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose sama cantik sama padan. Tahniah diucapkan buat pelakon, Kamal Adli, 35, dan pasangannya Uqasha Senrose, 29 yang telah selamat diijabkabulkan.
Pasangan yang sebelum ini telah mengemparkan peminat apabila Kamal membuat kejutan melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah Meletop Era 2020 kemudiannya telah mengikat tali pertunangan pada April lalu.
Selamat Bernikah 5 November Lalu
Kali ini peminat sekali lagi dikejutkan apabila pasangan ini mengakui sudah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan secara tertutup pada 5 November lalu. Seperti mana yang dipetik menerusi portal Astro Gempak, Kamal sah bergelar suami kepada Uqasha dengan dua kali lafaz.
Pasangan ini juga telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin disisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.
Mas Kahwin RM22.50
Seperti yang difahamkan, Kamal telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM22.50 sebagai mas kahwin. Pengantin perempuan juga turut menerima tujuh dulang hantaran dibalas tujuh dari pihak pengantin lelaki pula.
Antara mereka yang hadir pada majlis yang bertemakan dalam taman antaranya adik beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang. Selain itu pasangan juga diraikan dengan kehadiran 100 tetamu yang terdiri dari sanak saudara dan kenalan.
Tiket konsert Coldplay jadi mahar mas kahwin untuk isteri, buat kejutan untuk pasangan. Lain dari kebiasaan. Biasa kalau hadiahkan barang kemas, wang tunai itu perkara biasa tetapi menghadiahkan tiket konsert artis popular Coldplay sebagai mahar untuk isteri memang lain macam.
Viral di twitter, seorang pengantin lelaki menikahi wanita pujaan hatinya dengan memberikan mahar tiket Coldplay. Hal ini dikongsikan di twitter atas nama @ fhfndtaaa.
Tiket Konsert Coldplay Jadi Mahar Mas Kahwin Untuk Isteri
Dalam video itu jelas kelihatan bapa pengantin perempuan menyebut:-
“Saya nikahkan dan saya kahwinkan anak kandung saya, Anastasya Ayu Widiadana kepada engkau dengan mas kawin emas seberat 21 gram, sepasang persalinan solat dan tiket Coldplay dibayar tunai,” kata bapa pengantin perempuan.
“Saya terima terima nikahnya Anastasya Ayu Widiadana binti Ahmad dengan mas kawinnya tersebut tunai,” kata mempelai lelaki.
Buat Kejutan Untuk Pasangan
Tidak dapat dipastikan di mana majlis pernikahan pasangan ini namun mahar mas kahwinnya menarik minat untuk ramai mengetahuinya.
Sama seperti di Malaysia, kumpulan popular ini akan mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil pada 22 November akan datang dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour.
Tidak terkecuali, Coldplay juga akan membuat konsert di Indonesia juga pada bulan yang sama iaitu pada 15 November sebelum datang ke Malaysia. Tiket sudah mulai dijual mulai 17 hb lalu dan setakat ianya telah sold out dan ramai kecewa kerana gagal memperolehinya.
Jadi memang kelainan bila dapat menghadiahkan isteri tiket Coldplay yang menjadi rebutan ramai. Sumber :- Tribunnews.
Setiap orang pasti ada posisi gaya tidur yang tersendiri, tak kiralah macam mana bentuk rupanya sekalipun. Ada yang tidur cukup sopan bak ‘Sleeping Beauty’ ada yang tidur lasak bagaikan sedang berenang dengan gaya Kuak Lentang dan macam-macam gaya tidur lagi. Apa pun gaya tidur kita, meskipun berbeza itulah gaya kebiasaan yang dirasakan paling selesa ketika tidur.
Sebenarnya gaya tidur juga menggambarkan rahsia personaliti diri dalam diri seseorang. Ini maksud disebalik 6 posisi gaya tidur yang sering dilakukan.
Jom Semak!
1. Tidur Mengiring
Jika gemar tidur mengiring dengan keadaan lutut membengkok, bermakna seorang yang tenang dan boleh diharap. Tidak mudah berasa tersinggung dan berani menghadapi sebarang cabaran. Pandai mengawal perasaan dan sentiasa berfikiran positif walau apa jua cabaran mendatang.
