Kebiasaannya mak-mak pasti akan bimbang bila anak-anak nak main hujan.Bukan apa risau anak kena demam selesema sebab suhu sejuk.Sebenarnya sesekali tiada salahnya bagi anak peluang main hujan, teroka pengalaman dan keseronokan zaman kecil mereka. Namun pastikan, selepas mereka main hujan, mandikan dengan air suam.

Untuk faham lebih lanjut, fahamkan perkongsian daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.

Yaumil dan Muhammad baru lepas main hujan pada lewat petang. Yaumil tanya, betulkah Yaumil akan demam sebab main hujan?
Ibu jawab TIDAK.

Hujan Tidak Sebabkan Demam

Tahukah anda hujan bukanlah sebab kepada demam selepas bermain hujan?
Punca demam dan selsema adalah suhu yang sejuk. YA, suhu badan yang rendah daripada normal (~37 degree Celcius) akan melemahkan sistem imuniti badan, terutamanya di bahagian hidung.

IKLAN

Juga kebetulan suhu persekitaran yang rendah ini adalah kondusif untuk kuman (virus) punca demam selsema, beraktiviti dan menjangkiti ketika bermain.

Maka, jika anak bermain hujan pada waktu sejuk, pastikan mereka mandi dengan air suam. Mandian air suam ini akan mengembalikan suhu normal badan, mengaktifkan semula sistem imuniti badan, lalu mengelakkan demam selsema daripada berlaku.

IKLAN

Dengan mengetahui ini, ibu bapa usahlah panik dan terlalu melarang anak-anak bermain hujan. Ada masa, berikan mereka kebebasan untuk meneroka. Bermain hujan juga mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis kuman yang boleh mengaruh sistem imuniti mereka secara semulajadi.

Manfaat Terapi Semulajadi Air Hujan, Doktor Jelaskan Cara & Kaedahnya!

IKLAN

MW:Sesekali mak-mak bagilah peluang anak-anak main hujan. Namun pastikan keselamatan mereka, janganlah pula biarkan main sewaktu hujan lebat petir berdentam dentum pula. Pastikan mereka mandi air suam selepas main hujan.

Sumber: Dr Fatimah Salim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI