Bayi ‘mengandungkan’ kembar sendiri mungkin satu perkara pelik namun ia benar-benar berlaku dalam dunia perubatan.Tiada apa pun yang mustahil dengan kekuasaan dan izin Nya.Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya di sini baru-baru ini di Barranquilla, Columbia.
Kejadian aneh itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.
Pakar Sakit Puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra
Terpaksa Dibedah
Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.
Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.
Ads
“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.
Ads
Gambar ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan Itzamara dan kembarnya (kotak kuning).
Lewat Pembahagian Sel
Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mempercayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.
Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya.
Ads
MW: Macam-macam perkara pelik dalam dunia perubatan yang tidak mustahil berlaku. Semuanya atas keizinan dan kekuasaanNya.Apa-apapun, pemeriksaan awal oleh doktor pakar pada keadaan bayi ini, wajar dipuji. Bayi tersebut selamat, dan dapat mengelakkan daripada perkara buruk berlaku. Semoga bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya.
Cuti sekolah dah nak bermula kan, mak ayah ada plan nak bawa anak bercuti? Apa kata bawa anak-anak ke Hatyai, Thailand. Ibu ini kongsi cara, backpack dengan anak ke Hatyai, dengan menaiki ETS saja.
Kata ibu ini, Kinakira Awg (Sakinatussyakirah), mereka menghabiskan masa di Hatyai selama 3 hari 2 malam dengan kos perbelanjaan RM1600 untuk satu keluarga (4 beranak).
Dari Kl Sentral ke Padang Besar
Tren bertolak jam 7 pagi
Tiba Padang Besar jam 12.30
Berjalan ke imigresen Malaysia
Naik van ke imigresen Thailand ( Sewa satu van TBHT 1300)
Van bawa kami dari Imigresen Thailand Ke Hotel di Hatyai.
Check in hotel. Kami stay di Hatyai Meridien Hotel. RM180 sahaja dua malam. Ada kedai makan muslim dan kedai urut depan hotel. Memudahkan. Cuma, hotel tu..hotel lama.
Lunch di Salma Restaurant. Sedap gilerr cuma harga agak mahal .
Jalan-jalan di Lee Gardens Plaza. Cuci mata untuk kosongkan perut.
Menaiki tuk tuk ke Asean Night Market. (Seorang TBHT 16) Shopping jersey dan makan-makan. Heaven. Street food at it best! Murah
Menyesal juga makan banyak di Salma.. sebab kat sini semua jenis makanan Thai ada. Murahhhh pulak tu. Malam kami balik hotel dan berehat.
Breakfast di Dimsum Chadbura. Makanan super sedapp! Seat penuh kedai sesak, so kena datang awal. Kedai buka seawal jam 6.00 pagi
Nora Plaza. Banyak barang kulit dijual disini dan souvenier juga macam T-shirt, keychain dan sebagainya. But harga quite mahal.
Cashew Nut Factory (5 minutes walk from Nora Plaza)
Solat Zohor di Hatyai Central Mosque. Masjid ni benar-benar dekat di hati saya kerana suka melihat keramahan penduduk setempat serta ahli qariah masjid yang duduk bersama-sama menunggu hujan berhenti.
Naik grab ke Floating Market. Rate dia dlm TBHT 120 untuk ke sana. Sebab lokasi dia jauh sket dari town. Cuaca masih hujan renyai-renyai. Jadi kalau boleh standby payung atau baju hujan.
Travel dengan budak kecil memang banyak kena standby peralatan lebih-lebih lagi backpack begini.
Floating market ni memang best gilerrr! Makanan authentic semua ada. Cuma kena berhati-hati pilih peniaga yang bersih dan terjamin muslim.
Time kami pergi orang memang ramai sangat. Jadi tempat duduk sesak sket plus ada banyak anjing liar mintak makanan. Scaryy!
So, kalau nak shopping souvenier.. here is the place. Tshirt Hatyai murah dapat TBHT 80 JE.
Dinner at Klonghae Seafood Buffet. Makanan super murah TBHT 300 SAHAJA! Boleh makan apa sahaja dari pencuci mulut, lauk-pauk sehingga ke pelbagai jenis seafood stimboat and grill. Nyumms.
Kim Yong Market. Cuci-cuci mata tengok barang basah dan cari gula kabung.
Breakfast kedai makan muslim depan hotel je. Makanan simple tapi sedap oii.
Naik Van bergerak ke Station Kereta Api Padang Besar.
Tren back Kuala Lumpur.
Total perjalanan kami 4 beranak ke Hatyai 3 hari 2 malam termasuk tiket ETS pergi balik, hotel, pengangkutan dan makan minum dalam RM1600.
Kat sini saya share phone number van yang kami guna. Orangnya ramah, boleh berbahasa melayu dan servis bagus. Riddhuwan – 019 342 3362
One more thing, dalam ETS ni sejuk tau. Jadi please spare baju sejuk or selimut. Terutamanya untuk anak-anak kecil. Kesian takut tak tahan sejuk.
