Sumber Foto: Instagram Lisdawati

Pelakon Fauzi Nawawi, 47 dan Lisdawati selamat menerima menantu apabila anak kedua mereka yang juga seorang penyanyi Muhammad Fareez Hazwan atau Fareez, 23 sah bergelar suami  kepada Nurwathiqah Abdul Wahab, 22.

Fauzi Nawawi & Lisdawati Terima Menantu

Fareez yang pernah menyertai rancangan realiti nyanyian Mentor Milenia dan menjadi protege Hazama telah sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz yang disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan.

Majlis pernikahan tersebut telah diadakan dikediaman pengantin perempuan di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 20 Disember.

“Mama Babah Doakan Semoga Ikatan Yang Terbina Kekal Hingga Ke Jannah” Lisdawati

“Mama Babah Doakan Semoga Ikatan Yang Terbina Kekal Hingga Ke Jannah” Lisdawati

“Mama Babah Doakan Semoga Ikatan Yang Terbina Kekal Hingga Ke Jannah” Lisdawati
Sama cantik sama padan.

Pada hari penuh bersejarah itu juga , Fareez telah menyerahkan mas kahwin RM200 serta lima dulang dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Fareez merupakan anak kepada Fauzi daripada perkahwinan terdahulu, selain Nurul Hainil Fatihah, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.

IKLAN

Sementara menerusi perkongsian hidup bersama Lisdawati, Fauzi juga dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

Syukur Allhamdulillah – Lisdawati

“Mama Babah Doakan Semoga Ikatan Yang Terbina Kekal Hingga Ke Jannah” Lisdawati
Lisdawati dan Fauzi bersama pasangan pengantin,

Isteri Fauzi yang juga pelakon Lisdawati memanjatkan rasa bersyukur kerana anak kedua mereka selamat mendirikan rumahtangga. Menerusi perkongsian di akaun laman Instagramnya, Lisdawati mendoakan yang terbaik buat anakanda mereka.

“Syukur Alhamdulillah, dgn izin dan takdir Allah swt.
“Hari ni 20.12.20 tarikh pernikahan anak kedua kami @iamfareezfauzi dan pasangan @tyqawahab
“Acara tertutup antara keluarga berlangsung di Sri Menanti, Seremban Negeri Sembilan.
“Mama dan babah Doakan semoga ikatan yang terbina kekal hingga ke Jannah,” tulis Lidawati.

Baca Disini Juga:

‘Gambar Pertama Bidadariku Berhijab..’ Sweet Ucapan Hari Lahir Suami Hazlin Hussain

IKLAN

Bila Diberikan Ujian, Lisdawati Lebih Senang Mengadu Kepada Allah, Hatinya Lebih Tenang & Tenteram

Majlis Nikah Serba Sederhana, Fauzi Nawawi & Lisdawati Terima Menantu Sulung

Segerakan Perkara Yang Wajib

Menurut Lisdawati mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menyegerakan perkara yang wajib.

Malah keputusan hendak bernikah dahulu daripada Fareez dan Tyqa.

IKLAN

“Fareez kalau boleh nak selesaikan yang wajib dahulu. Jadi tidak elok pula ditangguh.

“Insya Allah, kami merancang untuk mengadakan majlis pada tahun depan iaitu selepas raya. Apa pun segalanya bergantung kepada keadaan semasa negara,” ungkapnya yang turut memberitahu ibu kandung Fareez tidak dapat hadir disebabkan berada di Baling, Kedah.

Doa Ramai

“Mama Babah Doakan Semoga Ikatan Yang Terbina Kekal Hingga Ke Jannah” Lisdawati

“Mama Babah Doakan Semoga Ikatan Yang Terbina Kekal Hingga Ke Jannah” Lisdawati

Sumber: Harian Metro
Sumber Foto: Instagram Lisdawati

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI