Bagi peminat sambal dan masakan yang pedas-pedas, kena cuba buat sendiri sambal ayam geprek ini sendiri. Memang sedap dan lain daripada yang lain. Istimewanya, ramuannya sambalnya tak perlu dimasak, hanya perlu di geprek (lenyek) dengan minyak panas.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Juwita Afifah ini.Katanya resipi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta, Indonesia.
Berikut perkongsian tersebut;
SAMBAL GEPREK PALING ENAKKK
Haritu saya ada share resepi sambal penyet kan. Harini saya nak share pula resepi sambal geprek.
Ayam geprek ni berbeza dengan ayam penyet dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.
Sambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas.
Cuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Resepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang Indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.
Cili padi
Cili besar (dicincang kasar)
Bawang putih
Kacang gajus
Minyak panas bekas goreng ayam
Cara-caranya :
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.
2. Lumatkan lah semua bahan tu guna lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat. Gittew.Ni gambar dah letak cili besar. Lepastu letak minyak panas. Dalam 3 sudu. Ni saya ambil direct dari kuali. Sebab dalam kuali tengah goreng ayam. Kalau ambil minyak yang tak berapa panas, nanti tak berapa menjadi tau.
5. Dah letak minyak, dia akan keluar bunyi berdesir.Gaul rata.
Ads
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng.
7.Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
8.Dan gaul dengan sambal.
Ads
9.Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni. MashaAllah. Sedapnya. Boleh makan dengan tauhu/tempe. Ni saya goreng tauhu celup tepung jugak.
Selamat mencuba semua.
P/s : Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Juwita Afifah
MW:Sedapnya sambal geprek ni. Mak-mak yang suka makan pedas-pedas boleh cuba resipi yang dikongsikan ni. Makan dengan nasi putih je pun, dah boleh bertambah-tambah nasi.
Sedapnya cili jeruk, tambah-tambah kalau makan dengan mee rebus, mee celup, char kue tiau atau masakan berkuah. Itulah yang menjadi penyedap makanan, sehingga makan dua pinggan pun tak sedar.
Orang cakap, cili jeruk ni, penambah selera. Pedas atau tidak belakang kira. Malah, kalau makan kat kedai, mesti kena ada cili jeruk.
Biasanya kat kedai makan memang ada cili jeruk ni. Cuma, kita ssahaja tak tahu nak buat macam mana. Bolehlah jadikan stok kat rumah. Masa tak selera makan, ada cili jeruk memang bertambah.
Rupa-rupanya, senang sangat nak buat cili jeruk kat rumah ni. Kalau rasa takut tak jadi, boleh buat sikit-sikit dulu. Ikuti perkongsian daripada Farid Sham tentang macam mana nak buat cili jeruk kat rumah. Gerenti jadi lah.
“Akhirnya projek cili jeruk pakcik berjaya.. Cili kekal rangup krup krup walaupun dah jadi jeruk..
“Terima kasih pada empunya resipi asal. Memang menjadi.”
1. Mula-mula kena sediakan cili hijau yang segar bugar yer. Cuci bersih sebelum dipotong.
2. Kita potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat & jangan nipis sangat.. Agak-agak saja.
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup dan kita goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. JANGAN BUBUH AIR. Perap 3 hari dalam peti ais.
# gula 2 sudu utk size botol jem setinggi tin susu sejat. 4. Hari ketiga, baru kita bubuh cuka makan separas cili potong tu. INGAT YE JGN SESEKALI BUBUH AIR. 5. Hari ke 4, cili jeruk dah boleh di makan. MW: Tak adalah susah sangat nak buat cili jeruk macam kat kedai tu. Nanti bolehlah cuba.
Tengok saja buah mangga yang dicicah dengan serbuk colek, mahunya terus kecur air liur. Bukan hanya orng mengidam aje terliur, kita yang pantang tengok pun boleh terliur.
Biasa kalau makan buah yang masam-masam seperti mangga, kedondong, jambu batu dan sebagainya, sangat sedap bila cicah dengan serbuk colek.
