Ada sesetengah mak ayah, sebelum tidur suka membaca buku cerita pada anak-anak atau pun pillow talk. Inilah masa yang ada antara mak ayah dan anak sebelum mereka melelapkan mata.
Namun, tak semua mak ayah akan buat begini pada anak sebelum tidur. Dek kerana sibuk lagi dengan urusan kerja rumah setelah seharian di tempat kerja.
Sebenarnya, buka nsaja suami isteri ada pillow talk tapi dengan anak-anak pun perlu sebelum mereka tidur. Ada juga mak ayah yang bercakap yang baik-baik sebelum tidur dengan anak-anak. Ini adalah cara lembut untuk anak dengar dan faham yang mungkin seharian boleh buat mak ayah ‘penong kepala’ dengan peel mereka.
Sebenarnya, ada banyak cara untuk lembutkan hati anak dan salah satunya tentulah doa mak ayah. Doa dan letakkan tangan mak ayah pada ubun anak. Apa yang pasti, cara ini akan nampak perbezaannya pada esok hari.
Umpama kita sebagai mak bercakap dengan anak di bawah para sedar dan masa yang sama anak akan mengangguk tanda faha. Lebih bermakna, esoknya dia akan ‘behave’ seperti yang mak-mak inginkan. Cubalah.
Saya nak share satu aktiviti yang kita boleh buat dengan anak-anak sebelum tidur.
Elok dibuat selepas kita pillow talk dengan anak-anak, atau selepas mak ayah bacakan buku cerita. Betul-betul sebelum nak tidur.
Macam saya, aktiviti baca buku cerita tu dah tak buat sebab semua dah boleh baca buku sendiri. Jadi, saya buat pillow talk dan aktiviti yang ini; mendoakan satu sama lain.
.
Mudah je caranya.
Ads
Kita mulakan dulu pada anak-anak. Lagi bagus, libatkan sekali suami. Biar satu keluarga saling mendoakan.
Ah, sweet kan?
.
Letak tangan kita pada ubun-ubun anak, lepastu sebut je apa doa yang kita nak.
Macam saya, anak-anak suka minta doakan diorang supaya tak mimpi buruk. Sebab diorang ni jenis takut gelap. Tapi saya pulak tak boleh tidur kalau tak tutup lampu.
Jadi, setiap anak akan ambil giliran untuk didoakan (dapat polish skill mengambil giliran dan bersabar tunggu turn masing-masing).
Tangan wajib letak atas ubun-ubun, kalau setakat tadah tangan je, mereka tak puas hati.
“Ya Allah, bagi (sebut nama anak) tidur lena tak mimpi buruk, bagi (sebut nama anak) bangun awal untuk solat subuh, bagi (sebut nama anak) sihat, dan selalu bersikap baik.”
Ads
Ini antara bunyi doa yang selalu saya sebutkan. Simple je tapi seriusly, memang besar gila impak pada diorang untuk keesokan harinya.
Dan kalau dah biasa buat benda ni, memang boleh nampak beza pada diorang kalau kita doakan tu sambil lewa je. Ni memang saya nampak dan rasa sendiri kesannya.
Mak ayah kena cuba sendiri.
.
Nak tahu apa yang lagi best?
Anak-anak pun pandai nak doakan kita juga. Syok kot anak yang takde dosa, doakan kita. Selalunya mereka akan copy paste je ayat kita tu.
Tapi ada masanya, diorang ni buat curhat sambil berdoa.
“Ya Allah, bagi umi tak marah-marah. Bagi umi tak kawan dengan syaitan. Ya Allah, bagi umi cakap elok-elok, bagi umi suka senyum.”
Ads
.
Tapi, doa tu akan menyebabkan kau cuba nak jadi mak yang lebih baik untuk hari esok.
Menyakitkan tapi menyedarkan.
Cubalah!
#SriAjilahSamsir
Belajar baiki diri dari doa seorang anak
Mingguan Wanita : Moga dengan doa-doa mak mustajab.
