
Kadangkala timbul juga rasa tidak puas hati setiap kali bertikam lidah dan berselisih faham dengan pasangan. Mulakan fikir dan doa yang bukan-bukan pada pasangan kerana perasaan marah meluap-luap.
Jangan terlalu ikutikan perasaan itu, sekali pun benci dengan pasangan, tetaplah doa yang baik-baik buat pasangan. Doa seorang isteri ini jangan dibuat main.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami sebaiknya :
Dia jahat, dia tak guna, dia selalu menyakitkan hati…
Namun, tetaplah mendoakan yang baik-baik untuk dia…
Jangan pula bila dia keluar saja dari rumah, terus kita berkata, “Mintak-mintaklah jadi apa-apa kat dia, baru insaf sikit, baru jadi baik…”
Bagaimana kalau apa yang terdetik di hati kita itu, betul-betul terjadi?
Berlakunya sesuatu kepada dia dan end up, kita juga yang susah? Maka oleh sebab itulah, selagi dia itu masih pasangan kita, maka selagi itulah jangan putus asa mendoakan dia berubah menjadi lebih baik lagi dari sebelumnya…
Jangan Doakan Yang Bukan-Bukan
Jangan diikutkan sangat dengan hati dan perasaan…
Hati dan perasaan boleh membisikkan apa saja untuk mengawal diri kita… Tapi sentiasalah menjadi waras, sentiasalah meletakkan akal di depan lidah… Ini adalah bagi mengelakkan kita mengucapkan sesuatu yang tidak baik hanya kerana kita sakit hati dengan perangainya dan kita terluka dengan perbuatannya…
Selagi dia tu masih pasangan kita, elakkanlah mendoakan keburukan untuk dirinya kerana ianya akan berbalik kepada kita juga…
Jangan dibuat main doa seorang isteri itu…
MW: Hati-hati dalam mengeluarkan doa dan kata-kata terhadap terhadap pasangan. Bimbang jika benar-benar terjadi, mak, ayah juga yang menyesal.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dari Awal Keluarga Pasangan Tunjuk Tak Suka, Fikirlah Masak-Masak Sebelum Bernikah

Tidak dinafikan anda dan pasangan memang bercinta bagai nak rak, sanggup terima kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Namun ikatan perkahwinan ini bukan hanya berlandaskan perasaan cinta kita sahaja, tetapi perlu diambil kira penerimaan keluarga pasangan.
Tetapi dari awal keluarga pasangan tunjuk tak suka, fikirlah masak-masak sebelum bernikah. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadam baik-baik.
Masa Bercinta Keluarga Sana Sudah Tunjuk Tak Suka
Kalau hendak kahwin dengan seseorang itu, kita kena “kahwin” sekali dengan keluarganya…
Ini ayat yang selalu kita dengar… Sudah terbiasa sangat sudah bagi bakal-bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga… Nasihat pertama sebelum masuk dalam keluarga pasangan…
Sebagai orang yang berpengalaman, walaupun tidaklah lama sangat dalam alam rumah tangga ini, sekadar hendak nasihat.
Baca Juga Di sini:
Prinsip Perkahwinan Adalah Tanggungjawab, Bila Isteri Tanggung Keluarga Jadi Apa Fungsi Suami?
“Dulu Tak Tahu Dosa Pun, Kami Bukan Dari Keluarga Alim”. Terima Kasih Suami!
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Fikirlah Masak-Masak Sebelum Bernikah
Jika masa bercinta atau masa berhubungan itu keluarga sana sudah mula tunjuk macam tak berapa hendak suka itu, maka fikirlah masak-masak dan baik-baik…
Pasangan kita memang tak ada masalah langsung dengan kita, kita memang akan hidup dengan dia selepas kahwin.
Kita memang pilihan dia, cinta dia tapi dugaan dan ujian kalau keluarga pasangan sudah mula campur tangan dalam hubungan kita ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan…
Realiti Yang Terjadi Dalam Masyarakat
Ada keluarga yang sanggup buat apa saja andai kata orang yang masuk dalam keluarga mereka itu bukanlah orang yang mereka suka atau boleh terima…
Ini bukan satu prasangka buruk, atau pun tanggapan negatif, ini adalah realiti yang banyak terjadi dalam masyarakat kita sejak dari dulu lagi…
Kalau pilih untuk teruskan, maka mintak kekuatan dari Allah SWT untuk menghadapi ujian yang bakal mendatang.
Minta Allah permudahkan, pelihara, dan lindungi hubungan kita dan pasangan dari anasir-anasir yang tidak baik yang boleh menganggu-gugat rumah tangga kita dengan pasangan…
MW: Segalanya berbalik kepada soal jodoh. Jika sudah Ketentuan Allah, sejauh mana kita merancang, tetap juga berlaku. Tentu ada hikmah di sebaliknya.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
HFMD Semakin Mengganas Di Ibu Kota, 4 Benda Ini Mak Ayah Wajib Buat Sebelum Terlambat!

Bukan hanya parah di Pulau Pinang, rupanya wabak HFMD semakin menular ke negeri-negeri lain. Ini membuatkan mak ayah cukup risau nak bawa anak keluar rumah apabila tahu sudah ada kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Daro, Mukah Sarawak.