Di negeri Pantai Timur, memang popular dengan serbuk colek kering ini. Kadang-kadang, kita fikir, macam mana nak buat bagi sedap seperti beli kat kedai.
Rupa-rupanya, cara nak membuat serbuk colek ini tidaklah susah sangat. Guna empat bahan sahaja. Boleh buat banyak-banya kdan simpan buat stok untuk makan dengan buah kegemaran.
Ini perkongsian resipi serbuk colek oleh Mim Yusof. Lepas ini, boleh la buat sendiri ye!
“Saya nak ajar cara buat serbuk colek kering. Kalau rasa nak makan dengan jambu, mangga dan lain-lain, letak saja serbuk ini dan gaul.
“Senang sangat nak buatnya.
Bahan-bahan:
1 cawan udang kering
2 inci belacan
10 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh lebihkan)
1 ½ cawan gula
Cara membuatnya:
Potong cili kering, cuci bersih kemudian toskan.
Selepas itu, goreng semua baha nkecuali gula. Goreng tanpa minyak (sagai) sampai cili, belacan dan udang kering jadi garing.
Ini yang dah siap goreng, sejukkan dahulu sehingga betul-betul sejuk. Selepas itu, kisar kering bersama gula.
Inilah yang sudah siap, kalau nak masin, boleh tambah garam sedikit. Sebab udang kering dan belacan sudah masin.
Masukkan dalam balang.
Bila nak makan, sendukkan dan bubuh dalam mangga.
Inilah hasilnya.
MW: Rupa-rupanya tak adalah susah sangat untuk membuatnya. Nanti mak-mak boleh cuba ye!
Tapai Pulut salah satu manisan tradisonal yang menjadi kegemaran ramai. Selalu disediakan ketika Hari Raya, jamuan kenduri kendara dan sebagainya. Namun tak semua orang pandai buat tapai ni kalau salah caranya memang tak menjadi. Apatah lagi bila cuba buat pertama kali.
Buat mak-mak penggemar Tapai Pulut dan nak cuba buat sendiri di rumah boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Abby Razy ini. Barulah tapainya menjadi, manis leting dan berair.
“First try buat tapai, sampai termimpi-mimpi. Barang legend jangan main. Orang kata payah nak buat tapai ni. Kalau tak betul cara tak jadi.Guna daun legend, daun getah dan daun pisang.
“Pastikan ragi betul-betul elok.Penyimpanan ragi cara tidak betul akan menyebabkan tapai tak jadi. Ni pun bukan reti nak bungkus guna dedaun tu, nasib baik cik abe terrerrr sebab pernah tolong arwah maknya bungkus tapai setibanya syawal tiap-tiap tahun.”
“Saya pun belajar dari cik abe, cara bngkusan tu. Kalau takde seni memang tak kemas.”
1kg beras pulut
1/2 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu, tapi yang ni saya tak jemur pun. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna alu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
Bekas dadih/daun getah/daun pisang
Cara Membuat:
1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minimum 2 jam.
2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 minit.
3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik. (Saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
4. Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit/sehingga naik wap.
5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk).
6. Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7. Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi keatas pulut sekali lagi.( Agak-agak ragi rata pada pulut).
8. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
9. Susunkan ke dalam bekas sesuai.(saya letak dalam besen)
10. Balut besen tersebut dengan kain dan simpan ditempat yang gelap selama 2 hari.
11. Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.
Info Ekstra!
Pastikan betul-betul pulut yang dikukus betul-betul sejuk baru ayakkan dengan ragi.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka makan tapai pulut dan nak belajar buat sendiri buat cuba resipi serta tip yang dikongsikan ini. Ikut cara yang betul dan ragi yang elok barulah Tapai yang dibuat menjadi!
Saksi mendedahkan detik cemas kes tikaman pelajar Bandar Utama apabila seorang pelajar perempuan maut ditikam di tandas sekolah. Polis meneruskan siasatan terhadap insiden tragis ini.