2. Tidur Seperti Bayi
Posisi tidur seperti bayi, digambarkan sebagai seseorang yang selalu memerlukan perlindungan dan mudah dikasihani orang lain. Dengan menggulung badan, ia menunjukkan akan cuba sedaya upaya untuk keluar daripada masalah. Gaya tidur seperti ini sebenarnya mempunyai bakat seperti melukis, menari dan menulis blog kerana aktiviti ini dapat meluahkan perasaan bimbang.
3. Tidur Meniarap
Jika suka tidur dalam keadaan meniarap dengan tangan dan kaki terbuka luas, ia menunjukkan anda adalah seorang ketua yang bagus! Suka mengambil inisiatif dalam menentukan hidup dan kerjaya. Seorang yang suka merancang sesuatu plan, juga dilihat sebagai seorang yang bertanggungjawab, kunci kepada kejayaan yang dikecapi selama ini.
4. Tidur Melentang
Posisi tidur melentang menghadap dinding, kamu seorang yang positif dan sering menjadi perhatian orang ramai. Kamu dikelilingi oleh sekumpulan rakan yang baik kerana kamu suka berterus terang. Kamu yang sukakan posisi tidur ini mempunyai personaliti yang kuat.
5. Tidur Tegak
Jika kamu tidur tegak dengan tangan di sisi, kamu seorang yang mudah dibentuk. Kamu tahu apa yang kamu mahukan dan akan berusaha untuk mencapainya. Tegas dan tidak mudah mengalah, kamu mungkin kadangakala dilihat sebagai seseorang yang pentingkan diri sendiri.
6. Tidur Meniarap,Kaki Bengkok
Posisi tidur seperti ini dilihat sebagai individu yang sukar dijangka dan mempunyai personaliti yang pelbagai. Mood kamu mudah berubah dan kamu sukar membuat keputusan dalam masa yang singkat. Namun kamu mempunyai kehidupan yang stabil dan kamu sukakan suasana tenang yang tidak dipenuhi dengan manusia.
Hah, tepat ke tak personaliti disebalik gaya tidur diatas? Anda yang mana satu?
Doa Allah Lindungi Rumah Tangga. Pelakon Bella Astillah yang juga isteri kepada Aliff Aziz berdoa agar Allah lindungi rumah tangga yang dibina bersama Aliff hingga ke Jannah.
Bella dan Aliff yang berkahwin 9 September 2016 dan pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.
Doa Allah Lindungi Rumah Tangga
Sebelum ini pasangan popular ini pernah melalui pelbagai kontroversi yang pernah melingkari rumah tangga. Malah dia sentiasa menitip doa agar Allah melindungi keluarga mereka.
Seperti yang diketahui umum sebelum ini juga pernah timbul kontroversi membabitkan Aliff dan Sophia Albarakbah sehingga tercetusnya isu ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya Aliff dan Bella.
“Harapan saya, semoga Allah SWT melindungi rumah tangga saya dan Aliff, kekal hingga ke Jannah. Saya kalau boleh, hendak kahwin sekali saja.
“Alhamdulillah.. buat masa ini, semuanya baik-baik saja. Apa yang boleh saya katakan, kami berdua hanya jalankan tugas sebagai suami isteri, ibu bapa, jadi kami buat yang terbaik saja.
“Selebihnya… Bella Tawakal Saja”
“Kita tak nak merancang lebih-lebih, selebihnya kita macam ‘go with the flow’. Saya percaya Aliff pun dah faham dan buat masa ini dia pun tengah jalani penggambaran.
“Ketika ini, Aliff sedang jalani penggambaran bersama Trisha Ooi, tiada masalah dan dia pun gadis yang baik. Selebihnya, Bella tawakal saja,” kongsi Bella seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Ibu Aizzat tak mampu lupakan tragedi anak mati dibuli, "bibirnya lebam. Bibir itulah juga saya pernah susu dan suapkan nasi.Tanyalah pada mana-mana ibu, jika...