Gembira, cuak dan tidak terzahir kata-kata apabila disahkan mengandung. Ketika itu saya hanya mampu tersenyum, dan tidak menyangka pada usia 40 tahun saya mengandung. Suami apabila dikhabarkan tersenyum dan anak-anak pula bersorak gembira, kata mereka “seronoknya nak dapat adik”. Anak ketiga saya kini sudah berusia 8 tahun dan yang sulung pula kakaknya merupakan pasangan kembar dan kini sudah menginjak usia 10 tahun. Empat tahun lalu saya pernah mengalami keguguran ketika kandungan berusia dua bulan.

Tanpa dijangka rezeki kali ini datang secara tiba-tiba, akui memang kami merancang namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menolak takdir. Alhamdulillah kali ini saya tidak mengalami sebarang alahan, cuma setiap pagi selepas gosok gigi cuma muntah biasa. Namun sebulan lalu, saya mengalami sakit sendi, dan alhamdulillah kini semakin pulih.

Kini usia kandungan sudah mencecah empat bulan dan saya sudahpun membuat buku di Klinik Ibu Mengandung. Seperti biasa setiap dua minggu sekali temujanji dengan doktor dan nurse dipatuhi. Cuma kali ini saya sudah disarankan minum air gula lebih awal untuk mereka mengesan samada saya mengidap kencing manis atau tidak. Malah doktor juga menyarankan saya melakukan details scan lebih awal memandangkan usia sudah mencecah 40 tahun. Sememangnya pengalaman kali ini cukup berbeza dengan yang lalu. Betul lah kata orang faktor usia memainkan peranan penting. Kerana banyak risiko yang akan dilalui.

Jangan Risau, Ada Kelebihan 

Mungkin ramai yang takut untuk mengandung lewat usia (35 tahun ketas) namun sebenarnya ada kelebihannya. Ini kerana Perkhidmatan Kesihatan di negara kita berserta teknologi masa kita mampu membantu ibu-ibu mendapat rawatan awal daripada doktor.

1. Ibu Mampu Tangani Stress & Lebih Matang 

IKLAN

Pada kebiasaanya, pada usia begini wanita lebih matang dan bersedia untuk menjaga bayi yang dilahirkan. Mereka juga sangat mengambil berat terhadap kesihatan harian keluarga dan diri mereka sendiri malah mereka juga mampu tangani stress dengan baik.

2. Semakin Cerdas 

Penemuan terkini mendapati hormon kehamilan mempunyai manfaat jangka masa panjang buat otak wanita.Secara spesifiknya, estrogen meningkatkan fungsi dan struktur otak, manakala progesteron mendorong perkembangan tisu otak serta perkembangannya.

IKLAN

3. Ekonomi Lebih Stabil 

Pada usia begini biasanya kedudukan ekonomi keluarga sudah stabil. Sesebuah keluarga biasanya lebih bersedia dan telah mencapai kestabilan dalam memastikan arah tujuan anak-anak lebih terjamin.

Sebagai manusia biasa, Allah yang menentukan segalanya, Dialah sebaik perancang. Rezeki yang diterima walaupun mengandung di lewat usia seharusnya kita bersyukur. Namun sebagai manusia biasa, janganlah lalai dan selalulah melakukan pemantauan daripada doktor. Dengarlah segala nasihat dari doktor agar perkembangan kandungan anda tiada sebarang masalah. Pada usia begini, saya tidak kisah dengan jantina anak cuma saya berdoa agar kandungan dan anak yang bakal dilahirkan sihat. Amin.

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI