Kadang-kadang apabila berjumpa rakan sebaya, timbul rasa cemburu melihat rakan-rakan hidup dalam kesenangan dan dilimpahi kemewahan. Pakaian berjenama, beg tangan berjenama, jam tangan berjenama dan barang kemas usah cakaplah.

Dalam hati mesti berkata-kata dia ni kerja apa yer, banyak sangat duit. Sudahlah rumah besar dan ada kereta import, hati sendiri dah mula rapuh lihat oramg lain hidup senang. Lagi parah apabila terdengar pula bisikan syaitan yang menyuruh kita melakukan pinjaman semata-mata untuk bergaya dan tampil “kaya” di depan orang lain. Padahal hari ini berhutang, esok lusa belum tentu nak makan apa.

Golongan hari ini segelintirnya tidak mahu mengalah untuk bergaya. Namun hakikatnya mereka sebenarnya tidak berduit pun. Dalam era media sosial bermaharajalela membuatkan setiap inci kehidupan perlu dipertontonkan kepada semua orang. Perkara ini dalam diam menjadikan sikap materialistik menjadi sangat penting pada setiap individu.

Pakar motivasi, Dr Azura Hashim yang juga merupakan Pengasas Handwriting (Tulisan Tangan) Analysis Academy Malaysia, dia sendiri bimbang dengan fenomena ini, apatah lagi terdapat laporan media bahawa seusia 18 tahun sudah pun bergelar muflis. Ini adalah laporan yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia pada November 2018. Seramai 64,632 rakyat Malaysia direkodkan muflis dalam lima tahun lalu, membabitkan usia semuda 18 hingga 44 tahun.

Punca Nak Berhutang

IKLAN

Antara punca yang mendorong kepada fenomena biar berhutang asal bergaya ini adalah ekoran sikap materialistik ini secara tanpa sedar membunuh sifat bersederhana yang sepatutnya ada pada individu.

“Terlalu taksub untuk menjadi pemilik kepada benda yang trending, berjenama dan mahu nampak up to date. Berhutang demi memiliki benda yang tidak penting.

IKLAN

“Sebagai contoh, ada yang sanggup beratur panjang untuk membeli model iPhone terbaharu atau barangan edisi terhad yang mencecah harga ribuan ringgit itu dan mereka mungkin bukanlah golongan berada. Sebaliknya hanyalah individu yang masih lagi belajar dan mustahil memiliki kuasa membeli sama seperti orang yang sudah bekerja.

“Tambahan lagi bahana sosial media menyebabkan lebih tenat. Keinginan untuk menunjukkan status, 'like', komen. Yang paling bahaya adalah apabila, individu tersebut mengharapkan pandangan yang tinggi dari orang sekeliling,” tambahnya lagi.

IKLAN

Nasihat

Akhir kata, Dr Azura menasihati agar setiap dari kita hiduplah dengan kesederhanaan. Jangan berlebihan dalam berbelanja. Hidup yang sederhana bukan bermakna kita kolot dan tidak mampu. Sebaliknya ianya membuatkan kita lebih senang di masa hadapan.

Kita mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak. Setiap satunya ada peluang dan cabarannya. Perancangan kewangan yang baik memberi kesan pada masa hadapan.

Mingguan Wanita: Tidak salah kalau anda berusaha untuk dapatkan apa yang dikehendaki, tetapi janganlah keterlaluan hingga merosakkan diri. Sebelum berhutang fikir dahulu, bulan depan mampu ke nak bayar balik hutang yang dibuat. Fikir dan renungkan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI