Wanita cantik ini sudah menghampiri usia 50 tahun namun itu tidak pernah menjadi penghalang buat Rozita Che Wan membuktikan dia masih relevan sebagai heroin.
Selepas lebih 13 tahun menceburi dunia lakonan, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah melalui zaman kegemilangan sebagai heroin drama dan telefilem.
Usia Hampiri 50 Tahun Che Ta Berpijak Di Bumi Nyata
Bagaimanapun, pelakon dan ahli perniagaan yang mesra disapa dengan nama Che Ta itu sentiasa berpijak di bumi nyata dalam soal mempertimbangkan tawaran berlakon.
Selepas kembali aktif sejak memperlahankan rentak lakonan kerana memberi tumpuan bisnes, dia diberi watak pembantu termasuk menjadi ibu atau kakak.
Sentiasa berpijak di bumi nyata dalam mempertimbangkan tawaran lakonan.
Beberapa bulan lalu, Che Ta diberi peranan utama dalam drama Family Spy bergandingan dengan Alif Satar. Baru baru ini dia membintangi telefilem Kuba Guling Karipap Pusing terbitan Pena Creative sebagai heroin di sisi Azlee Khairi untuk siaran Awesome TV.
Ketika ini dia menjalani penggambaran memegang watak utama menerusi drama 13 episod, Dia Isteriku arahan Ayie Mustafa untuk TV Al Hijrah.
Ads
“Kalau penyanyi sendiri mempertaruhkan kepada lagu yang baik untuk melonjak naik, saya percaya pelakon juga bergantung kepada skrip untuk terus membuktikan kemampuannya mewarnai watak diamanahkan.
“Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak. Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya. Tawaran sebegini bukan datang selalu. Tapi peluang yang datang saya takkan mempersiakannya.
“Soal watak utama ini contohnya berbalik kepada kepercayaan produksi dan pihak penerbit. Alhamdulillah saya masih boleh membuktikan bakat yang dimiliki. Di luar negara sendiri, kita tahu semakin berpengalaman dan meningkat usia, pelakon itu terus diberi watak penting,” katanya.
Sibuk Dengan Komitmen Kerja
Wanita yang kuat bekerja.
Sejak beberapa bulan lalu, rezeki Che Ta terus murah kerana sibuk dengan komitmen kerja.
“Selain drama saya juga terbabit sebagai hos seperti program Ujian Menantu menampilkan anak sulung, Ammar Effendy mencari bakal isteri. Saya juga menjadi panel program fesyen Glamketengglam dihoskan Zizan Razak.
Ads
“Untuk drama Dia Isteriku nanti, selepas berpisah dengan bekas suami lakonan Datuk Fizz Fairuz, watak saya sebagai Aisyah dalam cerita itu berkahwin dengan lelaki muda lakonan Hafidz Roshdi.
“Shalma Eliana jadi anak saya. Dalam tempoh sama, saya sibuk membahagi masa dengan urusan bisnes dan keluarga,” katanya.
Tanggal 11 Disember lalu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta dan Suri Katriana ini menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ketujuh bersama Zain Saidin.
“Fasa turun naik dalam berumah tangga itu lumrah. Namun saya percaya tolak ansur itu perlu. Saya berharap perkahwinan ini akan kekal sampai syurga,” katanya.
Sejak kelmarin, viral sungguh angka 18 dan 19 ini media sosial. Ada saja terselitnya nombor ini dalam status baik perseorangan mahupun untuk tujuan pemasaran produk.
Nombor ini mula menjadi tular selepas, Da’i Nik Farhan membuat penjelasan tentang keputusannya untuk bernikah kali kedua di tanah suci Makkah. Yang mana, beliau memaklumkan telah menerima lamaran daripada 18 orang wanita dan ditolak, namun wanita ke-19 itulah yang berjaya membuka pintu hatinya.
Angka ini turut menarik perhatian, Da’i Luqman sehinggakan beliau tergerak hati membuka Al Quran lalu merujuk surah berkaitan yang terkandung di dalamnya. Dan inilah yang ditemuinya.
“Orang dok viral sangat bab berkaitan 1819 ni, buat Chaq tergerak nak belak helaian Al-Quran, rupa-rupanya Surah ke-18 adalah Surah Al-Kahfi (tentang fitnah Dajjal) dan dalam ayat ke-19, Allah cerita tentang perihal Ashabul Kahfi,
“Dan baris terakhir Allah sebut, “Dan hendaklah ia berlemah lembut dengan bersungguh-sungguh; dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kamu”
Tulisnya sambil memaklumkan, jari jemarinya rasa bergetar ketika menulis akan peringatan Allah itu.
Sambungnya lagi,
NASIHAT BUAT PARA SUAMI, BAKAL SUAMI DAN YANG TAK MAU JADI SUAMI
Allah berfirman dalam Al-Quran sebagai suatu nasihat menerusi Surah An-Nisa’ ayat 19 :
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)”
Dan berbalik kepada Surah Al-Kahfi ayat 19 tu, Allah nasihat supaya cakap yang baik-baik tanpa buka aib/cerita. Begitu juga halnya kita dalam hidup bersuami isteri. Kalau nak ceraikan jugak isteri, silakan, tapi adab dan akhlak tu tolong jaga. Walau dia dah jadi ‘bekas’ isteri atau ‘bekas’ suami, aib tetap kena jaga as a Muslim.
Dan ini jugak untuk kita sebagai masyarakat biasa, perlu berkata yang lembut-lembut, dan tak perlu nak membongkar segala cerita. Wallahua’lam
Bukti Al-Quran adalah mukjizat, bukan makhluk. Segala jawapan ada dalam Al-Quran, beruntung bagi orang yang suka mencarinya.
MW : Setiap hari berusaha suburkan rasa kasih antara suami dan isteri. Sebab usaha kecil ini pun, ada pahalanya.
‘Pemergian’ Mulia Bulan Ramadan, Wanita Rebah Meninggal Ketika Baca AlQuran Di Masjid. Kematian itu pasti, cuma dimana tempatnya dan bagaimana caranya semuanya rahsia Allah. Perbanyakkanlah berdoa semoga cara kematian kita dalam keadaan ‘Khusnul Khotimah’ dan yang terbaik.
Innalillahi wainnailaihirajiun.Sungguh kematian yang dicemburui apabila wanita ini dijemput sang pencipta dalam keadaan yang paling mulia, iaitu ketika sedang membaca kalam Allah di masjid pada bulan Ramadan.
Meninggal Ketika Baca Al Quran
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita meninggal dunia di masjid ketika membaca al-Quran, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ndorobei.official. Kejadian itu berlaku di Masjid Majlis Taklim (MT) Nurunnisa Babussalam di Bandung, Jawa Barat pada 9 April lalu.
Mengetuai Sesi Bacaan Al Quran
Wanita berbaju putih itu pada awalnya mengetuai sesi bacaan al-Quran bersama-sama beberapa jemaah lain.
Dia secara tiba-tiba berhenti membaca dan menundukkan kepalanya dalam keadaan lemah. Tidak lama kemudian, wanita itu jatuh terlentang dan tidak sedarkan diri.
Jemaah wanita lain kemudian membantu wanita itu beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kematian yang sangat indah, syurga buat puan, Husnul khatimah,” komen seorang netizen.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat seluruh keluarga arwah.Sesungguhnya kematian yang dicemburui, bertuahnya ‘dijemput’ ilahi dalam keadaan paling mulia.Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah
Memasuki hari ke-45, Acap atau Mohammad Ashraff Hassan, 29 hilang di Gua Tempurung dan masih belum ditemui sehingga kini. Lebih sebulan abangnya, Mohd Zahiruddin atau Denny Lang tak putus asa mencari adiknya yang hilang ini.
Nampak benar susut fizikal malah mata letihnya sepanjang misi mencari adiknya, Acap. Dan sehingga 2 Ramadan ini, Denny masih tak putus harap.
Jika Kelibat Ini Benar Adik Saya..
Malah buat pertama kalinya, dia berkongsi video rakaman kelibat dan ditanda circle mark dalam gua. Kelibat itu diperoleh ketika misi SAR teamnya mencari, adiknya di Gopeng.
“Untuk pertama kalinya, posting saya ada circle mark (bulat). Jika kelibat ini benar adik saya, Acap. Maka izinkanlah dia pulang.” Ini harapan seorang abang pada 2 Ramadan ini.
Maklumnya lagi, tanda itu terlihat pada video rakaman yang secara tak sengaja diperoleh dari unit dron SAR mereka.
“Sudah hari kedua kita menjalani ibadah puasa. Sedikit coretan pada misi tempoh hari. Alam mistik terlalu sukar untuk kita fahami.”
“Sebagai abang saya sebolehnya menolak sebarang kaitan entiti dalam isu ini. Tapi kuasa Allah, bila dikata jadi maka jadilah. Dipertemukan dengan seribu satu kisah di bumi Gopeng merupakan satu ilmu baru bagi kami.”
Beliau juga maklum sosial media ini bersifat terbuka.
“Ada netizen dari luar daerah juga ada kalangan dari penduduk tempatan bumi bertuah Gopeng. Mungkin ada yang bersa kurang senang jika insiden ini membuka sesuatu rahsia atau perkara yang terlalu sensitif untuk mereka perkatakan.”
“Namun, percayalah. Jauh di sudut hati saya, tiada lain yang saya harapkan. Hanya kepulangan Acap sahaja menjadi fokus utama saya.”
“Apa sahaja petunjuk yang mungkin membawa kepada penemuan Acap terpaksa diambil kira.”
Tegasnya,
“Saya tak boleh berhenti di sini. Maafkan saya.”
MW : Semoga Ramadan ini membuka jalan untuk Acap ditemui semula. Sungguh, keluarga ini diuji dengan kehilangan Acap yang cukup menduga.
Namun, kegigihan seorang abang ini juga bukti kasih yang tiada galang gantinya. Cukup tulus dan seharusnya menjadi teladan yang baik untuk adik beradik yang ada di luar sana.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...