Sebagai langkah membendung penularan jangkitan itu, mak ayah dan penjaga anak kena sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah dan persekitarannya.
Lebih bagus, basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya.
Selebihnya jemput baca perkongsian seorang ibu, Puan Nur Hidayah Razali sebagai langkah berjaga-jaga jika ada tanda-tanda ini pada anak kecil.
HFMD Dah Makin Parah Di Kuala Lumpur
Tolong jaga anak kita. Penyakit HFMD sedang mengganas di Ibu Negara Kuala Lumpur!
Di Pulau Pinang katanya dah sampai 1,616 kes penyakit kaki, tangan dan mulut ni! Banyak tu! Berpuluh taska pun dah ditutup.
Itu la kenapa kalau anak kita ada je tanda-tanda ni terus bawa ke klinik kesihatan ataupun hospital :
+ Kurang selera makan
+ Demam
+ Ruam pada bahagian kaki dan tangan
+ Ulser yang banyak di dalam mulut
Benda Paling Penting Mak Ayah Wajib Tahu!
1. Virus penyakit HFMD ni berjangkit dan merebak melalui air liur, cairan kudis, hingus dan najis anak
2. Kalau cairan ni semua kena pada meja ke baby chair ke pemegang pintu ke mainan ke semuanya boleh jadi asbab dan punca penyakit sebab virus tu boleh hidup dan hinggap kat benda ni semua sampai berhari hari hingga berminggu!
3. 2 benda paling penting kita WAJIB KAWAL pada anak kecil kita kalau dah kena HFMD ni. Pertama kawal suhu tubuh supaya tak terlampau tinggi dan kedua, kena jaga minum dia supaya tak dehidrasi. Kalau dah dehidrasi teruk, kena cucuk masuk air la pula nanti
4. Kalau anak dah kena HFMD ni tolong la kuarantin. Kedasyatan penyakit ni adalah dia mampu menularkan sehingga 5 orang budak yang lain. Kiranya kalau 1 orang yang kena dalam sebuah taska, dia mampu menjangkiti 5 orang kawan kawannya
Pesan wanita ini, dia meminta orang ramai kongsi info ini buat mak ayah di luar yang mungkin masih ramai tak tahu pasal HFMD.
Apa pun, mak ayah perlu dedahkan kepada anak-anak supaya lebih kerap membasuh tangan, termasuk menggunakan sabun dan cecair nyah kuman. Malah kalau anak-anak mempunyai tanda demam, tolonglah segera bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan.
Dan sekiranya betul anak sah kena HFMD, janganlah bawa mangsa yang sakit itu ke tempat awam, sekolah, tadika dan taska bagi mengelakkan kanak-kanak lain turut menerima jangkitan.
Jom sama-sama prihatin!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri Tak Perlu Jadi SUPERWOMAN, Suami Jangan ‘SEDAP’ Arah Itu Ini

Ada suami anggap, hal ehwal dan menguruskan rumah itu hak isteri. Sedangkan, sudah terang-terang tanggungjawab itu terletak di bahu suami. Bila isteri buat bermakna itulah kemurahan hatinya atau ihsan untuk meringankan beban suami. Bukannya dia superwoman.
Sayangnya masih ada suami yang dangkal, tak nak faham. Tetap meletakkan segala beban tanggungjawab itu ke atas diri isteri. Sedap pula arah macam-macam untuk isteri lunaskan.
Perkongsian Dr. Hani Mynis mengulas isu viral tentang post “Apa nak buat kalau isteri balik kerja pukul 6.30 petang tapi suami mahu makan sharp jam 8 malam” ini boleh dijadikan panduan untuk suami isteri.
Sedikit Pedoman Untuk Suami Isteri
Hani jarang-jaranggggg sangat nak mengulas topik-topik viral kat sosial media di atas sebab-sebab mengambil prinsip sentiasa berlapang dada dengan perkongsian atau post orang lain. Tapi disebabkan hari ini inbox hani meriah pm meminta ulasan terhadap tips yang diberikan oleh tuan tanah (TT) maka nya hani gigihkan juga diri untuk taip panjang-panjang. Yang nak baca silakan baca.
Hani difahamkan, apa yang tuan tanah tulis bukan lah mengenai kehidupan peribadi beliau tetapi sebuah tips yang diberikan kepada sahabat beliau. Ni faktanya.
Tips yang beliau bagi kepada sahabat beliau mungkin jelek dimata kita tapi mungkin sebenarnya praktikal untuk sahabat tersebut. Macam mana jelek pun sekali kita, kita tak berada di kasut sahabat tadi. Mungkin tips yang TT beri itu sehabis baik utk menyelamatkan rumahtangga sahabatnya. Harap kita berlapang dada tang ni walaupun terpaksa.