Trip ke Hatyai ni manis sangat. Dapat backpacking sama-sama with my sister and family, kak fae and family. Kids extremely happy. Makanan semua sedap dan murahhh.
Tak puas makan dan memang kena datang balik. Public transport di Hatyai mudah sangat, kami banyak pakai Grab sebab lebih murah dari tuk tuk.
Plus, travelling with ETS and kids sangat menyelesakan. Kids boleh party all the way. Ada kemudahan tandas, surau dan kantin.
Kami banyak refer tip dari facebook, terima kasih sangat-sangat pada sudi share. Sangat membantu. So, I wrote some here too. Maybe boleh bantu yang lain juga. Will repeat this trip again one day. Love Hatyai.
Berbelas kenderaan dan sebuah food truck di belakang perkarangan masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand tak lagi bertuan.
Melihat kenderaan yang ditinggalkan ini saja membuatkan emosi dipagut pilu.
Siapa pun yang mengikuti jalan cerita tembakan rambang yang menyasarkan jemaah solat Jumaat ini berhak mengecam sekeras-kerasnya keganasan melampau ini.
Jumaat penuh barakah itu, dicemarkan oleh tangan kotor lagi jijik pengganas kejam warganegara Australia, Brenton Harrison Tarrant, 28.
Membunuh sejumlah 50 para syuhada, mencederakan 20 lagi mangsa yang masih dalam rawatan.
Suasana parking ini gambaran yang menghantui penghuni yang mendiami kejiranan berdekatan masjid Al Noor. Meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati mereka.
Kerana mereka tahu, pemilik kenderaan ini tak kan lagi dapat kembali untuk mengambilnya.
Malah kejiranan ini, turut mengakui muslim yang mendiami kejiranan mereka ini orang yang ‘hebat’. Ini yang orang luar perlu tahu.
Hiba sungguh rasa hati setiap kali mengenangkan tragedi solat Jumaat ini. Mereka insan mulia yang dipilih untuk syahid. Malah pengasas Masjid Al Noor, As Syahid Muhammad Ato berbakti untuk anak-anak setempat.
Beliau membuka Pusat Asuhan Kanak-kanak dan An-Nur yang tak jauh dari masjid. Kira-kira 7 kilometer jaraknya.
Jika tidak ke masjid, masa lapangnya, dihabiskan membantu isterinya Dr. Maysoon Salama menjaga anak-anak di pusat asuhan itu.
Santunnya beliau melayani anak-anak. Namun, Allah lebih menyayanginya.
Seorang lagi syahid yang terbunuh Daoud Nabi, 71 menyapa ‘Hello, brother’ di pintu masjid. Sebelum penyerang kejam itu membunuhnya.
Daoud yang berasal dari Afghanistan ini merupakan mangsa pertama yang dibunuh ketika cuma menyelamatkan para jemaah yang lain.
Ketika hayatnya, as syahid banyak berjasa membantu ramai pelarian. Bertemu mereka di lapangan terbang dan bantu mereka bina kehidupan baru.
Kata-katanya tenang dan penuh kasih sayang.
Tragedi pilu ini turut mencederakan 3 orang rakyat Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib, 46 dari Kedah, Rahimi Ahmad, 39 dari Pulau Pinang dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46 dari Kelantan. Seorang lagi mangsa, Mohd Haziq Mohd Shuib masih hilang.
MW : Mendoakan agar mangsa yang tercedera ini kembali sembuh dan Mohd Haziq dapat ditemui semula.
15 March 2019, Prof Madya Dr Zurinawati Mohi, 48 berada jauh dari Malaysia. Ketika itu, dia mendapat berita suaminya, Mohd Nazril Hisham Omar, 46 ditembak ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor, Christchurch.
Debaran di hati usah cerita. Mahu saja dia terbang ke bumi kiwi, New Zealand secepatnya. Apakan daya, ketika itu dia berada di Thailand.
Nak tak nak, dia perlu berkejaran ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Agar dia dapat masuk ke Malaysia dengan segera.
Perlu packing, cari tiket penerbangan dan terbang ke New Zealand bersama anak sulungnya, Muhammad Haiqal Daniel, 19 bagi mendapatkan suami yang ketika itu ditimpa musibah.
Berbelas jam perlu ditempuh untuknya sampai kepada suami yang ketika itu sedang terlantar di hospital.
“Masa kejadian itu, saya tak rasa marah. Lebih kepada panik, kalau jadi benda-benda di luar jangkaan yang akan berlaku. Tapi saya redha.”
“Hari itu, hari Jumaat dan suami saya dalam wudhu, di dalam masjid pula. Jika ditakdirkan ‘pergi’. Insya-Allah jannah untuknya.”