Kena peluk anak. Bagi memastikan anak-anak sihat, mak,ayah bukan hanya perlu menyediakan makanan yang seimbang semata. Sebaliknya anak-anak juga perlu diberi kasih sayang dan diberi sentuhan.
Bila cukup semuanya, insyallah anak-anak akan menjadi lebih sihat kerana emosinya stabil. Rupa-rupanya menurut kajian, selalu dipeluk dengan kasih saying dapat jauhkan anak-anak dari dijangkiti penyakit.
Mungkin sebab selama ini kita jarang peluk si kecil kita yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.
Kadang itu memanglah kita sudah usaha jaga bab makan, kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stres itu sendiri beri effect tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Rupanya Selalu Dipeluk Kurangkan Jangkitan Penyakit
Sebab itulah kena tahu yang selain dari langkah selalu cuci tangan, dapatkan rehat yang cukup, elakkan bertemu orang yang tengah tak sihat, rupanya selalu dipeluk dengan kasih sayang ini dapat jauhkan kita dari dijangkiti penyakit.
Serius! Saya sendiri rasa teruja betul bila dapat tahu fakta menakjubkan ni.
Adalah satu research team ini yang diketuai oleh Sheldon Cohen, Profesor Psikologi dekat Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat sana.
Mereka lakukan satu study dan temui bahawa golongan yang kerap stres tadi ini bila kerap dipeluk dan diberi sokongan moral, kebarangkalian untuk terkena jangkitan demam selesema jadi lebih rendah berbanding golongan yang stress dan bersendirian tanpa kasih sayang.
Kajian ni memang ada dipamerkan kat dalam Jurnal Psychological Science.
Bukan Sekadar Ucapan, Kena Peluk & Beri Sentuhan
Sebab tu saya nak sarankan kat mak ayah semua, kita ni bukan setakat kena ucapkan dekat anak kita itu yang kita sayang dekat dia tapi kena tunjuk juga melalui sentuhan dan pelukan dari tangan kita sendiri.
Masa nak peluk itu, turunlah melutut dulu.
Biar mata kita dan mata si kecil itu selaras atau satu level. Kemudian peluk dan rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
Insyallah bila kita selalu peluk dan beritahu betul-betul yang kita sayang sangat kat dia, kesihatan emosi dan fizikal si comel tu akan jadi lebih bagus dan tak mudah nak jatuh sakit.
Tolong #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain ye sebab saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang fakta ajaib ni. Ahmad Luqman Bukhari
Saya suka kongsikan ilmu parenting dan kesihatan anak kecil kat telegram saya. Klik link ni kalau nak join 21 ribu mak ayah hebat kat dalam tu t.me/NotaALB .
MW: Jadi mak,ayah selain pastikan anak-anak cukup makan… Kena pastikan anak-anak sihat dari segi mental dan emosi. Jangan sesekali abaikan perasaan mereka dan berikan kasih sayang serta pelukan secukupnya.
Anak adalah amanah Allah pada mak,ayah. Adakalanya kita diuji dengan sikap dan karenah anak-anak. Ada yang mampu ditelan, tak kurang juga yang tidak dapat diterima. Namun seburuk-buruk sikap anak, mereka tetap darah daging mak,ayah.
Jangan sesekali marah anak keterlaluan hingga melukakan hati mereka. Lagi parah timbul dendam di hati anak. Sebenarnya jika sedari kecil kita mendidik anak-anak dengan baik, insyallah kelah mereka menjadi anak yang baik serta mendengar kata.
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslinda ini dan hadam baik-baik.
Anak Menjadi Teman Kepada Mak, Ayah
Anak adalah anugerah kepada semua insan di dunia ini. Tidak kira apa jua jantina yang Allah kurniakan namun ia tetap anugerah yang tidak ternilai. Malah mereka ini juga merupakan teman gaduh, teman jalan-jalan, teman membeli – belah dan sebagainya.