Masalahnya di sini (ha di sini timbulnya masalah) bila TT share tips nya kepada public. Di mana pembaca nya ialah netizen terdiri daripada pelbagai latar belakang. Yang baru nak hidup. Yang belum kahwin. Ada yang lurus, ambil bulat-bulat tips tersebut dan merasakan its ok untuk buat macam disarankan dalam tips. Ia meninggalkan impression yang semua itu isteri kena buat. Isteri kena jadi superwoman. Uruskan anak. Uruskan rumah. Bekerja pula lagi. Its ok untuk suami dilayan seperti raja. Isteri kena bergerak seperti robot. Isteri dilayan seperti hamba. Suami ialah bos isteri. Inilah perspektif yang orang nampak dari post TT ni. Ini adalah merisaukan.
Pesanan Untuk Suami Yang Segalanya Nak Perfect
So ini pesanan hani untuk para suami (khas untuk suami seperti suami sahabat TT)
Isteri mu diciptakan dari tulang rusukmu. Bukan dari kepala untuk dijunjung, dan bukan pula dari kaki untuk dipijak. Isterimu bukan orang bawahan mu. Bukan juga hambamu. Rumah tangga adalah tanggung jawab dua-dua pihak menjayakannya. Its takes two to tango, kan? Berikan lah sedikit belas kasihan untuk si dia yang menjadikan rumah mu sebuah rumah, yang menjadikan mu seorang ayah. Tak tahu mana nak mula?
1. Kurangkan jangkaan mu. Lower down your expectation. Jangan expect rumah kemas 24 jam. Lagi-lagi kalau ada anak kecil. Jangan expect isteri (kalau tak bekerja) sambut anda balik kerja dengan siap dandan rapi. Malah, jangan expect sharp pukul 8 makan dah tersedia. Jangan! Letaklah diri anda di tempat isteri anda.
2. Tuan mungkin terkejut membaca ini. WARNING! Hal ehwal dan tanggungjawab menguruskan rumah bukan hak isteri. Isteri lakukan kalau tak sebab cinta tapi sebab ehsan kepada mu. Jangan sampai hilang kedua ini ya, tuan. Oleh itu, ringan-ringan kan lah tangan dan gunakan kudrat kesasaan tuan untuk sama-sama melakukan kerja-kerja rumah. Tak hilang macho tuan kalau tolong isteri jemur baju atau basuh pinggan. Percayalah.
3. Jaga mulut tuan. Kerana kata-kata adalah lebih tajam dari sebilah pedang. Tuan tak puas hati cara isteri uruskan anak? Jangan cakap je tuan, tunjuk caranya. Guide. Buat sama-sama. Ingat, tuan dan isteri kan partner. Bukan bos dan kuli.
Cukup lah tiga ini dulu. Banyak lagi sebenarnya, tapi Tuan follow tips tiga ni dulu, title suami soleh suami mithali dalam genggaman tuan.

.
Wahai Isteri Tak Perlu Jadi Sempurna Bak Superwoman
Dan ini pula pesanan Hani buat para isteri (khususnya yang mengalami nasib seperti sahabat TT)
1. Kurangkan jangkaan mu, sayang! Its ok not to be perfect! It’s ok not to be superwoman. You dont need to! You can do anything but you can not do everything! Tak mengapa kalau tak sempat nak masak, tapau je makanan kedai. Its ok kalau tak larat kemas, hire sahaja cleaner. Beli makanan kat luar atau hire pembantu doesn’t make us less of a woman. You just do you, dear.
2. Instead of trying to be perfect, be organised! Salah satu kunci menjadi seorang yang tersusunatur : delegate Puan! Jangan takut suruh anak buat kerja. Kalau anak masih kecil, jangan takut suruh suami. Puan pelajari ilmu meminta pertolongan dari suami ya. Ada banyak cara boleh dipraktikkan. Jangan risau, setakat buat kerja rumah sedikit tak hilang nya sifat kelakian beliau. Bertambah lagi insyaAllah ada.
3. Know your self worth, Puan. Jangan pendam. Suara kan. Tak semestinya kena bertegang urat atau bergaduh. Banyak cara lagi. Bila Puan tahu nilai dan harga diri Puan, puan akan rasa sayang lebih kat diri sendiri. Kalau Puan tak sayang (baca:hormat) diri sendiri, sukar untuk orang lain hormat Puan. Sesekali sekali tak salah Puan buat aktiviti self-care. Dapatkan me-time Puan. Sayangi diri ya. Kerana dirimu begitu berharga.
Banyak lagi nak tambah tapi cukup juga 3 ni dulu ya Puan. Kang panjang sangat Hani tak pandai nak lukis.
Semoga puan sahabat TT dan senasib dapat sedikit manfaat dari perkongsian Hani ni. Yang bernasib baik, mohon share juga sehingga sampai ke pembacaan sahabat TT ya.
Sekian perkongsian Hani mengenai post yang viral harini. Yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan.
Semoga bermanfaat
Yours truly,
#drurusrumah
#hanimynis
#samasamapenat
#samasamarehat
#roadtojannah
#urusrumahwithhani
Baca sini : Manusia memang tak sempurna tetapi jangan jadikan ianya sebagai penghalang bahagia
MW : Jangan seksa diri semata nak jadi isteri superwoman ya wahai isteri.
Sumber/Foto : Hani Mynis
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!