“Dan jika ditakdirkan tidak bertemunya, saya redha dan dah maafkan apa jua kesalahannya selama kami hidup bersama.” Itulah doanya sepanjang menantikan detik mahu bertemu suami.
Di dasar hati, sukar untuknya melihat wajah pengganas yang telah menembak suaminya. “Tapi siapa kita untuk benci dan marah orang. Apa yang Allah jadikan ini pasti ada hikmah. Dan ia berlaku sebab izin Allah.”
“Tanpa izinNya ia takkan berlaku.”
Perjalanan berbelas jam akhirnya menemukan isteri ini dengan suami yang telah pun terlantar di hospital dengan kesan tembakan pada jari jemari kaki serta bahagian belakang.
Sepanjang berada di sana, Zurinawati menghabiskan masa dari pagi hingga malam menemankan suami di hospital. Sekitar jam 9 malam baru dia akan sampai ke rumah.
Anak-anaknya pula meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.
Namun, kesan luka tembakan memberi impak kepada anak yang bongsu. Apabila si bongsu itu jadi takut untuk dekat dengan ayahnya. Takut dengan kesan darah yang ada pada tubuh ayah.
“Yang bongsu jadi rindu dekat ayahnya. Semalam (21hb) first time jumpa, dia menangis sampai tertidur.” Selepas enam hari barulah anak bongsu ini berpeluang bertemu ayah.
Di hospital, isteri ini menjadi peneman yang paling setia.
Ketika suami diganggu igauan ngeri, dia di sisi untuk menenangkan. Begitu juga ketika terpaksa menelan pil yang pahit, tangan isteri digenggam erat sebagai sokongan emosi dan kekuatan buat suami.
Zurinawati dan anak sulungnya ber’PJJ’ dengan suami dan anak-anak yang lain. Di Malaysia, dia meneruskan bakti menjadi Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.
Hatinya bebelah bagi saat ditebak soalan mahu berapa lama berada di New Zealand.
“Susah untuk saya jelaskan. Saya masih lagi pensyarah. Hakikatnya, saya perlu berada di sana (UiTM) untuk pelajar saya. Macam-macam kerja tapi keluarga saya perlukan saya.”
“Untuk saya berada di hospital ini dari pagi sampai ke malam. Ketika suami sakit, atau perlu menelan ubat yang pahit. Suami akan pegang saya.”
Sungguh kesan serangan pengganas di Christchurch turut memberi kesan kepada keluarga kecil ini. Di New Zealand, suaminya bekerja sambil menjaga tiga orang anaknya yang lain, Muhammad Hazieq Daniel, 13, dan Muhammad Hazriq Daniel, 9.
Zurinawati melihat kesan kecintaan masyarakat New Zealand dengan mana-mana keluarga mangsa. Ketika hari Mingguan Wanita menghubunginya, iaitu pada 22 March lalu, ini yang beliau maklumkan.
“Di sini suasananya kebanyakan kawasan masih ditimbuni bunga-bungaan. Kerana peristiwa itu masih baru.
“Di sekolah anak saya, masih ada kawan-kawan meletakkan bunga untuk mana-mana mangsa. Dan dua tiga hari ini, hampir semua orang yang saya jumpa akan memberi salam.”
“Kalau ada yang naik motor ke basikal, mereka akan berhenti. Kami sambung bersedih dan saling memberi kata semangat. Alhamdulillah saya tak lapar di sini.”
“Ada yang memasak malah tolong masakkan sepanjang masa. Sumbang duit pun ada.”
“Majikan suami malah sekolah anak saya tak putus bertanya khabar. Mereka akan minta tolong pelajar-pelajar di sini tolong hantarkan ke mana-mana. Sebab kita masih dalam kawasan masjid dan tak boleh keluar lagi.”
“Segalanya senang, macam berada di negara sendiri.”
Selama terlantar di hospital itu, Nazril mendapat kunjungan daripada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. “Sebelum ini, beliau melawat di tingkat bawah, tak berkesempatan naik sampai ke tingkat tiga.”
“Hari ini beliau naik ke atas dan kami sempat berjumpa. Sempatlah bergambar, berpeluk.”
“Dia sangat berkarisma, cantik dan hebat. Ketika berbual dengan suami saya, dia sebut ‘kalau lah boleh u-turn kan masa’. Prihatinnya dia sehingga jumpa seorang demi seorang. Bercakap, dan memang nampak wajah empatinya.”
Begitulah, sungguh kejadian tragis ini cukup menyayat hati umat Islam di seluruh dunia. Namun, hikmahnya cukup besar buat umat Islam sejagat.
Islam mula diterima di bumi New Zealand. Ramai yang mengucapkan kalimah syahadah. Bersatunya hati masyarakat muslim dan non muslim yang sangat hebat berlaku di bumi kiwi itu.
Tiada siapa menyangka apa akan berlaku dalam hidupnya, kali ini seorang penuntut wanita IPTS di Kuala Lumpur juga menjadi mangsa keenam terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2)