Lagi seronok bila meluangkan masa bersama mereka kerana mereka tidak akan melawan kita dan akan mendengar semua arahan kita. Lebih lagi bila keluar berjalan-jalan dengan mereka kerana mereka juga boleh jadi penasihat peribadi kita.
Anak-anak ni kadang-kadang mereka lebih bijak dan kreatif daripada kita sebagai ibu dan bapa mereka kerana jika kita hendak beli sesuatu, sebagai ibu bapa kita pasti akan rasa buntu dan keliru nak pilih yang mana satu untuk dibeli.
Tetapi tanpa kita sangka secara tak sengaja anak-anak kita akan memberi cadangan yang bernas dan cadangan mereka itu lebih baik dari jangkaan kita.
Anak-anak juga adalah pendengar setia setiap masalah dan apa jua yang hendak kita bebelkan.
Walaupun kadang kala riak mereka seperti tidak suka, namun hakikatnya mereka adalah pendengar yang baik dan dengan meluahkan kepada mereka ianya membuatkan jiwa kita jadi tenang malah dengan melihat wajah mereka juga, sudah cukup membuat kita tersenyum. Itulah keistimewaan mereka yang kita tidak sedar dan terlepas pandang.
Jangan Marah Keterlaluan
Oleh itu, sebagai ibu bapa janganlah kita cepat menjadikan anak-anak kita tempat untuk kita melepaskan marah atau sebagainya. Jika mereka nakal, kita boleh marah tetapi jangan keterlaluan sehingga boleh melukakan perasaan mereka yang menyebabkan ianya menjadi dendam.
Kita sebagai ibu bapalah contoh yang terbaik buat anak-anak kita. Bagaimana kita melayan mereka, begitulah mereka akan melayan kita kelak. Justeru itu, layan dan didiklah mereka dengan baik tanpa merosakkan masa depan anak-anak kita.
Jika kita layan anak-anak kita seperti kawan baik, percayalah sehingga mereka dewasa, mereka tetap menganggap kita kawan baik mereka. Selain itu, anak-anak kita juga tidak akan segan silu untuk berkongsi segala masalah yang mereka hadapi dengan kita.
Layan Seperti Teman Baik
Jadi layanlah mereka sebagai teman baik kita. Dengan ini juga, mereka akan rasa lebih dihargai dan dapat mengurangkan mereka meluahkan kepada orang yang salah. Bahkan kita juga dapat mengelakkan mereka dari terjerumus dalam perkara yang tidak baik.
Dalam dunia ini, kita semua tidak sempurna. Janganlah kita yang tak betul ini, ingin mengajar anak-anak mengikut cara tak betul kita itu. Ibarat seperti pepatah orang-orang tua, ketam mengajar anaknya berjalan.
Diri sendiri tak betul tapi nak cari salah orang lain. Begitulah kehidupan kita sebagai ibu bapa. Jika ada salah dan silap kita ditegur oleh anak-anak kita secara spontan atau tak sengaja, jangan cepat melenting, malah fikir dahulu dan ambil itu secara positif dan muhasabah diri sendiri. Anggaplah itu teguran Allah kepada kita melalui anak-anak kita.
Bimbing Anak-anak Ikut Ajaran Yang Betul
Oleh itu, bimbing dan didiklah anak-anak kita menjadi anak yang baik mengikut ajaran yang betul. Mereka adalah amanah yang tidak terhingga kepada kita semua. Jangan abaikan mereka.
Luangkan masa bersama-sama supaya mereka akan rasa dihargai dan disayangi. Peringatan ini juga untuk diri saya sendiri kerana anak-anak kita ibarat kain putih, bagaimana kita bentuk dan corak mereka itulah hasil yang akan kita dapat sama ada baik atau sebaliknya.
Semoga kita semua mendapat rezeki zuriat yang hebat dan membanggakan kita sebagai ibu bapa mereka. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Menulis dari pengalaman dan pemerhatian. Yang baik jadikan pengajaran dan yang tidak baik jadikan ia satu iktibar. Sekian. Terima kasih.
Tidak dapat bayangkan, baru kehilangan bapa, gagal hubungi ibu di ICU, kanak-kanak berusia 12 tahun ini tabah jalani kuarantin seorang diri di rumah.
Sepatutnya kanak-kanak sebayanya diberi perhatian kerana baru saja kehilangan ayah tercinta. Dalam masa yang sama runsing dengan keadaan ibu di ICU yang hilang khabar berita.
Malah diri sendiri juga berdepan dengan masalah kesihatan, namun apa yang dia mampu lakukan. Terpaksa kuarantin seorang tanpa sesiapa di sisi.
Kanak-Kanak Ini Tabah Jalani Kuarantin
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini bernama Arshad, kuarantin sendirian di rumahnya, selepas swab test kedua positif Covid-19.
Bapanya berusia 38 tahun baharu sahaja meninggal dunia kerana Covid-19. Tiga adiknya dibawa ke rumah saudara mereka kerana negatif Covid-19, manakala ibu Arshad dan adik bongsunya ditahan di hospital berikutan keadaan level oksigen yang sangat rendah.
Zalifah Ithnin, pengerusi Kluang Community Welfare Association (PETAK) datang memberi sumbangan makanan kepada Arshad selepas mengetahui perkara ini.
Setiap hari saudara-mara Arshad datang menghantar makanan buat kanak-kanak itu. Arshad tiada pilihan kecuali kuarantin sendirian di rumah.
Baru Kehilangan Bapa, Gagal Hubungi Ibu Di ICU
Yang menyedihkan kita, Arshad memaklumkan kepada Zalifah, Arshad gagal menghubungi ibunya yang berada di ICU sejak semalam kerana ibunya tidak lagi menjawab panggilan telefon dan Arshad nampak sedih serta keliru berikutan baharu sahaja kehilangan bapanya.
Keep strong Arshad. Hugs dari jauh.
Sesungguhnya Allah SWT memberikan ujian hebat ini kerana Allah SWT sayang kepada Arshad sekeluarga.
Terima kasih Zalifah Ithnin dan NGO PETAK kerana menyampaikan sumbangan buat adik Arshad.
Dicadangkan kepada kerajaan agar menyediakan tempat kuarantin khas yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak positif Covid-19 yang ibu bapanya di ICU.
Supaya kanak-kanak dapat dijaga dengan baik dari segi mendapatkan rawatan, mendapat sokongan emosi dan sebagainya, memandangkan bilangan pesakit Covid-19 kritikal daripada dalam kalangan ibu, bapa muda semakin meningkat.
Kementerian Pendidikan juga kena dapatkan data terkini kanak-kanak yang kehilangan ibubapa di Malaysia. Pasca Covid-19 bakal melukakan hati ramai pihak kerana sudah pasti bilangan anak-anak yatim di sekolah-sekolah meningkat mendadak.
Berilah Sumbangan Kepada Anak Yatim
Andainya kita mahu memberi sumbangan, berilah sumbangan kepada anak-anak yatim kerana setiap sen yang kita belanjakan jika disampaikan kepada insan yang berhak akan menjadi bekalan pahala sedekah yang berpanjangan buat kita di Akhirat nanti.
Bersama-sama kita doakan kesembuhan segera buat Arshad, ibu Arshad dan adiknya, serta semua pesakit Covid19 yang berada di ICU.
This news really broke my heart..
Dr. Kayra,
Putrajaya.
Mingguan Wanita : Sedih kenangkan nasib anak-anak yang kehilangan mak dan ayah kerana Covid-19. Semoga anak-anak ini mendapat bantuan, perhatian dan pembelaan yang sewajarnya daripada pihak berwajib.
Sumber/ Foto : Dr Kayra/ NGO PETAK / New Strait Times
Nourul Depp dedah terpaksa buang uterus dan ovari. Penyanyi terkenal Nourul Depp akhirnya membuka satu kisah yang selama ini disimpannya kemas di mana dirinya...